Saya suka mendengar lagu berentak perlahan dan juga genre rock kapak. Hahaha… Mungkin ada dikalangan korang yang tak sangka yang saya ni berjiwa ‘orang lama’. Tetapi, memang itulah diri saya. Suka mendengar lagu-lagu macam ni kerana maksud dalam lagu-lagu tersebut lebih mendalam dan kena dengan kehidupan kita.
Namun begitu, terdapat juga lagu-lagu yang saya suka dengar dan ianya bersangkut paut dengan kisah cinta saya. Sedikit sebanyak, lagu itu ada menyimpan memori indah bersama dengan kekasih kita. Sebagai contoh, bila kita dengar suatu lagu ni, kita teringat kisah cinta kita bersama dengan si dia. Bila dengar lagu yang lain pula, teringat kisah cinta dengan orang lain. Dan macam-macam lagi.
Bagi saya, hanya dua lagu sahaja yang mengingatkan saya dengan percintaan kami. Iaitu lagu dari kumpulan Qiara – Hanya Padamu dan juga Ruffedge – Bila Rindu.
Qiara – Hanya Padamu
Lagu ini saya dapat daripada seorang kawan karib saya, Rushdi namanya. Beliaulah yang memberikan saya lagu ini kerana beliau tahu saya akan suka dengar lagu ini. Apabila pertama kali mendengar lagu tersebut, saya sudah terpesona dengan lirik dan rentak lagu tersebut. Dan lagu itu telah saya berikan kepada Mrs Teddy dan saya pernah nyanyikan lagu itu pada dia.
Kalau korang semua nak tahu, lagu Hanya Padamu ni lagi menangkap feeling dia apabila korang dengar sambil lampu ditutup dan pasang lagu tu kuat-kuat dan baring tutup muka korang dengan bantal. Confirm layan… Betul… Tak tipu punya… Memang feeling dia akan rasa lain. Nak pulak kalau korang menghayati lirik-lirik dalam lagu tersebut. Lagi menangis punya…
Ruffedge – Bila Rindu
Lagu ni pula saya pertama kali dengar di bilik sahabat saya tu juga, Rushdi. Tu pun apabila Mrs Teddy menyuruh saya mendengar lagu tersebut setelah disuruh berkali-kali. Hehehe…
Saya masih ingat lagi. Masa tu, saya dan Mrs Teddy baru sahaja bercouple, dan Mrs Teddy beriya-iya menyuruh saya mendengar lagu tersebut. Nasib baik la kawan saya tu memang suka kumpul lagu-lagu Melayu. Jadi, mudahlah saya untuk mendapatkan lagu Bila Rindu tu.
Saya rasa, korang pun mesti ada lagu-lagu yang pernah menjadi sebuah memori dalam hidup korang. Kalau ada, sudi-sudikanlah menceritakan lagu apa dan kenapa. Nak jugak tahu lagu apa yang pembaca Tentang Cinta suka dengar dan kisah cinta disebalik lagu itu.






Bukan mudah utk menyintai dan bukan mudah utk dicintai
fahami makna cinta yg sebenarnya, fahami apa sbenarnya yg kau inginkan dalam bercinta…cinta…menyebutnya mmg senang tapi
merasakan apa sbenarnya cinta trlalu pyah…itulah cinta!
bt0l bt0l
There are many things in life that will catch by eyes, but only a few will catch by heart…
Sometimes our heart sees, what eyes can’t explain…
Even something as simple as eating…
Sometimes in our life we have no choice, everything must be quick act fast or you’ll lose everything..
as tough as ever, But
only one i know…We Believed In GOD..only GOD can make the impossible to possible..
great blog!