Archive for January, 2010

Erti Disebalik Kesetiaan

12 Jan 2010

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Teruskan membaca…

Apa Ertinya Cinta Ku, Buat Diri Mu

3 Jan 2010

Telah nyata, puisi ku buat mu.
Cinta disemadikan buat diri mu.
Nilai erti cinta ku untuk mu.
Umpama rindu saling merindu.

Erti dan bagaimana ingin mengerti.
Akan erti cinta mu buat diri ku ini.
Percayalah cinta ku, menyintai.
Untuk buat diri mu, yang ku cintai.

Ingin ku,mengisi cinta ku,
bersama diri mu, kecintaan ku.
Berilah erti, pengertian pada ku.
Hakikat pengisian cinta ku dan mu.

Teruskan membaca…

Selamat Tahun Baru 2010

1 Jan 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan peminat setia laman Tentang Cinta sekalian… Apa khabar anda semua hari ini? Sihat? Sedar tak sedar sekarang ini kita sudah pun berada di tahun 2010. Tahun 2009 telah pun pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tahun 2010 pula sedang kita tempuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang belum kita tahu lagi.

Banyak perkara yang telah terjadi pada laman Tentang Cinta sepanjang tahun 2009 yang lalu. Sudah beberapa kali laman Tentang Cinta ini di hack dan beberapa kali itu jugalah kami bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian dan mencari di manakah silapnya. :? Harap-harap, tahun 2010 ini laman Tentang Cinta tidak lagi mengalami masalah-masalah serius seperti sebelum ini. Kami percaya, dengan sokongan dan galakan daripada anda semua dapat mendorong kami untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh bersemangat. :-)

Selain daripada itu pada tahun 2009 juga, laman Tentang Cinta telah memperolehi seramai lebih 3000 orang yang melanggan artikel-artikel kami. Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda di atas sambutan yang anda berikan kepada kami di sini. Ianya merupakan satu kejayaan bermakna dan kami ingin kongsikan bersama-sama dengan anda semua. Diharapkan pada tahun 2010 ini kita dapat mencapai rekod seramai 4000 orang yang akan melanggan artikel-artikel Tentang Cinta. Jika anda ingin melanggan artikel-artikel kami, anda bolehlah melanggan samada melalui email ataupun RSS Feed. Atau, anda juga boleh mengikuti perkembangan kami di Twitter dan juga Facebook.

Teruskan membaca…