Coretan Secebis Hati Untuk Nurzatul Hakimah

Dia ku temui sewaktu diriku diderai
Menatap wajah kali pertama membuatku terpaku
Memikat hatiku dengan kelincahan tawamu yang tidak henti-henti
Debaran hati kurasai hari demi hari

Dalam hati mencari langkah mendekatinya dengan tekad
Tanpa disedari nombornya berada di telefon Nokia 8210 ku
Tapi ku malu untuk mendailnya tanpa alasan untuk dikata
Ku simpan hasrat walaupun hati memaksa

Mungkin tuhan ingin menemukan kita
Tanpa bicara, ku mengikut kata sahabatku untuk bergembira
Rupanya engkau pun turut serta
Kali pertama keluar bersama tanpa disedari tujuannya

Semenjak itu, ku gagahi mendekati mu
Nombor mu ku dail tanpa segan dan malu lagi
Ternyata engkau seorang wanita yang luar biasa
Kemanjaan dan keihlasan hatimu sungguh memikat kalbu

Cinta rasmi dimetrai bila masa Merdeka
Di bawah sinaran cahaya bunga api ku ungkapkan kata cinta
Ternyata dirimu begitu juga merasai
Kasihku berbalas terbukti makin berseri

Hari demi hari, bertahun hubungan kita
Langkah demi langkah kita jalani dengan bahagia
Dia yang ku setujui setelah bertahun
Tanggal 7/7/2007 menjadi saksi kukuhnya hubungan kita

Kini ku berkerjaya
Kesibukkan dan tingkah laku ku menjadi penghalang kasih
Aku bertambah alfa dan haluan yang ku tuju berubah tanpa ku sedari
Hatimu menjauh tanpa ku sedari kesilapan ku

Perasaan bersalah menyelubungi ku
Aku telah rosakkan segala janji yang kita bina selama ini
Kehilangan mu adalah satu kematian hatiku
Aku tangisi penyesalan yang amat pedih ini

Peluang yang diberi mu takkan ku sia-siakan
Tekad dan bersungguh merubah segala kesilapan dan kebodohon ku
Harapan yang ku tanam setinggi langit ketujuh sedalam lautan yang luas
Agar hatimu kembali bersemi bibit-bibit kasih engkau dan aku.

Ikhlas dari hatiku : lopaque
18 April 2008

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Coretan Secebis Hati Untuk Nurzatul Hakimah" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. mrs_lopaque says:

    and…we ended up getting married and now i’m almost two month pregnant…. :x

  2. hasrizal says:

    i skip everything for her.

  3. farhana says:

    saye pernah jgk ade kksih yg mule2 jer layan n prihatin..akhirnyerr dye muler syp n xbls msg serta kol..kini da single..msih sygknnyer tapi apekan dye wt derk jer..mgkin jarak yg memisahkan kami..;(

  4. ada apa dgn cinta.. says:

    mrs_lopaque on January 20, 2009 at 5:18 pm said:

    and…we ended up getting married and now i’m almost two month pregnant…. :x

    I LOIKE…SWEET NYER..NOW U ARE PREGNENT…HAPPY FOR U

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: