Layang-layang Cinta

Sayang..
Cintaku padamu satu..
Tiada dua dalam hatiku..
Engkaulah pertama dan terakhirku..
Engkaulah hidup matiku..

Sayang..
Ku tahu kau tak berdaya..
Mengharung derita sengsara..
Tatkala dikau terpaksa..
Pesanan nenda harus kau laksana..

Sayang..
Ku tahu kau tersepit..
Di antara keluarga dan cinta..
Namun, apakan daya..
Keturunan jadi pembeza antara kita..

Teruskan membaca “Layang-layang Cinta”…

Gadis

Gadis..
Hadirmu membawa keceriaan..
Menceriakan aku akan kehidupan..
Semangat mu akan ku kumpul.
Untuk keteguhan dalam kehidupan..

Gadis..
Raut wajahmu terbayang-terbayang..
Keceriaanmu membawa keriangan..
Suaramu sentiasa terngiang-ngiang..
Seakan belagu dalam igauan..

Teruskan membaca “Gadis”…

Maafkan Aku, Cintaku…

Cintaku,
Maafkan aku,
Aku terpaksa melepaskanmu,
Setelah sekian lama aku memendam rasa terhadapmu..

Cintaku,
Maafkan aku,
Aku tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu,
Aku harap engkau akan mengerti perasaanku ini,
Tapi seribu kali sayang,
Impian hanyalah impian,
Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit,
Aku beralah,
Kerana aku tahu,
Ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu,
Lebih dariku..

Cintaku,
Maafkan aku,
Kerana pernah menyukaimu,
Kerana pernah menyayangimu,
Kerana pernah merinduimu,
Kerana pernah mencintaimu dalam diamku,
Tapi kini,
Ku biarkan ia berlalu,
Bersama-sama titisan air hujan,
Yang turun membasahi bumi,
Seperti mana membasahi jua hatiku ini..

Teruskan membaca “Maafkan Aku, Cintaku…”…

Terima Kasih Teman

Telah lama ku intai bayangmu
Namun tidak pernah kau tahu akan kehadiranku
Dari hari ke hari
CINTA ku mulai berputik buatmu

Kucuba usir rasa ini
Namun
Siapalah diriku ini untuk menolak
Kehadiran CINTA di dalam hati ini

dan..

Tanpa aku sedari
Kau jua mengintai bayanganku
Mengharap akan kehadiranku
Tiap waktu

Teruskan membaca “Terima Kasih Teman”…

Pergilah Cinta

Assalamualaikum. Nama saya Nur Atikah Bt Hamzah dari Kuantan Pahang. Saya rasa terpanggil untuk menghantarkan puisi yang telah saya karangkan. Puisi ni saya buat untuk mengisi masa lapang tambahan pula saya baru saja break up. Hehehe…

Ku anyamkan puisi indah
Untuk merawat hati yg gundah
Berlalu sudah episod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku meniti sendiri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapkan cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyuluh kegelapan malam

Teruskan membaca “Pergilah Cinta”…

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Teruskan membaca “Kau Dipaksa Aku Terpaksa”…

Aku Rindukan Kamu Yang Dulu

Sayang…kenapa dirimu sudah berubah? Apa salah abang? Kalau abang pernah buat kesilapan, luahkanlah pada abang, persembahkanlah pada abang, jangan berdiam diri begini. Abang sanggup menerima hukuman atas apa saja kesilapan abang, tapi apakah kesilapan itu sehingga membuatkan ayang bisu seribu bahasa sebegini? Sukar untuk abang fahami.

Sayang…Masih ingatkah dikau bagaimana kesabaranku menunggumu selama empat tahun? Abang tutup pintu hati abang untuk orang lain demi ayang. Apakah ayang sudah lupa sejauh mana perjalanan abang untuk mengikat simpulan kasih ini? Masih ingatkah dikau betapa besarnya pengorbanan abang untuk menyuburkan tunas cinta yang kita semai dulu? Kenapa racun berbisa yang ayang sirami? Kenapa???

Sayang…Kenapa dulu engkau sanggup mengucapkan kata cinta pada abang??? Mengapa ayang mengukir kata-kata janji untuk abang jadikan harapan? Sedangkan ayang belum pasti, belum yakin yang cinta itu sudah datang. Mengapa ayang memaksa abang membina sebuah tugu kasih di dalam jiwa abang yang kosong ini, akhirnya ayang sendiri yang robohkan??? Ayang kejam, ayang memang kejam!!!

Teruskan membaca “Aku Rindukan Kamu Yang Dulu”…

Akukah Yang Bersalah?

Akukah yang terlalu curiga,
Atau kau kah yang terlalu menyembunyikan perasaanmu padaku,
Terkulai aku di padang cinta ini,
Ketandusan warna cinta darimu,

Silapkah aku menilai erti cintamu itu,
Atau salahkah aku untuk menyayangi dirimu,
Atau butakah aku mengenal erti sebuah cinta,
Hingga perasaan ini tersisih jauh dari kaca matamu,

Masih ternilaikah lagi perasaan cinta itu untukku,
Sehingga perasaan ini terbiar sepi,
Kekosongan tanpa irama,
Kegelapan tanpa cahaya….

Teruskan membaca “Akukah Yang Bersalah?”…

Kenapa cinta susah datang?

Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Teruskan membaca “Kenapa cinta susah datang?”…

Kasih Itu Tiada Penghujung

Kekasih, mengertilah dikau ada sekelumit rindu
Biarpun tiada dikau tahu
Sering diri dalam kerinduan
Menyapa cinta hati milikmu

Kerana kasih diberi bukan sedikit
Kasih yang ada untuk dikau bertakha disinggahsana
Namun, cinta memerlukan pengorbanan
Walau tahu akan kehilangan
Tiada diri alpa pada kenyataan

Takdir-Nya,sudah tertulis buat kita
Hanya seketika mengisi bahagia
Itu jua Anugerah-Nya,
Kerana insan biasa, terleka dan terlena

Teruskan membaca “Kasih Itu Tiada Penghujung”…