Sudahkah Anda Bersedia Untuk Berkahwin

Rahsia Memahami Pasangan Anda

Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.

Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.

Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

Artikel Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari Yankumi di Forum Tentang Cinta.

Rahsia Sistem Diet Kamikaze

Ungkapan Cinta Pembaca

  1. Assalamualaikum

    Perkahwinan memanglah nampak pertaruhan jika dilihat dari sudut akal sahaja. Tetapi bukankah perkahwinan adalah sunnah. Bermakna perkahwinan mendapat pahala dari Allah kerana perkongsian hidup ikhlas kerana Allah suami dan isteri. Sepanjang tempoh percintaan satu yang perlu anda ingat bahawa syaitan akan terus menggoda. Rasa was-was, tidak yakin untuk berkahwin itu semua adalah sebahagiaan hasutan syaitan untuk kita terus dalam maksiat. Tetapi atas pengalaman saya apabila ikhlas niat nak berkahwin Allah permudahkan segala urusan untuk itu.

  2. assalamualaikum…..
    komen ni diberi ketika aku dlm mood :cry: ..
    lazim org berkata..cinta tak perlu dicari…ia akan datang sendiri..
    tp andai kata jodoh dh smpai…kita tak boleh menolak walaupun kdg2 dalam keadaan bersedia atau tidak bersedia..bagi aku..nak tunggu persediaan 100% rasanya tak terjangkau coz nobody is perfect..tak semua yang kita harapkan dr pasangan tu sempurna dimata kita..dan diri kita juga harus dicerminkan dulu.mayb ada juga dimata dia diri kita tidak kena.so…disini pentingnya memberi dan menerima.perkahwinan bukan sehari atau 2 hari tetapi hingga ke akhir hayat.walaupun kdg2 kita dah bersedia tetapi andai kata Allah belum izinkan..ada hikmah sebaliknya.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

  3. silver_suffer7 says:

    walaupun aku xtahu apa bakal yang berlaku selepas aku kahwin ngn pasangan aku, tapi aku akan cuba tempuhi setiap dugaannya yang lebih mencabar ketika bercinta sebelum kahwin.. mmg aku makan hati ngn pasangan aku. tapi baik buruknya aku terima dengan kerelaan ati aku kerana aku sayang n cintakan dia. aku hanya berdoa dia akan berubah setelah berkahwin dan lebih matang dalam setiap situasi. sbb nobody is perfect. hanya doa yang mampu aku lakukan setiap masa… walaupun aku ‘sakit’ yang tramat, aku akan pertahankan cinta aku padanya.

  4. menjawab tajuk kat atas..

    “Sudahkah Anda Bersedia Untuk Berkahwin”

    huuu~~ honestly xready lagi lol…
    now…lebih selesa hidup sendiri…
    tapi makcik2, kwn2 mak (bkn mak sindiri pon) dah sebok tanye…
    aduh… xde mende lain ke nak tanye… kawen…kawen…kawen…
    cuba la tanye pasal isu2 yg global sket…
    tapi betul gak…
    sampai biler nak idup sendiri?
    kwn2 ade yg anak nak masuk tadika dah…
    g majlis keramaian dok usung anak…
    aku?… dok usung asgment/buku yg tak siap2… iskhh… terase gak kdg2… sampai bile kan yg kata dah sedia tu? huhuh

  5. kawin??…. huuuu adakah ia menbebankan? bgi aku .. mestila byk perkara kena buat, ak tk tau apa akn jdi kt ku bila da kawin nanti.. adkah ak dapat isteri yg solehah atau sebaliknya??? :cry:

  6. diden : nak dapatkan isteri yg solehah…kene solehkan diri dulu… insyaAllah.. will get her soon…

    heeeee~~~~~~~~

    :up:

  7. cekgu kecik says:

    dilemma!!
    hmm x perlu risau lar..
    khawin nih perkara yang diredhai Allah
    so..dugaan dan cabaran yg dtg merupakan hikmah disebaliknya..
    ikutlah sunnah rasullah dalam menjaga perkhawinan..
    dapatlah merasa kemanisan berkhawin
    mesti berkekalan..
    insyaAllah..

  8. aku bru knal gn bf aku ni..
    tp dia da ajak kwin
    aku 20, dia 22.. aku msh belajar..
    aku keliru..
    aku sering mengelak klau dia nk ckp ttg soal perKAHWINAN..

    masalahnye..dia 2 bnr2 serius..
    dia jgk serg trrkilan gn skap aku yg seolah2 x mempercayai dia..
    dia ckp dia nk kwin awal utk elakkan maksiat
    dan dia dh ready nk jd seorg husband..
    kwangan pn stabil.. tp aku x ready..
    tp aku x sanggup luka kn hati dia…
    pe pendapat korang

  9. salam sume…
    haiiii….
    aku sekadar ingin berkongsi cite je…tapi klu de sesapa y sudi menolong saya ucpkan trime kacih ea…
    sebernarnye aku bercinte gan seseorg lelaki ni…
    hbungan kami bermule sekadar kawan tapi lama kelamaan kami bercinte…
    pada mulenye aku tak suke pdnye…aku hanye anggap die sbg kwn…
    tapi lama2 kelamaan persaan kasih n cyg timbul.kami bercinte…kami juga berkasih syg n tak lupe pd persengketaan…
    kami selalu gaduh n aku selalu minte putus dr die…
    selama tmpoh 6 bln ni mcm2 y kami hadapi…
    hari2 gaduh…tapi kami baik lik. die betul2 serius dgn sy n inginkan sayay jdi permaisuri idup die
    tapi…..sy masih berperangsangka….sama ada die btol2 serius dengan sy atau sebaliknye…kami jauh…jarang dapat bertemu…hanye telepon menjadi teman kami setiap hari…
    masalah sy sekarang ialah sy tak beberapa pasti y die btol2 serius gan sy…
    :( :(

  10. cantikmanis says:

    salam..
    mcm2 dugaan kte akn trime b4 n after kawin..
    yg penting kte ikhlas ngan pasangan kte..
    bukan senang nak dpt pelangi..
    panas xkan kekal lama, msti ade ujan, lepas 2 baru kte akan dpt pelangi..

    mia ade msalah jga, nak kawin.. ktorg mmg da lama tggu,da hmpir 3 taun tggu.. tapi kesian kat dia, mule2 jumpe mia, mia tgh study lagi..
    parents bagi syarat tggu smpai abis blaja.. tapi skg, da nak abis blaja, diorg bagi syarat baru pula, tggu da keje beberapa bulan, paling2 pon setaun, baru bole kawin.. :cry:
    bukan diorg x suke partner mia, cume diorg kata susa nak dpt keje kalo kawin dulu..
    pelik jga mia ngan statemnt cam2.. bukan ke Allah yg bagi rezki kat kte?.. plus, mia xmo tggu lama2.. kan x elok.. ktorg ni mmg da msuk wajib kawin da.. tapi ape nak wat?.. erm.. :(
    mia pon xtau nak wat ape da.. hope tbuka la ati diorg bagi ktorg nikah.. mia x harapkan majlis besar2 pon, bagi nikah cukup.. tapi, diorg nak wat majlis beso2 pula.. tapi duit x cukup.. ni la masalah nye.. camne?.. mia tggu pelangi.. skg tgh ujan.. bile pelangi akn muncul? :(

  11. D hemmm. aku pon setuju.. ni aku punya blog sudi3 lah komen erk….
    ummilenggang.blogspot.com
    ummi1796.blogspot.com

  12. bf sy ajak kawen thn dpn…
    tp takot utk pk kn dugaan yg mendtg..
    lau nk kawen bkn kawen ngan dye je,tp kne kawen dgn fmly dye skali..
    bkn senang nk tawan hati fmly pasangan kte..
    ble pk sal kawen rse takot utk menghadapi…
    :(

  13. ely_kalisrindu says:

    emmmmmmmm, mmg senang bila kita nak kahwin..
    tp byk tanggungjawab yang perlu di beri perhatian….
    eLy memang nak kahwin, tapi x sedia la nk pikul tanggungjawab besar, takut pun ada…
    takut x boleh jd isteri yang sempurna…

  14. salam,
    sy pon rase masih muda dan blom bersedia utk berkahwin walau dh ade org yg tggu sy. hmmm.. Ya Allah takutnye nk kawin. :roll:

  15. donut nk share ckit neh..
    bf donut mtk tunang tempoh
    ary..dy ckp nk blek bincang nga fmly..
    tah donut xbis pk cne cz ktrg stil
    student..dy ckp bnd baek trus tunang lau
    dh syg..pape pom bnd gni kne pk tol2 an
    bkn ley bwk maen2..kawen tunang mang ske
    cz m’layari khidupan yg b’beza tp nk
    idup ag 5 6taun cne..kne pk gk..!
    lum ready kearah tuh…!
    so scared.. :? :?: :cry:

  16. hmm kawin ni mmg mencabar..mase mule2 kapel…smua baik..pijak semut pon x mati…xde maki2 marah2….tp pas kawin terbongkar semuanye..nk nk lepas dah ade anak…satu anak pon cukuplah….mulelah cari salah ade je x kene kt mate dia….cakap bosanlah…kite x bagi perhatian lah kta dia…lupe gosok baju keje dialah…..ade jelah…isu kecik2 jd isu besar…..xde bende lain asik ckp nk pisah…. sakit ati btul…kite ni xde pon komplen pasal dia…duit x cukup ker…dia x beli perabot ngan tvker….kite g supermarket beli sofa ngan tv lcd sendirik tau….cukup 40 kali dia cakap nk pisah mmg kte makbulkan permintaan dia….da fed up tahan perasaan..lau x pk anak mmg da lama kte makbulkan….

  17. :D kesimpulannyer…pastikan partner kita adalah betul2 untuk kita, barulaaa tak takut nak kawin…huhu :up:

  18. puzo...lonely says:

    hurm…da lme ak bersndri…x tau knpe…hnye allah je tau..dlu ak punyai sorg bf,,yg btl2 penyanyg n mhrgai ak….tp…skg..die da ngn org lain…ak x tau pe slh ak,myb aku x smpurna…hurm…now ngn berbekalkn semngat aku mula bljar mngnal diri ak sndri..

  19. cactus_biru says:

    just nk share cite..
    sy dah kenal ngan mamat ni start dr mula2 msuk u 2004..hubungan kami betahan sampai 5 thun..but dlm tempoh tu kmi pernah gaduh n break..pastu smbung blik…ada la dlm 2 3 kali gak break n ctnue…klau pk2 mmg sy xthan ngan dia..p sayang tu tebal so leh sabar n trma dia blik..pertengahan thun 2007 kami gaduh lagi…time tu sy mmg serius n nekad nk break ngan dia..dekat sebulan kmi putus..satu hari dia cll n serius ckp nk jumper..so kami jumper…sy pg jumper dia ngan kwn sy…time jumper tu..dia serius2 pujuk sy blik n propose sy tuk btunang…depan2 membe n time tu gak dia cll mak dia ckp nk masuk minang sy..sy mcm termakan ngan kesungguhan dia so terima lamaran dia n suh dia gtau sndri mak sy..per kputusan mak tu keputusan sy…so,dia cll n my parent bg green light..so sy dirisik bulan 12 thun lpas n bertunang bulan 3…tapi nk jadi kan cite..Allah maha mengetahui n berkuasa..jika Dia kata itu bukan jodoh kita..wlaupun kita dh perthan kan pon..dia ttp bukan jd hak kita..dlm tmpoh perkenalan kami,dia byk buat sy rase kurang yakin n xpercaya..so sbb tu kami slalu gaduh n break..sy igt pas kmi tunang..dia akan berubah n menjadi sorg yg jujur ngan bkal suri dia..p saya salah..naluri pompuan mmg kuat..sy mmg x sdp hati n sy rse sda smthing yg dia sorokkan dr sy..sy da paksa dia gtau n ngaku..p dia ttp berkeras xgtau..akhir nyer kami putus tunang akhir bulan 5..sy redha…pas putus sglanye terbongkar..sy bersyukur sgt cz Allah tlh menetap kan hati sy ngan kputusan yg sy buat tuk putus kan pertunangan tu..syukur sgt cz hubungan nie xsmpai ke jinjang pelamin..kalau x,time yu mmg nk nyesal dh xbrguna…dekat sbln gak sy duk layan perasan..pk time tu dh xnk caya lelaki n nk ttp pintu hti tuk brcnta…tapi bila pk2kan blik..xpatut sy buat mcm tu,cm nk slah kan takdir jer…so,sy mlas nk mgharap pape..klau da jodoh,sy trma…klau terlalu mgharap bila jadi pape diri sndiri gak yg merana..pengalaman tu mjdikan sy sorg yg lebih matang n yakin pada diri sndri dlm mmbuat kputusn….

  20. erm..cactus_biru

    lau de jodoh tak ke mana..tp, lau tu bukan ntuk kita selama mana pun kita cuba b’tahan ttap tak kan berjaya.
    Takpe, pompuan yg baek hanya ntuk laki2 baek..
    So, Allah s.w.t lbih m’ngetahui dari kita, pasti ader yg terbaek tapi blum dipertemukan..huhu.

    Semoga awk tabah..

  21. nak kawin ni….ok asal hati tabah hadapi segalanya…
    teringat dlu xbf lame…huhu ajak nikah la…
    masa aku form 6….pk punya pk…cari jalan nak abes study cpt…
    msk r nurse…wlu pn sbnr nya aku minat giler peguam..
    last2..break off gak…sedih giler!!…l
    tgh exam final lak tu…

  22. takot nk b’cinta lg.. :cry: :o

  23. syark_hardz85 says:

    kitorg ader prancangan nak tunang tgh taun depan pas hmpir 5 thun knl n 2 tahun kapel…=)
    suker sgt…=p igt nak kawen trus akhir taun tuh…tp my parents suh i keje dulu…=(
    tp pd i…mende baik…nape nak dlambatkan…
    darah muder…takut ape2…but i’ll be positive..=)
    kalu ade rezeki…dpt gak!!!! hihi…=)

  24. CACTUS HITAM

  25. CANTIK MASAM

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*