Ayie & Berd – Perangkap Cinta aka Cinta Tiga Segi

Saya rasa, ramai yang sudah tahu mengenai kisah disebalik lagu ini. Jadi, hayatilah dan jadikanlah sesuatu yang buruk dan baik itu sebagai pengajaran untuk kita semua…

Penyanyi: Ayie & Berd
Lagu: Perangkap Cinta aka Cinta Tiga Segi

Lagu

Lirik

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Teruskan membaca “Ayie & Berd – Perangkap Cinta aka Cinta Tiga Segi”…

Coretan Secebis Hati Untuk Nurzatul Hakimah

Dia ku temui sewaktu diriku diderai
Menatap wajah kali pertama membuatku terpaku
Memikat hatiku dengan kelincahan tawamu yang tidak henti-henti
Debaran hati kurasai hari demi hari

Dalam hati mencari langkah mendekatinya dengan tekad
Tanpa disedari nombornya berada di telefon Nokia 8210 ku
Tapi ku malu untuk mendailnya tanpa alasan untuk dikata
Ku simpan hasrat walaupun hati memaksa

Mungkin tuhan ingin menemukan kita
Tanpa bicara, ku mengikut kata sahabatku untuk bergembira
Rupanya engkau pun turut serta
Kali pertama keluar bersama tanpa disedari tujuannya

Teruskan membaca “Coretan Secebis Hati Untuk Nurzatul Hakimah”…

Rahsia Lelaki Melalui Zodiak

Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.

Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.

Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.

Teruskan membaca “Rahsia Lelaki Melalui Zodiak”…

10 Resepi Cinta

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

Teruskan membaca “10 Resepi Cinta”…

Cerpen: Ketentuan

Kedinginan bumi Switzerland mencengkam sampai ke tulang. Serasa tidak mahu melepaskan selimut yang membalut diri. Tapi tanggungjawab kepada 2 insan teristimewa dalam hidupku perlu diteruskan. Sambil menyediakan sarapan pagi dapat ku lihat hujan renyai dari tingkap kaca dapurku. Rindu pada kenangan lama menggamit memori.

Hujan petang hari ini cukup dingin dan membekukan. Lama sungguh bumi USM tidak dibasahi hujan. Hampir 3 bulan rasanya. Dan hujan hari ini adalah Rahmat Allah yang tak terhingga. Rindu benar rasanya akan kedinginan dan bau hujan yang menyenangkan.

“Ayunie!! Cepatlah!!” jerit Dalia sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah. Hujan-hujan macam ni semua dah tak sabar nak balik ke bilik. Bagaikan ada tilam,bantal dan selimut yang memanggil melambai-lambai minta pulang segera. Hehehe…

“Sabarlah,bukan senang nak dapat hidu bau hujan ni. Wow!!nyamannya” bagaikan gelagat seorang puteri di taman istana sedang menghidu haruman bunga.

“Gila apa budak ni?? Bau hujan dikata nyaman?? Dah buang tebiat lah tu” bebel Qistina sambil melangkah laju menyusuri susur gajah ke asrama perempuan. Tiba di laluan yang tiada susur gajah, kami terpaksa berlari supaya tidak dibasahi hujan. Nasib baik tak jauh. Jadi tak adalah kami basah sangat.

Teruskan membaca “Cerpen: Ketentuan”…

Time Heals?

“Time heals?” ada yang benar dan tidak tentang masa berkabung dan libur ini, kerana tidak semua luka itu sama, dan masa bukan penawar terbaik cinta. Banyak kesan perpisahan bergantung pada cara, dan cara itulah yang banyak mempengaruhi emosi diri serta jangka masa.

Berikan masa untuk diri; menyendiri, menikmati sunyi dan menghargai sepi.
Jangan dengar radio atau metallica. Membaca. Berdoa. Bertahajud. Apabila hidup kita terlalu dicoraki ‘si dia’, memang sukar untuk kembali sendiri. Tetapi inilah masa untuk berdikari, melihat diri dan pergi membeli-belah atau melancong! Keluar beramai-ramai amat mengubati, tetapi nurani sendiri perlu cekal kerana teman bukan wujud 24 jam 7 hari seminggu. Ada orang putus cinta ‘makan banyak’ mencuba ‘benda gila’, tetapi segala perkara yang memudaratkan diri perlu dihindari. Mendengar nasihat teman amat perlu disaat-saat ini.

Teruskan membaca “Time Heals?”…

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

Teruskan membaca “Keistimewaan Wanita”…