Panduan untuk menghantar artikel ke Tentang Cinta

Setiap hari kami menerima pelbagai kiriman email daripada pengunjung Tentang Cinta. Ada yang menghantarkan puisi cinta, ada yang menghantarkan kisah cinta, ada yang menghantarkan cerpen cinta dan pelbagai lagi. Tetapi, tidak semua kiriman yang dihantar dapat diterbitkan di laman Tentang Cinta. Ini disebabkan terdapat beberapa kesilapan dalam artikel yang dikirimkan. Di sini, kami ingin memberikan panduan untuk penulisan artikel yang bagus dan dapat diterbitkan di Tentang Cinta.

1. Tajuk yang bersesuaian
Ramai yang menghantarkan kiriman artikel kepada kami. Artikelnya amat menarik tetapi masalahnya artikel itu tidak mempunyai tajuk atau tajuk yang diberikan tidak bersesuaian dengan artikel yang dikirimkan. Jadi, kami tidak dapat menerbitkan artikel tersebut di Tentang Cinta kerana tiada tajuk.

2. Pemerengganan tersusun
Pemerengganan artikel yang tersusun dapat memudahkan pembaca memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Banyak artikel yang kami perolehi daripada pengungjung tidak mempunyai pemerengganan yang tersusun. Segala ayat bercampur aduk dan kami sendiri tidak dapat menangkap di mana perbezaan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam artikel itu. Mana-mana artikel yang menarik tetapi pemerenggan yang tidak tersusun, akan kami emailkan semula kepada pengirim supaya membetulkan masalah tersebut dan hantarkan semula kepada kami.

Teruskan membaca “Panduan untuk menghantar artikel ke Tentang Cinta”…

FTC Kembali Beroperasi

Forum Tentang Cinta (FTC) kini kembali beroperasi seperti biasa. Masalah subdomain yang berlaku pada tempoh hari sudah pun diperbaiki setelah pihak hosting yang juga penaja untuk laman Tentang Cinta ini, ServerFreak, telah bertungkus lumus bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Kepada anda yang belum lagi mendaftarkan diri di FTC, marilah beramai-ramai kita memeriahkan lagi FTC dengan menjadi ahli secara percuma. FTC merupakan sebuah forum yang menyediakan platform bagi anda untuk meluahkan perasaan, meminta pendapat dan bantuan, tolong antara satu sama lain dan juga sebagai tempat untuk anda berkenalan dengan rakan siber anda.

Mari, mari… Daftarkan diri anda hari ini juga… ;))

FTC Mengalami Masalah Subdomain

Forum Tentang Cinta (FTC) sedang mengalami masalah dan tidak dapat diaccess dari URL yang biasa iaitu http://forum.tentangcinta.com/. Ini semua disebabkan gara-gara masalah pada subdomain forum tersebut. Pihak kami masih dalam proses untuk membetulkan masalah ini dengan secepat mungkin bersama-sama dengan pihak hosting.

Untuk sementara waktu, anda semua masih boleh melayari FTC di http://www.tentangcinta.com/forum/. Kami akan maklumkan pengumuman yang berikutnya apabila masalah ini dapat diselesaikan.

Harap maaf dan terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Hari ini merupakan hari terakhir untuk kita berpuasa di bulan Ramadan dan esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan pengunjung laman Tentang Cinta. Diharapkan anda semua bergembira bersama-sama dengan sanak saudara di kampung halaman masing-masing.

Bagi kepada mereka yang akan pulang ke kampung pada hari ini, bawalah kenderaan dengan hati-hati. Sekiranya pulang dengan menaiki pengangkutan awam, beringat-ingatlah sesama dengan pemandu kenderaan awam itu supaya pandu dengan cermat supaya kita semua selamat.

Dan bagi kepada mereka-mereka yang tidak dapat pulang ke kampung, bersabarlah. Cuba cari hari yang lain untuk pulang ke kampung. Kita berpuasa sebulan, jadi kenalah beraya sebulan kan… Hehehe…

So, akhir kata dari saya dan Mrs Teddy, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin… Jemput-jemput datang beraya ke forum. :D


- Mr & Mrs Teddy -

FTC Gathering 2008 – Undian Anda Diperlukan

Bagi kepada anda yang belum tahu, Forum Tentang Cinta (FTC) akan mengadakan gathering tidak lama lagi. Kami sekarang ini sedang membincangkan tempat yang sesuai untuk diadakan gathering yang bakal kali pertama diadakan untuk kita semua.

Jadi, kami meminta kerjasama anda semua untuk mengundi lokasi manakah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat gathering ini. Dua lokasi yang dicadangkan adalah:

  • Times Square, Kuala Lumpur
  • One Utama, Damansara

Di antara aktiviti yang bakal diadakan adalah:

  • Bowling
  • Bersuaikenal antara warga FTC
  • Sesi bergambar

Bagi siapa yang sudah mendaftarkan diri di FTC tetapi belum memberikan undian, sila berbuat demikian bagi memudahkan kami membuat perancangan yang seterusnya. Dan bagi kepada sesiapa yang belum mendaftar, sila daftakarkan diri anda di FTC terlebih dahulu kerana undian ini hanya dibuka untuk ahli yang berdaftar sahaja.

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa

Khas untuk semua pengunjung Tentang Cinta, kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-51 dan juga selamat berpuasa kepada semua pengunjung yang beragama Islam.

Sedar tak sedar, sudah 51 tahun kita merdeka. Dalam jangkamasa itu, sudah pelbagai susah senang yang negara kita tempuhi sehinggalah ia berjaya mengekalkan kedaulatan negara sehinggi ke saat ini. Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang datang, kita haruslah bersama-sama dan bersatu demi mencapai Perpaduan Teras Kejayaan.

Dalam kesibukan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia, kita juga janganlah lupa bahawa, 1 September 2008 bersamaan 1 Ramadan 1429 merupakan hari permulaan untuk kita menunaikan rukun Islam yang ketiga. Iaitu berpuasa di bulan Ramadan. Jadi, kepada semua pasangan-pasangan di luar sana, ingat-ingatlah bahawa kita sedang berpuasa. Peliharalah diri dari segala apa yang boleh merosakkan amalan kita.

Akhir kata, kami mendoakan semoga semua pengunjung Tentang Cinta dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, sihat dan diterima segala amalan yang dilakukan.

Carta Lagu “Gempak Melodi”

Apa ka benda nih? Ha…jangan main-main. Sekarang ini Tentang Cinta sedang mengadakan satu aktiviti. Aktiviti ini diketuai oleh saudari Nurul yang merupakan FTC Crew di Forum Tentang Cinta. Untuk pengetahuan anda semua, aktiviti ini merupakan aktiviti pertama yang dianjurkan oleh ahli-ahli FTC.

Sekiranya anda ingin mengetaui dengan lebih lanjut apa itu Gempak Melodi, lagu apa yang terdapat dalam Gempak Melodi, anda bolehlah layari ke http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=360. Di sana, saudari Nurul telah memberikan penerangan bagaimana aktiviti ini dijalankan.

Diharapkan saudara, saudari, tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, kakak-kakak, sekalian dapat memberikan sokongan dan kerjasama bagi menjayakan aktiviti pertama kita ini. Mari kita hebohkan forum cinta yang sedang hangat dan terhangat dengan aktiviti yang diadakan nih.

Jadi apa tunggu lagi? Moh kita ke sana…

Happy 1st Anniversary Tentang Cinta

Selamat menyambut ulang tahun pertama, Tentang Cinta!

Kami di Tentang Cinta sangat-sangat berbesar hati dan sungguh gembira kerana hari ini merupakan hari ulang tahun pertama bagi laman Tentang Cinta.

Setahun Dahulu

Pada awal pembukaan iaitu pada 6 Mei 2007, laman Tentang Cinta hanyalah sebuah laman yang biasa dan tidak mendapat kunjungan yang ramai. Apalah ada pada Tentang Cinta ketika itu. Usia masih muda dan tiada keistimewaan padanya.

Tetapi setelah setahun berlalu, setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang kami tempuhi bersama-sama dengan anda, akhirnya Tentang Cinta telah menjadi sebuah laman cinta yang popular dan mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari para pengunjung.

Teruskan membaca “Happy 1st Anniversary Tentang Cinta”…

Selamat Hari Raya Aidiladha 2007

Seperti yg ramai telah tau, Aidiladha nie dirayakan sbagai tanda pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s dlm mentaati perintah Allah. Di mana Nabi Ibrahim a.s dikehendaki untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s tetapi akhirnya Allah s.w.t hanya menggantikn nyawa Nabi Ismail dgn seekor kambing..

Even kter xmampu nk berkorban lembu di aidiladha nie,kter leh berkorban dlm perkara lain demi kebaikan masyarakat dan demi org yg tersayang.. Jgn la kter hanya memikirkn tentang berkorban demi kekasih hati sje.. Tetapi apa salah nye jika kter berkorban demi ibu bapa kter iaitu org yg paling hampir dgn kter,org yg telah melahirkn kter ke dunia nie.. Kerana pengorbanan dan jasa ibu bapa kter tu la yg sebenarnye tidak ternilai ngan ape yg dpt kter berikan pada mereka. Igt lah.. kekasih yg seorg mmg blh di cari ganti.. Tetapi ibu bapa kter,mmg xdpt digantikn pun dgn ape jua..

So,kami di tentangcinta (mr teddy n mrs teddy) ingin mengucapkn Selamat Hari Raya Aidiladha 2007 kepada seluruh umat Islam terutama kepada pengunjung2 tentangcinta nie.. :)
Btw, yang balik kg tu drive kreta leklok.. Mkn lemang2 n ape jua juadah tu jgn la lupe plak kat mr teddy n mrs teddy nie.. Maaf zahir dan batin ;) ^:)^

Tahniah dan Terima Kasih

Sebelum ini, kami ada buat satu sasaran iaitu sebelum berakhirnya bulan November, kami ingin memperoleh seramai 100 orang yang akan melanggan Tentang Cinta. Dan alhamdulillah, ianya berjaya.

feed1

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada anda. Dengan sokongan dari anda, kami tidak akan memperoleh sebegitu ramai pembaca di Tentang Cinta ini.

feed2

Oleh itu, nantikan artikel-artikel yang menarik di bulan Disember ini. Owh, tidak lupa juga, kami ingin menjemput anda untuk datang ke Forum Tentang Cinta. Di sana, kita boleh berborak-borak, berkongsi masalah, atau pun nak berkenalan antara satu sama lain. Jom… ;)