Tentang Cinta Kini Membuka Ruang Pengiklanan Untuk Anda

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433 kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian. :) -Mr & Mrs Teddy.

Sebelum ini kami menerima beberapa permintaan untuk mengiklankan produk atau website mereka di laman kami. Tetapi kami terpaksa menolak permintaan tersebut kerana kami belum membuka lagi sebarang ruang pengiklanan di laman kami.

Sempena menyambut tahun baru Hijrah 1433 ini, kami ingin membuat pengumuman secara rasmi bahawa ruang pengiklanan di Tentang Cinta kini dibuka dan sedia untuk ditempah.

Sebagai permulaan, kami menawarkan pakej iklan bersaiz 125×125 yang akan dipaparkan di ruangan iklan di bahagian sidebar. Setiap iklan akan dipaparkan selama 1 bulan (30 hari). Tetapi harga menarik akan diberikan sekiranya anda ingin menempah selama 3 bulan sekaligus.

Untuk maklumat yang lebih detail dan sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, anda boleh rujuk laman pengiklanan kami di sini, Pengiklanan. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh emailkan terus kepada .

Promosi Web Hosting kepada 20 Pembaca Tentang Cinta

Untuk tahun 2011 ini, kami ingin memberikan sedikit kelainan kepada pembaca Tentang Cinta sekalian. Seperti yang anda semua ketahui, Tentang Cinta kini menetap di hosting yang baru. Hosting Tentang Cinta telah ditaja oleh Elfbytes Web Hosting, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan domain dan web hosting di Malaysia.

Pihak Elfbytes telah berbesar hati memberikan promosi khas kepada 20 pembaca Tentang Cinta yang ingin mempunyai blog atau web hosting anda sendiri. Dengan promosi ini, anda akan memperolehi diskaun sebanyak 20% daripada harga asal yang ditawarkan di laman Elfbytes.

Kepada pembaca Tentang Cinta di luar sana yang berminat untuk mempunyai blog atau web sendiri, anda boleh menggunakan promo code di bawah ini semasa membuat tempahan.

Teruskan membaca “Promosi Web Hosting kepada 20 Pembaca Tentang Cinta”…

Mencuri Artikel Cinta Kami

Kami tertarik untuk berkongsikan dengan isu ini kerana terdapat beberapa blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog mula “mencuri” artikel-artikel yang diterbitkan di laman kami. Bukannya kami menghalang anda untuk menerbitkan artikel kami, tetapi apa yang kami minta adalah anda link-kan artikel tersebut ke laman blog kami sebagai tanda penghargaan.

Walaupun ada di antara artikel-artikel yang diterbitkan di sini dihantarkan oleh pembaca dan peminat Tentang Cinta tetapi itu tidak bermakna anda boleh “mencuri” artikel dari laman ini dengan sesuka hati. Itulah sebabnya kami meletakkan kredit nama-nama mereka yang menyumbangkan artikel tersebut sebagai tanda hormat dan berterima kasih.

Tidak sopanlah jika kami meletakkan URL blog-blog yang “mencuri” artikel itu di sini. Adalah lebih baik kami berikan peringatan dan nasihat sesama kita agar perkara ini tidak berulang lagi. Cukuplah bebelan kami ini sebagai pengajaran kepada blogger-blogger di luar sana bahawa dalam dunia blog, ada etikanya. Sudah 4 tahun Tentang Cinta berada dalam arena ini dan kami tahu kenapa dan mengapa anda berbuat demikian.

Dalam hidup, ada budi bahasanya. Begitu jugalah dalam dunia blog. Sama-samalah kita membentuk sebuah komuniti blog tanah air yang saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kami doakan semoga blogger-blogger di luar sana berjaya dengan apa yang mereka usahakan. :)

Tentang Cinta Di Rumah Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian. Apa khabar semua? Harap anda semua sihat sejahtera di samping insan yang tersayang… :)

Seperti yang semua sedia maklum, laman Tentang Cinta dan Forum Tentang Cinta telah ditutup pada hujung minggu yang lalu disebabkan kami dalam proses untuk memindahkan laman ini ke server yang baru. Proses yang memakan masa lebih kurang 48 jam ini telah pun berakhir dan selesai sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah kerana tiada sebarang masalah besar yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini.

Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi masalah yang berlaku pada laman Tentang Cinta dan Forum Tentang Cinta yang kita sayangi ni (ye ke sayang eh?) Kalau tidak, dihujung-hujung bulan selalu je reached bandwidth limit dan kadang-kadang berlaku masalah pada database. Tak sanggup kami hendak melihatnya apabila berlaku masalah-masalah sebegitu. Itulah sebabnya kami mengambil keputusan untuk berpindah ke server yang baru dengan “halaman” yang lebih luas dan lebih selesa. ;)

Teruskan membaca “Tentang Cinta Di Rumah Baru”…

Tentang Cinta Menjemput Anda Sebagai Guest Author

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian. Seperti yang telah kami maklumkan di dalam entri awal tahun tempoh hari, kami sedang membuka peluang kepada anda dan para blogger di luar sana yang ingin menjadi Guest Author di laman Tentang Cinta kami.

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu apakah itu Guest Author. Guest Author adalah penulis jemputan yang kami pilih dikalangan blogger bagi menulis artikel-artikel cinta untuk diterbitkan di laman ini. Setiap artikel yang terpilih akan diterbitkan di laman Tentang Cinta dan akan dibaca oleh ribuan pembaca dan peminat Tentang Cinta setiap hari.

Namun begitu, ada beberapa syarat-syarat yang perlu Guest Author patuhi sebelum kami dapat menerbitkan artikel yang mereka hantarkan. Di antara syarat-syaratnya adalah:

Teruskan membaca “Tentang Cinta Menjemput Anda Sebagai Guest Author”…

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca-pembaca Tentang Cinta sekalian. Percaya atau tidak, kita kini sudah masuk ke dekad yang baru. Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan peluang oleh Allah swt untuk hidup dan bernafas di dunia ini. Sudah semestinya tahun 2010 tidak akan kita jumpa lagi kerana ia telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.

Pelbagai perkara yang telah berlaku pada laman Tentang Cinta di tahun 2010. Ianya pernah dihack, terpaksa ditutup, bandwidth yang habis, dan macam-macam perkara lagi. Segala yang berlaku pada laman ini banyak memberikan kesan ke atas saya dan mungkin kepada para pembaca sekalian. Namun begitu, ianya sudah pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang kami percaya telah banyak mematangkan kami dan membuatkan kami lebih bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

Teruskan membaca “Selamat Tahun Baru 2011″…

Selamat Tahun Baru 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada para pembaca dan peminat setia laman Tentang Cinta sekalian… Apa khabar anda semua hari ini? Sihat? Sedar tak sedar sekarang ini kita sudah pun berada di tahun 2010. Tahun 2009 telah pun pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tahun 2010 pula sedang kita tempuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang belum kita tahu lagi.

Banyak perkara yang telah terjadi pada laman Tentang Cinta sepanjang tahun 2009 yang lalu. Sudah beberapa kali laman Tentang Cinta ini di hack dan beberapa kali itu jugalah kami bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian dan mencari di manakah silapnya. :? Harap-harap, tahun 2010 ini laman Tentang Cinta tidak lagi mengalami masalah-masalah serius seperti sebelum ini. Kami percaya, dengan sokongan dan galakan daripada anda semua dapat mendorong kami untuk menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh bersemangat. :-)

Selain daripada itu pada tahun 2009 juga, laman Tentang Cinta telah memperolehi seramai lebih 3000 orang yang melanggan artikel-artikel kami. Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda di atas sambutan yang anda berikan kepada kami di sini. Ianya merupakan satu kejayaan bermakna dan kami ingin kongsikan bersama-sama dengan anda semua. Diharapkan pada tahun 2010 ini kita dapat mencapai rekod seramai 4000 orang yang akan melanggan artikel-artikel Tentang Cinta. Jika anda ingin melanggan artikel-artikel kami, anda bolehlah melanggan samada melalui email ataupun RSS Feed. Atau, anda juga boleh mengikuti perkembangan kami di Twitter dan juga Facebook.

Teruskan membaca “Selamat Tahun Baru 2010″…

Tentang Cinta kini di Facebook

Sudah ramai yang menggunakan Facebook. Boleh dikatakan setiap mereka yang pernah menggunakan Friendster ataupun My Space dan sebagainya sudah pasti turut mempunyai akaun di Facebook.

Oleh sebab itu, kami di Tentang Cinta mengambil kesempatan ini untuk membuka sebuah Fan Page khas buat pembaca, pengunjung dan peminat setia Tentang Cinta sekalian. Fan Page tersebut kami namakan sebagai Tentang Cinta FC atau pun singkatannya TCFC.

Jadi, sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Facebook, sila-silalah mendaftarkan diri anda untuk menjadi salah seorang ahli fan untuk Tentang Cinta ini. Bagi kepada mereka yang sudah pun menjadi ahli fan, bolehlah tolong mencadangkan Tentang Cinta FC ini kepada rakan-rakan Facebook yang lain. :halo:

Undian Terhadap Load Page TC dan FTC

Di Forum Tentang Cinta, saya ada post sebuah undian, Adakah FTC load page sangat lambat?, bagi mendapatkan maklumbalas terhadap kelajuan load page FTC dan juga TC secara amnya. Ianya bertujuan untuk saya mendapatkan figure kelajuan load page FTC dan TC dari aspek pengguna.

Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk login atau mendaftar ke FTC dan jawab soalan undian tersebut bagi membolehkan saya tahu adakah FTC benar-benar lambat atau tidak.

Tetapi diingatkan, undian ini akan ditutup 15 hari dari sekarang. Jadi diharapkan anda dapat memberikan undian anda sebelum 25 Oktober 2009.

Semoga dengan keputusan dari undian ini saya dapat mengetahui masalah yang dihadapi pengguna forum dan dapat saya perbaiki di mana yang perlu.

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Saya dan Mrs Teddy ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca dan pengunjung laman Tentang Cinta sekalian. Diharapkan sinar syawal yang akan disambut pada esok hari akan menambahkan lagi kemeriahan suasana gembira bersama sanak saudara di kampung halaman.

Dan untuk pengetahuan anda semua, di Forum Tentang Cinta terdapat pengundian pemilihan lagu raya dan lagu yang menjadi pilihan adalah lagu Suasana Hari Raya yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Ellina. Tepuk, tepuk, tepuk…

Dalam bergembira menyambut hari raya, jangan dilupakan pula untuk berkunjung rumah sanak saudara. Kalau makan tu, berpada-pada lah. Janganlah makan sampai perut penuh dan tak larat nak jalan. Kang jenuh pulak orang lain nak memikulnya. :p

Dan nanti lepas puas beraya jangan lupa pada laman Tentang Cinta, ok? Hehehe… Selamat hari raya, maaf zahir dan batin… -mr & mrs teddy. :halo: