Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh La Di Da di Forum Tentang Cinta.

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?

Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?

Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?

Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Teruskan membaca “Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku”…

Cara Memakai Tudung Yang Betul

Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.

Rasulullah S.A.W bersaba,

“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)

Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul.

Teruskan membaca “Cara Memakai Tudung Yang Betul”…

7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus

rahsia-perkahwinan

Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?

Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.

Teruskan membaca “7 Rahsia Perkahwinan oleh Dato’ Ismail Kamus”…