20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Teruskan membaca “20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai”…

Rahsia gadis mengekalkan keayuaan

Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka. Tapi sebelum korang baca entri di bawah ni nak tanya something, ayu ke Mrs Teddy tu eh? =)) -Mr Teddy. :d

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.

Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Teruskan membaca “Rahsia gadis mengekalkan keayuaan”…

Sudah mencapai 63 orang!

tcfeed

Tahniah kami ucapkan kepada 63 orang tersebut! Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan 63 orang ini? Mereka merupakan sebahagian di antara ratusan pembaca dan pengunjung laman web Tentang Cinta yang melanggan website ini.

Dengan melanggan website Tentang Cinta, anda akan mendapat info terkini mengenai laman Tentang Cinta terus ke email anda. Ianya amat mudah dah percuma. Kami akan menghantarkan info-info terbaru mengenai artikel di Tentang Cinta tanpa anda perlu datang berkunjung ke laman ini. Ianya menjimatkan masa anda dan pantas.

Caranya mudah sahaja. Klik pada link ini dan masukkan email anda. Pihak Feedburner , iaitu pihak yang menyediakan perkhidmatan ini akan menguruskan segalanya untuk anda. Cepat jangan berlengah lagi. :)

Oleh sebab itu, kami ingin membuat sasaran. Kami ingin mencapai seramai lebih 100 orang yang akan mendaftar langganan kami dalam masa sebulan ini. Mungkinkah ianya terjadi? Semuanya terserah pada anda. ;)

Betul ke lelaki suka pegang-pegang?

Nota: Supaya tidak berlaku salah faham, situasi yang diberikan di sini hanya untuk suka-suka. Takde kaitan pun dengan sesiapa. ;) Btw kepada yang lelaki, kalau nak pegang perempuan, ingat-ingatlah ye siapa anda.

Ha…kalau masa korang berjalan dengan kekasih atau buah hati korang, ada tak dia pegang-pegang nye tangan korang? Habis semua die nak belek-belek tangan korang tu? Kalau ada parut sikit, mesti die tanya, kenapa ada parut tu. Macam mana boleh kene. Macam-macam soalan die tanya. Dorang ni memang suka nak pegang-pegang ke eh?

Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang perihatin. Perihatin pada kekasih dorang. Kalau boleh, dorang memang nak jaga semua. Taknak ada luka-luka, parut-parut, segalanya. Kurang cantik katanye kalau ada parut-parut ni. Kan bagus lelaki korang tu.

Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang suke melindungi perempuan. Kalau dalam hujan, sape yang pegangkan payung untuk korang? Lelaki ke perempuan? Mesti la lelaki. Lelaki ni memang romantik lagi pun. Die tahu yang perempuan memang memerlukan die. Tu pasal die sanggup pegangkan payung walaupun die akan basah kuyup. Kan bagus lelaki korang tu.

Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang rajin. Kalau korang makan kat KFC atau McD, sape yang akan pegang dan angkat tray makanan tu? Mesti la lelaki. Dorang tahu perempuan tak larat nak angkat tray tu. Lagi pun dorang sayang pada korang. Dorang tak nak la korang penat-penat angkat tray makanan yang tak la berat mana pun. Ciput je beratnye. Kan bagus lelaki korang tu.

Teruskan membaca “Betul ke lelaki suka pegang-pegang?”…

Jenis-jenis Lelaki

Anda yang wanita-wanita ini mungkin teringin sangat nak tahu apa jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ni. Ada yang ok, ada yang tidak. Tapi saya rasa, bukan wanita saja yang ingin tahu jenis-jenis lelaki ini. Yang lelaki pun mesti ingin tahu jugak bukan? So mari kita baca entri kali ini.

#1 – Jenis habis madu sepah dibuang
Lelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan. Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la, bila madu dah habis…dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg bersepah akan di buang.

#2 – Jenis bagi betis nak peha
Lelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu selera.

#3 – Jenis manis mulut di bibir
Lelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi. Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan lelaki ini sentiasa ‘cover’ bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu mulut serta bibir dia manis.

Teruskan membaca “Jenis-jenis Lelaki”…

10 Sebab Kenapa Lelaki Membujang

1. Memang tidak ada nafsu tehadap perempuan.

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih sehingga wujud perasaan tidak mempercayai perempuan lagi.

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak poranda atau pernah melihat kekejaman ayah tehadap ibunya.

4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk barumah tangga.

5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.

6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.

7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.

8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.

9. Bimbang tidak bisa membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.

Tambahan:

Bagi saya, kebanyakkan mereka ini membujang mungkin sebab tidak yakin pada diri sendiri. Mereka sebenarnya mampu untuk memikat hati wanita tetapi mereka segan dan malu.

20 Sebab Lelaki Tak Kawin-kawin

1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

Teruskan membaca “20 Sebab Lelaki Tak Kawin-kawin”…