Lagu terbaru yang best untuk bulan Disember ini. Rentak yang perlahan dan alunan suara yang penuh mengasyikkan. Saya sangat-sangat suka pada lagu Selamat Ulang Tahun Sayang yang dinyanyikan oleh Imran Ajmain ini.
Lagu ini macam ada kena mengena dengan saya dan Mrs Teddy. Sebabnya adalah, dalam lagu ini ada dinyatakan yang si penyanyi membenarkan kekasihnya untuk pergi kejar cita-citanya tetapi janganlah sampai tidak pulang semula.
Ianya sama dengan saya yang merelakan Mrs Teddy untuk pergi ke seberang untuk dia mengikuti rombongan Cik Kiah ke Indonesia dan mengharapkan yang dia akan pulang semula. Penantian kepulangan Mrs Teddy dengan penuh kerinduan.
Tetapi alhamdulillah, Mrs Teddy telah selamat kembali pulang ke tanah air pada tengahari tadi. Dan kini, Mrs Teddy sedang bersama-sama dengan keluarga dia. Hurm…bila la saya dapat jumpa dengan Mrs Teddy ye?
Teruskan membaca “Imran Ajmain – Selamat Ulang Tahun Sayang”…



