Cerpen: Hanya Seketika

Sebuah kereta Honda City hitam membelok masuk ke sebuah tapak perkuburan yang tertera nama Taman Barzakh. Lelaki yang berbaju Melayu berwarna krim itu keluar dari keretanya berjalan lemah menuju ke tempat orang yang pernah dibencinya dulu berada. Dia mencangkung mencabut rumput yang tumbuh di atas pusara di hadapannya. Dia duduk dan membaca Surah Yaasin dengan suara tersekat-sekat sambil membiarkan air matanya mengalir di pipi.

Dalam dunia ini, Fariz hanya pertaruhkan dua perkara. Duit dan nyawa. Duit untuk memikat perempuan dan nyawa untuk melindungi dirinya. Cinta? Apa dia peduli, membosankan baginya! Itulah sebab mengapa dia sering bertukar pasangan di ranjang hotel atau rumah sewanya. Baginya had cinta untuk seorang perempuan hanya seminggu tidak lebih dari itu.

Malah dalam komuniti kelab malam, dialah raja dan playboy yang paling popular dan mendapat perhatian ramai wanita yang datang sama ada hanya sekadar untuk berhibur atau merasai nikmat bersama dengannya. Hukum agama? Halal haram sedikit pun dia tak peduli. Baginya hidup ini hanya sekali, jadi bergembiralah sepuas-puasnya. Taubat? Jawapan Fariz cukup mudah, tunggu bila dah tua atau senja nanti tapi Fariz tidak sedar yang rumahnya telah kata pergi dan kuburnya telah kata mari.

“Fariz, ayah rasa kau dah patut mendirikan rumahtangga sekarang” Soalan yang paling bosan dan malas untuk dijawabnya, kembali disuarakan oleh ayahnya pada malam dia ingin keluar enjoy seperti biasa.

“Siapa orangnya?” tanya Fariz acuh tak acuh. Kali ini sudah kali keenam belas ayahnya bertanya tentang hal mendirikan rumahtangga. Dia menghenyakkan punggungnya di sofa sebelah orang tuanya.

“Anak mak cik Zainab kamu, Zainah.” Jawab ayahnya menunggu reaksi Fariz yang diagak akan menunjukkan reaksi protes dan bengang dijodohkan dengan gadis yang sentiasa dibulinya semasa zaman kanak-kanak.

Terjegil mata Fariz mendengar nama itu. “Ustazah Sekolah Agama tu ayah nak saya jadikan bini?? Tak layak langsung dengan saya tetapi kalau ayah berkehendakkan juga saya terima.” Jawab Fariz bersetuju walaupun sebenarnya dia tidak rela beristeri sekarang.

Dia bangun meninggalkan ayahnya selepas mengambil kunci kereta di atas meja depan ayahnya. Destinasinya hanya satu, kelab malam mencari perempuan untuk menghilangkan keresahan di hatinya yang semakin mencengkam.

Ayahnya menarik nafas lega dengan persetujuan Fariz walaupun dia kelihatan tidak serius menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan sepupu sendiri. Ayahnya berharap Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki dan suami yang baik selepas berkahwin dengan Zainah selepas ini.

Selepas beberapa bulan berlalu….

“Woi!!! Zainah! Buka pintu!” Hik..hik..hik…sedu Fariz, “Woi!!! Zainah! Buka pintu!”

Fariz mengetuk-ngetuk daun pintu rumahnya tanpa henti. Zainah bergegas berlari menuruni tangga dan keluar untuk membuka pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, botol warna hujau di tangan kanan Fariz dihayunkan ke kepala Zainah.

“Lembab! Bodoh! Pekak! Bahlol! Senggal!!” Maki Fariz dalam keadaan mabuk. Dia terus berjalan terhayun hayang menuruni tangga dan terus terjatuh tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah agam mereka.

Zainah mengesat darah yang mengalir melalui luka di dahinya sebelum mengangkat Fariz masuk ke dalam bilik. Air jernih dari matanya dibiarkan mengalir bebas menuruni pipi gebunya. Dia menabahkan hati demi insan yang disayanginya sekarang.

Walau seburuk mana pun perangai Fariz, lelaki itu adalah suaminya. Suami yang akan dicintai sepenuh hati dari dunia hingga akhirat. Dia tanamkan dalam dirinya bahawa berkasih sayang itu adalah suatu akhlak yang mulia, lalu semai dan bajaikan rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allea S.W.T kerana hanya DIA yang terlalu kasihkan hamba-Nya lebih dari seorang ibu yang mengasihi anaknya. Dia hanya akan taat pada suaminya itu seorang selagi hayatnya masih ada untuk hidup di dunia ini di sisi Fariz. Dia akan berbakti dengan sepenuh hati dan rela walaupun tidak dihargai dan dianggap kain buruk dalam rumah itu bagi suaminya.

Walaupun Fariz sering membawa perempuan yang di jumpanya di kelab malam pulang ke rumah untuk berseronok, dia terima dengan hati yang terbuka walaupun pedih kenyataannya. Malah dia berdoa semoga Fariz akan berubah menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab selepas mendapat hidayah dari-Nya.

Malam itu, Fariz pulang ke rumah dalam keadaan mabuk seperti kebisaanya bila pulang dari kelab malam. Zainah yang mengandung 8 bulan terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk membuka pintu yang diketuk bagai nak roboh oleh suaminya.

Geram pintu masih belum dibuka, Fariz menendang pintu rumahnya. Zainah yang telah membuka sedikit daun pintu itu mengagak Fariz akan bertindak kasar kerana lambat membuka pintu cuba dan dia cuba mengelak tapi tergelincir jatuh. Kepalanya terhentak ke lantai marmar. Darah merah pekat mengalir keluar dari kepala dan kain batik Zainah yang telah terbaring kesakitan di atas lantai rumah.

Fariz yang agak mamai, tersedar yang dia telah menendang isterinya sendiri secara tidak sengaja. Dia mengelabah dan terus ke bilik air untuk mencuci muka dan minum banyak air kosong agar mabuknya sedikit berkurang. Fariz terus keluar dan mengangkat Zainah masuk ke dalam kereta menuju ke hospital.

Dalam perjalanan munuju ke hospital, Zainah mengerang kesakitan. Bertambah takut, risau dan gelisah hatinya kerana dialah Zainah jadi begitu. Setibanya di hospital Zainah terpaksa di masukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana kecederaan parah di kepala dan kandungannya dalam keadaan bahaya yang kemungkinan gugur. Fariz menghubungi ayahnya dan ibu mertuanya. Ayahnya inginkan penjelasan saat itu juga tapi pantas Fariz matikan talian.

Sampai di hospital ayahnya ingin memarahinya selepas mendapat penjelasan tetapi melihat wajah anaknya yang keletihan, sungul dan resah dia tidak jadi marah. Fariz tersandar di bangku hospital dan hanya memandang bilik pembedahan menunggu doktor keluar dengan hati yang resah. Fariz menangis tersedu-sedu dan satu persatu perbuatan kejamnya terhadap Zainah menerjah ke dalam kotak fikirannya. Zainah dipukul, diterajang, dimaki, tidak dihormati dan yang paling kejam Fariz sanggup menerajang Zainah yang sedang sarat mengandungkan zuriatnya tanpa disedari.

Fariz melangkah masuk ke rumah agam yang dihadiahkan ayahnya sempena perkahwinannya dengan Zainah setahun lalu dengan perlahan-lahan. Setiap sudut rumah itu terdapat kenangannya bersama Zainah. Dia menuju ke dalam kamar tidurnya. Sebelum duduk di birai katil, Fariz memandang sayu potret persandingannya dengan Zainah di meja sisi katil. Dia duduk dan mengambil prime gambar tersebut dan memeluknya erat ingin merasai kehadiran Zainah disisinya kembali.

Gambar persandingannya dengan Zainah yang disangkut di dinding di depan matanya direnung dalam-dalam mencari kembali kenangan yang memedihkan hati tapi membuatkannya kembali merasai kehadiran insan kesayangannya yang telah pergi.

Dia terperasan terdapat sesuatu di belakang potret itu lalu dia berjalan dan menurunkan gambar tersebut. Sampul surat bersaiz A4 jatuh di kaki Fariz lalu gambar tersebut digantung kembali ke dinding. Hatinya terdetik untuk membacanya walaupun perasaannya tidak senang dan hati berdebar-debar sewaktu dia menarik keluar isi sampul surat berkenaan.

Test report yang tertera nama isterinya membuatkan hatinya semakin sakit untuk terus membacanya tetapi dia kuatkan semangat untuk terus membaca. Perkataan kanser tulang membuatkan dia terus meremukkan kertas test report itu. Fariz seperti orang hilang akal mencampakkan segala yang ada berhampiran dengannya. Dia menjerit bagai orang gila lalu terduduk lemah dilantai kamarnya. Dia mengesat air matanya yang mengalir umpama empangan yang pecah.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti begini?” Fariz menjerit menanyakan soalan yang tiada itu jawapan pada dirinya.

Dia ternampak sebuah kaset yang tertera namanya di bawah barang-barang yang bersepah di sekelilingnya. Fariz membelek kaset tersebut lalu bangun dan memasangnya. Suara Zainah yang serak seakan selepas menangis memenuhi ruang bilik itu.

“Abang, pertama sekali Nah minta maaf dari dunia hingga akhirat dan minta abang halalkan makan minum Nah sepanjang Nah hidup bersama dengan abang. Nah tahu, Nah bukanlah isteri abang yang baik dan bukan gadis yang abang cintai dan kasihi. Nah tahu abang terpaksa berkahwin dengan Nah tapi semua itu telah pun berlalu.

Nah tetap gembira dan bahagia berada disisi abang walaupun mungkin tidak lama Nah akan berada disisi abang. Walaupun abang layan Nah dengan buruk seperti kain buruk tapi Nah maafkan segala kesilapan abang sebab Nah tahu manusia mana tidak melakukan kesilapan. Kesilapan abang hanya kesilpan yang kecil malah ada orang yang membuat kesilapan yang lebih besar daripada abang yang sepatutnya tidak layak mendapat kemaafan tetapi tetap mendapat kemaafan.

Hanya ini satu-satunya permintaan Nah dengan abang. Nah harap abang jagalah anak kita yang bakal lahir nanti dengan sebaiknya andainya Nah pergi buat selama-lamanya. Abang mesti jaga diri abang dengan baik dan hidup dengan gembira walaupun Nah telah tiada di sisi abang buat selama-lamanya..

Sekali lagi Nah mohon keampunan dari abang dan halalkan makan minum Nah selama ini. Maafkan Nah andai Nah pernah sakiti dan lukai hati abang. Maafkan segala dosa Nah dengan abang. Jaga diri dan anak kita dengan baik.. Maafkan Nah…”

Fariz menekup wajahnya dengan tapak tangan. Dia menagis terharu dengan kata-kata terakhir yang Zainah ucapkan. Dia tidak menyangka isterinya sanggup memaafkan segala kesilapannya yang orang lain sukar maafkan. Indah sungguh susunan katanya dan cantiknya hatinya kerana sanggup menerima dan memaafkan kesilapannya.

Dia menarik nafas menguatkan hatinya yang terluka kerana kehilangannya. Dalam hatinya, Fariz berjanji akan menjaga Azril Fashah dan Zulaikha Balkis dengan baik kerana itulah wasiat Zainah yang terakhir. Fariz mengambil dairinya di dalam laci dan menulis apa yang tersirat di hatinya.

Ketika hayatnya aku lepaskan semua peluang untuk membuatkan dia bahagia dan gembira apabila berkahwin dengan aku tapi apa yang aku berikan padanya adalah kesedihan dan kesensaraan yang terlalu hebat yang aku fikir tiada orang yang sanggup laluinya tapi dia cukup tabah dan cekal untuk menawan hati aku yang keras dan menyucikan hatiku yang hitam ini selain mencelikkan aku yang buta agama dan cinta ini.

Pemergiannya membuatkan aku sedar yang dia amat berharga dalam diri, jiwa, hati dan hidupku. Bodohnya aku menyakiti orang yang terlalu menyayangi dan menyintai aku…dia ajar aku banyak perkara terutama tentang cinta dan hidup ini. Kalaulah aku diberi peluang sekali lagi, aku sanggup menggantikan tempatnya yang akan pergi mengadap Illahi tidak lama lagi itu. Aku hanya dapat merasakan bertapa aku terlalu menyintainya setelah dia pergi yang perginya tak akan kembali lagi. Biarlah aku jumpa seribu pengganti, dia tetap yang satu di dalam hati.

Kini apa yang aku dapat lakukan hanyalah mencatatkan segala kenangan bersamanya di dada langit dan kata cintaku padanya di atas pusaranya. Aku sentiasa menyakiti hatinya tapi dia tidak pernah menunjukkan reaksi sakit hatinya. Dia terlalu tabah…terlalu tabah…aku walaupun aku terus menerus menyakiti hatinya dan mengabaikannya tanpa aku sedar yang dia akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku perlukan sedikit masa untuk merawat hatiku yang terluka..

Fariz menutup dairinya perlahan-lahan. Cinta membuatkan dia amat lemah tapi cinta jugalah yang membuatkan dia bersemangat. Cintanya pada Zainah yang tidak sempat dihulur dan diucapkan sekarang akan dihulurkan pada permata hatinya yang mengikat hati dan menghidupkan perasaanya terus pada Zainah. Semoga rohmu dicucuri rahmat dari-Nya, Zainah.

Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudara Azril Syukri.

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Cerpen: Hanya Seketika" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. iqin says:

    kita hanya memerlukan sehari untk menyukai seseorang,sebulan utk cuba menyayangi nya namun sukar utk melupakannya…once i love u forever i love…:x;);):)>-

  2. shra dania says:

    azril pasni post la cte happy ending palk ye…sdih sgt cite awk ni

  3. mybigboo says:

    perhatian terhadap ejaan..terutama sekali ejaan ALLAH..ini penting..harap maklum

  4. fauzi says:

    baca cerita mmg best… nak buat tu jangan harap ar… aku x fikir sehebat cerita….

  5. hurt says:

    ni la klbihan wnita…
    stia pd si lelaki wlaupun tk dhrgai…
    kkurangan si lelaki,
    mnghrgai apbla dh tkde dpn mata.. :roll:

  6. gee says:

    sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian xde gunenyer..hargaila selagi si dia disisi.peace!! :-)

  7. gee says:

    wanita anugerah terindah..ingatla wahai kaum2 adam.. :D

  8. gee says:

    wanita melengkapi lelaki,dan sebaliknyer.. 8)

  9. gee says:

    wanita hiasan dunia..mereka tercipta untuk jadi wanita solehah.. :-) :-) :-)

  10. -chunna- says:

    zainah begitu tabah..
    inginku jd wanita sepertinye….
    :-)

  11. dilah_nuzirah says:

    sedih giler, citer ni…
    nangis2 sorang2 aku depan pc…

  12. Lolyvely says:

    :?: klu saya la mungkin x snggup da btahan ngan suami mcm 2… jhatnya suami dia… :vangry:

  13. apaibluess says:

    huhuhuhuhu iras-iras citer kt cerekarama yang si aqasha berlakon jer tuh…..yang part kematian bini huhuhu

  14. zana says:

    :up:
    bila mempunyai teman…
    hargainya sampai bila2…
    sayanginya…
    bersikap jujur padanya…
    kerana teman keikhlasannya tidak dapat dilihat…
    dan hanya akan dirasai…
    BILA IANYA T.I.A.D.A………….. :cry: :down:

  15. move with style says:

    :cry: slalu nye msti cam 2….
    dh rsa khilangan,bru nk mnyesal…..
    bla ade dpn mata, wat x endah je……..

  16. aku_91 says:

    ntah la lau ak xau ak leh tmpoh ke tdak?
    lari kot

  17. tyha.. says:

    hargailah apew yg kita ade..
    carilah yg terbaik dr yg baik…

  18. mira says:

    aku rasa seperti sama ngan kisah idup aku sendiri.. suamiku jua gtu.. cuba dia belum sampai teranjang aku.. tapi kerna aku sgt sayangkan suami dan cintakan dia… aku sanggup bertahan ngan sabarnya… biarpun aku rasa sakit dan terluka…kdg2 aku berfikir mana salah aku sebagai istri sampai dia sanggup nak berpoya2 kan luar… aku cuma harapkan suamiku akan rasa nisaf seperti dlm cerita ni…

  19. mira says:

    Lolyvely on August 9, 2009 at 6:58 pm said:
    :?: klu saya la mungkin x snggup da btahan ngan suami mcm 2… jhatnya suami dia… :vangry:

    mmg la sapa pun tak akan bertahan.. tapi lau kerna sayang pada suami.. kita sanggup jua tu.. seperti sa.. suami kurang ajar ngan sa.. tapi sa sabar jak. sbb dia la suami sa yg sa cinta di dunia sampai akhirat.

  20. azril says:

    ijat on February 9, 2009 at 2:02 pm said:

    penipu!! mana ade pempuan camtu

    mne awk tau xde prempuan mcm tu???
    dh selidik mak dgn akak awk???????
    mne tau dorg adalah contoh2 prempuan seperti zainah
    who’s known???

  21. sweet princess says:

    cdihnyer…. :cry:
    aku pon pnh kne tmpar d xboyz aku…..
    tp xpelah….semua 2 knangan aku ngan dia suatu masa dahulu….
    aku maafkan segala perbuatan dia pd aku…
    aku jgk arap dia dapat maafkan aku….
    knangan aku n dia akn aku jga baik2….
    arap Allah berikan kebahagiaan pada aku & dia untuk meneruskan hidup aku pada masa2 akn datang….

  22. azril says:

    Tika senja melabuhkan layarnya
    Terpancarlah warna keemasan
    Dapat aku bayangkan jika engkau ada
    Pasti suasana ‘kan lebih bermakna

    Sayangnya terputus tali janji
    Suatu waktu kukuh termetri
    Kata mu kasih sayang tak bererti
    Tidak menjanjikan untuk esok hari

    Ku cermin diri ini
    Terteralah kedaifan
    Yang tak engkau inginkan
    Ku melepas keluhan
    Yang panjang
    Menyesali kemiskinan ku ini

    Ku mampu petik bintang di langit
    Ku mampu bina jambatan pelangi
    KU mampu pertahankan mu
    Walau pun lawan ku seribu
    Itu hanya bisa bisa ku laksanakan
    Bila mimpi mengundang, kala malam
    Hakikatnya yang ku ada, satu jasad
    Satu nyawa, satu cinta

    Tidak ku salahkan dirimu
    Kau berhak tentukan nasib mu
    Kini aku mengenggam satu azam
    Melempar khayalan
    Bentuk kehidupan

  23. hana says:

    kalau la smu laki dlm dunia ni prgai mcm 2 xdak la wanita yg akan bhagia…wahai lelaki 2 sekalian jadi lah laki yg baik ..cian kat kami yg gurl niiii

  24. INA says:

    :cry: :cry: SUNGGUH MENYENTUH JIWA..MANUSIA NI KETIKA ADA DEPAN MATA TAK HARGAI,TAPI BILA DAH TIADA BARU NAK MENYESAL..MENAGIS AIR MATA DARAH SEKALIPUN XDE GUNE DAH..

  25. pwincess_wan says:

    aq tringn jd mcm lam cter ne…tpy mmpu kew..hurmmm :cry: :o

  26. effa lyana says:

    naseb si suami dh tobat..tp mlang nye isterinye yg solehah tuh telah meninggalkna nye…bkn jdoh nye sehingga akhir hayat…

  27. ez says:

    Lolyvely on August 9, 2009 at 6:58 pm said:
    klu saya la mungkin x snggup da btahan ngan suami mcm 2… jhatnya suami dia…

    betul3

  28. pija says:

    kisah pengorbanan seorg isteri hingga ke akhir hyatnya nukilan sang pnulis amat mnyayat htiku..wlau hasilnya pendek ttpi sdah mmpu untk mmberi msj yg bermkna buat sgnap insan d dnia.. cerpen ini cerpen p’tma yg b’jya mmbuatkan empangan air mataku pecah.. syabas kpd pnulis krna b’jya mnghsilkn krya yang baik.. <3 :)

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: