Apa ada dalam kotak?

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

Kisah Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara mesrarx (FTC Crew) di Forum Tentang Cinta.

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Apa ada dalam kotak?" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. ayu90 says:

    hahhaa,,idea cantek. boleh ak praktis nie :lol:

  2. sayang seowg ank bernilai untuk sebuah keluarga
    walau di pandang owg luar ia tidak bernilai pu..
    kasih seowg ibu di bwk ke syurga
    kasih seowg ayh memberi semangat…http://www.tentangcinta.com/wp....._smile.gif

  3. hana says:

    wahai bakal suamiku,
    tiada kata yang diri ini ingin ungkapkan selain,
    aku akan setia menunggu dirimu di sini,
    menyediakan tempat di hatiku hanya untukmu,sayangku…

  4. Miss Fa'ila says:

    Rindu pada abah..
    cinta sejati adalah cinta kepada ibubapa
    kerana ianya kekal abadi di hati ini…

  5. saya :) says:

    rohaizad on March 8, 2009 at 7:56 pm said:

    Wahhh… best entri ini.

    1. Kadang-kadang apa yang terlintas di fikiran tidak menggambarkan apa yang dilihat.
    2. Apa yang dilihat tidak menggambarkan apa yang terjadi.
    3. Apa yang terjadi tidak menggambarkan maksud yang sebenar.
    4. Dan maksud yang sebenar akan sentiasa bergantung pada keikhlasan hati yang murni.

    * Tersirat dan tersurat sentiasa membawa maksud yang berlainan. Itu sudah pasti.

    wahh.sastera :)

  6. saya :) says:

    mengkudu on May 24, 2009 at 2:51 pm said:

    blurr naw ko nie..kui3..

    haha. sy sokong .simple lahh :)

  7. coach says:

    so sweet..

  8. anis adila says:

    kepada amer nape awk buat sye terseakse??

Trackbacks

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: