Hye….
Di sini aku ingin kongsikan kisah aku denga anda semua. Bukan beerti untuk meraih simpati, mahupun bukan untuk di kata oleh pembaca sekalian.. Cuma, kini aku tiada teman untuk aku meluahkan apa yang aku pendamkan sekarang. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan sedikit tekanan dan perasaan bersalah yang ada dalam diriku…
Sebelum itu ingin aku katakan, bukan pintaku jadi begini, cuma mungkin kerana ianya kesilapanku dalam mengatur corak hidupku…Terus terang ku katakan pada kalian, aku kini berkawan dengan sesama jenis. Tetapi tidaklah sampai ketahap lesbian ataupun pengkid. Pemulaan aku terjebak dengan hidup sebegini, bila aku rasa kesepian, kesunyian. Ya! mungkin anda memikirkan tindakan aku terlalu bodoh. Jujur aku akui, aku juga seperti kalian semua, seorang hamba Tuhan yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang insan yang bergelar kekasih.
Bagaimana harus ku mulakan ya?… huh… Aku mempunyai teman lelaki. Tapi jarak memisahkan kami untuk terus berhubung ataupun terus bersama. Aku menjalinkan perhubungan dengan teman lelakiku dari tahun 1997 sehingalah sekarang.. Pemulaan perhubungan kami seperti biasa.. Aku mengenalinya di sebuah daerah yang berlainan dariku. Untuk kesana memerlukan masa selama 15 jam untuk menaiki bas. Dan kalau menggunakan kapal terbang selama 1 jam. Aku mula berkenalan dengan teman lelaki ku sewaktu aku berpindah sekolah, dan menetap di daerah itu selama setahun bersama family ku. Sehabis saja tingkatan lima, aku berpindah balik ke tempat asalku.. Yang berjuta2 batu jauhnya. Perhubungan kami tergantung seketika. Setelah dua tahun tiada khabar, teman lelaki ku menghubungi aku melalui telefon. Waktu itu, telefon dirumahku di tukar nombor, dan oleh kerana itu kami loose contact. Masa itu barulah dia menceritakan bagaimana dia mendapat nombor ku. Ya! baru aku teringat aku pernah mengutuskan surat buatnya mengatakan pertukaran nombor telefon rumahku.Bermula dari detik itu kami akrab kembali. Waktu itu perhubungan kami ibarat biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada… Dia jauh di perantauan dan bertugas demi negara. Dia seorang angkatan tentera. Kadang2 sampai berbulan dia tidak menghubungiku kerana terpaksa bertugas di luar negara atau masuk hutan. Kadangkala sampai setengah tahun kami tidak berhubung. Namun ianya tidak mematahkan sedikit perasaanku padanya. Kerana kami telah patrikan janji bersama….



