Pengajaran Dari Cinta

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Aku dilahirkan di muka bumi ini hasil daripada kasih sayang Mama dan Ayah. Ya, semuanya bermula dari kasih sayang. Ayah dan Mama telah memberikan aku nama Farina (bukan nama sebenar). Nama itu penuh maknanya tersendiri. Mama cakap maksud nama aku pemaaf. Maknanya aku ni mesti pemaaf orangnya.

Semasa kecil aku tidak pernah tahu apa itu masalah. Aku meneruskan hidup aku sama seperti kanak-kanak lain. Sewaktu umur aku enam tahun, keluarga aku dikejutkan sesuatu berita iaitu aku ditimpa musibah. Aku disahkan menghidap penyakit jantung yang digelar Rheumatic Fever. Ya, sejak aku berumur enam tahun aku telah menghidap penyakit itu. Aku tidak tahu apa-apa. Kerana ketika itu aku masih kecil. Aku mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di bawah pengawasan Institut Jantung Negara sehingga kini. Kira-kira sudah hampir 13 tahun aku menghidap penyakit ini.

Tapi kini, doktor memberitahu, aku sudah pulih tapi belum sepenuhnya. Aku mendapati aku tidak boleh terlalu kerap sangat berfikir. Terutama tentang masalah-masalah yang aku hadapi. Ini kerana situasi itu akan memberi kesan kepada kesihatan aku terutama pada jantung aku. Mama dan Ayah sering sibuk dengan kerja-kerja mereka di pejabat. Aku tidak pernah salahkan mereka kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian.

Aku mempunyai tiga orang abang. Tapi rasanya seperti tidak pernah rasa kasih sayang seorang abang. Mungkin kerana mereka dulu tinggal di asrama penuh di Kelantan. Makanya aku tinggal bersama orang tuaku dan adik-adikku. Aku sangat rapat dengan makcikku. Dia memang seorang yang baik. Seorang yang prihatin terhadap kebajikan aku sekeluarga. Mungkin kerana dia tidak memiliki keluarga sendiri. Aku berazam untuk menjaganya sewaktu dia sudah tua nanti. Begitu juga Ayah dan Mama. Insya’Allah jika umurku masih panjang untuk terus bernafas dalam dunia ciptaan Allah ini.

Sampai suatu masa, aku terpaksa berpisah dengan makcikku. Kerana dia bekerja di luar Negara. Ketika itu Tuhan sahaja yang tahu bertapa beratnya perasaan ini untuk berpisah dengannya. Kerana hanya dia tempat aku bermanja selama ini. Dia telah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Aku sedih dalam keterpaksaan. Dia telah pergi berhijrah ke Negara orang. Dan aku mula hidup sendirian tanpa perhatian dan kasih sayang. Saat itu aku mula tahu berdikari.

Pada tahun 2005 aku bakal menduduki PMR. Aku mengambil kelas tambahan di Pusat Tuisyen di sekitar Setiawangsa. Dari situ aku mula mengenali seorang lelaki yang telah menaruh hati pada aku. Ya, aku masih ingat namanya. Fairuz (bukan nama sebenar). Lelaki itu telah banyak mengajar aku tentang hidup. Hidup yang seharusnya perlu ada rasa jujur terhadap segala aspek. Hidup yang penuh drama. Dia lelaki yang telah banyak menipu aku. Lelaki yang tidak sepatutnya aku kenal. Tapi semua itu aku tidak pernah berdendam. Aku meleraikan hubungan kami setelah tiga bulan terjalin. Lagipun, ibunya sendiri tidak merestui hubungan kami.

Hidup ini ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadanag-kadang kita di bawah. Aku telah berjumpa dengan seorang lelaki yang teramat baik. Aku rasa dia lah insan yang paling terbaik penah aku jumpa. Nak tahu kenapa? Sebab dia jujur, dia ikhlas, dia tulus dan amat bertanggungjawab. Macam mana aku tahu? Sebab dia kawan baik Fairuz, iaitu bekas kekasih aku. Dan aku pernah berkawan dengan dia. Namanya Ashraf (bukan nama sebenar). Seorang lelaki yang pernah mendiami hati aku. Lelaki yang mulia bagi aku. Lelaki yang tiada tandingan dengan lelaki-lelaki lain. Oh, sungguh aku bertuah kerana aku dan dia adalah pasangan kekasih setelah berpisah dengan Fairuz.

Kami menjalinkan hubungan sebagai pasangan yang paling romantik dan bahagia. Itulah yang kawan-kawan kami sering perkatakan. Kami ibarat isi dan kuku, ibarat kumbang dan bunganya. Yang tidak boleh berpisah dan berenggang. Empat tahun hubungan kami terjalin. Empat tahun mungkin angka yang sedikit. Tapi dalam empat tahun itu terdapat beribu-ribu kenangan yang tidak mampu luput dari ingatan. Mana mungkin kasih sayang setulus itu dapat dilupakan. Apatah lagi itulah kali pertama aku benar-benar rasa cinta selain kasih sayang Mama, Ayah dan nenek serta makcikku yang telah bertahun-tahun tinggalkan aku.

Kenapa ya hubungan itu hanya berhasil selama empat tahun sahaja? Ini semua gara-gara perasaan tidak bersyukur. Perasaan yang memberontak untuk bebas dari komitmen. Perasaan yang tidak boleh terkawal. Perasaan yang inginkan kasih sayang yang melimpah-ruah akibat tidak memilikinya sejak kecil. Dan perasaan itu sendiri datang dari aku sendiri. Aku terlalu bodoh dan terlalu ikutkan nafsu dan perasaan. Aku telah curang terhadap dia setelah empat tahun bersama. Mungkin aku bosan dengan hubungan kami yang ketika itu sering sahaja dingin. Lalu, aku mencari langkah untuk menghilangkan rasa dingin itu dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Ya, semestinya kalian mengatakan aku perempuan yang tidak kenang di untung. Perempuan yang entah macam-macam lagi. Yang buruk-buruklah kiranya. Tapi, aku akur memang itulah kesalahan paling besar pernah aku buat sepanjang hayat aku. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat silap. Meninggalkan Ashraf yang begitu setia, begitu sabar dengan setiap kerenah aku selama ini. Aku tahu, tidak ada lelaki lain yang mampu tahan dengan perangai dan kerenah aku. Hanya Ashraf, lelaki itu sahaja. Lelaki yang paling perfect! Beruntunglah kalian jika memilikinya. Dan aku akan cemburu terhadap insan yang berjaya mendampingi hidupnya.

Aku mulakan hidup aku bersama kekasih baru aku yang aku sendiri tidak pasti adakah hubungan ini akan kekal. Tapi aku akan berusaha. Kerana Ashraf telah berpesan kepada aku untuk hidup baik-baik setelah dia melepaskan aku dari lingkaran hidupnya. Sungguh pun aku telah curang terhadapnya, tapi dia tetap melayan aku dengan baik sekali. Aku terpaksa menamatkan hubungan kami kerana aku tidak sanggup sakiti hatinya lagi. Dia terlalu baik untuk aku. Biarlah dia bebas dengan hidup barunya. Untuk didampingi dengan orang yang layak menerima cinta sucinya itu. Aku berdoa agar dia bahagia bertemu cintanya. Dalam diam aku sering berdoa sekiranya peluang itu masih ada di hadapanku. Aku tahu itu sesuatu yang mustahil. Tapi, jika benar cinta itu ikhlas dan suci, berbekalkan restu daripada yang Maha mencintai. Aku yakin, peluang itu akan sentiasa berada di hadapan dan menanti aku untuk mengorakkan langkah aku.

Kini, aku menjalankan hidup aku seperti biasa. Walaupun kadang-kadang aku terpaksa telan dengan pahit memori-memori lalu. Aku akan berusaha untuk menjadi pasangan yang baik untuk kekasih baru aku, Hariz (bukan nama sebenar). Aku akan menerima setiap kekurangan dalam dirinya. Dan aku harap dia juga dapat menerima setiap kekurangan dalam diri aku. Untuk apa aku coretkan kisah ini? Kerana ianya sebagai pengajaran kepada kalian yang sedang bercinta. Dalam sebuah perhubungan perlulah ada rasa tanggungjawab, setia, jujur, amanah dan ikhlas. Sekiranya terdapat perselisihan, segeralah berbincang. Dan janganlah menyesal seperti mana telah aku alaminya. Peluang itu datang sekali, dan rebutlah ia. Nikmatinya dengan sungguh-sungguh. Setiap perbuatan baik, Tuhan akan balas dengan baik. Dan setiap perbuatan buruk itu Tuhan akan balas dengan balasan yang setimpal. Sungguh aku menyesal dengan tindakan dan perbuatan aku. Sejujurnya aku mengharap cintanya dan merindui bait-bait cinta antara kami. Untuk kalian, “Selamat menjalani hidup ini”.

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Firah melalui kiriman email.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Pengajaran Dari Cinta" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. PeNciNTa WaNiTa says:

    kadang2 cinta datang tanpa kita sedari….Kita tak tahu pun yang kita sekarang memiliki cinta itu.. Hargailah orang yang sayang kita..kerana orang yang kita sayang mungkin akan tiggalkan kita. cuba jadi manusia yang jujur… kerana di ditu terdapat kebahagiaan yang mampu kita kecapi bersama… Mungkin btoi istilah yang mengatakan hidup kita ini ibarat roda….sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah…. cinta ni kadangkala dia madu kadangkala dia hempedu..sama2 lah kita corakkannya….. :XO:

  2. farhana says:

    aQ xtau aQ b’cnta suka2x jaQ…..aQ Xtau ap mkna nya….

  3. farhana says:

    mcm mana eRk nak ptskn 0wng yang kta syg..????

  4. farhana says:

    nak cari knalan la…ne e-mail fara nurfarhanagemok(edited by Tentang Cinta Administrator)

  5. ain says:

    well, tak perlu menyesal sebab awk yg pilih jalan tu…

  6. daktomey says:

    cerita aku lebih kurang mcm stroy faharna kat atas tuu..aku still sayang kat shafik.kerana dy lah yang banyak mengajar aku erti cinta,sayang,windu..kadang2 aku rasa bersukur kerana memilih untuk berpisah dgn dy tapi kadang2 aku rasa menyesal…,aku selalu fikir lau hubungan ni diteruskan lebih lame,dan berakhir dgn pepisahan mungkin aku akan lebih sedih…so cukup lah setahun setengah aku bercinta dgn dy…aku selalu berdoa kalau jodoh aku dan dy ada satukan lah aku kembali…aku dah penat untuk brcinta..aku jg nak rasa bahagia macm kwn2 aku yang lain rasa..aku nk di sayangi,dihargai..tp nape ia datang dgn sementara dan pergi tinggalkan kesan yg pedih..dy lah lelaki yagn boleh tahan dengan perangai aku..mungkin aku bukan terbaik untuk dy,dan dy bukan terbaik untuk aku…allah bg lah aku pertunjuk..sekarang de seorang lelaki mula rapat dgn aku..dy pernah berkata yg dy sukakan aku..tapi aku x boleh paksa hati aku utk bercinta dgn orang yang x aku cintai…tolong komen!!!!!

  7. mia says:

    apa kata kalau buat dia cemburu hanya itu je nak tahu sama ada dia masih sayang lagi ke x kat awak.di sampin itu selalu lah berdoa agar hati dia terbuka untuk awak mana tahu belum cuba belum tahu.nasib awak sama je macam saya tapi nasib baik dia berjaya kembali kepada saya. :up: :D awak kena lah kuat jang tunjuk kan y awak itu lemah.. :XO: :D

  8. hafezah says:

    salam, saya pernah merasa nikmat cinta sejati..
    memang teramat indah & bahagia hidup ini..
    4 tahun menyulam cinta, akhirnya 4 mac 2010..
    si dia, bakal suami saya..
    telah selamat menghadap penciptanya..
    tinggalnya tanpa pesan..
    membuatkan diri ini terkapai-kapai seketika..
    saya hilang tempat mengadu & bermanja..
    saya hilang semangat hidup..
    ini kerana saya telah memberi 100% hidup ini kepada arwah..
    hingga kini, saya masih merinduinya..
    dan tetap mencintainya seikhlasnya..
    dunia & akhirat..
    alfatihah buat allahyarham HERMAN BIN HANIPAH..

    :( :cry:

  9. uyu yu says:

    aq sdh sgt :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:

  10. uyu yu says:

    mula2 aq knl ngn laki ne awl 2008…dy baik macho…tp dy jht cgt22222222…….aq stia dgn sy tp dy bt cam ne kt aq…ape dosa aq…aq xksh dy xske aq tp why dy maenkn prasaan aq..tp aq hnya cntakan dy j lam idup aq…hnya dy j dlm idup aq…dy cinta prtama aq smpai bila2… :cry:

  11. madi says:

    ak sllu mrhkn mkwe ak.kecian dia.tp mrh cz syg

  12. noriza says:

    hargailah cinta sebelum cinta hilang dari genggaman anda….:-)
    iza pn hampir kehilangan org yg amat jujur n setia dkt iza wlaupn dia laki yg x romantik,bkan seorang yg mengambil berat terhadap iza tp dia tetap setia.ini semua sbb kesalahan iza sendiri mengejar perhatian dri laki lain tpi laki 2 yg main2 kn iza tp ada hikmah semua 2 berlaku baru iza thu dia betul2 syg kan iza,bru sekarang dia mula ambik berat tentang iza..:wink: so moralnye hargailah cinta yg anda miliki sekarang sebelum ia lepas ketangan orang lain…
    hargailah org yg menyayangi kita…
    cinta itu indah jika kita hiasinya dgn kejujuran,kesetiaan & iman…. :XO:

  13. NuRuL89 says:

    kowg ckp betul, aku sokong.. skg aku dh kcw, tp bukan kerna aku curang, entahlah, aku xthu ane salah aku, yg aku thu, dye dh tgglkan aku, skg hdup aku hnaye keje,,, skg nie akt ofce ag.. sj wat2 sbukkan diri supaya x ngs dpn kwn2 aku lagi.. tolong aku,,,
    plez….
    :cry:

  14. daktomey says:

    [Comment ID #30244 Will Be Quoted Here]

    mia,saye rasa dah terlambat tok saye bt dy cemburu…cz skrang dy dah ada gulz baru..skrng dy yg saje bt saya cemburu..tp xpe..saye lebih mulia dari gulz tu..saya taw niat dy berkawan dgn gulz tu tok lupakan saya..xpe saye terima lau tu jalan terbaik..semua yg terjadi ada hikmah…saya nak tunjuk yg saya ni kuat..dan x rasa ape2 pon..saya xnak jadi hamba kpda cinta….penat aw..

  15. comey girl:) says:

    mia,saye rasa dah terlambat tok saye bt dy cemburu…cz skrang dy dah ada gulz baru..skrng dy yg saje bt saya cemburu..tp xpe..saye lebih mulia dari gulz tu..saya taw niat dy berkawan dgn gulz tu tok lupakan saya..xpe saye terima lau tu jalan terbaik..semua yg terjadi ada hikmah…saya nak tunjuk yg saya ni kuat..dan x rasa ape2 pon..saya xnak jadi hamba kpda cinta….penat aw..

    :up:
    btul, penat lau kita jadi hamba cinta…
    sye pun pnh merasai… menjadi hamba cinta untuk seseorang yg amat2 sye cintai… tp skg, x lagi.. dye yg xley trima kenyataan bhwa family nya masih menyayangi sye… alhamdulilah…

  16. kedahboy says:

    cinta ini membunuhku…….. 8O

  17. kamarul says:

    aku pnh putus cinta sbb awek aku curang, pastu aku bls dndm balik kt pmpn2, last skali bila aku btl2 suka kt sorg pm[pn ni, dy plak tgglkn aku…p/s: jodoh tuhan tentukan, tggu n lihat, byk bersabar…. :-)

  18. slipar says:

    aku pnh rasai derita hlg cinta sejati, aku brcnta dgn seorg girl ni sejak sekolah menengah, xda jodoh…..dy prgi bt selamanya akibat barah otak….. :cry:

  19. syark says:

    aku seorang yang setia..aku sentiasa mencintai dia..dia impian ku harapan ku tapi dia bukan untuk aku..aku berjuang demi dia..aku sakit kerana dia tapi dia x pernah mencintai aku..kerana aku cacat aku x ada di hati dia..aku tidak mampu membuat dia rasa selamat..aku tahu dia malu akan keadaa aku..dan kerana itu, dia tngglkan aku…aku hanya mampu berserah

  20. nini says:

    u’uhu…bagus la kalau ana tak terima dye..bkn Pe..mende ne pnah jd kat sy…ex-bf sy lbey kurang gitu lah…Ntah pe slh sy…xpnah skali pon sy curang ngn dye..5 bulan dye tipu sy idop2 menduakn sy kt blakang.. :wink:jd,consider la jgk prasaan gf ayie tu…Msti dye Sdih gle…
    [Comment ID #29669 Will Be Quoted Here]

  21. a.anne@nn kinarut sabah says:

    crita kita hampir sama lah firah…rasa bersalah sering mghantui jiwa.,,hmm mgkin tu lah lumrah kehidupan dlm bercinta nie kan..terasa bodoh sgt diri nie..akibat perasaan cemburu buta ,aku telah menduakan dirinya.yg bt dia kecewa lg,aku couple ngan abg dia sndiri,,actually pd msa aku cemburu buta tu,abg dia mnagih cinta trhadap ku slps dia tau aku ngan adk dia ada prob then tnpa pk pnjang n dgn niat agar dia cemburu aku trima lah abg dia,,aku tidak sgka prkara nie jadi rumit…huh,,akhirnya aku putus dgn abg dia sbab aku tdak mcintainya dan aku tdak mau trus myakiti hatinya n mbohongi diri ini..hmm,bodoh tul aku nie kan..sy doakan dorang adk-bradik mgecapi kbhgiaan dunia n akhrat..satu jak aku dpt pinta,,maafkan aku krana aku telah khilaf dlm merempuh alam cinta nie..aku betul2 minta maaf.. :x maafkan aku lokman..maafkan aku abg long krana tdak dpt mcintaimu krna hatiku hya bisa dmiliki oleh adikmu..norlokman..

  22. bulan mgambang says:

    aku pn sdey jgk skrg ni….wlaupn dye tlh kcewekn aku,aku msih lg syg n cintakan dye…sape kata cinta prtama xleh nk lupa??tp,aku xleh nk lupakan cinta kedua aku…AKU SAYANG SANGAT KAT DIA :cry: :cry: ……

  23. fatin cute says:

    cinta ade kalanye memenatkan…tp btul r ckap saudari firah.cinta memerlukan kejujuran,kesetiaan, keikhlasan dalam menjalankan hubungan cinta.Bukan senang nak cari orang yang btul2 mencintai kita.oleh itu, hargailah orang yang mencintai kita..

  24. Atok Poyo says:

    cinta itu suci

  25. aisyah says:

    sy org yg sgt setia.bkn nk puji dri tp 2 lh aq.dia org ssh,sgt degil,malah ad htg nga along.slama bsma dia,aq byk tlg dia.dlu dia hrgai tp skg dia xpduli aq lg.wlpn msh bsma tp dia slalu sktkn ati aq.d sbbkn aq sgt syg dia,aq diamkn sume 2.aq twu dia cma gnakn aq.nk duit aq jer tp npe aq xleh nk lpakn dia.aku benci!!npe jd cmni??mmg aq xcntk n sb 2 lh dia cpt bsn.aku nk cntk!n aq xpduli lg law org ckp aq bdh sb nk org pndg aq krna cntk atau ape jer,,lantak lh,,xsbsyukur ke ape ker..aq xnk pduli la!!

  26. princess ifamy says:

    cinta mst ade kejujuran.. xkn bererti sebuah cinta 2 bila perasaan d maenkan…to sape2 yg x setia dan selfish…berubahlah..agar miliki dan rasai nikmatnye sebuah cinta..

  27. seMpoOoi says:

    cinta tak semestinya memiliki…just let him go and u will be free…hu3…bley crik agi….ha3…gurau ja…cinta?aq btl2 rindu ngan insan yang Allah ciptakan utk bersama aQ….nak sgt jtuh cinta…hik3

  28. lisa says:

    saya pun pernah lalui cerita cinta yg lebih kurang sama.
    betul, maybe saya kurang bersyukur dan tak pernah jujur dgn dia.
    dia langsung tak mencari pengganti saya, walaupun saya sendiri dah punya pengganti selepas beberapa bulan saya lepaskan dia.
    saya hanya harap dia bahagia dengan hidupnya.
    sekarang, saya meneruskan hidup saya dengan lelaki yang benar-benar sayangkan saya.
    kedua-dua belah keluarga sudah merestui perhubungan kami.
    jadi, jangan pernah menyesal dengan keputusan yang kita telah buat.
    doakan semoga dia yang pernah mencintai kamu itu sama-sama bahagia. :-)

  29. seMpoOoi says:

    sempoooi dah banyak kali kaple tapi belum pena jatuh cinta…tah bila jatuh cinta…????xbf dulu semua dah ada pengganti…sempoOoi suka tengok dorang xbf…bahagia…sempoooi pun turut rasa bahagia untuk dorang…x pena selisih faham pun bub idup ne x rumit…kta jak yang tentukan apa sebenarnya ta mau..jan terlalu fanatik bercinta…kesannya terlalu parahknn…cintai orang yang betul2 dah jadi suami korang..k.

    happy owez_ :D

  30. rhvlaz says:

    takkan lelah aku menanti,,,,
    dan takkan hilang cintaku ini,,,,
    hingga saat kau tak kembali,,,,,
    kan ku kenang di hati saja,,,,,,,,,,, :cry: :(

  31. ana says:

    kdg2 ana keliru dgn perasaan sendiri..
    cinta adalah perasaan yg sukar di tafsir
    cinta tidak dapat dilihat
    cinta tidak dapat disentuh
    cinta tidak dapat di rasa
    cinta sukar diungkap
    cinta umpama satu perasaan yg menyelubungi kalbu ku
    tapi cintalah yg menyebabkn ana tersungkur dan menagis.. :cry:

  32. aku says:

    dah banyak cerita aku baca kat laman nie… sekarang aku pula nak kongsi sikit kat korang suma…
    aku suka sangat kat sorang budak laki nie… dri tingkatan 2 hingga 5.. sekarang la… tapi… dia ni tak ske kat aku pun … aku rase la..

    msa form 1 aku pernah kte yg “eish nape la aku tak suka kat budak ni dah la hensem”..

    tpi tup2 bila dah form 2 aku ske kat dya la pula.. tu la tp form 2 dya mcm nak kawan dengan aku… aku ni pemalu ckit mse tu.. tp tym tu la aku mulakn siasatan aku, aku de ter baca folio keluarga dia… suma psal family dia aku dah taw nma kakak dan abg dia pun.. tmpat tggal, nombor krete dia… rupa2 nya dia ni ank org kya, dia seorang yg putih, tinggi, bijak selalu di puji oleh ckgu dan kwan2, dan pling pnting sorang yg baik hati dan rndah diri…. tp dlm diam dia ni manja ckit dgn family dya aku tgok..

    bila form 3 dia selalu nak tegur2 aku..tp tym to kan nak exam jd fikiran suma kat exam kadang2 smpai tak sedar yg dia tegur aku.. dah bnyak kali dia tgur aku.. tym to gak la tak dgar ble dah blah bru prsan yg dia tegur aku… aku mse tu tak pikir ape2 dah sbb aku ni dok kat klas bdak terer2 so mest lwan dorang bg dpat keputusan yg baek. bila dah abis je exam aku tgok2 la friendster dia ni tnpa dia sedari aku terbaca yg dia nak cari nmbor tepon bdak kelas sebalah… pnya la kecewa aku nie :mrgreen: tp tak pe aku tak putus asa…

    tp ble form 4 aku dgar citer yg bdak klas sblah tu tak ske kat dya pun… tahun ni lah hidup aku tak tntu arah!! satu peristiwa terjd yg amat memalukan aku, dpan dya plak tue… tp rahsia.. cukup lah yg korang taw mmg memalukan!! tp tym ni aku terlampau pkir kan psal exam addmath kjap agi… tu jd cam to… :o

    ble form 5 rse suka aku kat dya makin pudar… ble dapat taw yg dia kapel dgan kwan rapat aku lg tu!! aku tak kesah sangat tp bdak tu playgirls aku kanl sngat dia ni… 3 org kapel dia kat skolah tu taw!! ai pompuan ni …

    tp rsa suka aku dah aku gilap sendiri!! sbb terlampau rindu kat dya.. nape snyuman mu tue bkan utk ku!! tym ni plak la de dua org laki2 yg suka kat aku serentak! eeee!! gram!! yg stu tu mmg aku suka pun, tp yg satu lg tu suka kat aku gak! dua2 kwn rapat nah camne tue.. plih satu gaduh plak shabat baik nie… tp tak pe lah nnt bile dah keje la aku cari… aku ttp suka yg dr dlu tue!!

  33. aku says:

    aku boleh jd gia klau macam nie!!!!! :mrgreen: :x :? 8O

  34. azy says:

    cinta..ada apa ngan cinta?penting ke cinta/ntah la..aku ni kenkadang dilema..susah untuk aku singkirkan die n syang org yg syg aku..aku kdg2 nk syg org yg syg aku gak, tp tkut aku syg die tu sbb kesian..tapi aku yakin bhwe kalu jodoh tkkan ke mane..tapi wat mase ni aku nak rehat dari bercinta.. :P tpi klu ianya datang awal..tak ley nak tolak kan.. :wink: jadi pada sume membe2 yg bace, btol la kate org2, sayangi lah org yang sayangi kita kerana tak semestinya org yang kte syg tu menyayangi kita..sekian :-)

  35. nadiah says:

    aq tol2 cinta kn kau nadiah….

  36. nadiah says:

    :XO: cinta kan kamu….

  37. nadiah says:

    aq xkn tnggl kn kau nadiah……

  38. Syifaalya says:

    fuhhh sib baek sy masih dlm keadaan yg waras . selama 3taon hbgn sy nan bf sy skg , sering gak dingin .. kdng tu bosan dgn hbgn ni .. tp sy tau mmg sy ta dpt melepaskn dia .. krna dia adalah org yang paling terbaik yg prnah sy knal .. hnya dia sja yg memahami dan tahan dgn karenah sy ni ,, bila gaduh dia ta kira salah sy ke dia, dia ttp mnte maaf demi mnjaga hbgn ni .. dgn sikap tenang dye tu sllu wt aty sy ni terpujuk dgn cpt . sy salah tdk pernah mghargai nya .. I LOVE YOU HAFIZI !

  39. Jomblomen Sejati says:

    :up: Cintailah dirimu sendiri sebelum mencintai orang lain,ayo jgn lupa di chat/sms konyol online 08197827772 :D

  40. Nuur says:

    salam baca ruangan nie teringat kisah bercinta dlu..bercinte bertahun2 tp x sampai ke mane pn….sia-sia je mencipta kenangan selama 7thn tp ape yg aku dpt, hati yg d pulangkan tanpa ade serinye lg…memusnahkan angan org tua utk bmenantukan dia…ini merupakan perkara yg paling sukar utk aku maafkan dia, mengguris perasaan org tua aku..

  41. jann says:

    ssah lah camnie…
    hati jdik kasih berbelah bhagi…
    namun…
    cri yg lebih baik dikala anda dewasa kelak….
    (cinta monyet) x wajib dimiliki…. :wink:

  42. mamat says:

    cnta mmg indh jka kta saling memahami… :XO:

  43. khai says:

    bersyukurlah setiap apa yg kita hargai..
    kadang2 Allah akan bg kita satu rase utk menyintai seseorg hanya melalui pndgan pertama… hargailah rase itu untk mengelak anda ‘blaja mengenalinya’ dlm tempoh mase yg lame….

  44. daktomey says:

    [Comment ID #30244 Will Be Quoted Here]

    em..nak tw x sambungan cete saye..

  45. daktomey says:

    [Comment ID #30244 Will Be Quoted Here]

    em..nak tw x sambungan cete saye..[Comment ID #30377 Will Be Quoted Here]

    sekarang ni dy dah kembali pada saye..dy melutut kat kat sye minta maaf..baru dy taw erti cinta yg sebenar..gulz yg dy kwn tu dah mainkn perasaan dy..saye bersukur sangat cz dy dah sedar…tapi perasaan sye berbelah bahagi r..sayang sye dah berkurang, cm dah benci dgn dy ape yg perlu sy lakukan…sye dah terima dy jd pakwe sye.tp sye masih x dapt lupakan ape yng dy bt dulu…

  46. ZAH says:

    BTL…
    LEPASKAN DIA SEKIRANYA DIA BKN MILK KITA..
    DIA BAHAGIA..KITA PUN TURUT RASA BAHAGIA :D

  47. black flag says:

    cari lah cinta yg diredhai allah…
    cinta selepas kahwin…
    bukan cinta sebelum kawin…

  48. Syafira says:

    Alhamdulillah…………………
    tuhan mebciptakan kita se Sempurnanya dari pada makhluk lain di muka Bumi ini,,

    Dari Kisah banyak kesimpulan..
    kita hsrus sabarr dan tawakkal,, sebenarnya hidup adalah anugrah,,,
    tanpa kita sadari kita tak bersyukur apa yang ALLAH berikan ka Kita,,
    maka dari itu Hidup adalah Anugrah dalam Artian banyak mengandung Nikmat dalam kehidupan..

    Selalulah berusaha agar kita semua bisa Bahagia Dunia & Akhirat…….
    Aaaammiiiiiiiiiinnnnn………….. :D

  49. Syafira says:

    :roll: :up: :down: ::-*: :idea: :halo: :oops: :D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen:

  50. jaimin says:

    setelah mbaca kisah niy..kita kena bersyukur dgn apa yg kita ada…dan jika kita mncintai die berilah die peluang kedua…aku prnah dtgalkan kekasih yg aku sgt2 cintakan die alsan nye adlah ktorg jauh..prcintaan yg jaoh ini tdk prnah aku curang tp die yg mbuat ksilapan tu…stelah stahun die tgalkan aku..aku masih kuat..aku xprnah mlupkan die dan sentiasa mndoakan kbhagian die dgn gf bru die…rmai yg mahukan aku..tp aku tolak sebab aku xmahu mngecewakan mereka krna hatiku mash mnyanyangi die..setelah setahun blalu die kmbali dan die telah menerima balasan atas kcurangan die pada aku dlu..aku mberi die peluang kedua..dan kami hga kini kekal bahagia..alhamdullilah… die sedar atas kesilapannya..dan die byk kali bgtahu hga menangis bhawa die xkan tgalkan aku dan mahukan aku jd isteri die pada suatu hari nanti…InsyaAllah..berdoalah jika diberi ujian..InsyaAllah Allah akan mbantu hambanya yg serba kekurangan :wink: :-)

Trackbacks

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*