Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku

(Kisah ini kisah benar dan sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sedang bercinta pada jarak jauh. Kepada kaum Hawa berhati-hatilah dalam percintaan dan kaum Adam janganlah mengambil kesempatan ke atas kelemahan kaum Hawa. Hargailah orang yang anda sayang. Bacalah coretanku ini….)

Aku seorang wanita yang hanya dikenali dengan nama Jue oleh rakan – rakanku dari dulu hingga kini. Aku adalah satu – satunya perempuan dalam adik-beradikku yang seramai 6 orang. So tidak mustahil aku berperwatakan seperti seorang lelaki. Sebelum aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku tidak pernah menjiwai ciri-ciri seorang perempuan dan juga tidak pernah mempunyai kawan rapat yang sejantina denganku.

Tapi segala-galanya berubah apabila aku berpindah memasuki sekolah berasrama penuh di Melaka pada tingkatan 1. Aku seperti terkena kejutan budaya kerana pelajar – pelajar di situ tidah bergaul antara lelaki dan perempuan. Dari situ aku belajar untuk berkawan dengan perempuan.

Persekitaran sekolahku membuatkan aku menjadi seorang perempuan dan paling membuatkan aku betul-betul tidak percaya ialah aku semakin janggal untuk berkawan atau bercakap dengan insan bergelar lelaki. Aku semakin kurang bersosial seperti dulu. Satu berubahan yang sangat menakjubkan dalam diriku.

Aku seorang yang suka memerhati dan membuat kesimpulan sendiri untuk diriku. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, aku sering mendengar kisah-kisah yang menyedihkan tentang percintaan mereka. Sebelum ini aku memang tidak pernah melibatkan diri dengan percintaan dan aku menyimpulkan bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan tersebut. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki selalu membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja. Mereka ibarat tidak menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan dahulu. Bagiku mana-mana lelaki semuanya sama sahaja. Akhirnya aku memutuskan untuk tidak bercinta sehinggalah aku melangkah ke alam perkahwinan. Aku mengimpikan sebuah percintaan selepas berkahwin yang sangat romantis seperti yang dialami oleh ayah dan ibuku. Aku berharap agar impianku menjadi kenyataan dan ia telah menjadi prinsip hidupku. Dengan prinsip yang aku cipta itu, aku telah menolak permintaan lelaki yang ingin menjadikan aku kekasihnya.

Tetapi aku sebagai manusia hanya tahu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ingin dijadikan cerita, aku sangat membenci seorang lelaki bernama Haikal yang merupakan classmate aku dari tingkatan 1 hingga 5 ketika di sekolah menengah. Dia selalu mengusikku sehingga membuatku naik angin. Aku sangat membencinya sehingga aku tidak boleh mendengar suaranya, apatah lagi melihat mukanya yang sememangnya tidaklah sekacak Norman Hakim.

Tetapi Allah Maha Kuasa. Memasuki tingkatan 5, aku dan Haikal menjadi akrab. Tetapi kami hanya berkawan rapat di dunia ‘sms’ sahaja. Apabila di kelas, kami seperti tidak kenal antara satu sama lain. Sepanjang persahabatan, dia sering memberi ‘hint’ yang dia ingin menjadikan aku lebih dari seorang kawan. Tapi aku sering mengatakan yang aku hanya ingin bercinta selepas berkahwin. Kata – kataku itu membuatkan dia kecewa. Walaupun dia berasa seperti tiada harapan untuk bersamaku, tetapi dia tidak pernah meninggalkanku walau sesaat pun dan terus berusaha untuk mendapatkan aku dengan apa jua cara sekalipun.

Selama 2 tahun persahabatan kami, aku melihat dia benar-benar ikhlas untuk berkawan denganku. Ahkirnya aku memutuskan untuk menerimanya sebagai ‘couple’ku apabila dia betul-betul meluahkan isi hatinya pada 1st January 2008 dengan berkata “Jue, aku cintakan kau”.. Bermulalah kisah baru antara aku dan Haikal. Percintaan ini merupakan kisah cinta pertama dalam hidupku selama aku berusia 20 tahun dan aku berharap ia akan berkekalan sehingga akhir hayatku.

Seperti biasa di awal-awal percintaan, segalanya berjalan dengan lancar. Selepas dua tiga bulan, pergaduhan sering terjadi antara aku dan dia, sehingga aku berasa menyesal menerimanya dulu. Paling menyakitkan hatiku, Haikal malu untuk mengaku aku sebagai kekasihnya kerana takut di gelar sebagai ‘mamat jiwang’ oleh rakan-rakan sekuliahnya. Bila aku bertanya kenapa mahu berselindung? Haikal menjawab dia belum bersedia untuk orang mengetahui kisah cinta kami. Selain itu juga, Haikal lebih mementingkan rakan – rakannya dalam segala aspek sehingga aku berasa seperti tidak di perlukan lagi. Pernah satu ketika, Haikal meminta izin untuk meninggalkan aku di Plaza Low Yat keseorangan setelah dia terjumpa rakannya di situ juga.

Inikah CINTA?? Inikah layanan dia terhadapku setelah dia bersusah payah mendapatkan aku?? Aku begitu tidak menyangka bahawa dia melayanku sebegitu kerana sebelum kami bercinta, dia begitu baik melayanku bagaikan seorang lelaki yang berkomitmen tinggi terhadap perempuan. Sampai hati dia melakukan seperti itu terhadapku… Bermacam-macam lagi pergaduhan yang kami alami. Aku benar-benar terasa seperti tiada nilai di matanya. Kadang – kala aku terasa seperti dipermainkan olehnya.

Haikal yang aku kenali memang seorang yang sosial. Tetapi dia pernah berjanji padaku yang dia tidak akan meninggalkan aku dan dia ingin menjadikan aku sebagai isterinya. Dia juga berkata bahawa akulah cinta pertama dan terakhir bagi Haikal. Tetapi di sebabkan dia yang sangat sosial, dia sering melukakan hatiku. Bagi Haikal, dia tidak sanggup melihat aku mempunyai kawan lelaki walau seorang. Tetapi dia tidak pernah sedar yang dia mempunyai ramai kawan perempuan yang seksi-seksi dan sering bertepuk tampar diantara mereka. Haikal memang manusia jenis pentingkan kawan-kawan daripada keluarganya sendiri dan juga aku. Aku sering menangis memikirkan semua ini. Haikal!! Kau sangat kejam terhadapku!!

Setelah 5 bulan percintaan aku dan Haikal, kini Haikal terpaksa perpisah denganku gara-gara dia ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Apabila aku mendengar berita tersebut, aku benar-benar risau dan sedih. Kini tercipta satu kisah baru iaitu percintaan jarak jauh antara aku dan Haikal. Ya Allah…begitu besar dugaan aku setelah aku melanggar prinsipku sendiri untuk tidak bercinta sehingga aku berkahwin. Adakah ini balasan bagiku?? Walaupun kami sering bergaduh, tetapi aku terlalu sayang terhadapnya dan aku tidak sanggup berpisah dengannya….oh tidak….bolehkah aku dan dia mengekalkan percintaan ini walaupun kami berjauhan??

Di awal percintaan jarak jauh ini, kami sering berhubung melalui e-mail,friendster dan juga ‘sms’. Sekali sekala ada juga Haikal menelefonku. Aku berasa gembira kerana dia selalu mengingati aku walaupun kami berjauhan… Kami juga jarang bergaduh ketika itu. Ya Allah, bahagianya aku..

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Sudah sebulan lebih Haikal di negara orang. Walaupun dia berjauhan denganku, pergaduhan terjadi juga antara aku dan Haikal. Apa yang aku risaukan benar-benar terjadi. Dia menjadi semakin sosial dan jarang membalas semua e-mail dan komen di friendster yang aku kirimkan padanya. Pada mulanya aku fikir kemungkinan Haikal busy. Tetapi semakin lama semakin pelik aku di buatnya. Haikal terus-menerus menyepi diri tanpa khabar berita. Aku semakin risau. Aku cuba menelefonnya tetapi tidak pernah berjawab, apatah lagi sms. Tidak pernah di balasnya walau sekalipun. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku.

4 bulan Haikal menyepikan diri dariku. Tiba-tiba aku tergerak hati ingin menelefonnya menggunakan nombor adikku di pagi raya yang lalu pada 1st October 2008. Setelah menunggu akhirnya berjaya juga aku menembusi taliannya. Tapi hatiku bagai dirobek-robek kerana yang menjawabnya suara seorang wanita dan bila ku tanya apa hubungan dia dengan Haikal, dengan bangganya dia mengatakan dia kekasih Haikal dan sedang mengandungkan anak Haikal tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Menurutnya, Haikal ingin wanita itu melahirkan anak dalam kandungannya dan Haikal bakal mengahwini wanita tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Jiha. Aku hampir pengsan mendengar kata-kata Jiha..Ya Allah….. Inikah namanya cinta? Inikah akibatnya aku melanggar prinsipku dahulu?? Haikal, sampai hati awak buat semua ini pada saya. Apa salah saya terhadapmu. Cepatnya awak berubah, sedangkan percintaan kita belum cukup setahun.

Di pagi raya itu juga aku menangis memikirkan apa yang telah terjadi padaku. Aku serik dengan percintaan ini. Mulai saat itu, aku telah menutup hatiku untuk semua lelaki. Aku kecewa dengan percintaan yang baru pertama kali aku lalui. Inilah percintaan pertama dan terakhirku. Haikal, aku tidak akan maafkan apa yang kau lakukan padaku. Inikah balasannya setelah aku begitu setia padamu? Inikah hadiah yang kau berikan padaku setelah aku tewas dengan pujuk rayumu di saat kau menggodaku dulu? Kini benarlah apa yang aku pernah katakan dulu bahawa lelaki sanggup bersusah payah memikat hati perempuan apabila mereka menginginkan perempuan. Tetapi setelah mendapatkannya, lelaki suka membuat perempuan menangis secara sengaja atau tidak sengaja dan mereka tidak pernah menghargai perempuan yang mereka idam-idamkan. Lelaki memang serupa. Hanya pandai mengayat. Haikal!! Aku tak akan maafkan kau. Aku tidak dapat melupakan apa yang terjadi ke atas diriku ini. I hate u forever and ever Haikal!!! I HATE YOU!!!

Ya Allah.. maafkan segala kesilapanku yang lalu. Aku menyesal dengan apa yang telah terjadi. Walaupun aku telah kehilangan Haikal, orang yang benar – benar aku sayang dan percaya, aku tidak akan sesekali menzalimi diriku sendiri. Akan aku buktikan bahawa aku boleh hidup tanpa Haikal bukan hanya 2 3 saat, tetapi untuk selama – lamanya. Dan aku akan buktikan bahawa aku boleh mendapatkan lelaki yang lebih berguna dari Haikal. Tiada guna aku mengharap pada lelaki seperti Haikal. Aku akan membenci Haikal seumur hidupku dan aku tidak akan memaafkannya.. Haikal adalah racun dalam hidupku untuk selama – lamanya……

Kepada rakan – rakan yang sedang hangat bercinta, hayatilah kata – kata ini…

Berkawan tidak semestinya bercinta,
Bercinta tidak semestinya bertunang,
Bertunang tidak semestinya berkahwin,
So, jangan mengharap pada sesuatu yang tiada kepastian lagi.
Kerana seandainya apa yang anda harapkan tidak tercapai,

Ia mungkin akan melukakan hati dan melemahkan semangat anda untuk terus hidup..

Raja Julia Raja Imran
Klang, Selangor.

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Nida An.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Cinta Jarak Jauh Melukakan Hatiku" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. mistic says:

    ermm..sy pn PJJ gak..utara-selatan…
    tapi setakat 1 tahun nie sumenyer alhamdullilah..yg penting hati masing2..kenelah sentiase jujur n percaya + matured..tu yg penting, jgn d sbbkn problem kecik, bley effect our r/ship..
    kalau cinta itu bt kite smakin dekat dgn Allah, maka bahagialah yg menanti di penghujungnya..redhalah dgn ketentuan dari Nya sbb hanya Dia yg tau pe yg terbaik tuk hambaNya..;)

  2. pari2 sepi says:

    jue..
    sewak2 sy mmbca kisah jue
    air mater berderai2 n mencurah2
    jln crita cinte kiter same…
    sO kite bgun n mule idop baru
    sy doakn jue memperoleh kebahagian hinga ke akhir hyat
    n semoGa mendapat jOdoh yg bek sebaik baik lelaki

    CINTA itu buta,cinta gak mmbuatn kte lebey mendalami isi aty masing2,
    cinta gak prlukan p’ngorbanan
    cinta gak perlukan mase tuk b’putik lam aty
    cinta gak hadir tnp d’pakse
    cinta gak m’mbuatkan kte lbey m’nyanyngi org yg d syg
    cinta gak m’buat idup kitew gumbira jika betoipd tmpaynyer
    Dan akan merana jka slh pd tmpatnyerh..
    sO lebey baik jgn mnyintai…..

  3. appleijau says:

    [Comment ID #19658 Will Be Quoted Here]

    deyhhh…xpn…:)>-

    hurmmm..PJJ..
    aku da terpk cm program jarah jauh..
    bkn percintaan jarah jauh..
    adus…
    sengal tol pale nie..
    huhuhuhuhuhuhuh/:)

  4. silver_planet says:

    emo da pari2 kita nih…

  5. boy_aqua says:

    :-?:-?
    sdih betl cite tue…
    tp boy and gf boy msh ag couple and hbungan kami msh good. sbnarnya kmi pn cinta jarak jauh gak tau… tp boy trust kat gf boy.. gaduh2 ni memg lumrah manusia gak kan..tp jgn la smpai BREAK.. kedua2 pasangan haruslah saling bertolak ansur. jgn ask dier any question time gaduh2 tue.. bile da tenang, baru bincang baik2 tau tanya bgus2..
    penah gak gf boy tu hilangkan trust boy kat dier.. sudah dua kali dier buat boy mcam tu tapi entah kenapa boy bagi dia pluang lagi.. boy sangat sayang kat dier.. tahun lepas dier hilangkan trust boy kat dier tapi boy bahi dier peluang untuk berubah dan membuat yang terbaik dalam cinta kami.. awal tahun ni pun dier buat lagi perkara yang sama seperti tahun lepas.. hati boy sangat sakit dan kecewa. peluang yang boy bagi kat dier disia2kan. tp deir minta maaf kat boy.. boy sudah maafkan die dan bagi dier peluang sekali lagi.. coz dier janji xmw ulangi lagi.. boy bagi kepercayaan kat dier lagi dan sangat2 brharap dia akan menghahrgainya..
    boy sangat syangkan dier.. lagi pun sekarang ni sudah 2 tahun kami couple..

  6. pink vs blue says:

    sedey la citer nie..
    ayt last tue mmg power…
    berkawan xsmstinya bercnta…
    and..
    friendship never ends..

  7. silver_planet says:

    erm, boleh tahan la…

  8. eima_hamya says:

    cinta pertama ak pon lbh krng jue..2 tahun dia pikat ak..bla ak dah trima macm2 terjadi..bla ak dah jauh dr dia kitorng pts..dia plak xsmpi sebln kitrg pts dah ada aweq..ak skrg kwn2 je mls nk cople..baek pilih y baik2 pas2 trus nikah je..huhuhu

    p/s: bdk laki y ak suka dah nk kawin jan dpn..huhu..selamat berbahagia

  9. naziha naz says:

    bersabarlah.. sebenarnye ada org yang lebbih berat menghadapi ujian dari anda wahai jue yang di rahmati ALLAH.. ada hikmahNYA yang kite x tau… mungkin ALLAH nak berikan yang terbaik untuk anda.. untuk berjaya bukan sekali.. mungkin kite terpakse jatuh berkali2 sehingga hari kite hancur, tapi percayalah.. ada sinar menanti di sana.. percaya pada ALLAH… saya juge pernah menghadapi ujian lebih kurang mcm jue.. tp alhamdulillah.. ALLAH dah beri saya mutiara yang x pernah saya temui… saya ubati luka dengan menagih cinta pada ALLAH dgn hati yang ikhlas dan air mata insaf…..

  10. HunteD says:

    Redha Jak Dengan Takdir Tuhan…..

  11. HunteD says:

    Harapan hatiku ingin hidup bahagia
    Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
    Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
    Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

    Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
    Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
    Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
    Mudah benar kau mematah dahan asmara

    Sampai bila harus diri ku begini…
    Sampai bila mesti kau dera hatiku
    Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
    Sebelum kuserahkan cinta
    Betapa… hancurnya hatiku

    Naaa Untk Kau….Haha….

  12. ES:-)WTEI says:

    :((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((

  13. naper cedey2 nih??

  14. ES:-)WTEI says:

    [Comment ID #19820 Will Be Quoted Here]

    cte dye cdey r…..

  15. i see, ingat naper tadi..

  16. baby_comot says:

    [Comment ID #19606 Will Be Quoted Here]

    27 november lpas befdey die….
    ina nk celebrate befdey….
    nk tau x, sesuatu yg ina x sgke jd tau….
    ina ingat nk smbt befdey die b’2 je n nk lepak kat dtaran shah alam….
    tb2 hujan…..last2 ktorg lepak kat umah je….
    die x tau ina akn smbut befdey die cam tu tau….
    ina x sangke, housemate ina sggup tlg ina….
    my BF kat depan umah tau…..tb2 ktorg kuar, nyanyi lagu befdey tuk die….

    die punye terkejut wktu 2, nmpak sgt…..smpai ina tergelak tau….
    tp, pe pon itulah saat yg paling bermakne wat ina….
    ina mmg teringin smbut befdey die mcm tu tau…..
    akhirnye terlaksana jugak permintaan ina tu…..

    indah nye dunia bila dapat wat org yg tersayang merasa gembira & bahagia…… :x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x
    :x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x:x
    :x:x:x:x:x:x:x

  17. eja says:

    salam..

    pglaman cinta jarak jauh,,,amat mguji kesabaran saya..
    Pergaduhan kali pertama..mgajar segalanya..
    slps putus,saya tak sangka dia bertunang..
    bertunang krn ikut plhan kluarga,dia pun tak leh watpe..
    mmg myedihkan..bila terfkr semula.
    mak dia tk merestui hbgn kami, mgkn kr dia tak suka kluarga saya berasal dari klantan,mula2 kami berborak mmg ok..p tk sangka
    mak telah mrncang sesuatu..mmg salah jgk dia tak knlkan saya pada keluarganya.ikutkan luar kemampuan saya n dia menolak kuasa ALLAH..
    mgkn dah tak ada jodoh..p saya akan ingat perbuatan mak dia n dia..

    slps 7 bulan,berpisah..baru dia bagi tahu dia nk kawen tahun depan..baru2 ni baik semula,itu pun as frenz,
    bukan hubungan spt dlu..
    saya fkrkan hikmah disebalik pe yang terjadi..

    mgkn kami akan berjumpa kali terakhir..
    on Disember,
    sblm ni saya banyak bersedih,,jadi saya nk mlpskan
    pe yang terbuku dihati..walaupun sayang..p
    tak di restui kluarga susah gak..
    n berbalik pada kebesaran ALLAH dalam bab jodoh

    saya dah nekad,,nk bawak dri, lps jmpa dia..
    saya tak boleh ingat harapan dia pada saya dlu..
    1 pun tak jadi..majlis dia kawen,,mmg nk dia nk ajak dlu..
    p saya mmg tak nak pgi..Hati saya tak kuat lagi nk terima..
    t lama t..saya akan terima hakikat

    mgkin saya tercipta untuk org lain
    sbaik dri saya..

    saya redha..Ssungguhnya Allah Maha Mengetahui..
    Moga Allah kabulkan doa n permintaan saya..

  18. yg jauh says:

    xde citer org bercinta jarak jauh.. org semenanjung dgn org sabah or swk ker?

    cinta jarak jauh gak… doakan kami…

  19. ayu says:

    Assalammualaikum..
    ayu pun bcinta jrak jauh…dan x jumpa pun…tp ape pun x semua cinta jrak jauh itu akn mmbuatkan kte khilngan cinta dn syang dri orng yg kte syang..
    yakin lah jka kite setia mka kte akn dpat setimpal dgan ape yg kte lakukan…
    tapi iringilah dgan doa dn usaha moga hbungan itu bkekaln…

  20. caner kowang leh bercinta ngan owang yang tak pernah kowang jumpa??

  21. pooh_gurl says:

    [Comment ID #19834 Will Be Quoted Here]

    ha`ah la….

    da la jauh….xkan x jmp lgsg…
    x ke merana lg jd nye….

  22. ieyda says:

    askum,bez gk ble bce stry ny erk,ida pn bercinta jrk jauh gk tp kteowg slalu jpe.doakan kbhagiaan kteowg k.

  23. tya says:

    ehem ehem..sje je lalu lalang..wakaka:d

  24. nk lalu jugakss ler…

  25. inha says:

    :((sedih buangat tuh………….
    gw juga prnh m’alami nya,
    aku t’ingat k’bali masa laluku….!

    sangat m’yakitkan…………..

  26. Asilah says:

    :)
    sy pon terinvolved dlm cnte jarak jaoh nie…mmg ssh sgt..sntiase je ksbarn ni diuji..berkorban utk die semuenye…tp,dsbbkn jarak die jdkan alasn utk ptus dan brkwn dgn sy je bt ms nie..knape ssh sgt nk fhm ape sbnrnye yg lelaki nk ha..ntahla…penat dh fkir..berkali2 pjuk diri ni..prsaan syg jgn ckp r,mkin try lupekn mkin la kite igt kt die…:-?

  27. aku says:

    ape pendapt korang kalo perempuan pulak yang pasang dua skunk nih aku ase sangat gal aku pasang dua ngan member aku sendiri lak tuh..mintak sangat kasi aku tunjuk ajar camne nak buktikan gal aku 2 curang ke :(:((

  28. along says:

    ..

  29. along says:

    setelah ku membaca kisah tersebut..sememangnya ia benar2 menyayat hatiku.mmbuatkan aku teringat tentag kisah silamku yang cuba ku lupakan..tapi hati siapa yang mmpu mmbuang coretan memori itu setelah 3thun tempoh percintaanku putus begitu sajer..ceritaku lebih kurang begitu..percintaan jarak jauh..yang bezanya aku yang meninggalkan dia..bukan kerana salah sesiapa,tapi keadaan yang memaksa..cinta jarak jauh tidak semestinya dapat mengelakkan dari maksiat..melainkan jika iman teguh didada..tapi imanku hanyalah sebesar semut..jarak yang tercipta mmbuatkan rindu semakin bertambah..apatah lagi bila sudah bersua muka..paham2 sajerlah..bukan aku tidak mengenal mana yang haram atau halal..sentiasa ku ingin mengelak..tapi bila sayang mula mengawal diri..dan nafsu mula melonjak..diriku mula kehilangan akal…namun tak semuanya indah belaka..tuhan mmberi balasan setimpal ke atas diriku..aku menghamilkan anaknya!walapun sebelum itu bukan kerelaanku untuk disentuhnya lagi..ibarat berlaku gempa bumi bila ku mengetahui aku positif setelah melakukan pregnant test..air mata ku mengalir..tapi sesal kemudian tidak berguna..aku mula berfikir mungkin ini balasan yang harus aku terima,supaya aku tidak terus hanyut didalam godaan nafsu..tapi perkara yang paling mmbuat betapa aku hina dimata dia,dia mempersoalkan benih yang berada dirahimku.. betapa hancurnya hatiku..kerana perasaan sayang dan cinta aku rela menyerahkan mahkota yang selama ini kupertahankan..wlapun prinsip ku sebelum ini begitu aku mmbenci seorang bernama lelaki..entah kenapa aku mula menyayangi janin yang berada dirahim ku..aku memyembunyikan dia selama 2bulan lebih..setelah ibuku mengetahui,hatiku berbelah bagi maruah ibu bapa atau kasihku pada janin ini yang harus aku pertahankan..aku membuat keputusan biarlah aku seorang menanggung dosa..aku tidak mahu org mencela ibuku..begitu aku kasihkannya,wlaupun aku tahu hatinya pasti terobek.. tanggal 24.11.2008..12.05pm..aku mengugurkannya..seolah2aku seperti bermimpi..benarkah apa yang ku lalui tadi??dan pada hari itu juga aku memutuskan tidak akan kembali kpdanya lagi..hinggalah kini,dia terus menyepi..aku tidak kisah,mgkinkah inilah sebenarnya erti cinta.. HABIS MADU,SEPAH DIBUANG..wlapun aku akui,kekadang timbul rasa rindu pada janin yang pernah berada dirahim ku dulu.. FAIZAL,walau apa yang kau dah lakukan aku tetap menyayangimu..tapi aku harus sedar..kau bukan untuk ku!!tapi aku tidak mahu membencimu…biarlah allah mmbalas semuanya atas apa yang kau lakukankan…terima kasih ku ucapkan..pada yang bernama lelaki,janganlah kau terus gah..dunia ini ada pengadilannya kelak…benarlah kata2ini,
    Berkawan tidak semestinya bercinta,
    Bercinta tidak semestinya bertunang,
    Bertunang tidak semestinya berkahwin,
    So, jangan mengharap pada sesuatu yang tiada kepastian lagi.
    Kerana seandainya apa yang anda harapkan tidak tercapai,

    Ia mungkin akan melukakan hati dan melemahkan semangat anda untuk terus hidup..

    harap aku tabah…dan berharap dapat memulakan hidup baru..terima kasih kepada ibuku…kerana tidak meminggirkanku..terima kasih kerana membelaku..sememangnya kasih dan mencintai ibu membawa kesyurga..
    itu lebih bermakna dari sebuah percintaan yang hanya berlandas nafsu semata-mata..

    wassalam…

  30. silver_planet says:

    thanks for sharing…

  31. Asilah says:

    sedihnye crite along nie…harap along sentiase tabah..insyaAllah.tuhan sentiase ad..:d

  32. singleGURL[notSINGLEanymore] says:

    gurl tataw ape yg jd kt gurl skunk niy..
    dea da lme ta call ngn msj gurl..
    ble gurl call 0r msj..
    dea ta ngkt n ta reply..
    gurl tak0wt..
    da la kit0runk ja0wh..
    urrmm

  33. Asilah says:

    same la dgn sy single girl oi..huhu
    mst skang awk tgh serabut n fkir mcm2 kan..sy pon same..
    sy nshtkan,awk brsbr n jgnn trburu2…
    bt relek jer…huhu

    :d

  34. love says:

    hye…..

  35. ieka says:

    hmmm… ieka pown skang nie brcnta jarak jauh.. si dya skang nie jarang nk bls msg… ble ieka tnye npe x bls msg.. dye kte ‘ sje jer’. stiap mlm ieka nangis.. then ieka tnye dye dh ske kt pmpn laen kew?? ‘ dye kte ‘ agknye’ ieka da x thn lg… tp ieka x nk brpsah ngn dye.. ieka syg dye… so, ieka nk wat apew skang nie??

  36. aleya says:

    cedih sangat2 cite nie…
    tp nape ek.. lelaki kurg menghargai makwe diaorg…
    suka buat kte sedih kan..
    b4 couple jaga ati kte baik je…
    after tu, buat tak tau je…
    n suka buat kte terluka n menangis…
    [-(

  37. MDS says:

    ape nak disedihkan sangat pengalaman cam tu sedih lagi kisah hidup anak-anak yatim kat seluruh dunia, mangsa perang, mangsa “kebuluran”, dan seangkatan dengannya.

    he dump you like hell, you still can sleep in nice bed, still can eat delicious food, still can wear nice dress. but them? u can imagine how worse they life is.

    for those who have face the same problem. Stop fool yourself, mulakan hidup baru, lupakan kisah silam. No man it doesn’t mean you cannot live happy, u still have your family, n friend.

  38. MDS says:

    [Comment ID #19975 Will Be Quoted Here]

    biasanya lelaki mainkan perempuan sebab perempuan tu manja lebih sangat, mudah percaya dengan kata-kata manis, terlalu mementingkan diri, tidak menepati citarasa dan sebagainya. we cannot blame man 100%, kadang-kadang lelaki tinggalkan perempuan kerana ada kekurangan pada diri kita,mungkin kita ada keburukkan yang kita sendiri tak menyedarinya, tapi normally lelaki tak tau macam mana nak tegur kita, mungkin tak berani, or mmg sengaja tak nak ambil kisah.

  39. putri salju says:

    asslamualaikum..:d cinta jarak jauh ni kdg2 aku rasa mcm membunuhku…bcoz,bile tgk org lain kuar ngan couple msg2,aku gak yg terperuk kt uma sorang2 coz die jauh kt tganu,sdgkn aku kt kl..da byk kali aku sruh die keje kt kl,tp ntah nape,byk sgt alasan n mcm2 hal yg myebabkan die slau postpone jer nk dtg kl..aku mula merasakn mgkn die da ade pmpn lain dsana..

  40. cam kenal jewk nickname puteri salju nih, huhu…

  41. qiqi anura says:

    [Comment ID #19829 Will Be Quoted Here]

    hye baby comot@ina,
    sowiey la qiqi lamer x jgk kat cni
    lamer gak x dgr citer dr ina
    p biler qiqi bace citer ina ms smbut besday bf ina
    sonoknye…
    congrats tuk ina & bf ina
    moga2 bbahagia selalu, k…

  42. janbaby says:

    red_apple….
    is that u honey???
    how could u said that kebanyakkan laki cm 2… :((:((:((:((

  43. jaja says:

    its a reality…sbr la ye…biase la tu lelaki bile tak dpt bagai nak rak b’jnj..bile dah dpt tak png nak m’hargai…bosan tol..>:p

  44. cuTie_biBiey says:

    [Comment ID #20095 Will Be Quoted Here]

    2 lah..sy pon heran np sikap llki cm2…da 2 xpenah ckup ngn sowg
    ape sbnrnya yg dowg nk ek??

  45. CHENTA says:

    em cdeyh ctr kamoo 2 jue..
    em sy pown skang ngah alami pekare yg seakan sme ngn awk…
    2 la nsib kte klo t’lalu stie n jujur pd laki…sdngkn mreke..?????????em..curang mmg mreka kuasainye…
    em cinte jrak jaoh mmg perit…!!!!!!!

  46. adit says:

    UNTUK ORANG YG AKU CINTAI
    YG JAUH DISANA…

    AKU SANGAT MENCINTAI MU
    TP
    HIDUPKU SANGAT TERSIKSA KARNA KEPERGIAN MU
    AKU TAU KM PERGI BUKAN UNTUK NINGGALIN AKU.
    HANYA UNTUK CARI NAFKAH…

    TP DENGAN KEADAAN INI AKU SANGAT SAKIT…
    DAN TERSIKSA
    KM KAYA UDAH GA BUTUH AKU LAGI

    AKU MASIH MENGHARAPKAN DIRIMU…!!
    I LOVE YOU HONEY…!!!
    :x

  47. baby_comot says:

    [Comment ID #20022 Will Be Quoted Here]

    qiqi, sory….ina pon da lame x g cini….hehehe…..
    ape pon, thanks a lot ya my friend….
    ^:)^^:)^^:)^^:)^^:)^^:)^^:)^

  48. baby_comot says:

    [Comment ID #20234 Will Be Quoted Here]

    for adit….
    bahase ape tu?????ina x fham la…..:-?:-?:-?:-?

  49. adit says:

    heheheh

  50. zida says:

    jue..
    nasib kita serupa..
    saya baru ja berpisah..cinta jarak jauh..
    memang benar..sesetengah lelaki ni bila nak ngorat kita,pandai bermanis mulut memberi harapan,tp bila kita dah sygkan dia..dia sikit pun tak menghargai kita,nak jaga hati pun tak..bila call/mesej..tak berjawab..alasan sibuk..bila ajak bincang,ego..dia ja betul..sampai tahap menghina & mengutuk kita..org yg dia kata syg..
    sememangnya sesetengah lelaki ni tidak pandai bersyukur & menghargai insan yg menyayangi mereka..
    sekarang ni saya jatuh sakit..dan cuba mencari masa utk bercuti utk mencari ketenangan..:(
    saya juga telah mengalami trauma dengan menganggap lelaki hadir dlm hidup saya hanya utk menyakitkan & memporak-perandakan hidup saya :(

Trackbacks

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*