Cara-cara Seseorang Itu Cuba Memikat Kita

Sebelum seseorang itu berkapel, sudah semestinya mesti ada salah sorang tu yang akan cuba memikat kan? Mesti ada orang yang akan memulakan dulu dalam bab-bab berkapel ni. Jadi di sini, saya ingin berkongsi dengan korang semua cara-cara bila seseorang itu cuba memikat diri kita.

1. Mula-mula, mesti la dia akan mintak no phone kita kan. Tapi nak mintak tu kadang-kadang, ada yang mintak terus dari kita. Ada yang mintak secara underground (maksudnyA, mintak dari kawan-kawan kita la). Tak pun, menggunakan “intelligence” untuk mendapatkan no phone kitatu.

2. Selepas dah dapat no phone, apa lagi, dia mula buat-buat salah hantar mesej la, tersalah call la. Then siap tanya ni no sape, etc. Padahal dia yang start dulu kan? Tak ke pelik tu.

3. Dia akan selalu mesej kita. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, etc. Then if tak puas lagi, die akan mesej-mesej dengan kita sehingga la pukul 2, 3 pagi. Dalam ngantuk-ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.

4. Dah tu pulak, dah penat-penat nak mesej, dia akan terus call kita. Konon cakap kredit banyak sangat sampai provider nak potong line dorang. Tapi sebenarnye, nak dengar suara kita sebelum die tido. Nak hilangkan rindu la katakan. Even masa tu kita still rasa takde pape lagi.

5. Then, tibe-tibe dia akan ajak kita keluar. Keluar gi makan ke, keluar teman die belikan barang-barang dapur ke, ape ke. Memang pandai dorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Siap kalau takde kereta tu, sanggup pergi pinjam kereta kawan or sewa kereta.

Teruskan membaca “Cara-cara Seseorang Itu Cuba Memikat Kita”…

25 sebab suami ‘mental’!

Artikel ini dihantarkan oleh saudari IyzA. Sekiranya anda mempunyai artikel yang menarik, anda boleh hantarkan kepada

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar ie. “Hubby I tu kan kan ..memancing ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “Hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto jer..ok tak”

3. Terlalu suka mengemas rumah/mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “Kita dah simpan pancing tu kat dalam stor, entah la ikat kat atas palang mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak “Bang, sport section tu ayang dah buat bungkus buah papaya…dah mengkal merah dah”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok. ie “Eh kita suka la news pasal TV plasma tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “Bang.. semalam kita tersinggah SPA, lupa beli garam, gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam list….boleh singgah tak mana mana ..pleaze “

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “Saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro dan gula getah… kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “I dah confirm malam Jumaat nih nak party tupperware kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “Screensaver u tentang gambar 80 kilo marlin dengan you tu i dah tertukar jadi gambar Farhin Ahmad…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

Teruskan membaca “25 sebab suami ‘mental’!”…

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

Teruskan membaca “10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang”…

Tahniah dan Terima Kasih

Sebelum ini, kami ada buat satu sasaran iaitu sebelum berakhirnya bulan November, kami ingin memperoleh seramai 100 orang yang akan melanggan Tentang Cinta. Dan alhamdulillah, ianya berjaya.

feed1

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada anda. Dengan sokongan dari anda, kami tidak akan memperoleh sebegitu ramai pembaca di Tentang Cinta ini.

feed2

Oleh itu, nantikan artikel-artikel yang menarik di bulan Disember ini. Owh, tidak lupa juga, kami ingin menjemput anda untuk datang ke Forum Tentang Cinta. Di sana, kita boleh berborak-borak, berkongsi masalah, atau pun nak berkenalan antara satu sama lain. Jom… ;)