Search Results for: percintaan

20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan

couple-in-love

Tips Cinta ini telah disampaikan oleh Miss Amy melalui Forum Tentang Cinta.

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

Teruskan Membaca

Ulang Tahun Percintaan Pada Hari Kemerdekaan

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada semua pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian. Hari ini merupakan hari cuti umum bagi kita semua. Jadi gunakanlah hari ini dengan sebaik-baiknya. Okey? :up:

Namun begitu, dalam menyambut Hari Kemerdekaan, sudah semestinya mesti ada dikalangan kita yang turut menyambut ulang tahun percintaan mereka pada hari ini. Saya rasakan, mereka-mereka yang menyambut ulang tahun percintaan pada tarikh 31 Ogos ini merupakan orang yang bertuah. :halo: Tetapi, mengapa saya berkata demikian?

Mana tidaknya, disebabkan hari ini merupakan hari cuti umum, maka mereka tidak perlu risau untuk mengambil cuti atau pun sibuk dengan tugasan harian. Hari cuti, hari berehat dan hari untuk bersama-sama dengan orang yang kita sayang. Sudah pastilah pada hari sebegini mereka dapat keluar berjalan bersama-sama, pergi makan bersama-sama, menonton wayang, dan sebagainya. Tetapi ingat… 31 Ogos pada kali ini jatuh pada bulan puasa. So, jangan nak curi-curi makan di siang hari pula… :P

Teruskan Membaca

Tips untuk Survive dalam Percintaan Jarak Jauh

Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Teruskan Membaca

4 Blog Cinta Yang Menarik Dibaca

Setiap hari semakin banyak blog cinta yang dibangunkan di alam siber. Ada yang berkongsikan tentang tips-tips cinta, ada yang berkongsikan tentang pengalaman mereka dalam bercinta, dan ada juga yang hanya letak title blog cinta tetapi artikelnya lebih menceritakan tentang hal peribadi.

Disebabkan terlalu banyaknya blog cinta yang ada di dunia Internet sekarang ini, di sini saya ingin kongsikan dengan anda 4 buah blog cinta yang menarik untuk dibaca.

1. Tentang Cinta – Sudah semestinya saya mulakan dengan blog kami ini. :P Tentang Cinta adalah sebuah laman web cinta yang diwujudkan oleh dua orang insan yang menggelarkan diri mereka sebagai, Mr & Mrs Teddy. Ianya ditubuhkan pada tahun 2006 dan kini ianya merupakan salah sebuah blog cinta yang menjadi sumber rujukan buat pasangan cinta seperti anda.

Teruskan Membaca