Jodoh Di Tangan Siapa?

Pernah sekali saya mengikuti satu seminar pada tahun lepas di Pulau Pinang. Dalam seminar itu ada ditanyakan soalan kepada para peserta,

Jodoh di tangan siapa?

Ramai peserta, blur blur tidak faham apa yang cuba ditanya oleh penceramah. Beliau mengulang lagi sekali dan tanya kepada peserta.

Jodoh anda semua ni, di tangan siapa?

Ada la beberapa orang peserta yang menjawab, tuhan. Ada yang jawab, diri sendiri. Dan ada juga yang diam, tidak berani menjawab soalan penceramah tadi.

Kemudian, penceramah menayangkan sebuah video yang membincangkan mengenai topik tersebut.

Video itu merupakan sebuah segmen dari siaran televisyen di Indonesia yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi bernama, Mario Teguh.

Di dalam video tersebut, Tuan Mario membuka minda para penonton mengenai jodoh kita ini sebenarnya terletak di tangan kita sendiri. (keseluruhan segmen video tersebut boleh dilihat di sini: MetroNews – Jodoh di Tangan Siapa?)

Kita sendiri yang memilih jodoh kita, dan tuhan hanya menyetujui pilihan yang kita lakukan. Tetapi jika tuhan tidak bersetuju, maka jodoh itu bukanlah milik kita.

Setengah orang menginginkan pasangan yang baik, sopan santun, kaya, pandai, dan juga mempunyai sifat fizikal yang menarik. Tetapi, itu semuanya kehendak perasaan mereka sendiri.

Mereka menginginkan pasangan yang baik-baik sahaja, tetapi mereka tidak mahu menjadi orang yang baik. Mereka tidak mahu mengubah dan memperelokkan diri sendiri sebelum mendapatkan pasangan seperti yang mereka inginkan itu.

Saya bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh Tuan Mario. Memang, jodoh ini adalah pilihan diri kita sendiri. Kita yang ingin memilih seorang pasangan yang terbaik. Tetapi…apa yang penting adalah, kita perbaiki dahulu diri kita sendiri jika kita ingin mendapatkan pasangan yang terbaik. Persiapkan diri kita terlebih dahulu untuk mendapatkan pasangan yang kita impikan.

Apa pula pandangan anda? Adakah anda setuju jodoh kita semua ini terletak di tangan diri kita sendiri?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Jodoh Di Tangan Siapa?" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. Amar says:

    Jodoh di tangan kita, tapi yang tentukan Allah.. :)

  2. mashitah says:

    assallamualaikum….
    bila baca post ni teringat zaman sekolah dulu…
    ustazah saya ada ckp..
    kalau nak tahu jodoh kita mcm mana satu hari nanti..
    kita tengok lah diri kita macam mana…..
    :)….

  3. Jawaad says:

    Jodoh kita yg usaha (ikhtiyar), yg membolak balik kan hati manusia adalah Allah.

    Untuk orang awam, ditakutkan tdk mengerti makna ikhtiyar, maka saya sangat setuju dgn ucapan Pak Mario.

  4. cp kah codoh mu nanti

  5. nurul says:

    Kalau jodoh ditangan kita sendiri,jadi kenapa pulak kita perlu berdoa agar bertemu jodoh?

  6. Mastahmad says:

    Kalau jodoh di tangan kita kenapa kita selalu ditekankan yang sejak dari dalam kandungan ibu semasa berusia 4 bulan Allah dah tetapkan / membuat janji mngenai rezeki, ajal maut dan tentunya berkenaan jodoh ? maknanya jodoh dah ditetapkan kan?

    • andri says:

      kitakn hny bs berusaha+berdoa tp tdk menentukan,,inti’a jodoh BUKAN di tangan qt

  7. Rozaini says:

    klu jodoh di tangan kita kenapa lambat muncul dalam kehidupan kita………….x kan kita yang nak cari kan……..

  8. cahyana lop z says:

    jodoh ????
    ditangan ALLAH SWT kita hanya bisa berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya

  9. benny says:

    hati yang bgtu luluh menunggu cinta sejati datang

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*