Saya suka mendengar lagu berentak perlahan dan juga genre rock kapak. Hahaha… Mungkin ada dikalangan korang yang tak sangka yang saya ni berjiwa ‘orang lama’. Tetapi, memang itulah diri saya. Suka mendengar lagu-lagu macam ni kerana maksud dalam lagu-lagu tersebut lebih mendalam dan kena dengan kehidupan kita.
Namun begitu, terdapat juga lagu-lagu yang saya suka dengar dan ianya bersangkut paut dengan kisah cinta saya. Sedikit sebanyak, lagu itu ada menyimpan memori indah bersama dengan kekasih kita. Sebagai contoh, bila kita dengar suatu lagu ni, kita teringat kisah cinta kita bersama dengan si dia. Bila dengar lagu yang lain pula, teringat kisah cinta dengan orang lain. Dan macam-macam lagi.
Bagi saya, hanya dua lagu sahaja yang mengingatkan saya dengan percintaan kami. Iaitu lagu dari kumpulan Qiara – Hanya Padamu dan juga Ruffedge – Bila Rindu.
Qiara – Hanya Padamu
Lagu ini saya dapat daripada seorang kawan karib saya, Rushdi namanya. Beliaulah yang memberikan saya lagu ini kerana beliau tahu saya akan suka dengar lagu ini. Apabila pertama kali mendengar lagu tersebut, saya sudah terpesona dengan lirik dan rentak lagu tersebut. Dan lagu itu telah saya berikan kepada Mrs Teddy dan saya pernah nyanyikan lagu itu pada dia.
Kalau korang semua nak tahu, lagu Hanya Padamu ni lagi menangkap feeling dia apabila korang dengar sambil lampu ditutup dan pasang lagu tu kuat-kuat dan baring tutup muka korang dengan bantal. Confirm layan… Betul… Tak tipu punya… Memang feeling dia akan rasa lain. Nak pulak kalau korang menghayati lirik-lirik dalam lagu tersebut. Lagi menangis punya…



