Hari ini merupakan hari terakhir untuk kita berpuasa di bulan Ramadan dan esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan pengunjung laman Tentang Cinta. Diharapkan anda semua bergembira bersama-sama dengan sanak saudara di kampung halaman masing-masing.
Bagi kepada mereka yang akan pulang ke kampung pada hari ini, bawalah kenderaan dengan hati-hati. Sekiranya pulang dengan menaiki pengangkutan awam, beringat-ingatlah sesama dengan pemandu kenderaan awam itu supaya pandu dengan cermat supaya kita semua selamat.
Dan bagi kepada mereka-mereka yang tidak dapat pulang ke kampung, bersabarlah. Cuba cari hari yang lain untuk pulang ke kampung. Kita berpuasa sebulan, jadi kenalah beraya sebulan kan… Hehehe…
So, akhir kata dari saya dan Mrs Teddy, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin… Jemput-jemput datang beraya ke forum.

- Mr & Mrs Teddy -



