Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman

Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari intanjiyana di Forum Tentang Cinta.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Teddy Bear Besar

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Dosa Gugur Apabila Suami Dan Isteri Bersalaman" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. mama says:

    1. dikau ku hormati
    2. dikau ku sayangi
    3. dikau ku sanjungi
    4. dikau ku layani
    5. dikau ku teladani
    6. dikau ku contohi
    7. dikau ku taati

    p/s : kan ku amalkan setelah diriku bergelar permaisuri hidupmu nanti.
    : luv u always.

  2. coach says:

    stelah slesai memasak,suami pasti bg ciuman kt pipi pastu puji2..bahagia sngguh dpt suami mcm syg..xlengkap rasa nya kalu x salam tgn syg..sbb tu adlh rutin harian dlm khidupan kita..mama syg papa sgt2..

  3. shieyma says:

    sy msih bjang lg… sy msih mncari-cari cnta sjati sy… ada yg mncintai sy tpi sy x mncintainya… dan ada yg sy mncintainya tpi die pla x mncintai sy…

  4. coach says:

    shieyma on March 28, 2011 at 9:02 pm said:

    sy msih bjang lg… sy msih mncari-cari cnta sjati sy… ada yg mncintai sy tpi sy x mncintainya… dan ada yg sy mncintainya tpi die pla x mncintai sy…

    shieyma, teruskan berdoa supaya Allah berikan jodoh yg soleh..perempuan yg baik utk lelaki yg baik..jd mudah-mudahan shieyma dpt jodoh yg baik.amin.

  5. ida says:

    saya selalu gadoh ngan suami… betikam lidah.. almost everyday… hampir setiap kali sms setiap kali call… tp… tak pernah saya ni berlalu pergi tanpa salam dan cium dia… huhuhu… sayang abg… cume abg ni selalu ckp kasar la… :)

  6. jasmine says:

    mmm…alangkah bagusnya jika setiap pa kebaikan yang isteri buat suami hargai….mmm…

  7. tulip says:

    mmm…kalau macam tu…senantiasa lah bersalaman dengan suami masing2 ya…!!!

  8. hatiku says:

    sy nak kawen…

  9. CINTA69 says:

    kalau mcm ni kan ari2 tiap masa dan waktu nk salam dgn hubby..
    hahaha…dan alangkah bertuahnyer kalau setiap ape yg kiter buat
    hubby kiter appriciate.. :-)

  10. Azyan says:

    Copy :)

  11. Salju Qaseh says:

    huhuhuu…jika jodoh kami dapat berumahtangga. moga kami dapat amalkan seperti itu. bahagianya : ) mudah-mudahan amin…

  12. lin says:

    saya copy ye… dan kredit to tentang cinta… TQ

  13. nina says:

    saya bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang amat menyayangi saya dan anak2…..semoga kesabaran dan kesetiaannya kekal sampai akhir hayat…amin….

  14. eka says:

    ternyata sudah terlalu banyak aku menyakiti hati suami…

  15. nina says:

    nak jadi isteri soleha…

  16. Nur says:

    indahnya hidup suami isteri. Setiap perbuatan, beroleh pahal andai diredoi suami..Mga aku juga diberi peluang merasai nkmatMu YA ALLAH.. Teringin nk jd isteri solehah

  17. suecomey says:

    salam..saye share bole tak kat blos saye..tq:)

  18. fauzi says:

    bestnyer

  19. naesyairan says:

    subhanallah,indahnya cinta yg d redhai Allah..sungguh,Allah itu mngerti sbnrnya ksolehan pd insan yg akn mnjd suami kte trltk pd ksolehan diri kte..

  20. sunshine says:

    salam….byknya pahala mnjdi seorg isterikan…tp kdg sy terlupe sy seorg isteri kepada suami, sbb kdg merajuk xtntu pasal nk perhatian sian suami sy….inshaallah sy akn perbaiki kelemahan dri utk merebut kebahagiaan berumah tagga amin

  21. hans says:

    hati2 atas cinta yang kalian jatuhkan pada seseorang !!!!!! karena sesorang itu bisa saja menghianati. cintailah apapun itu atas dasar Allah SWT

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: