Memaafkan dan Melupakan Kecurangan

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…

REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!

by sweety_lovely

Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh Peepy Aj melalui kiriman email.

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Memaafkan dan Melupakan Kecurangan" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. beb says:

    memaafkan?..boleh…melupakan???memang perlukan kesabaran…dan kesabaran itu sgt perlukn kekuatan yg hebat…hmmm semoga awak hidup baik2…saya dah maafkan awak…tp tolong jgn muncul lg dlm hidup saya…

  2. beb says:

    amira izwani on January 15, 2011 at 2:30 am said:

    kisahku sgt sedih apabila suami yg amat kusayangi di dunia ini curang dibelakangku.. bkn sekali tapi berkali2.. yg pertama dia curang apabila ex gf call dia stlh 15 thn lost contact. gf yg prnh dia lakukan hubungan terlarang sblm kami khwn dan tanpa aku tahu.. stlh aku tahu, dia bjanji tidak layan lagi krn sayang pdku.ex gfnya sudah pun khwn dan beranak 4. ex gf dia seorg lecturer di u. aku sgt sakit hati krn seorang perempuan yg dh bkhwn dan berkerjaya tetapi tiada maruah curang pd suaminya dan mghubungi suamiku dan berbual2 mengimbas tempat mrk prnh berzina pd satu ketika dulu.. suamiku pasti teruja krn dah lama tidak berhubung. ketika tu thn 2009 aku sdg mgandung.. betapa sedihnya hati ini Tuhan saja yg tahu. dia minta maaf dgn penuh kekesalan dan berjanji tidak berulang lagi perkara spt itu..dgn berat hati aku maafkan dia dan terima dia demi anak. tapi janji tinggal janji.. aku terbaca email dia dgn kawan kami satu kolej semasa belajar di ipts dahulu. email berbaur seks. perempuan itu sudah 1 kali janda dan kini tlhpun berkhwn lain dan bekerja sbg seorg akauntan di putrajaya. sakitnya hati ini Tuhan saja yg tahu.. perkara ini sudah lama iaitu dr thn 2008.. maksudnya sblm ex gf dia td hubungi dia, dia sdh ada perempuan ini! aku x faham knp seorg isteri dan berkerjaya sanggup curang!! dia mohon maaf dgnku berkali2 dan sekali lagi demi anak aku maafkan krn dia terlalu rapat dgn anak2 walaupun dlm masa yg sama dia curang diblkgku.. dan….. sekali lagi dia curang lagi dibelakangku.. oh Tuhan.. aku dapat panggilan telefon dr seorg perempuan di tmpt kerjaku pada bln 4 thn 2010 dan mgaku prnh berzina dgn suamiku berkali2 sekiranya suamiku pergi outstation. hinggakan dia prnh dtg sendiri ke langkawi seorg diri dr kl ketika suamiku kursus di sana! perempuan ini adalah janda beranak 2 dan kawan lamanya ketika di sekolah menengah merupakan pegawai bank di kl. betapa kejamnya dia sanggup telefon aku dan menceritakan semuanya!! apa salahku? aku juga seorang wanita bekerjaya dan memiliki rupa.. malah walaupun sudah berkhwn, ada juga orang yg suka padaku tetapi aku tidak kisah itu semua krn aku bermaruah, aku seorg isteri bukan betina spt perempuan2 itu.. perempuan ini mgaku mgajak suamiku khwn tp suamiku enggan. suamiku pula bkata dia tak cari perempuan ini tp perempuan ini yg dtg ke bilik hotelnya sewaktu dia outstation dan menceritakan masalah dia pd suamiku di sana. perempuan ini bercerai dgn suaminya krn berzina dgn lelaki lain ketika dia berstatus isteri lagi.. yg amat myakitkan hatiku, suamiku ada hp dan no lain hanya utk mghubungi perempuan ini. kali ini suamiku sgt takut, risau dan myesal takut aku tinggalkannya krn semuanya tlh terbongkar hingga dia masuk hospital krn sakit dada.. aku terpaksa ceritakan kisahku pada ibu mertuaku krn tidak tahan menanggungnya seorg diri.. aku bersyukur krn ibu mertuaku menyokongku dan marah pd suamiku. suamiku minta maaf pdku dan kali ini dia sujud ke kakiku dan berjanji bersungguh2 tidak akan curang pdku lg.. hati seorg isteri sptku mmg lemah.. walaupun kasih syg smakin pudar dan tiada lg kepercayaan, aku terima dia buat kali akhir.. kini sudah 9 bln berlalu dan sudahpun masuk ke thn baru 2011.. aku nampak suamiku sudah berubah dan sentiasa usaha mgambil hatiku kembali.. utk pgetahuan, sewaktu dia curang dulu, dia tetap jalankan kewajipan dan tgjwb dia sbg seorg suami. itu yg membuat aku amat terkejut seakan mahu pitam bila mendpt tahu dia curang diblkgku. walaupun begitu, bg aku.. mmg tiada kepercayaan lagi sehingga ke akhir hayat dan tiada kasih syg spt dulu.. aku? aku inginkan kemesraan spt dulu tetapi kenangan dulu menggamit hatiku hinggakan setiap kali bsama aku pasti membayangkan dia dgn perempuan2 itu.. aku sangat2 trauma.. sakitnya hatiku hingga kini Tuhan saja yg tahu.. apakah aku perlu buat? aku sentiasa berdoa, smbhyg hajat dsb.. aku manusia lemah..

    solat istikharah…Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita

  3. syira says:

    cinta mmg pelik anih n mcm2 laa…sdd cnta sume hlang kwalan dri,emosi…mmmmm tpi ape apapon kta ttp kna truskn pjuangan kte sdd jgn psal cinta kte mati….xgna…….

  4. pleasekillme says:

    pedihnya hati bila dikhianati orang yang paling disayangi . aku baru bertunang belum cecah 2 bulan lagi . tapi masa usia pertunangan kami xsampai sebulan pn lagi , tunang aku dh khianati hubungan kami . aku yakin sebelum ni yang dia akn berubah bila dh ada komitmen . tapi ternyata x .aku dh cuba phm dan jadi yg terbaik utk dia , tapi kenapa dia xpenah nk usha jadi yg terbaik utk aku ? ? mana tempt aku kat hati dia . mmg dalam tempoh bertunang dia xpenah nak sisih , abaikan aku , tapi dlm masa yg sama dia berlaku curang dgn aku . kenapa pempuan tu sanggop hancurkan kebahagiaan kaum dia sendiri ? ? ? ? dh bnyak kali aku cuba sabar lupakan semua tu , tapi kedua2nya macam xpernah kenal erti serik . aku cuma manusia biasa , kadang2 aku xdpt kawal diri aku .aku betol2 sayangkan tunang aku , macam mana aku nak sedarkan dia ?? YA ALLAH berikanlah hambamu kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala ujianMU ini . sesungguhnya hambamu ini sudah tak terdaya menghadapi situasi ini lagi dan xsanggup kehilangan insan yg paling disayangi .

  5. cleopatra says:

    pleasekillme on June 29, 2011 at 1:22 pm said:

    pedihnya hati bila dikhianati orang yang paling disayangi . aku baru bertunang belum cecah 2 bulan lagi . tapi masa usia pertunangan kami xsampai sebulan pn lagi , tunang aku dh khianati hubungan kami . aku yakin sebelum ni yang dia akn berubah bila dh ada komitmen . tapi ternyata x .aku dh cuba phm dan jadi yg terbaik utk dia , tapi kenapa dia xpenah nk usha jadi yg terbaik utk aku ? ? mana tempt aku kat hati dia . mmg dalam tempoh bertunang dia xpenah nak sisih , abaikan aku , tapi dlm masa yg sama dia berlaku curang dgn aku . kenapa pempuan tu sanggop hancurkan kebahagiaan kaum dia sendiri ? ? ? ? dh bnyak kali aku cuba sabar lupakan semua tu , tapi kedua2nya macam xpernah kenal erti serik . aku cuma manusia biasa , kadang2 aku xdpt kawal diri aku .aku betol2 sayangkan tunang aku , macam mana aku nak sedarkan dia ?? YA ALLAH berikanlah hambamu kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala ujianMU ini . sesungguhnya hambamu ini sudah tak terdaya menghadapi situasi ini lagi dan xsanggup kehilangan insan yg paling disayangi .

    ll Be Quote

    salam semua..sy pon sme cik pleaskillme….lgi 3bulan nk nikah..die jujur bgtau sy die ade skandal …sedih dn remuk hati sy..nape die bgtau skg???sy terpkse tangguhkan mjlis sy..sbb die xsedia nk kawen, wet pon xcukup..punah impian sy…skg ne…die janji nk betulkan keadaan smua…die cube nk lupakan pp tu…smpai bile??sy xtau nk bt ape…hati ne rase sakit ag…dn mmg xkan lupakan…sy akan terbawak2 g mane2..bile jumpe ngn die, sy byk diamkan diri…mungkihkah syg sy pudar?tp sy sgt2 sygkan die..cume cleh trime nape die curang kt sy?die ckp die xtahan ngn perangai sy ..die bgi peluang pas kawen nti tp hati sy skg..xtau nk teruskan atau tidak??

  6. dhalia says:

    amira izwani

    Ya Allah.. menangis aku baca kisah amira izwani ni. kalau kite yg msh bercinta psangan curang dh rasa sakit apetah lg kalau die dh berkhwin. Memang betol ckp Amira. Kalau aku bersama suami aku pon msti aku akan terbayang mcm tu jugak la die dgn perempuan lain. Sepatutnye kite yg masih kawin beruntung sbb kite msh boleh tgglkn sume jantan2 tak guna tu. tapi kalau dh kawin kene pkr anak lagi..

    Lepas baca kisah amira izwani mmg aku jadi takot nk kawin. Bia la aku berdosa sbb tak laksanakn hukum berkahwin berbanding dosa2 aku bersama dgn laki2 yg hnya nk amik kesempatan terhadap diri aku..

    Tapi andai masih ada seorang lelaki yg Tuhan ciptakan utk aku smpai akhir hayat aku, moga-moga dia insan yg tepat dan menyanyangi aku.. kalau tak de aku mmg redha untuk hidup bersendirian smpai akhir hayat aku..

  7. rin87 says:

    love is not always beautiful….kdang2 kta rse di sayangi tp kdang2 x…:(

  8. Mizz Lina says:

    memang sakit bila diri dicurangi…memaafkan memang boleh tapi tuk melupakan amat sukar… :(

  9. wawa says:

    aku pun dicurangi tpa sedar. kata tak kenal tapi Allah tjukkan. rupanya dah bercinta lama dah ngan ppuan tu. ppuan tu plak dgn bhga merampas hak org. tak pe, Allah adil. suatu hari nnt, mcm tu dia tgalkan aku, mcm tu ppuan tu kena tgal. biar kau rasa kesakitan yg aku rasa sekarang. kau akan menangis setiap hari, tidur tak dapat…kau akn sakit lebih dr aku. hancur hati dan sguh aku tak mampu hadapi. sekejap je dah mudah berubah. Ya Allah….

  10. zetyizza says:

    aku…. mengenalinya, tanpa sedar dia memainkan perasaan aku….. haruskah aku melupakannya….. sedangkan aku amat menyayanginya… ya allah…. kau berikanlah aku petunjuk….. kau berikanlah aku ketenangan untuk berfikir sejenak,aku inginkan jawapan yang pasti dari dirinya…. aku amat berharap………………..

  11. Cherry says:

    Saya sendiri baru mengalami keadaan yang menyakitkan ini.. suami yang saya sanjung mempunyai teman lain (tak tahu nak panggil apa).. peristiwa itu berlaku 11 tahun yang lepas.. cuma saya baru tahu bulan may 2011.. itu pun setelah diberitahu sendiri oleh perempuan tu setelah cintanya ditolak oleh suami saya.. dengan harapan rumahtangga kami akan musnah.. memang sakit jadi hampir gila.. sebab sungguh tak sangka… sampai sekarang saya masih menangis sendiri dalam bilik air (saya tak mahu suami lihat saya menangis lagi)

    Ramai orang ckp saya bodoh kerana memaafkan suami yang curang macam tu.. walaupun hati saya hancur.. saya akan cantum semula.. demi anak2.. bukan perasaan saya yang penting sekarang.. saya rela bekorban apa sahaja untuk kebahagian anak2 saya.. saya menjadi mangsa penceraian mak dan abah.. hidup saya terseksa dari kecil.. saya tak mahu anak2 saya melalui perkara yang sama..

    Apa yang perlu kita buat.. berhenti meratap.. berhenti bergaduh.. berhenti menyalahkan suami.. berhenti kesalkan nasib.. ubah diri.. kalau gemuk.. kuruskan badan.. kalau kusam pi lah polish apa yang patut… wangi2 selalu.. buat untuk diri sendiri dahulu.. untuk keyakinan diri.. kita kena sayang diri kita.. pedulik apa dia nak sayang kita ke tak..

    Sekarang suami saya tergila2 kat saya.. dia pulak yang cemburu lebih2.. jadi kalau yakin kita dah buat terbaik.. jaga luar dan dalam.. dia akan patah balik kat kita.. jgn risau.. malah lebih hargai kita.. sebab dia dah ada perbandingan..

    Dalam pada tu saya buat perjanjian bertulis dan dimatikan stem.. sekali lagi berlaku.. dia harus keluar dari rumah.. hak penjagaan anak.. harta sepencarian dia tak boleh tuntut walaupun sesen.. ini saya lakukan demi menjaga kebajikan anak2 saya.. bukan untuk saya..

    Benda ni berlaku buat saya lebih kuat.. jadi kawan2 yang senasib dengan saya.. jgn sesekali tunjuk bahawa kita lemah.. Kita memaafkan bukan kerana kita bodoh.. bukan kerana terlalu sayang.. sebab kita memikirkan kebahagian anak2 adalah lebih penting dari diri kita sendiri.. selagi suami tak memukul.. tak kejam.. terima dan maafkan aje.. tapi lindungi hak kita..

    Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. jadi ambik ikhtibar.. jgn leka.. jaga diri.. jaga hati.. Cantikkan segala yang kita miliki..

    • Qaseeh Aisya says:

      aku terpanggil untuk berkongsi curahan hati ku disaat ini setelah membaca coreta AMIRA dan CHERRY…nampaknya nasib kita serupa…sama…kita dikhianati oleh seorang insan yang bergelar suami….terjelepok diri…tersungkur jiwa ini tatkala menerima musibah ini…namun cuba bangkit sendiri demi anak-anak yang dikasihi….

  12. Insan Dilukai says:

    ya allah hampir 10 tahun aku bersamanya susah senag aku sentrisa bersamanya..tp mungkin die bkn jodoh ku….ya aalllah amat payah untukmku melupaknnya…hurmmmmaq rse sunyi sngt tanpa die…selalunye aq msti kol die…tp skang,….hurmmmm ya allah tabahkan hati ku in ya Allah…

  13. Insan Dilukai says:

    ya allah hampir 10 tahun aku bersamanya susah senag aku sentrisa bersamanya..tp mungkin die bkn jodoh ku….ya Allah amat payah untukmku melupaknnya…hurmmmm aq rse sunyi sngt tanpa die…selalunye aq msti kol die…tp skang,….hurmmmm ya allah tabahkan hati ku in ya Allah…

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: