Kisah Aku

Kisah Cinta ini telah disampaikan oleh Nurul Athira melalui kiriman email.

Seringkali kita dengar dan seringkali juga kita baca, pertemuan pertama berlaku dengan penuh romantis. Mata bertentang mata, kulit tersentuh kulit, proses pelanggaran yang tidak disengajakan dan banyak lagi detik-detik romantis yang pasti membuai perasaan setiap pembaca.

Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika pendaftaran kem, hanya satu perkataan yang singgah di benakku, “pelik”. Dengan seluar pendek ‘3 suku’, dan topinya yang sangat tidak ‘cool’, dia nampak aneh. Dan dia juga jujur memberitahuku, dia melihat kelibat singa di wajahku pada ketika itu. Aku tertawa mendangar pengakuannya.

Pertemuan yang berlaku sewaktu kem tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, aku tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi rapat. Apabila aku cuba ingat kembali saat kami mula mesra, imej kami ketawa terbahak-bahak sewaktu mendengar ceramah yang membosankan menjelma. Situasi itu aneh bagiku, kerana aku dikenali dengan sikapku yang tidak peramah, tidak mudah mesra dan sombong apatah lagi dengan orang yang baru dikenali membuatku tertanya-tanya, kemana hilangnya sikap itu apabila bertemu dengannya. Apabila aku ujarkan pertanyaan tentang perkara tersebut, ringkas sahaja jawapannya, “aku kan peramah”. Mungkin juga betul. Keramahannya membuatkan aku lupa sikap durjana yang sering diamalkan selama ini.

Pada malam kem tersebut, peserta telah dikejutkan dari tidur sewaktu jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kami disuruh berkumpul di padang dan berlakulah sesi “hentam-menghentam”. Suhu yang dingin pada ketika itu, mebuatkan aku menggigil kesejukan dan mengeluh. Kebetulan, dia berdiri di sebelahku dan dia mendengar keluhanku. Dengan penuh rasa prihatin, dia menawarkan ‘sweater’ nya kepadaku, tetapi aku tolak. Pelik rasanya untuk aku memakai baju seorang lelaki. Memang sebelum ini, perasaanku terhadapnya hanyalah sebagai seorang kawan senior. Tetapi, pada ketika itu, perasaanku mulai berubah. Memang perkara itu nampak remeh, tetapi entah kenapa, aku terharu dengan keprihatinannya.

Selepas kem tersebut, aku menganggap persahabatan kami akan turut berakhir. Nyata aku silap meneka. Beberapa minggu selepas kem tersebut, dia menghubungiku. Kami bersenda riang dan bergelak ketawa. Kami tetap berhubung selepas itu. Posisi aku dan dia sebagai AJK dalam sebuah organisasi, membuatkan kami sering bekerjasama antara satu sama lain. Setiap kali peperiksaan menjelma, dia akan menghantar “ugutan-ugutan” yang sangat tidak digeruni untuk menaikkan semangatku. Antara ugutannya yang masih aku ingat hingga ke hari ini, “buat betul-betul. Senang je exam tu. Kalau tak score, aku bunuh kau.”.

Setiap tahun pengajian aku jejaki dengan perasaan yang berkobar-kobar. Namun, semakin lama, semangatku makin hilang. Proses pembelajaran yang sangat memenatkan, seringkali membuat aku stress. Apabila aku bercerita tentang masalahku, dengan selambanya dia mentertawakan aku. Walau begitu, aku tetap bercerita dan dia tetap tertawa. Aku tidak pernah ambil hati, malah senang dengan sikap riangnya.

Dia juga sering menolong untuk menaikkan nama aku di tempat pengajian. Berkat pertolongannya, aku berjaya menjadi pengerusi hasil undian ahli-ahli di sebuah organisasi yang aku ikuti. Pada saat itu, aku mengangkatnya sebagai hero dihatiku. Perasaan sayang kepadnya makin mekar.

Masa berlalu dan tibalah aku di tahun akhir pengajianku. Kelibatnya tidak lagi boleh aku jumpa kerana sesi pengajiannya sudah tamat. Aku menganggapnya sebagai satu hikmah, supaya aku boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Namun, sekali lagi aku silap. Dia tetap muncul dalam hidupku. Sms manjadi penghubung. Dia dan kawan-kawannya turut turun padang untuk menjadi sukarela dalam aktiviti yang dikendalikan aku. Kawan-kawannya sering mengusik kami berdua. Ungkapan “siapalah Firdaus tanpa Ayrin, siapalah Ayrin tanpa Firdaus” sering menjadi ayat untuk mengusik. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku ketika itu. Perbuatan mereka seolah-olah mereka tahu akan isi hatiku. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap usikan itu dan hanya maintain cool. Sewaktu kami berbual-bual, aku menanyakan kenapa dia tidak mempunyai girlfriend selama ini. Jawapannya cukup membuatku terpegun, “buat apa bercinta kalau hanya untuk suka-suka. Aku tak sanggup nak mainkan perasaan perempuan macam tu. Biarlah girlfriend pertama aku, akan terus jadi isteri aku.”

Tidak lama selepas itu, dengan tidak disangka-sangka, dia kembali semula ke universiti untuk menyambung pengajiannya. Aku sedaya upaya untuk mengelak bertemu dengannya. Tapi, dia masih di situ. Kelibatnya masih aku lihat setiap hari. Dia masih menegurku, masih mengusikku. Dirinya, tidak aku layan. Alasannya, aku ingin menumpukan perhatian terhadap final exam yang bakal aku duduki.

Selepas tamat pengajianku, kami masih lagi berhubung. Dia tetap dengan usikannya. Walau aku cuba untuk menghindarinya, seringkali aku gagal. Aku perlukannya dalam hidupku. Sering teman-temanku bertanya kenapa tidak aku luahkan sahaja perasaanku terhadapnya. Aku takut! Aku takut dia akan menjauhkan diri. Aku takut untuk kehilangan persahabatan ini. Pengalaman dikeji dan dihina kerana meluahkan perasaan terhadap seorang jejaka sebelum ini membuatkan aku sedar, aku tidak layak untuk mengharapkan cinta mana-mana lelaki. Biarlah aku simpan perasaan ini, asalkan aku tidak dihina lagi sedemikian rupa. Aku tidak sanggup untuk dikecewakan sekali lagi.

“Fir, engkau tahu tak kenapa aku respect dan suka sangat kat engkau? Kau tak pernah hina rupa fizikal aku. Kau tak pernah cerca aku. Walaupun aku selalu merendah-rendahkan diri aku sendiri, kau akan menaikkannya kembali. Walaupun aku tak dapat nak memiliki hati kau, aku dah bahagia sekarang sebab kau sanggup jadi kawan baik aku. Terima kasih Fir..”

Hingga kini, kami masih lagi berkawan. Masih lagi bergelak ketawa. Dirinya masih lagi solo, entah apa yang ditunggunya. Apabila aku bertanya tentang perkara tersebut, dia hanya ketawa. Untuk aku, aku masih lagi di sini. Aku masih lagi di sampingnya sebagai seorang teman baik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya. Aku tidak pasti bagaimana orang akan menafsir cerita ini. Yang aku tahu, ini kisah aku dan aku jujur mengenainya.

Langgan Newsletter Kami!

Jom langgan newsletter kami dan dapatkan update terkini serta tips-tips cinta menarik di Tentang Cinta. Lagi?

* Alamat email anda tidak akan dikongsikan dengan pihak lain.

Comments

  1. Far-East says

    setiap pasangan memerlukan cinta…tak kiralah shabat atau kekasih…yg penting..jgn cemarkan cinta itu dgn pembohongan n pengkhianatan…x elok…

    • ayshah says

      tpi knape lelaki slalu curang ngan kite eh..lelaki x tahu yg kite syg kn die….klau mcm tuh baik x yah couple.sakit kn hati jer.tpi klau kite syng kn seseorang kite mesti buat ape je untuk die asl kn dia bahagia but no seks……..ermm geramnyaaaaa!!!!!!!!!!!!!

    • Ainiekarim says

      kalau meluahkan perasaan pun takut akan kehilangan persahabatan yang tersedia terjalin…cerita ini juga ade kena mengena dengan saya jadi bagi saya baik kita terus pendamkan saje perasaan…

    • lavender gurl says

      betul2…mang myakitkn kalau terus dsimpan dlm hati…sebaik2nya luahkan je apa yg tsirat dlm hati 2 agar dia tahu…dia 3ma @ x3ma 2 belakang punya hl asalkn kte dah luahkan perasaan kte pd dia..sy pernah luahkan perasaan sy pd teman baik sy walaupun tiada jwpn dr dia skurang2nya hati sy lega lpas luahkn apa yg tsirat dlm hati sy slama ini namum km msh ttp bhubung walaupan msg2 sibuk dgn urusan sendiri…..kalau ada jodoh xkan kmana pun…hehehe…;)

  2. tarina@asihiteru endang says

    sy pla da kisah d cne tntg sorg llki..yg amt sy cintai pi sbnrny dya prmen kn sy…sy skit aty sy trnyta dya men2 kn sy sdng kn sy stia ma dya sowg…skit aty sy..

  3. says

    sweet laa laki cmnie… haa.. laki cmnie arr yg jdik lelaki idaman pompan zman sekrang…. baik.. suci lagi 2… hahahahah… hati dye luhur sgt… dye hanye serahkan hati untuk pmpn yg akn hidop dgnnye saje.. how sweet this guy.. harap dpt arhh jmpe laki cmnie… amin….

  4. qaseeh yah says

    mmm…sweet gak cite nie… mmg kte tak tau pe yg si die ase.. klu kte luahkn t kte tkt die pergi..xkontek kte pun..huhuu…p kte xyah riso..Allah dh tentukn jodoh ntuk kte,… ppuan yg baek tuk laki yg baik..,laki yg baik utk ppuan yg baik.. rupe pras bkan ukurnnya..lelaki yg baik x mmndg paras rupe,laki yg soleh xmemilh wanita mlalui keseksiannya,laki yg warak xmenilai wanita mlalui keayuannya,kemanjaannya,serta kmampuannya mgoncang iman mereka…p laki yg baik akn menilai wnita melalui akhlakny,pribadiny,.die xmenginginkn sbuah ptemuan dgn wanita yg bkn muhrimny krn die tkut mmberi ksmptn pd syaitn utk mgodanye…die jge xmahu bmain cnte krne die thu ape mtlamat dlm sebuah hbungan antara lelaki & wanita melalui pkahwinan…

  5. Insan kesunyian says

    hm,,aq pun pernah lalui semua nie..skrang aq sedang menanti si die..si die akan mengambil ujian SPM x lame lagi so aq x nk la kacau die..tpi aq benar2 rindukn die..aq slalu tgk pic die,bce msj2 yg dulu n bnyk lagi..so korang sume jgn la abaikn pasangan korang kerna hidup kite x kn bermakne tanpa pasangan..percaye la,,kalau jodoh x kemane..sesungguhnya cinta itu satu anugerah..

  6. nabilah says

    hari ini nabilah sedih sangat…dia terus mintak putus dengan nabilah tanpa apa sebabnya…nabilah juga punya perasaan dan hati…seperti orang lain..dia ingat nabilah sama sahaja dengan perempuan yang senang di tinggalkan dan tidak mudah di tangisi air mata…..sepatutnya dia dah pikir awal-awal sebelum dan bercinta dengan nabilah….kalau dia rasa yang nabilah tidak sesuai dengan dia …tidaka perlu minta..tapi ini tak dah bercinta baru nak pikir putus sebab nabilah tak sesuai dengan dia…

    lelaki macam dia tidak patut di percayai sampai bila-bila

  7. hazrenna says

    aq pun penah alami bila cinta ditolak apabila kita meluahkan perasaan kat ssorang,,prkara tu lah yg mnybbkan aq asyik mmndam saja perasaan aq drpada bagy thu dia,,,luah kat dia pun x gna bb dia pun dah mmpunyai seseorang yg istimewa di hati…aq n cma kawan glak dia jew,,,entah aq n pntg kat dia k x…skrang dia smbng blajar kat melaka plak tu…aq plk bkal mrantau k terengganu…ap yg aq doakan sgat2 lau ad jodoh aq dan dia suatu hari kami akan berjmpa tapi lau berpsah lah pngakhirannya aq rela….rindu senyuman dia….M…

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *