Based on True Story…
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak. Disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respon), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bongsu yang masih kuliah. Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : “Pak kami ingin sekali merawat ibu… Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya…
“Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini… Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini… Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
“Anak-anakku… Jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan berkahwin lagi. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku, itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…” Sejenak kerongkongannya tersekat… “Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini?”
“Kalian menginginkan bapak bahagia… Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?”
“Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain… Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit?”
Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno… Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya… Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu…
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno…
“Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?”
Ketika itu Pak Suyatno pun menangis… Tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru…
Disitulah Pak Suyatno bercerita… “Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur…”
“Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya… Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya… Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata… Dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik…”
“Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah… Dan itu merupakan ujian bagi saya.”
“Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya… Aapalagi dia sakit… Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.”
“Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya… kerana DIA maha Mendengar…”
Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudara Abd Rahman melalui email.
Mr Teddy: Diharapkan kita dapat mengambil pedoman dan teladan daripada kisah ini.




hm..msih ade g ke laki cm2 wlm zaman skrg??
ayh aku tlh mlakukn pngorbanan spt 2…
tp arwah mak dh kmbali ke rahmatullah pd 28.11.2008..
wow…so sad…
hope kita semua ley jadi cam pak suyatno…
kdg2 kita mencari n mengharapkan org yg baik utk kita…sbnarnya, kita yg perlu dulu menjadi yg baik n terbaik pada pasangan kita…n pengorbanan kita itu, insyaallah akan dibalas baik n terbaik juga oleh pasangan kita…sama2lah kita menjadi yg terbaik….org yg baik akan menjadi org yg baik juge..
wow…so sad… hope kita semua ley jadi cam pak suyatno…
kdg2 kita mencari n mengharapkan org yg baik utk kita…sbnarnya, kita yg perlu dulu menjadi yg baik n terbaik pada pasangan kita…n pengorbanan kita itu, insyaallah akan dibalas baik n terbaik juga oleh pasangan kita…sama2lah kita menjadi yg terbaik….org yg baik akan mendapat pasangan yg baik juge..
waaaaaaaaaa……sedihnya….
aku nk menagis pon malu sbb ada dalm class skrg….
best sgat2 cite nie….
sedih sgt2 bce site ni

lpas bce stiry ni b twus ingt kt tunang b
b ta pnh hargai kesabaran dye nan b
dye wt salah ckit b na majuk,marah lme2
ble b lak yg wt salah
dye ta pnh mrh kt b
wlupn ksalahan yg b wt agy besar dri kslhan yg dye wt
caian kt dye
pasni b na hargai dye ..
harap b dpt langsung kn pkhwinan b nan dye
amin3!
ak rase ak cntik.. tp adakah dia dpt terima lg ak klu ak sudah tiada serinya??
Asalammualaikumww! Dalam apa apa juga perbuatan jika kita berniat dengan kerana allah subha nahuta`ala, insya allah CINTA akan ALLAH adalah mengatasi CINTA yang ada didunia ini. Cinta kepada wanita dan dunia yang cantik pada pandangan mata kasar tetapi tidak dengan pandangan mata hati maka cinta tidak akan kekal lama. Jika disertai dengan niat kerana allah swt insya allah kita akan sampai tahap Pak Suyatno dimana beliau reda segala apa yang berlaku terhadapnya adalah ujian dari yang maha esa untuk menguji sejauh mana amanah dan tanggung jawab yang diberi oleh allah kepadanya.Insya allah segala kehidupan didunia ini semuanya telah ditetapkan oleh qada dan qadar yang ditentukannya,kerana apa yang penting jika kita beriman dengan MENCINTAI ALLAH dengan memohon pada yang maha kaya insya akan dimakbulkan allah
mula2 tgk tajuk ada nama WAK mcm x best tp bila da baca….rasa mcm citer pelik bebenor…ada ke spesies lelaki mcm tu kt mukabumi ni..
best gila,tapi bnyak pblem ark cple…..
terharu bc cerita nie..
cinta yang sempurna
emmmh
agung nya cinta dya..
cinta bukan la nasfu…
emmmh
bahagianya hidup aku sekiranya,
aku layak mendapat cinta seperti ini..
biar lah ku redah dengan tangisan di hatiku,,,,
terharu baca cerita ney..
terharu,,, sedih….
sampai mnglir air mata… huuuu
jujur sy ktkan yg nie best sngat2!!!
kesetian yang hakiki adalah cinte kepada Allah…seterusnya cinte kepada manusia…
macam2 yang berlaku dlm kehidupan manusia nie..ada yang suka dan ada jugak yang duka..kitalah pelakon yang bawak watak masing2 kat dunia nie.., bahagia kalau ada insan yg ikhlas macam tu…..
beznyerr lau cmua laki kat dunia ne mcm gne…bruntng ppuan…
terharu dgn kesetian..
sedih..baca cite ni..
sdih btul kesah nie…cam nk nangis je..isk…isk..
aq trharu bngt dgn crt ny,,,
seandai ny aq mempunyai klrg yg penuh ksh syg dan cnta sprt pak suyatno psti aq snggt bhgia.
seribu satu org yg seprt pak suyanto mncntai klrg ny dgn penuh cnta dan ksh syg…
CINTA ITU INDAH JIKA BERCINTA BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM……..
aq rasa cm nak nagis jew bc kisah neh!!!
terharu giler!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
klau bf aq bc neh confirm dia kata “mcm tuh lah
B akan buat dkt syg”hahahahahahahaha..
mowk nangis ku bca towk…sdh alu…
minta izin i nk copy cite ni utk post kt belog..
syahdunya…sungguh bertuah isteri yang mendapat suami seperti pak suyatno…memang manusia punyai nafsu, tapi cinta lebih indah jika bukan berlandaskan nafsu…
mmg Pak Suyatno setia orgnya…klu niat kerana Allah, suma bnda mustahil akn jd tak mustahil..
ap bisa w dpt kn suami seperti tu yah……
sunGguh menGharukaN,,,,membuat aku meneteskaN aErmata…
sunGguh bnar2 Laki2 iDaman…msiH mau mnerima istrinya dLAm keadaan sperti itu,,,bahkan menoLak di tawari tuk menikah LAgi…benar2 LAki2 sejati yg di idam2kan seMua kaUm hawa
aQuwh brharap dy sprti pak Suyatno…maU mnrma aQuwh dLAm keadaan papun..