Paku Di Dinding Hatimu

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Teruskan membaca “Paku Di Dinding Hatimu”…

Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku

(Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh. Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa. Hargailah orang yang anda sayang. Bacalah coretanku ini….)

Aku seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Jue oleh rakan – rakanku dari dulu hingga kini. Aku adalah satu – satunya perempuan dalam adik-beradikku yang seramai 6 orang. So tidak mustahil aku berperwatakan seperti seorang lelaki. Sebelum aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku tidak pernah menjiwai ciri-ciri seorang perempuan dan juga tidak pernah mempunyai kawan rapat yang sejantina denganku.

Tapi segala-galanya berubah apabila aku berpindah memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka pada tingkatan 1. Aku seperti terkena kejutan budaya kerana pelajar – pelajar di situ tidah bergaul antara lelaki dan perempuan. Dari situ aku belajar untuk berkawan dengan perempuan.

Persekitaran sekolahku membuatkan aku menjadi seorang perempuan dan paling membuatkan aku betul-betul tidak percaya ialah aku semakin janggal untuk berkawan atau bercakap dengan insan bergelar lelaki. Aku semakin kurang bersosial seperti dulu. Satu berubahan yang sangat menakjubkan dalam diriku.

Aku seorang yang suka memerhati dan membuat kesimpulan sendiri untuk diriku. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, aku sering mendengar kisah-kisah yang menyedihkan tentang percintaan mereka. Sebelum ini aku memang tidak pernah melibatkan diri dengan percintaan dan aku menyimpulkan bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan tersebut. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki selalu membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka ibarat tidak menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan dahulu. Bagiku mana-mana lelaki semuanya sama sahaja. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak bercinta sehinggalah aku melangkah ke alam perkahwinan. Aku mengimpikan sebuah percintaan selepas berkahwin yang sangat romantis seperti yang dialami oleh ayah dan ibuku. Aku berharap agar impianku menjadi kenyataan dan ia telah menjadi prinsip hidupku. Dengan prinsip yang aku cipta itu, aku telah menolak permintaan lelaki yang ingin menjadikan aku kekasihnya.

Teruskan membaca “Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku”…

Cinta Sejati Langit dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Teruskan membaca “Cinta Sejati Langit dan Laut”…

Kisah Aku

Hye….

Di sini aku ingin kongsikan kisah aku denga anda semua. Bukan beerti untuk meraih simpati, mahupun bukan untuk di kata oleh pembaca sekalian.. Cuma, kini aku tiada teman untuk aku meluahkan apa yang aku pendamkan sekarang. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan sedikit tekanan dan perasaan bersalah yang ada dalam diriku…

Sebelum itu ingin aku katakan, bukan pintaku jadi begini, cuma mungkin kerana ianya kesilapanku dalam mengatur corak hidupku…Terus terang ku katakan pada kalian, aku kini berkawan dengan sesama jenis. Tetapi tidaklah sampai ketahap lesbian ataupun pengkid. Pemulaan aku terjebak dengan hidup sebegini, bila aku rasa kesepian, kesunyian. Ya! mungkin anda memikirkan tindakan aku terlalu bodoh. Jujur aku akui, aku juga seperti kalian semua, seorang hamba Tuhan yang perlukan kasih sayang dan perhatian dari seorang insan yang bergelar kekasih.

Bagaimana harus ku mulakan ya?… huh… Aku mempunyai teman lelaki. Tapi jarak memisahkan kami untuk terus berhubung ataupun terus bersama. Aku menjalinkan perhubungan dengan teman lelakiku dari tahun 1997 sehingalah sekarang.. Pemulaan perhubungan kami seperti biasa.. Aku mengenalinya di sebuah daerah yang berlainan dariku. Untuk kesana memerlukan masa selama 15 jam untuk menaiki bas. Dan kalau menggunakan kapal terbang selama 1 jam. Aku mula berkenalan dengan teman lelaki ku sewaktu aku berpindah sekolah, dan menetap di daerah itu selama setahun bersama family ku. Sehabis saja tingkatan lima, aku berpindah balik ke tempat asalku.. Yang berjuta2 batu jauhnya. Perhubungan kami tergantung seketika. Setelah dua tahun tiada khabar, teman lelaki ku menghubungi aku melalui telefon. Waktu itu, telefon dirumahku di tukar nombor, dan oleh kerana itu kami loose contact. Masa itu barulah dia menceritakan bagaimana dia mendapat nombor ku. Ya! baru aku teringat aku pernah mengutuskan surat buatnya mengatakan pertukaran nombor telefon rumahku.Bermula dari detik itu kami akrab kembali. Waktu itu perhubungan kami ibarat biskut chipsmore, sekejap ada sekejap tiada… Dia jauh di perantauan dan bertugas demi negara. Dia seorang angkatan tentera. Kadang2 sampai berbulan dia tidak menghubungiku kerana terpaksa bertugas di luar negara atau masuk hutan. Kadangkala sampai setengah tahun kami tidak berhubung. Namun ianya tidak mematahkan sedikit perasaanku padanya. Kerana kami telah patrikan janji bersama….

Teruskan membaca “Kisah Aku”…

Luahan Sekeping Hati

Huh… Entah mengapa tiba-tiba jiwaku bagai di pukul… Aku merintih sendirian.. Entah mengapa di suasana petang sebegini aku harus melawan kesakitan yang melanda jiwaku… Jika benar luka itu masih bersisa… Maka aku harus segera melenyapkan semua memori duka…. Sebak rasa dadaku menahan keperihatan sebegini… Aku hanya mampu memandang, menanti dan menunggu sampai bila aku harus menerima semua ketentuan yang diperuntukkan buatku… Kadangkala aku rasa tidak adil untuk aku bernafas di bumi ini, namun segera aku menyedarkan diri aku sendiri, bahawa setiap kesakitan yang Allah sediakan untukku hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan aku.. Segera aku mengucap.. Ah… Tenang sekali melafaz dua kalimah syahadah..Terasa lapang dadaku….

Aku sendiri tidak tahu entah dimana aku harus mulakan, aku tidak tahu mengapa tiba-tiba hati ini di sentuh duka semalam… Aku sudah berupaya untuk melupakan semua kesakitan yang diberikan, namun dengan tiba-tiba, perasaan itu hadir kembali… Bayangan semalam bagaikan memaksa aku merintih sendiri… Aku jadi rindu pada kenangan lama dan aku begitu sayu sekali bila mengenangkan sekeping hati yang telah di hancur lumatkan oleh sorang insan yang bergelar kekasih… Sudah puas air mata ini mengalir di pipi… Sudah reda bengkak yang bernanah di hati ini, sudah surut dendamku, sudah puas aku memujuk diri… Namun mengapa tetiba bayangan semalam menghembat perasaanku hingga bergenang airmataku…. Ahh… ku sapu airmata yang hampir mengalir, aku tidak mahu ianya mengalir dipipi ini untuk kesekian kalinya… biarlah ku simpan airmataku ini untuk kegembiraan… Puas sudah ku meratapi sebuah nasib yang diperuntukan buatku… Sehingga kehari ini aku masih lagi mampu untuk terus bersabar dengan setiap kelukaan demi kelukaan… Hati ini bagaikan sudah menjadi lali untuk kesakitan, kelukaan, penindasan, ketandusan!!! ah!! Sungguh… Sebenarnya aku tidak mampu lagi untuk meratapi sebuah lagi kelukaan… biarlah pengalaman lalu berlalu bagai angin… Sungguh!! aku sudah tidak mampu lagi, aku sudah tidak kuat lagi untuk memikul bebanan duka.. Meyesal??? ah… langsung tidak terbetik di hatiku, kerana aku sendiri yang memutuskan jalan hidupku,. Untuk apa aku menyesal, kerana semuanya kehendak Tuhan… Cuma apa yang aku harapkan… moga ada sinar kebahagiaan buatku…..

Teruskan membaca “Luahan Sekeping Hati”…

Aku, Aqilah dan Air tin

Teringat lagi masa sekolah dulu waktu tingkatan 4. Pertama kali ingin merasai cinta. Aku kenal dengan seorang gadis yang comel lemah lembut, berkaca mata, bibir bak angelina jolie heheh, Aqilah namanya. Mulanya memang aku tak perasan kehadirannya dalam hidupku.

Kisah tin bermula semasa,kami ada aktiviti ko kurikulum,setiap kali habis koko kami akan berjumpa. Permulaanya bila aku berjumpa dengannya dia mesti akan belikan 1 air tin untuk dia dan 1 lagi untuk aku. Tanpa berfikir panjang aku terus ambil dan kami berborak mesra dan semakin dan sayang . Aku pun tak tahu kenapa kami tidak bercinta saja.

Hari berganti hari, aku minat pada seorang gadis Azlinda namanya yang lebih jujur dan berterus terang untuk menyukaiku…aku mintak couple dan setuju tetapi Aqilah tak tahu pasal semua ni, dan pada hari terakhir aku jumpa dia, seperti biasa dia akan memberikan aku 1 air tin tetapi kali ni aku menolaknya walaupun dipaksa untuk terima. Aku tak sedar lagi maksud air tin tu. Habis SPM Aqilah terus hilang dalam hidupku, terakhir aku dengar khabar pun dari kad raya yang dia pos.

Teruskan membaca “Aku, Aqilah dan Air tin”…

Satu Kisah Cinta

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

Teruskan membaca “Satu Kisah Cinta”…

Bukti Cinta Sejati

Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”

Kisah Cinta ini telah disumbangkan oleh saudari Shaella di Forum Tentang Cinta.

Warkah Buatmu

Tahun 2002, ALLAH pertemukan aku dengan dirinya. Kali pertama aku terpandang dirimu di satu sudut di kelasku, Kau memandangku, aku juga memandang dirimu. Kita saling tiada perasaan aneh. Namun hari demi hari, aku mengenali dirimu, aku terpikat dengan dirimu. Kecomelanmu membuatku terpesona, kenakalanmu bersama teman-teman membuatku tersenyum sendiri. Aneh sekali, aku suka pada lelaki sepertimu.

Tahun 2003, kita sama-sama melangkah ke tingkatan 4, kita berbeza kelas pada mulanya, namun rombakan kelas membuatkan kita bersama semula. Aku duduk menghadap mejamu. Sering kali mencuri pandang wajahmu. Sering kali menatap wajahmu. Sering kali tersenyum sendiri bila melihat telatahmu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku tahun itu, setiapnya kucatatkan di dalam diari hatiku. Terlalu indah sehingga aku tidak mahu terlepas daripada mengingati setiap peristiwa itu.

Tahun 2004, kita terpisah, aku naik kelas, dan kau kekal dikelas yang sama. Tahun itu aku berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Setiap kali kau lalu dikelasku, aku mencuri pandang. Bila kau datang ke kelasku, aku tak keruan. Lucu benar. Aku sering mengharapkan kita berdua dapat berbual-bual, tapi apakan daya, aku terlalu malu. Malu benar terhadapmu. Suaraku sering kali enggan keluar, walaupun aku cuba memaksa untuk keluar. Aku hanya mampu memandangmu. Bila kita berbicara, bicara kita tidak pernah lama. Entah apa silapnya. SPM menjelang tiba, aku berperang dengan kertas soalan. Sepanjang peperiksaan wajahmu tidak kelihatan. Aku rindu wajahmu. Tapi apakan daya, aku tak mampu mencarimu. Minggu peperiksaan berlalu. Aku menantikan keputusan peperiksaanmu. Dirimu kurindu. Payah benar untuk bertemu denganmu.

Teruskan membaca “Warkah Buatmu”…

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Teruskan membaca “Pisang dan Hati”…