Archive for the ‘Cerpen Cinta’ Category
Kesatlah Airmatamu Wanita
“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”
Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.
Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.
Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.
Cerpen: Izinkan Abang Nikah Satu Lagi…
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
Cerpen: Dia, Aku dan …
EPISODE 1
“Next station, maluri,” kedengaran pengumuman destinasi yang bakal tiba. Beberapa pengguna star LRT sudah bersiap-siap untuk turun. Seorang gadis yg asyik membaca novel sambil mendengar lagu dari hpnya turut bersiap sedia. Menutup novelnya, memasukkn ke dalam beg sandang putihnya. Earphone masih di telinga. Tiba di stesyen Maluri, mereka turun. Matanya masih ralit memandang si gadis. Telefon bimbitnya berbunyi.
“Apa hal pagi-pagi kau dh kacau aku ni?,” soalnya sebaik terdengar suara Naim. Betul-betul mengganggu kosentrasi. Cuci mata pagi-pagi! Pagi yg indah seharusnya memandang sesuatu yg indah-indah jugak. Ceh!
“Sorry la kawan. Ni aku nak pesan kt hang ni Hafiz, tolong beli nasi lemak sebelum hang naik opis, aku tak sempat. Dok jam lg ni,” simpati pulak dengar suara Naim stress pagi ni.
“Ya lah,” talian di matikan. Dia pun selalu menerima nasib seperti Naim. Mujur keretanya rosak minggu lepas. Terpaksa la menapak naik LRT. Tapi terus pulak terlekat naik kenderaan awam itu. Tak payah nak pening kepala dia meredah sesak jalanraya yg sering menguji kesabarannya. Tetapi sebetulnya, dia suka sgt naik LRT pagi-pagi macam ni. Asyik tak sabar je nk tengok wajah gadis tadi. Setiap hari selama semingu ni dia asyik menatap wajah gadis yg asyik dengan novel dan earphonenya. Dia bagai disuntik semangat baru setiap pagi tatkala memandang wajah gadis itu.
“Amboi! Awat dok sengih sorang-sorang ni? Hang dh sewel ka? Satgi aku boh nama hang dalam senarai baru hang tau,” Naim muncul dari balik pintu. Merenung wajahnya yg tersengih-sengih macam orang tak cukup skru. Mamat ni selalu aja muncul saat hatinya sedang bergumbira.
“Kau ni, lain kali bagi la salam, main redah aja,” sengih sumbingnya macam kerang busuk tadi sudah hilang di bawa deru air cond. Matanya terarah pada skrin komputer lcd samsung.
“Sorry ,sorry. Ni aku nak bagitau hang ni, lepas lunch hour datuk Azmi nak mai. Dia ada discussion dengan kita. Aku segan nak suruh Lina buat memo. Lambat. Asyik dok ngadap cermin dari tengok skrin. Meluat aku,” bicaranya pekat dengan loghat utara yang tidak boleh di kikis lagi. Awal-awal perkenalan dulu, dia rasa macam nak tergelak dengan Naim. Lawak sangat loghatnya tu. Dia kata dia tak suka hipokrit. Herot mulutnya nk cakap loghat KL. Tetapi dia suka dengan Naim. Dia rajin walaupun mulutnya bising macam bertih jagung.
“Macam-macam la kau ni. Weh! Petang ni kau free tak?,” wajah hitam manis Naim di renungnya.
“Petang ni? Em… sat aku nak pikiaq,” dia buat-buat letak lengan di dahi. Konon la tu. Action lebih. Hafiz sekadar senyum sumbing.
“Hai.. cepat la. Lebih dari agenda datuk Najib la kau ni,” Hafiz menggesa. Rimas melihat aksi Naim yg sengaja di buat-buat.
“Ok! Aku free kot. Awat hang nak ajak aku p mana? Clubbing ka?,” senyumnya merekah.
“Please la. Mana aku clubbing macam hang!,” dia meningkah. Memang dia tidak suka dengan gaya hidup seperti itu. Biarpun dia lahir dan dibesarkan di kota besar ini, tetapi dia tidak gemar aktiviti macam mat saleh tu. Ibu dan ayah kan sudah memberikan bekalan yg cukup untuk dia. sudah diajarnya yg mana elok dan tak elok. Pernah sekali dia mengikut Naim ke kelab di Jalan P. Ramlee yg bercambah. Masuk ke dalam kelab yg lampu kelam-kelam pun sudah buat dia pening. Inikan pula nak terkinja-kinja menari. Naim ni nampak macam innocent, tapi punya lah teruk perangai dia. suka clubbing. Perempuan ni tak usah cerita. Stok girlfriend dia dah masuk tiga treler kot. Ayat dia memang power. Don Juan pun kalah. Kalau dia cakap sekali jer ngan pompuan, dah confirm pompuan tu akan ikut dia. ke mana tak pulak dia cerita. Ayat apa yg dia pakai entah lah. Tak kisah lah Naim. Asalkn kau tak kacau hidup aku yg tengah aman tenteram ni.
Cerpen: Kerana Kau Mata Hatiku
Download: Kerana_Kau_Mata_Hatiku.pdf
Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm…sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!
Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga…siapa tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam…masin… manis…semua ada!
Cerpen: Alia Areena
Kata orang mencintai tak semestinya memiliki. Memiliki juga tak semestinya dicintai. Tapi kalau cinta itu ikhlas dan suci berbekalkan restu Yang Maha Mencintai, kita akan memiliki apa yang kita cintai dan kita akan dicintai oleh yang memiliki. Jadi seharusnya kita ikhlas dalam mencintai jua memiliki.
“Aku terima nikahnya Alia Areena binti Ahmad Abdan dengan mas kahwinnya RM100 tunai”
Dengan hanya sekali lafaz sahaja aku kini bergelar isteri kepada Adam Harris bin Luqman Hakeem. Menitis mutiara jernih dari tubir mataku. Terharu tatkala dahi dikucup suami tercinta dalam majlis membatalkan air sembahyang.
Majlis persandingan berlangsung dengan sangat meriah. Semua sahabat ayah dan ibu hadir menyaksikan persandingan puteri bongsu mereka. Walaupun letih yang teramat sangat,tapi ku dapat lihat betapa gembiranya ibu dan ayah apabila aku dijodohkan dengan lelaki yang baik budi pekerti dari kalangan keluarga yang baik keturunannya. Gembira benar mereka kerana yakin kebahagiaan aku pasti terlakar nanti.
Malam itu, aku dan Adam Harris, solat Isya’ bersama-sama buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Kalau dulu kami selalu juga solat bersama, tapi hanya sebagai abang dan adik angkat.
Aku menjadi anak angkat umi dan abi, gelaran buat kedua orang tua abang Adam Harris semasa aku melanjutkan pelajaran di Johor Bahru 2 tahun lepas. Lantaran terlalu lama bersama dan terlalu sayang pada aku, umi dan abi mengambil keputusan menjadikan aku menantu kepada anak kedua mereka,putera tunggal keluaraga Tan Sri Luqman Hakeem.
Cerpen: Deraian Cinta
Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. Tak tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel cinta. Sama ada suka ataupun duka pada akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu memberhembus membawa sama memori semalam.
Resah memikirkan kehendak ibunya. Zul berjalan mengelilingi taman mini belakang rumah. Mati aku. Kalau iyapun tunggulah panas sikit kerusi Pengurus Besar tu aku duduk. Ni tidak, apa entah yang digesakan sangat ibu.
Majlis pertunangannya akan diadakan lebih kurang seminggu lagi. Bakal tunangannya adalah pilihan pertama ibunya. Perfect sangat ke perempuan tu agaknya, sampaikan ibu kata pilihan pertama dan terakhir. Malas mempersoalkannya lagi. Andai ini satu suratan…
Nadzirah Anisa kelihatan begitu ayu dengan baju kurung Johor polos warna peach. Ramai yang memuji kecantikannya. Padan sungguh jika digandingkan dengan Zulhairy Adham.
Datin Rohana, ibu Zulhairy menyarungkan cincin pertunangan di jari Nadzirah. Dalam satu keadaan yang begitu memaksa, dia terpaksa senyum ke arah para tetamu yang hadir.
Selesai upacara, Nadzirah lekas-lekas menukar pakaian dan mengelap mekapnya yang tercalit di wajahnya.
Cerpen: Hanya Seketika
Sebuah kereta Honda City hitam membelok masuk ke sebuah tapak perkuburan yang tertera nama Taman Barzakh. Lelaki yang berbaju Melayu berwarna krim itu keluar dari keretanya berjalan lemah menuju ke tempat orang yang pernah dibencinya dulu berada. Dia mencangkung mencabut rumput yang tumbuh di atas pusara di hadapannya. Dia duduk dan membaca Surah Yaasin dengan suara tersekat-sekat sambil membiarkan air matanya mengalir di pipi.
Dalam dunia ini, Fariz hanya pertaruhkan dua perkara. Duit dan nyawa. Duit untuk memikat perempuan dan nyawa untuk melindungi dirinya. Cinta? Apa dia peduli, membosankan baginya! Itulah sebab mengapa dia sering bertukar pasangan di ranjang hotel atau rumah sewanya. Baginya had cinta untuk seorang perempuan hanya seminggu tidak lebih dari itu.
Malah dalam komuniti kelab malam, dialah raja dan playboy yang paling popular dan mendapat perhatian ramai wanita yang datang sama ada hanya sekadar untuk berhibur atau merasai nikmat bersama dengannya. Hukum agama? Halal haram sedikit pun dia tak peduli. Baginya hidup ini hanya sekali, jadi bergembiralah sepuas-puasnya. Taubat? Jawapan Fariz cukup mudah, tunggu bila dah tua atau senja nanti tapi Fariz tidak sedar yang rumahnya telah kata pergi dan kuburnya telah kata mari.
“Fariz, ayah rasa kau dah patut mendirikan rumahtangga sekarang” Soalan yang paling bosan dan malas untuk dijawabnya, kembali disuarakan oleh ayahnya pada malam dia ingin keluar enjoy seperti biasa.
Cerpen: Penawar Kasih
” Dia hanyalah anak angkat adik Mak Long. Itulah istilah yang lebih lembut daripada anak pungut. Adik Mak Long tak pernah anggap dia anak pungut sebab adik Mak Long memang mahukan dia. Cuma emak kandungnya tak mahu beri dia pada adik Mak Long sekiranya tak diberi duit…”
Aku mengetap bibir. Ada simpati yang bertandang jauh di sudut hatiku.
” Mak dia cuma nak duit sebanyak RM500…” tambah Mak Longku lagi. Melongo aku memandang Mak Long. Meminta kepastian akan kebenaran itu. Takkan sekecil itu nilainya seorang bayi?
” Betul… Cuma RM500! Sebab dah terlalu kepingin nakkan anak, adik Mak Long tu ikut saja. Tapi di mata adik Mak Long tu, nilainya terlalu tinggi. Hampir 20 tahun, adik Mak Long bela dia. Tapi umur adik Mak Long tu tak panjang. Dan tak sampai sebulan adik Mak Long meninggal, suaminya nak kahwin baru.
Dia tak lagi dipedulikan. Dan dia juga tak mahu mak baru. Kebetulan, dia memang rapat dengan Mak Long. Sebab tu, mak Long bela dia sekarang ni. Lagipun, dia dah kerja. Dia cuma mahukan kasih sayang Mak Long. Itu saja…”
Bicaraku mati. Dan pandanganku lama singgah pada seraut wajah milik Idzrul Nadwan yang sedang bermain game yang terdapat dalam Nokia 3230 miliknya. Cerita ibu saudaraku tadi benar-benar melahirkan simpati dalam hatiku.
Tidak aku menyangka seraut wajah ceria yang menyambut kepulanganku lewat petang itu rupanya menyimpan seribu satu cerita duka. Tidak aku sedari kerana aku sendiri tidak pernah bertingkah bicara dengannya. Hanya senyuman yang menjadi penghubung antara kami bila saja pandangan kami bertaut.
Cerpen: Ketentuan
Kedinginan bumi Switzerland mencengkam sampai ke tulang. Serasa tidak mahu melepaskan selimut yang membalut diri. Tapi tanggungjawab kepada 2 insan teristimewa dalam hidupku perlu diteruskan. Sambil menyediakan sarapan pagi dapat ku lihat hujan renyai dari tingkap kaca dapurku. Rindu pada kenangan lama menggamit memori.
Hujan petang hari ini cukup dingin dan membekukan. Lama sungguh bumi USM tidak dibasahi hujan. Hampir 3 bulan rasanya. Dan hujan hari ini adalah Rahmat Allah yang tak terhingga. Rindu benar rasanya akan kedinginan dan bau hujan yang menyenangkan.
“Ayunie!! Cepatlah!!” jerit Dalia sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah. Hujan-hujan macam ni semua dah tak sabar nak balik ke bilik. Bagaikan ada tilam,bantal dan selimut yang memanggil melambai-lambai minta pulang segera. Hehehe…
“Sabarlah,bukan senang nak dapat hidu bau hujan ni. Wow!!nyamannya” bagaikan gelagat seorang puteri di taman istana sedang menghidu haruman bunga.
“Gila apa budak ni?? Bau hujan dikata nyaman?? Dah buang tebiat lah tu” bebel Qistina sambil melangkah laju menyusuri susur gajah ke asrama perempuan. Tiba di laluan yang tiada susur gajah, kami terpaksa berlari supaya tidak dibasahi hujan. Nasib baik tak jauh. Jadi tak adalah kami basah sangat.
Cerpen: Pilot
Cerpen ini telah disampaikan oleh saudari Nursyuhada Azzman.
Tinggal Esok
Aku capai lastik getah yang elok Tok Da buat. Entah kenapa, tadi sebaik sahaja Tok Da dan Opah sampai, terus aku meluru ke arahnya, sebundut plastik oren penuh dengan getah bodoh aku hulurkan. Suruh buat lastik cicak. Aku tenang dua ekor cicak yang tengah seronok berasmaradana dekat atas syiling. Memekak je kerjanya. Cit..cit..cit..cit..cit..cit.. Bising! Hari ni, rumah aku penuh dengan sanak saudara dari merata negeri seluruh semenanjung. Bangga betul bila cucu pertama keluarga ni dapat melanjutkan pelajaran pergi luar negara. Rasa macam ada kenduri kahwin. Meriah semacam.
Tengah seronok melastik, Dek Wan datang mengendeng. Hishh..sibuk je. Tak boleh tengok orang senang. Lepas Dek Wan, Ijal, Aikal pula menyibuk. Minta getah bodoh. Nak join lastik cicak. Aku malas nak ambil pusing, terus je menghulurkan plastik oren berserta isinya sekali. Tak tunggu lama, aku dan Dek Wan menjalankan misi melastik cicak. Dua tiga ekor berjaya kami tumbangkan dengan sekali lastik sahaja. Jatuh berdebuk-debuk macam nangka busuk. Aikal, adik sepupu yang paling bongsu pula jadi pengikut aja. Mengutip cicak-cicak yang dah selamat tak bernafas tu ke dalam botol Spritzer yang kosong.
Mak dengan makcik-makcik sedara aku sibuk membebel. Dah besar tagun pun perangai macam kanak-kanak. Opah senyum je, kalau zaman Opah dah jadi mak budak dah. Seloroh Opah tu memang betul pun sebab setahu aku Opah kahwin waktu umur dia 13! Aku tersengih. Memang kalau ikutkan aku sorang je wanita dewasa yang main lastik-lastik cicak. Lepas tu tiba-tiba dapat pengikut-pengikut tak bertauliah, adik-adik sepupu aku yang semuanya hero-hero belaka dan masih disekolah rendah.
Waktu Aikal main kejar-kejar dengan Ijal, budak berdua tu tak pandang kiri kanan. Tanpa salam, terus redah punggung empuk lagi pejal milik aku. Yang pasti, lepas tu aku jatuh tertonggeng ke depan. Lastik melayang, cicak entah ke mana. Bila aku ketap gigi, sambil genggam penumbuk, mata terjegil macam pontianak. Budak berdua tu dah mula kecut perut. Baru je nak lepaskan cubitan ketam, mata aku terpandangkan sesuatu dijari manisku. Tinggal esok je.. Aku tak jadi mencubit. Melepaskan keluhan berat dan berlalu meninggalkan mereka.