Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci…!

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Snow White.

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Pisang dan Hati" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Artikel Berkaitan

No related posts.

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. aisyah humaira' says:

    nak try joint la..

  2. aisyah humaira' says:

    suka je dgr awk semu bercerita ttg pisang :d

  3. fyfy says:

    memang kemaafan tu penting…
    tp bg manusia yg slalu aniaya org..
    ape perasaan diorg…
    xke rs bersalah..
    manusia2 yg camni lah yg wat sy rs dendam…

    admin..
    ada komen??

  4. tiger_gmc says:

    :D hahaha..
    mmg bestlah citer nie..
    tp kalu prasan cinter 2 kter smpan jer..
    jd aper plak ek..?

  5. -chunna- says:

    haha tomey lol story ney..
    :D

    1 idea y bgoz tok menyedarkan orang2… :o

  6. tWiNkY gIrL says:

    :twisted: :cry: :evil: :D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :roll: :P :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen:

  7. khalifah says:

    da best st0ry…
    has a deep meaning…

  8. zatiey says:

    buat ape simpan benci dlm ati lame2…makin parah ada la..maafkan la org, ati kite pn senang :up:

  9. hasani says:

    :up: :D bagus citer ni.

  10. nur-carl. says:

    huhuhu insaf………………. :(

  11. sky says:

    :wink:

  12. Nana says:

    Akum kwn kwn..nk mintak tolong sgt2 bg pendpt tentang kata2 niyg diberikan oleh seseorg kpd sy…..”kadang kala kita perlu membenci untuk memberi pengajaran & keinsafan pada seseorg. setiap org ade perasaan benci, itu adalah normal…. Menyayangi memang lebih mulia tapi apa guna meyayanggi kalau hati kita sering di sakiti. kemaafan mmg sesuatu yang terbaik, tapi tak guna memaafkan org yg tak tau menghargai erti kemaafan,tak tau ape erti kemaafan, tak tau menghargai pengorbanan & pertolongan orang lain. lagi dahsyat kalau kemaafan itu di pohon bukan dengan keikhlasan & ketulusan hati, hanya ingin mengaburi mata org lain atau menunjuk2 pada org kita adalah org yg terbaik. ade juga org yang meminta maaf hanya kerana takut, di depan memohon maaf tetapi di belakang masih berkata dusta. di depan memohon maaf tapi sebernarnyer masih tak mengaku kesalahaan sendiri. ape guna memohon maaf jika kita masih lg mengulangi kesalahan yg sama. orang yang paling layak menerima maaf adalah org yg benar2 insaf akan kesalahan dirinya dan ikhlas memohon maaf. So renung2 kan & selamat beramal….” ape pndpt korang???

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: