Nilai Tudung Seorang Wanita

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Artikel Wanita Cinta ini telah dikirimkan oleh anai di Forum Tentang Cinta.

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Nilai Tudung Seorang Wanita" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. pErMaTa Yg DcAr! says:

    salam…
    tetiba ja tergerk ati nk post komen kt sini..
    blh ke??
    nk ckp sket leyh?? :)>-

    kenapa la kita nk debt psai isu btudung nih..
    apa2 pon as a muslim and islam..kita kena la tgk blk pada akr tunjang kita…AL-QURAN & AS-SUNNAH…
    kan better idup nih..:)>-
    untuk kita renung2 kn bsama…

    “wahai Nabi,suruhlah isteri2mu & anak perempuanmu,
    melabuhkan PAKAIANNYA bg mnutup seluruh tubuhnya(semasa keluar dr
    rumah), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(PEREMPUAN yang baik2) , maka dngn itu tdk dganggu. Dan ingtlah ALLAH adlh Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihi ”
    [ AL -AHZAB 33 : 59]

    xda niat nk kata kat sapa2…
    just pndapt seorg insan yg kerdil jaa…
    :)

    maaf yaaa…
    :)>-:)>-:)>-

  2. mawardah says:

    assalamailaikum…………

    isu pasal tudung 1 isu yg hebat diperkatakan.
    bagi sy bertudung merupakan i kewajipan pompuan muslimah.
    xsalah utk berfesyen dlm bertudung tapi niat di ati tu yg kena betoi…..mestilah niat kat ALLAH S.W.T
    fesyen-fesyen la ni adalah utk menarik wanita muslimah luar sana agar kembali ke pangkal jalan dan merungkai persepsi mereka bahawa dgn bertudubg jugakita boleh berfesyen………janji kita tak melanggar hukum syarak.

    so pa tunggu lagi……..SELAMAT BERAMAL……………..:x:x:x:x

  3. gurl says:

    # shaffira_pu3

    wasalam kirin..:)>-

    betul ckp sha..tp topik btudung ni dr dulu xhabis2..dr sha kecik..
    :-|:-|
    bknkah tu mmg tngungjwb kite tok mntup aurt?:-bbende ni patutnye xperlu dpertikaikn lgkn..:-?:-?

    i know kubur masing2kn?:)but just tok mpringati xsalahkn..:):):):)
    July 30th, 2008 at 11:37 pm | Quote

    lg 1…senang jer ckp kubur masing2…bla dh mati sape yg korek kn kubur 2…kita jgk yg nk kna tlg korek kn…sojgn duk kata kubur masing2 lg k…klu x, ko korek la sndri kubur ko 2 bla mati nnt… :o

  4. gurl says:

    mla2 pakai tudung mmg rasa t’paksa..
    tp bla dh lma pkai…
    rsa best jer tau,…
    tgk org pakai tudung labuh mcm best jer…
    t’rsa gak nk pkai…
    tp x smpai lg seru pkai tudung lbuh…
    btl gak kata kwn2 kt sni…
    bla dh pkai tudung 2 btl kn la prangai jd elok skt…
    bru nmpk kecantikan wanita itu sndri…
    :-)

  5. wanita says:

    lau bertudung tu tapi peragai dia xelok nk uat ape,tapi lau bertudung pakai pakaian yg ketat2,pas tu terdedah sana sini, tapi still bertudung uat pe

  6. nour-el says:

    assalamualaikum……. tergerak ati nk komen sket. :o angin 1 bdn sy ble bercakap psl tdg ni. mcm2 alasan org yg tak bertdg ni. ssh la, rimas, nampak mcm makcik, yg paling advance skali, tau pun rasa segan berkepit ngan boyfren ble bertdg, nak msk tempat sosial terbantut.huh! diorg sbenarnya tau fungsi tdg ni ape,aurat terpelihara,maruah terjaga. sedih la kan, kite tau benda tu dosa tapi nape buat juge??? astaghfirullah..Insaf lah…anda blom terlewat. balik la ke landasan yg benar… jgn kte tergolong dlm golongan org2 yang rugi…. wa allahu a’lam..

  7. nour-el says:

    contoh pakaian terbaik kite as a muslimah…. pakaian sembahyang kite… itu la juge pakaian yang kan kite bawa bile kite balik nak mengadap ilahi…jadikan nye model dan titik tolak fesyen,bukan pakaian kebanyakan yang x cukup kain tu…. sekadar peringatkan diri sendiri di samping mengajak rakan muslimah sumer………insyaAllh.

  8. apple says:

    perintah Allah suh perempuan menutup aurat..dan aurat itu termasuk la gk rambut..skang ni mmg ramai yg pkai tudung tp ramai gk yg msh free hair. kt org physical appearance tu xmenggambarkn hati kt..tp kn ke hati kt tu dan pertimbangan akal yg mendorong kt melakukan sesuatu? kt org lg pkai tdg xsemestinye baik akhlak. yg free hair mayb lbh baik. sy rs agk subjektif.yg bertdg tp msh lg menampakkn aurat2 lain dan yg xbertdg mmg sah2 menampakkn aurat. tp xsemestinya yg free hair tu xbaik akhlak..dan xsemestinya jgk yg bertdg tu pn jgk xbaik akhlaknya.pokok pangkalnya iman.yg penting perintah Allah tu kewajipan kt yg mesti didahulukan..

  9. sasaLoLa says:

    bg aku lar an. sume pompwan comel klo pakai tdong. tp jgn lar pkai tdong cm xnk pakai. bek tanggal teros. bkn yer lawa un muke uh. hehe~ :P

    p/s aku gux manusie yg lemah. cntiase melaku an kesalahan. tp seboleyh2 yer xnk lar org bukan ISLAM memandang rendah tehadap kite. korang ade otak. jadi gune an lar ke jalan yg betol. :halo:

  10. waNy says:

    anggah_yenna on August 9, 2008 at 8:28 pm said:

    :)salam. best gak topik ni.Saya nak kongsi pendapat kalau sudi diterima ye. Bertudung atau tidak, bukan mencerminkan keperibadian seseorang itu, baik atau tidak. Cuma, sebagai manusia biasa yang biasa menilai orang secara zahir sahaja, apabila melihat sesuatu yang tidak bagus pada pandangan mata, maka hukuman pantas je dijatuhkan.Pandangan prejudis pada wanita tak bertudung, mereka tidak baik moralnya meskipun tak semua begitu, kadangkala lagi cantik akhlak yang tak bertudung ni, memang tak dinafikan. Tapi semua kena ingat ye, bertudung tu merupakan perintah Allah kan.Wajib kena ikut without question. Itu memang dah termaktub yang wanita wajib menutup auratnya. Memang tak dinafikan mereka yang menutup aurat tu kadangkala akhlaknya buruk ya amat. Sampai ada yang pertikai kalu macam tu, untuk apa bertudung kan? Tapi, kita sebagai insan biasa ni tak layak untuk mempertikaikan itu semua. Itu antara dia dengan tuhan. Kita yang sedar ni, perlulah ikut kewajiban yang dah ditetapkan untuk kita dan sesama jaga keperibadian kita seperti mana pakaian yang kita pakai ye. Jangan pula kita tergolong di kalangan orang yang menutup aurat, namun perangainya buruk ye. Sesama jaga kesucian Islam ni ye.

    wany sejutu.. =)

  11. setieya says:

    :up:

  12. kiela/ainzzzz says:

    saya dah lame jatuh cinta kat duit awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! :D :D

  13. L0wHA says:

    :lol: wanita mmg bernilai bila pakai tudung..huhu
    Tudung pun der nilainyer yang tersendiri, sbb tu der harga..haha

    Aper2 pun, ilmu yang ader perlulah diamalkan. ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TAK BERBUAH…penat jerk blajo tinggi2..

  14. gadis says:

    salam, ramai gax yunk dekat kampus pakai tudung.. ayu seh. luar kampus, rambut pelbagai fesyen. bercolour2 lagy tuh. pe daa..

  15. syaima says:

    salam,yang sedihnya ramai yang tak faham konsep menutup aurat,terutama yang belajar kt ipt,ke kelas pakai tudung elok,bila dekat asrama takde bezanye dengan budak cina,pakai seluar pendek je bile keluar bilik,tak ke sakitkan mata tu :!: :vangry:

  16. nur says:

    :-) bagus artikel nih…sebenarnya cuba korang fikir, perempuan yg bertudung labuh lebih ‘smart’ dari perempuan yg bertudung pendek…

  17. soul says:

    bgus

  18. mazira... says:

    huhu..menariknya sal artikel ni,,,kwn sy dr sabah pluk islam pom coz ske tgok wanita muslim bertudung..

  19. lulululu says:

    dh termakyub dh b’tudung 2 wajib…xble la nk kta apa org yg xbrtudung 2…mmg la klu b’tudung xsmstiny baek ja….n xsmsti ny owg xt’tudung suma jht….tp at least dia da affed nk ikt prnth Allah…suma owg xsempura..itu yg psti….bnda wajib kna ikt la…xleh nk bnyk dlih… :-)

  20. haidy says:

    :up:
    btol tu…sy sokong artikel nie..

  21. ilda says:

    best artikel ni..
    tapikan… nape ei tudung sekarang makin lama makin jarang..
    hmmm…???
    :?:

  22. mya says:

    Salam,

    terus terang saya katakan saya seorang wanita yang tidak bertudung. Niat di dalam hati sememangnya ingin melaksanakan tanggungjawab ini, tapi bila mana saya terpandang dan terdengar tentang muslimah bertudung yang bersikap negatif, niat saya hanya tinggal niat. Maaf sekiranya kata2 saya keterlaluan, tak pasti samada kata2 saya boleh diterima pakai atau tidak, bergantung kepada inisiatif diri untuk melaksanakannya. Saya sedang berusaha utk menjalankannya. Amin~

  23. Finn says:

    Salam.. erm pasal tudung..sya sedih gak bla tgk kwn2x y pakai tudung tpi etika brpakaian still xbtul…

  24. hokage says:

    —brtudung better than free hair laa..so hrp sume2 gadis2 brtudung n jg kelakuan…insaf la…ke jln yg benar..

  25. meow says:

    mya on July 18, 2010 at 1:41 pm said:

    Salam,

    terus terang saya katakan saya seorang wanita yang tidak bertudung. Niat di dalam hati sememangnya ingin melaksanakan tanggungjawab ini, tapi bila mana saya terpandang dan terdengar tentang muslimah bertudung yang bersikap negatif, niat saya hanya tinggal niat. Maaf sekiranya kata2 saya keterlaluan, tak pasti samada kata2 saya boleh diterima pakai atau tidak, bergantung kepada inisiatif diri untuk melaksanakannya. Saya sedang berusaha utk menjalankannya. Amin~

    sahabatku…jangan pandang kiri dan kanan andai sudah tergerak hati untuk lakukan kebaikan jangan tunda..itu maknanya hidayah Allah sudah sampai kepada kita..kenapa tunggu lagi sedangkan kita tidak tahu bila masa kita akan dipanggil menggadapNya…andai ada kawan2 yg memakai tudung tapi tak berkelakuan baik…itu adalah kesilapannya..bukan kesilapan Islam…kerana Islam itu Benar dan Sempurna hanya hamba 2 yg salah mengaplikasikannya..wassalam…ahlan wa sahlan ke dunia penghayatan islam

  26. my love only 4 ALLAH says:

    :XO: I love ALLAH! only ALLAH give me fresh brain!! LOVE ALLAH!!!!

  27. Hamba Allah says:

    :oops: hhha~ sje je… hha~

  28. Hamba Allah says:

    8) i want Nobody 2 bu ALLAh!!! I want NOBODY2 but Allah

  29. Hamba Allah says:

    hha~ huhuhu :D :vangry: :roll: :|

  30. Hamba Allah says:

    kiela/ainzzzz on September 30, 2009 at 2:27 pm said:

    saya dah lame jatuh cinta kat duit awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! :D :D

    sengal!

  31. INA says:

    wanita Islam memang wajib pun bertudung..

    sape2 yg menidakkan nya “JANGAN NAK MENEGAKKAN BENANG YG BASAH”
    sbb bila Allah kata wajib tetap wajib.. jgn nak bg alasan itu dan ini..

  32. khairul says:

    assalammuaalaikum…menarik sgt artikel psl tudung ni…..bgus sgt2 utk pmpuan2 kat luar sne yg msih cetek ilmu pngetahuan islam n bdoh sombong…bkn skali ni je isu bertudung ni…dh bkurun al maklumnya…mnusia skrg ni jgn kata smakin dkat dgn barokah ALLAH,tp smakin hr smakin jauh dr ALLAH,,,mne kn tdknya,,,kate islam,,,tp prngai mcm org bkn islam,,,,islam pd keturunan je…tp happy valentine day smbut gak bg kbnykn rmaja islam yg mabuk bcnta skrg ni…dh jelas2 HARAM,,,pastu memndai buat hukum hakam sndiri….1 malaysia knon!,,,bkn soal sentimen perkauman,hak islam kena la pelihara,,,,spe lg kalau bkn kte yg islam ni,,,pastu ade sgelintir minah2 kat luar sne tu,,pkai tdung ala datin pergi majlis,,,,nmpak bonjol rambut kat dpn,,,,ade jugak yg bckap,,”alah,,,aku blum dpt seru hidayah g,,,wat pe nk pkai tdung,,,aq x nk la jd hipokrit mcm si anu2 tu!”…ade ke patut ckp mcm tu,,,spe kte nk soalkan hidayah ALLAH??…hkikatnya jugak hr ini,,,pmpuan pkai tdung TP TELANJANG,,,,mne kn tdknya,pdkai pkaian ketat2,,alasn,,,ringkas,up to date,ranggi n simple,,,mereka redha je dan taksub dgn cptaan org yahudi laknatullah,,,ish,,,HARAM TU!!… x takut dose ke?!!…sbb yg nmanya mnutup aurat itu x akn trwujud kcuali x jarang.jika jarang,maka hnya akn mngundang fitnah(godaan) dn beerti mnmpakkan perhiasan.Dalam hal ini RASULULLAH S.A.W tlh bsbda :”pd akhir umatku nnti.akan ada wnita2 yg bpakaian nmun hkikatnya telanjang.rmbut mereka dpamer dan dbggakan(seperti goh2 unta).KUTUKLAH MEREKA KERANA SEBENARNYA MEREKA ADALAH KAUM WANITA YG TERKUTUK.MEREKA TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN JUGA TIDAK AKAN MNCIUM BAU SYURGA,PADAHAL BAUNYA SYURGA ITU DPT DICIUM DR PRJALANAN SEKIAN DAN SEKIAN..-HADIR RIWAYAT MUSLIM-

    renung2 kan lah whai kaum wanita yg mulia..dirimu amt bhrga..nilaimu amt bsr…fitrah lelaki akn mnyyngi ssuatu yg sush dimiliki,,,,sush dimiliki mksudnya di sini adalh seorg wnita yg solehah dan mnjga auratnya…bbeza dgn wnita yg x mnjga auratnya dgn smpurna,,,sng2 je lelaki nk dpt knonnya wnita yg spesies tu “basic level” nk tackle.maruah tu,,,kne jage elok2,,,nk sgt ke jd bahan fitnah n silap2 kne rogol sbb daya tarikan kuat sgt?!!!!..anaisr kat luar sna tu nmpak je baik tp huhh,,,lgkan mak ayah g bunuh,rogol ank sndiri,,,baru2 ini,,,seorg tua umo 65 tahun merogol cucu..ape ke jaddah nye manusia camtu..bodoh punye org,,,jln pun dh terhuyung hayang tp msih nk rogol cucu,,,tu la,,,hdup x brlndaskan pgngn islam sbnr,,islam ikut mood je,,ikut keturunan je,,,mne nk dpt berkat….INGAT..hidup cuma sekali,,alam barzakh destinasi yg PASTI,,,akhirat ALAM YG HAQIQI,,,muhasabah diri,,,,fikir akan kekurangn iman,,,renung ke dsr hati,,,,apa yg kte nk sbenarnya ddunia ini??…apa kita sudah mlksanakan amanat ALLAH yg mnjdikan mnusia sbgai khalifah dmuka bumi ini??…..fikirkanalan….smoga mndapat mardhatillah….jazakumullah…syukran lakum…bittaufiq wannajjah…^_^

  33. fasihah says:

    salam

    apabila wanita bertudung melakukan kesalahan, itu bukanlah satu alasan utk kita menilai mereka dgn nilaian negatif….yg nama wanita bertudung itu juga MANUSIA…jd dia x lepas dari melakukan silap dan salah….
    (tp jgnlah kita buat kesalahan dgn sewnang2nya beralasankan sume manusia x lepas dari wat salah….cubalah perbaiki diri..)….sume org memiliki kekurangan dan kelebihan…sebagai contoh, terdapat seorang wanita yg gemar mengumpat…nah, itu kekurangannya! tapi kelebihannya, dia memakai tudung! terdapat pula seorang yg sgt menjaga pertuturannya…lihat, itu lebihnya dia…tapi kurangnya dia kerana tidak bertudung…masing2 ada cacat dan ada cantiknya…
    .jgn pula bila kita sebagai yg bertudung menilai wanita x bertudung dgn nilaian yg negatif juga….kerana di sebalik kekurangannya terdapat seribu kelebihan yg kita x miliki….mungkin juga satu masa nnt Allah kurniakan hidayah kpdnya…jadi, jgn asyik menilai orang…ayuh nilai hubungan kita dgn Allah…adakah telah memenuhi ciri2 hamba yg taat akn perintahNya…?

  34. -Najla- says:

    Assalamualaikum….

    Dulu saya seorang yang khilaf….memakai tudung seperti apa yang diperkatakan pada petikan tadi….tetapi tatkala saya ingin mengubah diri saya ke arah memakai tudung yang labuh, melonggarkan pakaian saya, tetap juga ada sesetengah memandang sinis terhadap saya…ada yg mengatakan saya x pandai match pakaian….kuno katakan… Namun, saya masih bersabar kerana sabar itu indah… apa yg saya cuma harapkan, kpd sesetengah hamba Allah yg memandang sinis terhadap golongan wanita yg memakai tudung labuh, janganlah mematah semangat kami yg ingin berubah…. kepada sesiapa yg ingin berubah, kuatkan semangat dan jangan putus asa kerana Allah tidak suka hamba-Nya yg berputus asa dan teruskan perbaiki amalan kita… Allah suka hamba-Nya yg sentiasa mengingati-Nya dan memperbaiki amalan-Nya demi mendapat rahmat daripada-Nya…

  35. esha es says:

    khairul on February 17, 2011 at 11:31 am said:

    assalammuaalaikum…menarik sgt artikel psl tudung ni…..bgus sgt2 utk pmpuan2 kat luar sne yg msih cetek ilmu pngetahuan islam n bdoh sombong…bkn skali ni je isu bertudung ni…dh bkurun al maklumnya…mnusia skrg ni jgn kata smakin dkat dgn barokah ALLAH,tp smakin hr smakin jauh dr ALLAH,,,mne kn tdknya,,,kate islam,,,tp prngai mcm org bkn islam,,,,islam pd keturunan je…tp happy valentine day smbut gak bg kbnykn rmaja islam yg mabuk bcnta skrg ni…dh jelas2 HARAM,,,pastu memndai buat hukum hakam sndiri….1 malaysia knon!,,,bkn soal sentimen perkauman,hak islam kena la pelihara,,,,spe lg kalau bkn kte yg islam ni,,,pastu ade sgelintir minah2 kat luar sne tu,,pkai tdung ala datin pergi majlis,,,,nmpak bonjol rambut kat dpn,,,,ade jugak yg bckap,,”alah,,,aku blum dpt seru hidayah g,,,wat pe nk pkai tdung,,,aq x nk la jd hipokrit mcm si anu2 tu!”…ade ke patut ckp mcm tu,,,spe kte nk soalkan hidayah ALLAH??…hkikatnya jugak hr ini,,,pmpuan pkai tdung TP TELANJANG,,,,mne kn tdknya,pdkai pkaian ketat2,,alasn,,,ringkas,up to date,ranggi n simple,,,mereka redha je dan taksub dgn cptaan org yahudi laknatullah,,,ish,,,HARAM TU!!… x takut dose ke?!!…sbb yg nmanya mnutup aurat itu x akn trwujud kcuali x jarang.jika jarang,maka hnya akn mngundang fitnah(godaan) dn beerti mnmpakkan perhiasan.Dalam hal ini RASULULLAH S.A.W tlh bsbda :”pd akhir umatku nnti.akan ada wnita2 yg bpakaian nmun hkikatnya telanjang.rmbut mereka dpamer dan dbggakan(seperti goh2 unta).KUTUKLAH MEREKA KERANA SEBENARNYA MEREKA ADALAH KAUM WANITA YG TERKUTUK.MEREKA TIDAK AKAN MASUK SYURGA DAN JUGA TIDAK AKAN MNCIUM BAU SYURGA,PADAHAL BAUNYA SYURGA ITU DPT DICIUM DR PRJALANAN SEKIAN DAN SEKIAN..-HADIR RIWAYAT MUSLIM-

    renung2 kan lah whai kaum wanita yg mulia..dirimu amt bhrga..nilaimu amt bsr…fitrah lelaki akn mnyyngi ssuatu yg sush dimiliki,,,,sush dimiliki mksudnya di sini adalh seorg wnita yg solehah dan mnjga auratnya…bbeza dgn wnita yg x mnjga auratnya dgn smpurna,,,sng2 je lelaki nk dpt knonnya wnita yg spesies tu “basic level” nk tackle.maruah tu,,,kne jage elok2,,,nk sgt ke jd bahan fitnah n silap2 kne rogol sbb daya tarikan kuat sgt?!!!!..anaisr kat luar sna tu nmpak je baik tp huhh,,,lgkan mak ayah g bunuh,rogol ank sndiri,,,baru2 ini,,,seorg tua umo 65 tahun merogol cucu..ape ke jaddah nye manusia camtu..bodoh punye org,,,jln pun dh terhuyung hayang tp msih nk rogol cucu,,,tu la,,,hdup x brlndaskan pgngn islam sbnr,,islam ikut mood je,,ikut keturunan je,,,mne nk dpt berkat….INGAT..hidup cuma sekali,,alam barzakh destinasi yg PASTI,,,akhirat ALAM YG HAQIQI,,,muhasabah diri,,,,fikir akan kekurangn iman,,,renung ke dsr hati,,,,apa yg kte nk sbenarnya ddunia ini??…apa kita sudah mlksanakan amanat ALLAH yg mnjdikan mnusia sbgai khalifah dmuka bumi ini??…..fikirkanalan….smoga mndapat mardhatillah….jazakumullah…syukran lakum…bittaufiq wannajjah…^_^

    agree.. cgt5x m’ydrkn dn m’bmbg..

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: