Panduan untuk menghantar artikel ke Tentang Cinta

Rahsia Memahami Pasangan Anda

Setiap hari kami menerima pelbagai kiriman email daripada pengunjung Tentang Cinta. Ada yang menghantarkan puisi cinta, ada yang menghantarkan kisah cinta, ada yang menghantarkan cerpen cinta dan pelbagai lagi. Tetapi, tidak semua kiriman yang dihantar dapat diterbitkan di laman Tentang Cinta. Ini disebabkan terdapat beberapa kesilapan dalam artikel yang dikirimkan. Di sini, kami ingin memberikan panduan untuk penulisan artikel yang bagus dan dapat diterbitkan di Tentang Cinta.

1. Tajuk yang bersesuaian
Ramai yang menghantarkan kiriman artikel kepada kami. Artikelnya amat menarik tetapi masalahnya artikel itu tidak mempunyai tajuk atau tajuk yang diberikan tidak bersesuaian dengan artikel yang dikirimkan. Jadi, kami tidak dapat menerbitkan artikel tersebut di Tentang Cinta kerana tiada tajuk.

2. Pemerengganan tersusun
Pemerengganan artikel yang tersusun dapat memudahkan pembaca memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Banyak artikel yang kami perolehi daripada pengungjung tidak mempunyai pemerengganan yang tersusun. Segala ayat bercampur aduk dan kami sendiri tidak dapat menangkap di mana perbezaan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam artikel itu. Mana-mana artikel yang menarik tetapi pemerenggan yang tidak tersusun, akan kami emailkan semula kepada pengirim supaya membetulkan masalah tersebut dan hantarkan semula kepada kami.

3. Penggunaan tatabahasa yang betul
Ini merupakan sebab utama banyak artikel tidak dapat kami terbitkan di Tentang Cinta. Artikel-artikel yang dikirimkan tidak langsung mempunyai tatabahasa yang sepatutnya. Kami tidak kisah mengenai sususan ayat tetapi penggunaan huruf besar pada tempat yang sepatutnya janganlah diabaikan. Sebagai contoh, selepas titik noktah, perkataan yang seterusnya mesti dimulakan dengan huruf besar. Ramai pengirim artikel terlepas pandang perkara ini dan kami tidak dapat menerbitkan artikel yang mereka kirimkan. Ada artikel yang kami pulangkan semula kepada pengirim untuk pembetulan. Artikel-artikel yang telah diperbetulkan akan kami nilai semula sebelum dapat diterbitkan di laman Tentang Cinta.

Di Tentang Cinta, kami amat menjaga kualiti artikel yang diterbitkan di laman Tentang Cinta. Jadi, kami terpaksa mengambil berat terhadap aspek-aspek seperti di atas bagi menjaga keberkesanan laman Tentang Cinta ini dan bagi memudahkan pengunjung untuk membaca artikel-artikel yang diterbitkan.

Sekiranya anda ingin menghantarkan artikel ke Tentang Cinta, pastikan tiga perkara di atas dipenuhi bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul ketika kami ingin menerbitkan artikel anda. Diharapkan dengan adanya panduan ini, dapat menambahkan lagi kualiti artikel dan meningkatkan daya tarikan terhadap pengungjung Tentang Cinta untuk membaca artikel anda.

Rahsia Sistem Diet Kamikaze

Ungkapan Cinta Pembaca

  1. Baby Lov Syg 2710 says:

    Saya sudah mengenali si Dia (wanita) sejak bulan 9 tahun 2010. Mula2nya,
    hubungan kami intim, mesra dan sebagainya (unsur2 positif). Masalah
    mula timbul apabila si Dia berpindah ke rumah sewa yang lain. Di sini,
    si Dia menyewa sebilik, tuan rumah bersama suaminya (tiada anak)
    sebilik, seorang Tomboy sebilik dan bilik satu lagi milik seorang lelaki
    (x pernah nampak pun kelibatnya). Saya mula menampakkan sesuatu bila
    terlihat mesej2 di Fb yg berunsurkan sesuatu yg pelik. Setiap kali
    ditegur, si Dia akan menafikan segalanya, malah mengatakan atau mengutuk
    bhwa si Dia langsung tidak selesa memikirkan bila bersama si Tomboy.
    Secara x langsung, timbul masalah besar sehinggakan kami hampir putus
    disebabkan si Tomboy ini. Saya amat bersyukur kpd tuhan ianya kembali
    normal. Perkara ini berlarutan lagi (hampir2 putus tp kembali normal)
    sehinggalah si Dia keluar dr rumah itu. Pada mulanya, kami amat bahagia
    sekali sehinggalah si Tomboy ini muncul lagi. Namun kekuatan imannya Isi
    Dia) dan saya, kami berjaya mengharunginya sekali lagi. Baru2 ini,
    tanggal 6/5/2011, saya melamarnya, si Dia menerimanya lalu kami membuat
    ikatan, bertunang. Kami cuma memaklumkan pd keluarga shj. Pd 22/5/2011,
    sy ke rumah adik si Dia (dia telah berpindah ke sana selepas keluar dr
    rumah sewa sebelum ini), mungkin tergerak hati saya, saya ternampak
    kereta si Tomboy parking di bawah, lalu saya cuba hubunginya tp x dapat.
    saya menalipon adik iparnya lalu dgn penuh kesabaran menyuruhnya
    memberitahu si Dia saya menunggu dibwh. dgn selambanya, si Dia turun
    ngan Tomboy itu. Saya pulak seolah2 tidak dikenalinya, dipedulikan malah
    sepeerti kami tiada apa2 ikatan. saya menegurnya dan si Dia memarahi sy
    tp dgn nada rendah. Dan di hari itu juga, si Dia memutuskan pertunangan
    kami dgn mengatakan nhwa hati Dia hanya boleh menerima perempuan (dlm
    hal ini, TOMBOY la). Apakah harus saya lakukan? Berdiam diri? Bersabar?
    Sehingga bila? tertanya jgk, bagaimanakah seseorg boleh berubah dlm
    sekelip mata? Ada unsur2 syirik atau lain? Bagaimana saya mengatasinya?
    Keluarga saya masih belum diberitahu ttg si Dia memutuskan pertunangan
    ini sbbnya ibubapa saya amat menyayanginya. Saya takut nereka tidak dpt
    menerimanya, lagipun kedua2 org tua sy tidak lah berapa sihat. Amat
    memerlukan pertolongan pd sesiapa…

  2. Kerana cinta.
    Setiap remaje akan mengalami situasi cinta apabila sampai waktunya,
    tapi adakah cinta kali pertama akan berkekalan sampai bila-bila.
    Tidak dek kerana cintalah hidup aku menjadi hancur berderai.
    Hidup terumbang ambing yang tidak tahu mana arah tujuannya.
    Kerana cinta yang tulus dari hati aku ini,sehingga si dia sanggup menipu aku.Sampai hatinye dia menduakan aku tanpa diketahui.
    Sanggup dia merelakan nafsu menguasai dirinya.
    Setelah sekian lama aku percaya kan dirinya
    kini dia membuat diriku seperti sampah yang tidak berguna.Setelah aku serah kan diri kerana percaya akan kata-kata dusta si dia, dia meninggalkan aku begitu sahaja.
    Adakah ini salahku.
    Kenapa aku yang harus terima semua ini..
    Aku tidak boleh terima apa yang terjadi keatas diriku,sehinggalah aku serah kan diri kepada rakan si dia,yang konon nya ingin membantu ku..
    Tapi apakan daya aku hanya seorang manusia yang tidak sempurna.
    Sejak dari situ aku terus menyepi kan diri.Sebulan selepas kejadian aku mendapati bahawa aku telah mengandung kan anak keapda rakan si dia.
    Seolah-olah tidak percaya apa yang terjadi keatas diriku ini sebegitu cepat dan berat.
    Seperti yang berlaku dengan si dia yang tidak mahu bertanggungjawab keatas diriku ini.Begitu juga dengan rakan si dia.
    Selapas wujudnya seorang bayi perampuan yang dilahirkan aku,barulah aku mengerti apa itu cinta yang tulus,bersih,suci dan murni.
    Bukan hanya dengan memberikan mahkota diri sahaja.
    Kini aku lah mama,aku lah jaga papa kepada anakku.
    Selepas kehadiran seorang bayi perempuan yang comel, aku perlu kuat untuk meneruskan hidup untuk anakku..Kini tiada lagi cinta yang ada dihati ku.Hanya padamu aku berserah dan berlindung dari segala ujian mu ya allah..

  3. saya nak register bahagian forum tentang cinta.tapi,saya tak tahu nama singkatan bagi forum tentang cinta.

  4. telah sekian lama ku membisu untuk meyembuyikan perasaan ku ini terhadap mu..
    kini aku tak sangka yang aku mampu meluahkan perasaan ini terhaap mu..
    aku bukan orang yang senang untuk jatuh cinta apatah lagi kepada wanita seperti mu..
    jika ku tak dapat memiliki hati mu, aku rela dengan keyataan itu..
    tapi hanya satu ku pinta dari mu, jangan pernah melupakan ku dan jangan pernah mencuba untuk membenci ku….

  5. siang perlukan matahari,,
    malam perlukan bulan,,
    cinta perlukan keikhlasan,,
    sayang perlukan bekorban,,
    jika dia pilihan mu aku relakan diri mu dengan dirinya..
    aku bukan burung pungguk,,
    yang rindukan bulan,
    aku bukan meparti putih yang jinak di tangan,
    aku bukan sang wira yang sanggup mati kerana kekasihnya.
    tapi……………………………….

    aku rindukan mu..
    aku ingin jinak di hati mu..
    aku tak kan mati kerana cinta tapi aku akan mati kerana allah swt..

  6. saya bukan nak tulis pasal cinta…saya nak tanya sesuatu…bulie kha?

    sekiranya lelaki tu bekerja di kedai milik ibubapa kita….dia suka pada anak bosnya,anak bosnya pun suka pada dia……tetapi lelaki itu sudah berkahwin tetapi ingin bercerai kerana isterinya tidak bertanggungjawab….apakah yang harus dibuat oleh anak bos?

  7. memang benar,
    setiap manusia amat memerlukan cinta dalam kehidupan kerana tanpa perasaan syang dan menyayangi hidup akan menjadi tidak sempurna,manusia sejak azali lagi saling memerlukan antara satu sama lain sepertimana ADAM dan HAWA yang saling sayang menyayangi tanpa ada secalit rasa kebosanan.Jadi segala ujian yang menimpa dalam percintaan harus dijadikan sebagai pedomen untuk mengeratkan lagi ikatan tersebut..

  8. aku baru je break ngan awek sy dah dekat satu bulan…tp,sy tk dpt berbuat apa2 atau nk kata apa dgn dia. walau pun marayu sekali tetapi dia tetap katakan tk.sy ingin kembali dgn dia…apa harus aku lakukan…pls someone help… aku hanya merajuk beberapa ari ja pas tu kerna ego ia berlanjutan… tk sangka dia tgglkan sy…ni adalah kali ke empat sy merayu dgn dia…

  9. sy suka bca TENTANG CINTA ni..byak y leh sy bljar dn mspt pgtahuan tntang cinta..

    KENAPA MENYUKAI SESEORANG AMAT MENYAKITKAN..
    kenapa menyukai seseorang
    amat menyakitkan..
    kenapa merindui seseorang
    amat menyeksakan
    kenapa mesti hati ini sentiasa
    menangis kerana CINTA
    kenapa mesti hati ini sengsara
    di sebabkan CINTA
    Ya Tuhanku…
    kenapa hatiku sakit apabila menyukai seseorang
    kenapa hati ni menangis kerananya
    kenapa aku dapat dpt memiliknya..
    kenapa senyumannya bukan milikku
    kenapa hatinya bukan milikku
    namun….
    cinta tak boleh paksa
    aku hanya dapat mdoakan kebahagianmu
    walaupun aku menitis air mata kerana merindu dirimu..
    KENAPA MENYUKAI SESEORANG AMAT MENYAKITKAN..

  10. sy xtau sama ada sy suka kat dia atau x…tp lau xjump ngn dia sy rindu sgt kat dia…lau jump ngn dia dia just snyum kat sy tnpa berkta2 apa dah ckup wat sy gmbr tp bila dia xendah kat saya..ati sy skit sgt…bila dia berbual ngn perempuan lain sy cemburu cuz sy xdpt berbual dngn dia…dan sy slalu memikirkannya dan menangis kerna dia….kenapa susah utk mendpt CINTA sy xpernah pun bercinta dan dia cukup baik dan soleh nmun sy y xcukup baik utk dia..sy bkn perempuan y slehan utk di jdkan temanya..
    wlaupun sy jump ngn dia tp ati ini ttp mrinduinya…sy rindu dia sgt2…
    wlaupun sy tau y sy xakn pernah memilikya…wlaupun dia tau y sy sukakan dia
    persoalanya ADAKAH KAU AKAN MENJADI MILIKKU ????

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*