Perhubungan Juga Seperti Roda

Saya rasa anda mungkin pernah mendengar bahawa kehidupan kita ini adalah seperti sebuah roda yang berputar. Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Sekejap kita hidup senang, dan sekejap kita hidup susah. Proses ini berulang-ulang sama seperti sebuah roda yang berputar tanpa henti.

Begitulah juga dengan perhubungan kita bersama dengan pasangan. Ianya sama seperti sebuah roda, seperti kehidupan yang kita lalui. Kadang-kadang kita rasa gembira dengan pasangan kita. Tetapi ada masanya, kita akan berasa sedih.

Macam-macam perkara boleh berlaku dalam berpasangan. Ketika ‘roda’ kita berada di atas, segalanya adalah kegembiraan. Kita rasa gembira apabila dapat berjumpa dengan si dia, berjalan bersama-sama, menonton wayang bersama-sama, berkongsi kisah dan cerita, dan meluangkan masa bersama dengannya.

Tetapi, apabila ‘roda’ kita berada di bawah, segalanya hanyalah kesedihan. Mungkin disebabkan berlakunya perselisihan faham, terasa dengan sikap pasangan, atau berkecil hati menyebabkan perhubungan itu tidak manis dan menjadi hambar. Pada waktu itulah kita sedar bahawa tidak segalanya indah dalam berpasangan. Langit yang cerah tidak akan sentiasa cerah tanpa mendung dan hujan.

Teruskan membaca “Perhubungan Juga Seperti Roda”…

Tentang Cinta Kini Membuka Ruang Pengiklanan Untuk Anda

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433 kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian. :) -Mr & Mrs Teddy.

Sebelum ini kami menerima beberapa permintaan untuk mengiklankan produk atau website mereka di laman kami. Tetapi kami terpaksa menolak permintaan tersebut kerana kami belum membuka lagi sebarang ruang pengiklanan di laman kami.

Sempena menyambut tahun baru Hijrah 1433 ini, kami ingin membuat pengumuman secara rasmi bahawa ruang pengiklanan di Tentang Cinta kini dibuka dan sedia untuk ditempah.

Sebagai permulaan, kami menawarkan pakej iklan bersaiz 125×125 yang akan dipaparkan di ruangan iklan di bahagian sidebar. Setiap iklan akan dipaparkan selama 1 bulan (30 hari). Tetapi harga menarik akan diberikan sekiranya anda ingin menempah selama 3 bulan sekaligus.

Untuk maklumat yang lebih detail dan sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, anda boleh rujuk laman pengiklanan kami di sini, Pengiklanan. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh emailkan terus kepada .

Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?

lelaki-masalah-01

Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?

Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.

Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?

Teruskan membaca “Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?”…