Archive for October, 2009

Tentang Cinta kini di Facebook

29 Oct 2009

Sudah ramai yang menggunakan Facebook. Boleh dikatakan setiap mereka yang pernah menggunakan Friendster ataupun My Space dan sebagainya sudah pasti turut mempunyai akaun di Facebook.

Oleh sebab itu, kami di Tentang Cinta mengambil kesempatan ini untuk membuka sebuah Fan Page khas buat pembaca, pengunjung dan peminat setia Tentang Cinta sekalian. Fan Page tersebut kami namakan sebagai Tentang Cinta FC atau pun singkatannya TCFC.

Jadi, sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Facebook, sila-silalah mendaftarkan diri anda untuk menjadi salah seorang ahli fan untuk Tentang Cinta ini. Bagi kepada mereka yang sudah pun menjadi ahli fan, bolehlah tolong mencadangkan Tentang Cinta FC ini kepada rakan-rakan Facebook yang lain. :halo:

Cerpen: Izinkan Abang Nikah Satu Lagi…

28 Oct 2009

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

Teruskan membaca…

Undian Terhadap Load Page TC dan FTC

10 Oct 2009

Di Forum Tentang Cinta, saya ada post sebuah undian, Adakah FTC load page sangat lambat?, bagi mendapatkan maklumbalas terhadap kelajuan load page FTC dan juga TC secara amnya. Ianya bertujuan untuk saya mendapatkan figure kelajuan load page FTC dan TC dari aspek pengguna.

Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk login atau mendaftar ke FTC dan jawab soalan undian tersebut bagi membolehkan saya tahu adakah FTC benar-benar lambat atau tidak.

Tetapi diingatkan, undian ini akan ditutup 15 hari dari sekarang. Jadi diharapkan anda dapat memberikan undian anda sebelum 25 Oktober 2009.

Semoga dengan keputusan dari undian ini saya dapat mengetahui masalah yang dihadapi pengguna forum dan dapat saya perbaiki di mana yang perlu.

Terima kasih.