Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh La Di Da di Forum Tentang Cinta.

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?

Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?

Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Teruskan membaca “Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku”…

Bila Kekasih Lama Datang Kembali, Apa Pendapat Anda?

Dulu, anda pernah berkenalan rapat dengan seseorang. Dia seorang kekasih yang baik, caring, dan pandai mengambil hati anda.

Tetapi disebabkan si dia ingin sambung study di oversea, perhubungan anda berdua terhenti di situ. Masing-masing membawa haluan sendiri. Dengan harapan, jika ada jodoh anda berdua akan berjumpa lagi.

Malangnya… Anda jenis yang tidak boleh keseorangan. Anda perlukan teman.

Selepas beberapa bulan, anda berkenalan pula dengan kekasih anda yang sekarang ini. Dia pun ok. Baik hati, peramah, dan juga pandai menjaga hati anda. Anda rasa happy dengannya.

Teruskan membaca “Bila Kekasih Lama Datang Kembali, Apa Pendapat Anda?”…

5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta

Anda sebenarnya boleh menjadi seorang Pakar Cinta. Semua orang! Tidak ada yang terkecuali. Malah anda juga boleh menggantikan kami di Tentang Cinta!

Apa yang penting, anda perlu memahami lima tips utama ini untuk menjadi seorang yang pakar dalam percintaan.

pakar-cinta

1. Banyakkan membaca

Anda perlu banyak membaca. Baca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan. Dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu anda tahu dalam bab bercinta ini.

2. Mendengar masalah

Daripada masalah orang, anda akan belajar masalah-masalah yang sering dihadapi orang lain. Daripada situ anda akan dapat memahami corak masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat selesaikannya daripada ilmu yang anda peroleh dari hasil pembacaan anda tadi.

3. Pelajari daripada orang lain

Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Forum Tentang Cinta merupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.

Teruskan membaca “5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta”…

Cara Memakai Tudung Yang Betul

Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

Rasulullah S.A.W bersaba,

“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)

Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul.

Teruskan membaca “Cara Memakai Tudung Yang Betul”…

Rahsia Tarikh Lahir

Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.

Sudah lama kami tidak berkongsikan dengan anda artikel mengenai Personaliti Cinta. Jadi kali ini, kami ingin berkongsikan mengenai satu topik yang menarik di mana anda akan mengetahui rahsia tarikh kelahiran anda.

Tetapi sebelum itu, kami ingin menjemput anda membaca artikel tentang Rahsia Bulan Kelahiran. Di mana dalam artikel tersebut kami ada kongsikan sifat-sifat seseorang hanya berdasarkan dari bulan kelahiran sahaja. Ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Ok, so tanpa membuang masa jom kita sama-sama ikuti apakah pula maksud Rahsia Tarikh Lahir ini.

Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda.

Teruskan membaca “Rahsia Tarikh Lahir”…

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

Bagi anda yang wanita yang masih belum bertemu jodoh, dan ingin mendapatkan jodoh yang baik, seorang lelaki yang beriman, dan berakhlak soleh, amalkan doa bertemu jodoh di bawah ini.

doa-bertemu-jodoh-untuk-wanita

Terjemahan Doa Bertemu Jodoh:

“Ya Allah, jadikanlah daku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.”

Mudah-mudahan doa yang dibaca ini akan dimakbulkan Allah s.w.t dan dipertemukan jodohnya untuk anda. Amin…

Doa Bertemu Jodoh ini dipetik dari laman web, Darussyifa’.

Gio – Bila Cinta

poster-lagenda-budak-setan

Siapa yang masih ingat lagi cerita Lagenda Budak Setan yang diadaptasi dari novel, erm…Lagenda Budak Setan? Mrs Teddy cakap cerita ni sedih, tapi banyak jalan cerita dia yang tak sama macam dalam novel.

Lagu Bila Cinta adalah OST yang dinyanyikan oleh Gio dalam filem tersebut. Dan terdapat juga lagu ini versi perempuan yang dinyanyikan oleh Filianti Vlee.

Tetapi kalau didengar dengan teliti, lagu Bila Cinta versi lelaki ni lagi menusuk kalbu. Gio sangat pandai menjiwai lagu ni dan menyampaikannya dengan penuh perasaan.

Jom kita layan dulu lagu ni. Kalau nak ikut nyanyi sekali pun boleh. Kami ada sediakan sekali lirik lagu Bila Cinta dalam di bawah.. ;)

Teruskan membaca “Gio – Bila Cinta”…

Tinggal Ibu Lumpuh di Hotel Bajet

Jika anda mengikuti kami di Facebook Tentang Cinta, pada hari Jumaat yang lepas kami ada kongsikan sebuah video yang sangat menyayat hati. Kami percaya jika anda menontonnya pasti anda juga akan turut rasa sebak dan sedih melihat nasib ibu tua ini.

Dikatakan beliau ditinggalkan oleh anaknya sendirian di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur. Beliau hanya sedar dirinya ditinggalkan selepas mendapati anaknya tidak datang semula ke hotel tersebut selepas beberapa hari beliau menetap di situ.

Ditambah pula dirinya yang lumpuh, menyukarkan lagi ibu ini untuk bergerak di dalam bilik tersbeut. Tetapi nasibnya baik kerana kakitangan hotel sudi membantu dan menguruskan makan minum beliau semasa ketiadaan anaknya.

Teruskan membaca “Tinggal Ibu Lumpuh di Hotel Bajet”…

7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus

rahsia-perkahwinan

Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?

Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.

Teruskan membaca “7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus”…

Teknik “Don’t Keep Score” Adakah Ianya Berkesan?

Siapa di sini tahu teknik “Don’t Keep Score”?

Teknik ini saya tahu pun daripada cerita “How I Met Your Mother” dalam episod minggu lepas, di mana Marshall dan Lily cuba menjaga perhubungan mereka dengan mengamalkan teknik “Don’t Keep Score”.

“Don’t Keep Score” adalah salah satu teknik dalam perhubungan di mana anda tidak berkira pengorbanan yang dilakukan dengan pasangan anda. Sebagai contoh,

Anda mengosongkan bakul sampah di rumah. Tugas tersebut mungkin sepatutnya diuruskan oleh pasangan anda, tetapi anda buat tugasan itu tanpa berkira turn siapa yang patut mengosongkan bakul sampah tadi. Dan anda pula berkata, “Hari tu dah tolong awak kosongkan bakul sampah, takkan hari ni nak mintak tolong sikit pun tak boleh?”

Teruskan membaca “Teknik “Don’t Keep Score” Adakah Ianya Berkesan?”…