Warkah Buatmu

Tahun 2002, ALLAH pertemukan aku dengan dirinya. Kali pertama aku terpandang dirimu di satu sudut di kelasku, Kau memandangku, aku juga memandang dirimu. Kita saling tiada perasaan aneh. Namun hari demi hari, aku mengenali dirimu, aku terpikat dengan dirimu. Kecomelanmu membuatku terpesona, kenakalanmu bersama teman-teman membuatku tersenyum sendiri. Aneh sekali, aku suka pada lelaki sepertimu.

Tahun 2003, kita sama-sama melangkah ke tingkatan 4, kita berbeza kelas pada mulanya, namun rombakan kelas membuatkan kita bersama semula. Aku duduk menghadap mejamu. Sering kali mencuri pandang wajahmu. Sering kali menatap wajahmu. Sering kali tersenyum sendiri bila melihat telatahmu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku tahun itu, setiapnya kucatatkan di dalam diari hatiku. Terlalu indah sehingga aku tidak mahu terlepas daripada mengingati setiap peristiwa itu.

Tahun 2004, kita terpisah, aku naik kelas, dan kau kekal dikelas yang sama. Tahun itu aku berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Setiap kali kau lalu dikelasku, aku mencuri pandang. Bila kau datang ke kelasku, aku tak keruan. Lucu benar. Aku sering mengharapkan kita berdua dapat berbual-bual, tapi apakan daya, aku terlalu malu. Malu benar terhadapmu. Suaraku sering kali enggan keluar, walaupun aku cuba memaksa untuk keluar. Aku hanya mampu memandangmu. Bila kita berbicara, bicara kita tidak pernah lama. Entah apa silapnya. SPM menjelang tiba, aku berperang dengan kertas soalan. Sepanjang peperiksaan wajahmu tidak kelihatan. Aku rindu wajahmu. Tapi apakan daya, aku tak mampu mencarimu. Minggu peperiksaan berlalu. Aku menantikan keputusan peperiksaanmu. Dirimu kurindu. Payah benar untuk bertemu denganmu.

Tahun 2005, awal tahun. Keputusan peperiksaan diumumkan. Debaran menggila. Kukuatkan langkahku ke dalam dewan sekolah. Alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang agak baik. Aku mencari-cari dirimu, tapi tidak kutemui. Akan tetapi kau muncul juga, rinduku selama beberapa bulan terlerai. Wajahmu agak berlainan. Rambutmu agak panjang daripada kali terakhir aku melihatmu beberapa bulan dahulu. Aku cuba mendekati, tapi aku tak mampu. Hanya mampu memandang. Aku terlalu malu, itu silapku. Kenapa jadi begini? Kerana terlalu malu, aku berlalu pergi meninggalkan dewan itu. Bodoh benar diriku ketika itu. Bulan 5, tahun 2005, aku bertemu denganmu selepas beberapa bulan keputusan peperiksaan diumumkan. Kita bertemu dipejabat sekolah. Kita saling membisu. Aku tidak memandang wajahmu. Sekali lagi aku melakukan tindakan bodoh dalam hidupku. Kau melangkah pergi, dan aku hanya mampu memandang langkahmu yang makin hilang. Bulan 5, tahun 2005 juga, aku mendapat tawaran di matrikulasi. Kutekadkan hatiku, kau sahaja dihatiku. Aku meningkatkan usahaku. Aku belajar dengan tekun.

Tahun 2006, pengajianku di matrikulasi tamat. Aku menantikan tawaran melanjutkan pelajaran di universiti. Alhamdulillah, aku diterima di salah satu universiti tempatan. Aku mula menyediakan diriku untuk ke sana. Namun, sesibuk manapun diriku, aku tetap merindui dirimu. Sayang sekali, kau tidak mengetahuinya. Saat yang dinanti tiba jua, aku mendaftarkan diriku di kolej kediaman di universiti berkenaan. Bermulalah hidupku sebagai pelajar universiti. Rinduku semakin menggunung pada dirimu. Kuhanya mengetahui tentang dirimu melalui kawan-kawanku.

Tahun 2007, saat ini cintaku padamu mulai goncang. Tidak perlu kunyatakan kenapa. Tapi bodohnya aku percaya cinta itu. Cinta yang tak pasti. Cinta yang hampir memusnahkan kepercayaan aku terhadap cinta. Bodohnya aku kerana curang pada perasaanku terhadapmu! Mungkin itu balasan buat diriku.

Tahun 2008, tiba jua. Kutekadkan dirimu untuk menghubungi dirimu buat kali pertama dalam hidupku. Saat itu, hanya ALLAH yang tahu. Hidup terasa indah seketika. Namun, akhirnya aku akur dengan takdir. Kau bukan untukku. Aku menghubungimu lagi dengan menghantar SMS, tapi tidak berbalas. Aku cuba menyedapkan hatiku, mengatakan kau tidak mempunyai credit untuk membalas mesejku. Tapi akhirnya aku akur, aku tak mungkin memenangi hatimu, tak mungkin dapat mendekati dirimu. Kerna, hatimu ada dia. Hakikat yang sukar untuk aku menelannya bulat-bulat. Aku akur kini. Aku terlewat untuk mendekati dirimu. Aku gagal.

Kini aku akur. Sudah kuketahui isi hatimu. Aku mula belajar untuk tidak merinduimu. Aku belajar untuk melepaskan bayanganmu. Aku tidak mungkin dapat mendekati dan menawan hatimu. Aku terlewat untuk memulakan langkahku mendekati dirimu. Kuakur dengan ketentuan-NYA. Namun, telah kutekadkan hati ini, seumur hidup ini, aku tak mungkin akan mencari pengganti dirimu. Untuk sahabat-sahabatku, jadikan kisahku iktibar buat dirimu. Kejarlah cintamu, selagi upaya, jangan biarkan cinta itu terlepas kerana sikapmu. Ingatlah pesanku.

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Ainaz Arianna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Warkah Buatmu" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. nuna amany says:

    [Comment ID #12777 Will Be Quoted Here]

    hem…. itu saya sendiri tak pasti…mungkin kerana dia ade lah dia…
    awak nak tau jiha… mula2 kami sekelas, saya tak perasan langsung kewujudan dia.. kalau ade pun, langsung tak punya apa2 rasa… sampai 1 hari, kami ada discussion…kat tmpt yang kami jnji, dia sedia menanti… tapi bukan saya & dia je … ada 2,3 teman yang lain… mula2 saya mmg berat hati nak join discussion tu… tapi lepas dipujuk teman2, saya pergi juga…kami sampai dan terus order minuman masing2… (discussion tu kat kedai makan area kl)dia senyum saja..kemudian minta diri mahu menunaikan solat… ah, lelaki yang tak tinggalkan solatnya -itu yang saya cari…selesai solatnya, kami dapat tau dia berpuasa sunat hari itu… terus rasa bersalah menerpa… air yang sejuk tu tak mampu lagi saya nak telan… saya tak pernah jumpa lelaki sebaik dia dalam menunaikan tuntutan agama jiha… dan sejak hari itu, saya jadi jatuh suka pada dia….saya tak pasti apa perasaan dia.. cuma saya rasa dia seperti macam mahu menjauhkan diri dari saya je…tapi tak pasti pulak itu perasaan saya saja atau itu memang hakikatnya….

  2. jiha says:

    [Comment ID #12780 Will Be Quoted Here]
    kesan luka mendlm but dia… 9 tahun.. bkn 9 minit… mcm2 kenangan yg dia pikul skg… suka dan duka… tapi dia terpaksa melalui peritnya kekecewaan itu… mgkin dia tkt untuk bercinta lg… 2 yg bt dia mengelak dari semua tu…

  3. nuna amany says:

    [Comment ID #12782 Will Be Quoted Here]

    hem entahlah jiha….mungkin ada benarnya kata2 awak…saya sendiri cuba tak mahu mengharap… tapi puas dipujuk, hati ni asyik nak fikirkan dia…moga2 bila hatinya yang luka tu dapat saya ubati…

  4. jiha says:

    [Comment ID #12784 Will Be Quoted Here]
    awak ada ym x? kita borak kat ym leh? byk jiha nk citer kat awak…

  5. nuna amany says:

    [Comment ID #12787 Will Be Quoted Here]

    ader… add saya kat dhiya_85(edited by Tentang Cinta Administrator)
    k… :)

  6. jiha says:

    awak add jiha laa… najihahilani(edited by Tentang Cinta Administrator).my … jiha tgu…

  7. nurul says:

    hello semua…:d
    sy de crita tp x tahu nk mula dari mana…..hu3 :-|

  8. nuna amany says:

    [Comment ID #12852 Will Be Quoted Here]

    cerita la nurul…barangkali bole dikongsi bersama….:)

  9. jiha says:

    [Comment ID #12852 Will Be Quoted Here]
    citerlah…

  10. silver_planet says:

    samer2 kiter kongsi, law leh tlg, kitowang tlg…erm…

  11. jiha says:

    [Comment ID #12913 Will Be Quoted Here]
    betul tuh..

  12. lavender says:

    ungkap kn cinta selagi mampu!!!:x

  13. nuna amany says:

    [Comment ID #12937 Will Be Quoted Here]

    kemampuan itu subjektif…. adakalanya lidah mampu mengungkapkan, tapi hati?!

  14. lin says:

    mse darjah6 ade minat kat senior nie..suke tgok die.
    msuk f1 satu sekolah..suke sgat..
    petengahan thun kne pindah sekolah..tak nak!!!
    mak tnye nape tknak??? takbleh brjauhan ngan kuarge..tapi..sebenarnyer..
    bile time cuti sek,selalu lalu depan umah die..kekadang tengok bumbung umah pun jadi laa..
    1 tahun..2 tahun..dah mule dengar citer die dah berpunyer..
    TAK CAYER!!! TAK CAYER!!!!
    f3..dpat tahu konfem die dah ade somebody..hmmmmm luluh rase hati..
    tapi stil ade harapan..harap2 hubungan dieorang tu tak lame
    f4..dah mule buke hati tuk orang len..
    tapi kalu balik cuti stil lagi terngendap2kan die..
    f5..die ptus ngan awek die..yepi!!!!:d
    lower6…dah smakin luperkan die
    upper6..tak tahu dah kaba berite die..
    keje..entah..waaa rupenyer banyak lagi orang yang lbih beter dr die
    smbung stady..waaaaaaaaaaaaaaa indahnyer bercinte..
    moral of de story:-?:((:(:(

  15. nuna amany says:

    [Comment ID #13223 Will Be Quoted Here]

    hem…..lbh mningkat usia, lbh luas pndgn, lbh rmai yg kiter jumpa smkin byk plihan…. ;)

  16. silver_planet says:

    erm, belajar dari penglaman hidup…

  17. abadi says:

    ainaz…kisah awak mcm kisah sy, cuma awak beruntung sebab at least ada juga peluang sekelas dengan dia, tapi kisah saya, kami blainan kelas…sbnarnya sy rasa diri sy bodoh sebab mngharapkan dia selepas sekian lama walaupun antara kami xpernah terungkap apa2..tapi, sy redha :) mungkin itu Tuhan jadikan kenangan yang indah dlm hidup sy untuk sy kenang :d;)

  18. silver_planet says:

    hhu, camtuh laks e???cian dier..

  19. beby wawa_0179824464 says:

    :)
    cinta yang ikhlas datang dari hati yang suci untuk di cintai..:)>-

  20. waja_0179224466 says:

    cinta? :)
    cinta? :((
    cinta? :x

  21. noluvyet_08 says:

    [Comment ID #13227 Will Be Quoted Here]

    WOW11btol2!!!STUJU NGT!!oleh e2 pilihla byk2 plhn yg de..hehe

  22. raihan says:

    :)saya pun pernah lalui pengalaman seperti ini.sabarlah tentu ada lelaki lain yang akan hadir dalam hidup kita…..=|

  23. Qaseh Nanie says:

    [Comment ID #9899 Will Be Quoted Here]

    mun!
    kite mempunyai kisah yg same laa…
    pergh!
    sedih gler r..
    sy salu menangis bile terkenangkn dye…:((:((:((:((:((:((:((:((:((:((

  24. mira... says:

    em…bila baca kisah ini saye pn teringat kat diri ini jugak coz bende nie berlaku dlm hidup saye….seumur hidup saye tak pernah saye alami,bende nie berlaku mase saye lower 6…saya minat snagt kat senior saya…tpi tu lah knpe lah saye x mampu untuk meluahkan nye…saye selalu curi2 pandang bila dia melalui kelas saye @ bile saye lalu dpn kelas dia,curi2 tahu latarblkng dia dari kwn2…dan macam2 lagi untu saye tahu ttg diri dia…smpai lah dia tmtkn zmn persekolahan, suara hati ini tak mampu saye ungkapkan….skarang ini dia pn dh smbung belajar kat UPSI…ade jugk jumpe bile dia balik cuti tpi tu lah kenapa diri ini tiada kekuatan untuk meleuhkn isi hati….tapi saye percaya jika dia tercipta untuk saya pasti suatu hari nanti ALLAH akan temukan…jika tidak mungkin ade lagi sesorang yg lebih baik ALLAH ciptakn untuk saye…

  25. princess says:

    tkt la klau ksh nie kne kat sye…
    gi mne arh?????sye ska kat srng mamat nie…tp dier bezfren sye…..
    dlm diam sye ska kat die…..tkt klau ckap sye ska kat die…. die tak nk kwn dgn kte lgi…..mcm mane nie????tlg…..kte org penah jnji takkn jth cnta sesama sndiri…..argh……tlg la….8-|

  26. c-ma says:

    sedih gak cita 2
    biasa la 2 kita pompuan
    mmg dilahirkan ngan sifat pemalu
    mgkn ada hikmah dsebaliknya

  27. dean says:

    wah bes ah cter 2
    terharu ak..klu dah bercinta jng lak hanyut dibawa gelora lak..
    ingat 2
    klu nak couple 2 berpada-pada erk

  28. X says:

    alah.. xnak ckp bglah hint..
    aper keputusan si dia..
    itu no 2..
    yang penting da bgtaw..
    tak lah tersekse zahir dan batin..:)>-

  29. zila says:

    sedih cite ni…
    pedih sangat bila sukar utk meluahkan isi hati pd seseorg..
    takut perigi mencari timba..
    namun sebagai manusia biasa kita x lps dr rasa sume 2..
    pape pn kita prlu redha ngan jodoh kita wlupun sukar utk menerimanya..
    insyaAllah kita mampu…

  30. syu says:

    cinta itu cahaya sanubari,
    kurniaan Tuhan fitrah insani…
    dan di mana terciptanya cinta…
    di situ rndu bermula…..

  31. me says:

    sdh nyer….:((
    nasib baik ak smpat bg tau pd dia ak cinta dia…;)
    Allhamdullillah dia pn syg kt ak….:x
    n dh bersama dkt 6 thn…:d
    moga ak n dia dpt dsatukan dlm ikatan yg sah suatu hr nanti…
    buat masa ni..,msg2 sdg mengejar impain n cita2 msg2…
    ya Allah…permudahkanlah urusan kami berdua…Amin..
    bahagiakanlah semua manusia dgn ikatan yang halal n yg Kau redhai..Amin…:d

  32. ainonymous says:

    hukhukhuk..sedihnyeeee..
    aku pon suka seseorang..kitorg keje di tempat yang sama, in the same building but different level…i dunno how can i felt in luv with him padahal before this xde perasaan pon..but 2-3months ago, i noticed i like him…huhuhu…bile dia nak suka aku nih???malu laaa nk ckp…plzzz, give me a chance! aku dh tua, tp xde bf!!! kwn2 ramai dah kawen…aku slalu doa..if we r meant to be together, then he’ll be mine! aminnn

  33. dhila says:

    huhuhu….cam same je ngan cite aku…cuma aku dah besar sikit baru terkena..masa tu aku kat uitm..dari awal sem 2 sampailah dah habis study aku tetap tunggu die..aku takut nak bagi tahu, yg aku suka kat die..sebab aku tahu aku tak setanding die…lelaki memang melihat pada rupa…aku benci lelaki mcm ni….bongek…huhuhu :((

  34. MERLYN NADEAK says:

    disaat aku baca critany,aku bayangkan bahwa aku yg menulisny,soalny cerita di atas tak ad bedany dgn yg kualami,sampai skrng.dan kejadianny juga mulai dr thn 1996,aku masih duduk di bgku SD,dan perasaan itu masih ad sampai skrg.hany aku ga tau dia ud gmn kbrny skrg,karn dia ud sgt jauh skrg.dan terakhir kami jumpa di tgl 21/06/05 smp skrg.dan bodohny aku masih menunggu dia sampai skrg,namun ad satu hal yg buat aku ttp berharap,dia tau kalau aku sgt mencintainy,skrg aku hany bisa mengimani dalam doa mudah2han kami di pertemukan kembali untuk selamany,AMIN

  35. pt says:

    sngat sdih bla org yg kt syg,x tahu btapa dlamnya cnta kta sm dia..ckit skali bla org yg kt syg spenuh hti kta mc lg mnyangi perempuan yg tlah bnyk mlukakan hti dia…stu perstu kt thu tentang kngan dia….sgala pa yg dia ska@x ska mc dlam ingtan..alangka ckitnya hti…dri kta xkan standing dngn perempuan 2…mstipun seringkali kt mlakukan yg trbek…..tapi yg psti…sy sygkan dia….

  36. Nyna says:

    Dalam percintaan, Terdapat beberapa perkara yang perlu disedari…
    Apabila kmu b`cinta,ia bukan pasport untuk kmu dfahami,
    tetapi untuk kmu memahami,Ia bkan pasport untuk kmu ambil itu
    dan ini,tetapi untuk kmu diambil,Ia adalah untuk kmu mendengar bukan supaya kmu didengar… Ia adalah untuk kmu berkorban dan bertolak
    ansur, Bukan untuk kmu meminta itu dan ini, Ia bukan untuk kmu berkira-kira atau mengukur…. Tetapi untuk MENCINTAI…. :D :XO:

  37. sauqiah says:

    erm…..lebih kurang sama plak crita kita ni…sy pun dl waktu tu darjah 6.sy suka dia tp tak kan lah nak ckp malu lah kan.sy kan pmpuan so diam je lah.sy suka dia smpai form3.rupanya sy dpt tau yg dia jg suka sy.setelah kami melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kami lost contact.baru2 ni sy dpt bhuhung kmbali dgn dia tp dia da study jauh dr malaysia.kami bertelefon dia gtau jg sy perkara sebenar.yg dia jg suka sy dahulu.sedih jg.kira cinta x kesampaian.maybe dia bkn jodoh sy.sy trima segalanya.lgpun sekarang sy da berjumpa dgn lelaki lain, maybe smua yg berlaku ada hikmahnya.kita cuma perlu fikir positif saja.setiap insan ada jodoh masing.

  38. misz yana says:

    :roll: emmmm…..yaa aku pon slalu pon sama….
    minat kt seseowang dlm diam.
    sapa laa aku ne kan….xcantikkkk
    …………aku cinta dia…………..

  39. misz yana says:

    :? aku pening arrr….

  40. misz yana says:

    Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

  41. azzahot says:

    huhuhu….

    last aq mendengar soremu d hp saat aq kol ko g taw aq dah selamat melahirkan anak sulungku bersama dia.kini aq dah mempunyai 2 cahaya mata tapi hati kecilku sentiasa mengingatimu,KENAPA???
    lagu “BUKAN DIRIKU SAMSONS” yg ko bg kat aq sentiasa aq dengar di kala aq sedih dan mengingatimu.
    aq taw terlalu byk kenangan manis kita bersama sehingga sangat susah untuk aq melupakanmu.
    kemanakah ko skg????dengarlah….AKU AMAT MERINDUIMU..

  42. nina21 says:

    boleh x nk mintak izin tuk copy bahan dlm web ni…….. tq

  43. lollypop says:

    sdey.. tp kalo kte move first lgi malu.. sbb x tau dye ske kte ke x?? sushnyer..

  44. gadis! says:

    hwm…sdh ….
    aku pown macm tu….
    tkut nk ksi tawu..
    smpai skrang dye still x tawu… :cry:

  45. hayati says:

    pape pown…
    awk mencari cinta sejati..
    cinta sejati..
    cinta yg perlukn pengorbanan…

  46. myra says:

    cter ni lebih kurang cter aq ngan sumone yang pernah jadi sebahagian drpd idup aq satu ketika dulu..
    tapi yang bezanya aku sempat luahkan ape yang aku rasa.. dan lebih baik lagi yang dia pun suke kat aku.. tapi hubungan uw tak bertahan sebab ada orang ketiga. tapi apa yang aku dapat katekan.. aku sayangkan dia lagi,meskipun sekarang ni dia dah ada orang lain.. ayie aku sayang kat kau sangat2..huhu

  47. liza says:

    suka la website nie ms sy jumpa web nie sy tgh putus cinta…
    skarang kami dah berbaik balik… sy tetap cari website nie kerana berguna tuk sy terima kasih tuan punya website huhu :D :up:

  48. asleenda says:

    sedih jg critanya p aku lebih suka baca Ungkapan Cinta untuk “Warkah Buatmu”…cuba hayati, bestkan kata2nya….insya-Allah akn d temukan kita dgn jodoh yg baik2….

  49. aimieyl says:

    cinta itu buta.kerana itu aku buta dalam bercinta.tanpa mengenal usia,tanpa memandang rupa paras,aku amat mencintai dirinya.malangnya aku kecundang dan kecewa

  50. azizi says:

    Kasih, lama perkenalan kita, sudah sebati dgan diri ini..walau kini kau tiada di sisi..namun naluri aku sbgai lelaki tetap bersamamu..semoga rohmu dicucuri rahmat.. (NUR AR RAHMAN)

Trackbacks

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*