Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu,
“Tak payah” katanya
“Biar mak yang buat nanti lain rasanya”.
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan hari raya bersamanya.
Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.
Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera. Memang berselera semua sukakan nasi goreng mak. Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku…
“Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”
Seraya tu abang ku bertanya, “Siapa tak makan lagi nasi ni”.
Aku menjawab “Mak belum makan apa lagi tu.”
Mak dengan bersungguh menjawab, “Ehh mak tak mau…tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi…”
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.
“Oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya…”
Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. Lantas aku tanya,
“Mak nak apa… Nak ambilkan…”
“Takpa nak rasa ni sikit.”
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.
YA RABB Engkau peliharalah Ibu. Ampunilah dosanya. Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.
AMINN…
Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Joshua Lee.






mak aku pn mcm 2..

selalu die tipu aku mcm 2..
tp skrg aku dh sia2kan die…
aku xsengaja…
aku nk mintak maaf kat mak aku..
aku hrp aku sempat mintak maaf kat die..
buruk mcm ne pn prangai die..
die tetap mak aku..
aku sygkan mak aku..
tp npe aku susah nk ckp yg aku sygkn die dpn2..
aku hrp tuhan ampunkan dose aku..
aku setuju sgat2 dengan cite nie….
pengorbanan seorang ibu tiada tolak tandingannya….
aku jgk arap aku dapat jadi seorang ibu yang baik kepada bakal anakku suatu ari nnti….
insyallah……..
aku sayang mak aku sangat555555555555555!!!aku harap tuhan akan mengambil nyawa aku seblom mak aku..aku tak sanggop kehilangannya!!!
aku pn bgitu..
lps mama dh xdew aq nyesal sgt2 xpat
bersama mama..mama pergi waktu aq dew klas agama
slame sminggu jew aq dpat jaga
aq rse mcm xt’tahan kerana mama menghembuskan nfas trakhir
betul2 didepan aq..pde mse tu aq dh x ingt pew..
aq yg merupakan ank tunggal rse serba khilgn pabila mama tiada
aq cme ada abah tpi ia berbeza dari mama
aq rndu akn mama
erm.dayah rindu sgt2 ngn masakan arwah mak..
sehari sblm die meninggal, die masak sedap sangat,
tp tak sangke itu yang terakhir…
rndunye,,kan fiza?
i
mom &dad ever
mom
tringat pd mak yg trsyang…mak iena jga sntiasa mndhulukan kprluan ank2 dan suami brbnding kpntgan diri nya…kami lima beradik amt syg kan mak..krn itu lh jika ada yg dngki atau brkasar dgn ibu kmi nescaya org itu akn mnjdi msuh kmi bt slama nye…iena syg mak xkira ape skali pun yg brlaku..syg mak sgt2..
mama kakak sayang sangt kat mama..walaupom kakak tahu mama bukan ibu kandung kakak..tpi kakak dah anggap mama mcm mak kandung kakak sediri..kakak minx maaf kerana kakak selalu buat mama menangis..love you mama..dari miera..
tringt kat arwah mak….brsyukur sngt2 coz dpt jg smasa akhr hyatnya,mak….ank mu ini sntiasa mrinduimu, al-fatihah
sayang mummy 4 ever