5 Hadiah Kesukaan Wanita Sempena Hari Jadi

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 khas kepada semua pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian… :) -Mr & Mrs Teddy-

Yang bergelar lelaki, apakah hadiah yang biasa anda berikan kepada pasangan anda pada hari jadi si dia?

Well, memang selalu kita doakan agar si dia panjang umur, dimurahkan rezeki, dan sebagainya. Tetapi, apa maksud saya adalah, apakah benda atau barang yang anda berikan kepada si dia sempena menyambut ulang tahun kelahiran kekasih anda itu?

Jika anda masih blur blur, atau lupa, tidak mengapa. Di sini saya akan kongsikan dengan adan semua, lima hadiah yang paling disukai wanita sempena hari jadi mereka berdasarkan daripada respon yang diberikan di fanpage Tentang Cinta.

  1. Coklat – Saya rasa jarang perempuan suka makan coklat ni. Alasan yang paling kuat mereka berikan adalah, takut gemuk. Tetapi daripada survey yang dibuat di fanpage kami, ramai wanita memberitahu bahawa mereka gemarkan coklat sebagai hadiah hari jadi. Mungkin coklat seperti Ferrero Rocher adalah hadiah yang paling sesuai untuk kategori coklat ini.
  2. Bunga – Perempuan mana yang tidak sukakan bunga, betul? Walaupun sekuntum bunga ros diberikan kepada mereka pun sudah cukup buatkan mereka gembira terangkat terbang ke langit. Tetapi adakah anda tahu setiap bilangan kuntuman bunga ada maksudnya yang tersendiri? Baca artikel kami ini, Rahsia di Sebalik Bilangan Kuntuman Bunga Ros, untuk dapatkan maklumat tersebut.

hadiah-teddy-bear

  1. Teddy Bear – Daripada kecil lagi, wanita dibesarkan dengan anak patung, dan juga teddy bear. Bagi mereka, teddy bear dapat mententeramkan mereka terutama apabila mereka dalam keadaan sedih, bersendirian ataupun ketika dalam ketakutan. Yang membuatkan teddy bear disukai wanita adalah kerana ianya gemuk, buncit, dan perutnya sedap dipeluk. Oh ya, saya pun ada berikan Mrs Teddy sebuah anak patung teddy bear yang buncit, dan gemuk. Tetapi sekarang ni perut teddy bear tu dah jadi kempis dipeluk oleh Mrs Teddy. E..ganas! Hehehe..
  2. Jam Tangan – Bagi sesetengah orang, hadiah jam tangan adalah mahal. Tetapi mungkin dalam 5 atau 10 tahun sekali, kalau anda ada duit lebih, bolehlah belikan jam tangan kepada si dia sebagai tanda kasih sayang kepadanya. Kalau hendak jimat lagi, belilah jam tangan couple. Anda dapat satu, si dia pun dapat satu.
  3. Buku (novel) – Perempuan memang suka membaca novel. Tipulah kalau ada yang mengatakan mereka langsung tak pernah membacanya. Buku seperti novel merupakan di antara hadiah yang digemari oleh wanita. Tetapi tidak semestinya novel sahaja yang boleh diberikan sebagai hadiah. Anda juga boleh berikan buku lain seperti buku keagamaan atau buku yang berinformasi seperti, Indahnya Hidup Bersyariat, dan juga Hebatnya Kuasa Istikharah.

Jadi, itulah di antara lima hadiah yang paling digemari wanita sempena hari jadi mereka.

Jika hari ulang tahun kelahiran pasangan anda semakin dekat, apa kata anda ambil salah satu daripada hadiah di atas untuk diberikan kepada si dia. Saya percaya si dia pasti akan teruja dan gembira sangat-sangat. Tetapi jangan sampai anda terkantoi ambil tips dalam artikel ini pulak, sudah la ye.. :P

Langgan Newsletter Kami!

Jom langgan newsletter kami dan dapatkan update terkini serta tips-tips cinta menarik di Tentang Cinta. Lagi?

* Alamat email anda tidak akan dikongsikan dengan pihak lain.

Comments

  1. yuki_hana says

    sweet ~ esok my birthday, tp da dpt hadiah diary, lolipop & kek, alhamdulillah :) terasa da tua sebelum tiba harinya ~

  2. jeng says

    post hadiah kesukaan lelaki xde ke mr teddy?
    bufday around de corner ni..buntu nak mintak haidah ape dr sweet love..hihik.. :D

  3. ma'am pott says

    :oops: klau sye punyer BFdie slalu kasi dkt sye coklet…sebab die kata….coklet lambang manis nyer cinta kami berdua…..hahahahahkkk :D …..die slalu bagi sye coklet cadbury….heheheheheh… :XO:

  4. says

    Alorh… Sy alm0st 3years kpel dgn psngn sy tp 1 hdia pn dy xbg dkt sy. Kdkt nye laki! Tp dy lh org ptme yg akn bg ucpn pd sy dn sy sngt hrgai nye… Krne dgn ucpn nye sy dpt rse yg dy sntse mngingti sy wlpn tnpe hdia… Tp bla bkn bfdy sy.. Dy bru ingt nk bg hdia dkt sy. Hesh ! Plik btl aku! Hehe

    • sweetcherry says

      smua hadiah di atas smua ak dh dpt kecuali bunga jer…bla la nk merasa dpt bunga ni..klau dpt bunga bhrga sgat.huhuhuhu……

  5. Amy says

    kalau admin mengatakan ada 5 hadiah yang disukai oleh perempuan, tapi saya mengatakan ada 6.. Ada satu hadiah yang paling paling disukai iaitu EMAS..

  6. shafika dika says

    saya suka Al-Quran,bila baca Allah akan bagi ketenangan dalam jiwa,hidup sentiasa dilindungi Allah,Alhamdulillah ada seorang lelaki yg hadiahkan saya Al-Quran ibu segala mukjizat,Alhamdulillah suami hensem sgt2 kami hidup bahagia dengan 4 org cahaya mata….

  7. syasya says

    bulan depan birthdy saya dan bf plan utk sambut birthdy di sunway lagoon. wahh. seronoknya dpt main air. wlupn dlm hati teringin nk kelima2 hadiah yg mr teddy ckp tu. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *