Panduan untuk menghantar artikel ke Tentang Cinta

Setiap hari kami menerima pelbagai kiriman email daripada pengunjung Tentang Cinta. Ada yang menghantarkan puisi cinta, ada yang menghantarkan kisah cinta, ada yang menghantarkan cerpen cinta dan pelbagai lagi. Tetapi, tidak semua kiriman yang dihantar dapat diterbitkan di laman Tentang Cinta. Ini disebabkan terdapat beberapa kesilapan dalam artikel yang dikirimkan. Di sini, kami ingin memberikan panduan untuk penulisan artikel yang bagus dan dapat diterbitkan di Tentang Cinta.

1. Tajuk yang bersesuaian
Ramai yang menghantarkan kiriman artikel kepada kami. Artikelnya amat menarik tetapi masalahnya artikel itu tidak mempunyai tajuk atau tajuk yang diberikan tidak bersesuaian dengan artikel yang dikirimkan. Jadi, kami tidak dapat menerbitkan artikel tersebut di Tentang Cinta kerana tiada tajuk.

2. Pemerengganan tersusun
Pemerengganan artikel yang tersusun dapat memudahkan pembaca memahami isi kandungan yang ingin disampaikan. Banyak artikel yang kami perolehi daripada pengungjung tidak mempunyai pemerengganan yang tersusun. Segala ayat bercampur aduk dan kami sendiri tidak dapat menangkap di mana perbezaan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam artikel itu. Mana-mana artikel yang menarik tetapi pemerenggan yang tidak tersusun, akan kami emailkan semula kepada pengirim supaya membetulkan masalah tersebut dan hantarkan semula kepada kami.

3. Penggunaan tatabahasa yang betul
Ini merupakan sebab utama banyak artikel tidak dapat kami terbitkan di Tentang Cinta. Artikel-artikel yang dikirimkan tidak langsung mempunyai tatabahasa yang sepatutnya. Kami tidak kisah mengenai sususan ayat tetapi penggunaan huruf besar pada tempat yang sepatutnya janganlah diabaikan. Sebagai contoh, selepas titik noktah, perkataan yang seterusnya mesti dimulakan dengan huruf besar. Ramai pengirim artikel terlepas pandang perkara ini dan kami tidak dapat menerbitkan artikel yang mereka kirimkan. Ada artikel yang kami pulangkan semula kepada pengirim untuk pembetulan. Artikel-artikel yang telah diperbetulkan akan kami nilai semula sebelum dapat diterbitkan di laman Tentang Cinta.

Di Tentang Cinta, kami amat menjaga kualiti artikel yang diterbitkan di laman Tentang Cinta. Jadi, kami terpaksa mengambil berat terhadap aspek-aspek seperti di atas bagi menjaga keberkesanan laman Tentang Cinta ini dan bagi memudahkan pengunjung untuk membaca artikel-artikel yang diterbitkan.

Sekiranya anda ingin menghantarkan artikel ke Tentang Cinta, pastikan tiga perkara di atas dipenuhi bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul ketika kami ingin menerbitkan artikel anda. Diharapkan dengan adanya panduan ini, dapat menambahkan lagi kualiti artikel dan meningkatkan daya tarikan terhadap pengungjung Tentang Cinta untuk membaca artikel anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Panduan untuk menghantar artikel ke Tentang Cinta" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. sye isha…can u help me to solve my prob????it’s very hurt to me….:(

  2. usop_jingga says:

    second comment…..=|=|=|=|

  3. qiqi anura says:

    eh…jgn nakal2…mak soh balik:-w

  4. silver_planet says:

    [Comment ID #17780 Will Be Quoted Here]

    silver rase isya bleh ler cari artikel@topik yang berkaitan ngan masalh isya, supaya kami sumer bleh tolong isya…

  5. mokhtar says:

    saya kenal melalui chat e trus pecayahkan saya e nak jumpa saya tapi

  6. firman says:

    hai semua,
    ku ikutan ya,,
    boleh tidak???????

  7. silver_planet says:

    boleh2

  8. qiqi anura says:

    mmm…simple jw syaratnye.
    amacam dear, bleh le antar citer kiter tu ek?;)

  9. ai says:

    noting…

  10. estafaney says:

    knp kita semua kena bercinta….nie memang soalan bodoh…tp sbb pa eh???

  11. sbb ALLAH dh kurniakan setiap kejadian dan makhluknya mempunyai rasa CINTA..:)>-

  12. abadiey2410 says:

    helo..:)>-

  13. abadiey2410 says:

    betul apa y single gurl katakan…cinta juga milik semua,y boleh dan plu drasai oleh semua pihak..tapi kte juga plu sedar,cinta x semestinya dmiliki………malah kte juga plu bersyukur,seandainya pnah dcintai dan menyintai…….

  14. abadiey2410 says:

    mokhtar

    saya kenal melalui chat e trus pecayahkan saya e nak jumpa saya tapi

    November 8th, 2008 at 12:01 am | Quote

    -nape ni mokhtar ada masalah ke?

  15. naturalgurl says:

    cinta,cinta,cinta….mcm boring je…

  16. byni_qistina says:

    askum..:(act nak luahkan ape yg sy rase skrg ni..rse yg sgt sedih myelubungi diri..selama ni xpernah rse mcm ni..1stly punce nye,kereta bf sy hilang.mse 2 sy lah yg temani die stiap hri.tman dikala die sedih.sy x sikit pon kdekut mase utk tmani die..tp..kini dh brubah.segalanya dh brubah.die x macm dulu yg sy kenal.mulenye die jd kurg bcakap.mungkin tekanan sbb kereta 2 hilang.sy faham.tp lama kelamaan,die bukn takat kurg ckp.die trus x cll.x msg.bile sy cll n msg x pernah berbalas or berangkat.bile kol kwn serumah,kwn2 die kata die x nak ckp ngn sy.ape slh sy smpi die buat sy mcm ni.hr2 sy bmandikan air mata,sy sedar sy masih x kuat utk tmpuh smua ini..if die angkt pon cll tu die akan marah sy.apa salah sy?selama ni susah senang kami kongsi bersama.tp skrg x lagi..xde sape lg yg sy nak luahkan perasaan sy ketika ni.tolong la sy mcne cara nak ambil hati die balik..sy x sgup kehilangan die..sy hanya mahukan die dlm hidup saye..pnah 1 hr,ex gf die cll bf sy then ckp “i x pduli u ade gf ke ape..wlupon u ade anak sekali pon,i akan dapatkan u jugak wlu dgn ape cara skali pon”ayt tu pon ckup buat sy terduduk masa tu..sy takut sgt prmpuan ni punca bf sye brubah.sy bukan nak mnuduh atau ape..tp saye takot dgn ayat2 tu,sy takut die gunekan cre halus utk dptkan bf sy balik.ya allah,jauhkan lah perkara2 sebegini..sesungguhnya aku hamba yg lemah.kuatkan lah hati ini utk mnmpuh sgala ape yg berlaku.

  17. aku_ana says:

    qistina firstly, optimis pikir menda baik2,
    yng kedua, cari punca masalah sbb utama knp boy qis diam jek.
    third,cari dbb kenapa dia jadi macam tu,

    p/s: kalau dah jodoh xkan kemana, jgn takutlah ;)

  18. aku_ana says:

    cam na nk hantar artikel??????????
    nak gak kongsi cerita:)>-

  19. klik jewk kat hantarkan kat atas tu…
    ad papn tanda kaler hijau…

  20. EMARIZ says:

    [Comment ID #19835 Will Be Quoted Here]

    berdoa banyak2…..munkin nie ujian yg harus qistina tempuhi,
    dgn ape cara sekali pun….if die jodoh awk,ia xkan lari kemane…
    8-|8-| …bagi ur boy tenang dulu….munkin dlm mase yg same,die rase bersalah pade qistina….then lelaki nieh,bile dieorg ade masalah,dieorg susah nak menceritekan masalah dieorg pade pasangan…so qistina,kene lah pandai mencari punce sebb ape ur boy berubah peragai sampai mcm tu sekali…even die milik qistina,ia akan kembali and berterus-terang ape yg telah berlaku…
    ;))

  21. aku itu ana says:

    [Comment ID #19882 Will Be Quoted Here]

    oh ya,thank you very much silver :D hehe:)

  22. aku itu ana says:

    [Comment ID #20158 Will Be Quoted Here]
    haha, yup betul tu betul..:)>-

  23. EMARIZ says:

    [Comment ID #20165 Will Be Quoted Here]

    :d:d

  24. Leyleyy says:

    heyy ! !

  25. mariam says:

    cinta memang suatu yg kompleks. beruntunglah seseorang jika mendapat cinta yang hampir sempurna. tdk ada cinta yang sempurna. cinta yang sukar akan memberi penjelasan namun jika tiada pengertian ia tdk akan menjadi hampir lengkap. masa yg akan tentukan…namun jika tiada jodoh itu sudah ditakdirkan. jangan menyesal atas apa yang berlaku kerana ada hikmah disebaliknya. hikmah tidak akan ternampak dalam sekelip mata. cuma cinta tanpa kejujuran, kesetiaan tetapi diiringi pengkhianatan ia seumpama menanti ombak besar menghanyutkan saki baki kepercayaan. bila tenggelam mungkin tak akan timbul lagi. berhati-hati dalam cinta. setialah, jujurlah, berkorbanlah untuk kebaikan serta pinta “wahai kekasihku, mengertilah aku”.:)

  26. allin08 says:

    slm semua…hari ni genap 10 tahun i kehilangan kasih sayang dari insan yang paling i sayang…terasa macam baru semalam i berpisah dengannya,masih terbayang-bayang pandangan terakhirnya…jelas kelihatan rasa marah diraut wajahnya…tapi yang buat i sedih sangat sampai saat ni i masih tak dapat lupakan dia…:((

  27. dikala kesepian ini
    aku duduk termenung
    ditemani awan dan angin yang lalu
    memikirkan hari-hari yang bakal aku lalui

    di bumi ini
    aku terpaksa menerima dugaan
    aku laluinya dengan tabah dan tenang
    tidak pernahkah terfikir akan dirimu
    aku terpaksa lalui dengan satu kekecewaan

    dikala kesepian ini
    aku menanggis sendirian
    bila rindu datang bertamu dihati
    tidakkah kau merindui keriangan bersamaku??

    salahkah aku mencintaimu
    salahkah aku bertahkta dihatimu
    walaupun secebis harapan dan ruang
    aku ketandusan kasih sayang
    untuk menyanyangi dirimu

    dikala kesepian ini
    aku menatap wajahmu buat kali terakhir
    dihati ini tiada siapa yang mengetahui
    kecuali DIA yang merasakannya

    sayang,,
    maafkan aku sekiranya luahan ini
    menyinggung perasaanmu yang sedang bergembira
    mungkin aku hanya seorang perempuan hina
    yang tak sanggup kau cintai sepenuh hati

    dikala kesepian ini
    aku tinggalkan semua khayalan
    aku hidup di alam yang realiti
    aku bangkit daripada khayalan
    aku ingin teruskan kahidupan ini!!!

    sayang,,
    dengarlah kataku
    mengapa harus bertemu
    jika untuk berpisah…

  28. jIKA CINTa, hati ini gEmbira…jiKa cinTa hati iNi terluka…jiKa cinTa hati iNi bahagia…copyriGht pRotected: Alisya Nadhira…

    …hArgailah cinta keRana ia hadir tanpa di dUga…aNdai seKALi ia pErgi pAasti meraNa jiwa terluka…:x:x

  29. Mat G says:

    Hari nie 14 hb..
    merupakan tahun ke 2 aku tak menyambaut hari kekasih bersama orang yang dicintai atau bersama insan baru kerna hanya dia yang aku cintai sepenuh hati..

    walaupun sudah 2 tahun abg bersendirian tanpa yaa tanpa penganti yaa. inilah dunia baru abg..selagi hayat dikandung badan hidup abg adalah kerja2..tiada niat nak mencari penganti yaa. sukar bagi abg melupakan yaa.

    abg cintakan yaa..apa yang berlaku antara kita dahulu kesilapan kita sendiri. cinta 6 tahun kita masih tebal dalam hati abg. tak mungkin abg dapat melupakan semua kenangan antara kita.

    cinta kite sejak di sekolah sentiasa dalam memori abg..

    Selamat hari kekasih yaa..

  30. madu says:

    salam….
    sy baru je nk join bnd ni..cm besh..huhu..nntikan cmment2 sy seterusnye pasni…;-)

  31. sue says:

    kte baru d kcewakan…

  32. sue says:

    sy nak kongsi ngan korg… kte dah setahun couple dgn somebody… dlm mse tuu xpnah sy xjujur or xsetia pd die… i love him so much… i believe him so much… tym tuu die pun tol2 sygkan sy… tp dugaan dtg pd sy… sy ade pnyakit yg agk bhaye.. sy bg die pluang, truskan hbungan or sy redha klu die nak tnglkan sy. die xnak tnglkan sy, die kte dia xsngup hdup tnpe sy… tp smue tuu brthn kjap aje… die mula brubh… die curang pd sy.. die tnglkan sy saat sy tol2 prlukan die.. ntah pe dose sy,,,

  33. baby says:

    hai,…bestnya bila baca kisah cinta u ‘all sume.,,:):):)

  34. jad says:

    sukalaaaaaaaaa laman ni….

  35. mumu says:

    best story u all tu…:d:d:d
    leh jd pengajaran and pengalaman….;);):)>-:)>-

  36. meera says:

    hi….selalu nya saya akan rujuk kat laman web ni sebab kat sini ada banyak tip tentang cinta:x. sekarang saya ada masalah sikit kat skolah ada dua bdk nie dye asyik pandang saya je rimaslah kalau asyik dipandang…..8-|Kalau sape2 boleh tlong saya sila email kan kepada ‘myranatasha_96@ymail.com’:)>-;);)

  37. PinkyGurlz_Killa says:

    Were We Both Strangers When I First Saw You
    Not Even A Feelings Passed By Our Hearts
    But Then The Love Story Starting To Began
    We Started To Smile Whenever We Saw Each Other

    Then I Started To Becomed Your Friend
    But At That Time The Love Is Just Nothin
    Just Like A Playfull Feelings Crossing In Hearts & Mind
    I Even Told Myself To Give Up From This Love

    But Now The Feelings Getting Stronger
    Making Me Thinking Of You All The Time Long
    Dreamings Of You All Nights In My Dream
    Trying To Help You In All The Obstacles You meet

    I Don’t Knew Wherever The Spirit To Go On This Love Come From?
    But I must Go On Figthing Before He Tell Me I Loosed
    This Crushing Killing Silently
    All The Happyness,Sadness & Paint Passed By Me
    How Long Has It Been Since I Fall In Love With You?
    I Wonder Did You Realize How Do I Feel?
    Why Must You Leave Me In This Dark Corner Of Love?
    Giving Me Hopes That I”m Not Sure??

    Now I”m Solving This Mystery Of Love Of Mine
    Trying To Get A real Answer From You
    Waiting With Full Of Hope & Patient Silently
    Blushing Inside Thinking Of You Hoping To Have Some Chemistry
    :D :o

  38. PinkyGurlz_Killa says:

    Were We Both Strangers When I First Saw You
    Not Even A Feelings Passed By Our Hearts
    But Then The Love Story Starting To Began
    We Started To Smile Whenever We Saw Each Other

    Then I Started To Becomed Your Friend
    But At That Time The Love Is Just Nothin
    Just Like A Playfull Feelings Crossing In Hearts & Mind
    I Even Told Myself To Give Up From This Love

    But Now The Feelings Getting Stronger
    Making Me Thinking Of You All The Time Long
    Dreamings Of You All Nights In My Dream
    Trying To Help You In All The Obstacles You meet

    I Don’t Knew Wherever The Spirit To Go On This Love Come From?
    But I must Go On Figthing Before He Tell Me I Loosed
    This Crushing Killing Silently
    All The Happyness,Sadness & Paint Passed By Me

    How Long Has It Been Since I Fall In Love With You?
    I Wonder Did You Realize How Do I Feel?
    Why Must You Leave Me In This Dark Corner Of Love?
    Giving Me Hopes That I”m Not Sure??

    Now I”m Solving This Mystery Of Love Of Mine
    Trying To Get A real Answer From You
    Waiting With Full Of Hope & Patient Silently
    Blushing Inside Thinking Of You Hoping To Have Some Chemistry
    :D :o

  39. ank mama says:

    alo….
    slmt bkenalan…
    sy jay, asal swk..
    umur 20…
    x malu ni…
    dtg2 jak pkenal diri..hehe

  40. jangan tinggalkan org yg kita sayang utk org yg kita suka..kerana org yg kita suka akan tinggal kn kite utk org yg mereka sayang…
    sayang lah dengan ape yang kita ada sblm kita mencari apa yg tiada…

  41. [Comment ID #23078 Will Be Quoted Here]

    hohohoho

  42. Halimi says:

    Salam …

    Nak try hantar artikel la … 8)

  43. nana says:

    :XO: :XO: :D ERTI CINTA
    setiap cinta perlukan pengorbanan jadi keiklasan perlulah di pamairkan bagi mencapai erti cinta yang sebenar..

  44. impianque says:

    SESEORANG UNTUK DICINTAI

    Kau hadir dalam hidupku
    Kau membebaskan aku dari
    Mentera kesedihan
    Yang melingkari hidupku
    Entah apa silapku kau menolak
    Aku ke tepi
    Hati yang pernah kau patahkan dulu
    Itulah hatiku…
    Aku sentiasa yakin dan pasti
    Tanpamu disisi hidupku tak bererti…
    Dengarlah jeritan kesunyian hatiku
    Yang kecewa denganmu
    Aku tak inginkan dirimu lagi
    Lihatlah kekosongan hatiku
    Tiada lagi tempat dihatiku untukmu
    Tapi…
    Itu yang ku katakan dulu
    Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu…
    Akhirnya aku mengerti dan pasti
    Aku jumpa dengan apa yang aku cari
    Seseorang untuk dicintai
    Untuk berpaut
    Untuk menjadi inspirasiku
    Seseorang untuk di belai dan
    Untuk ku hargainya dalam hidupku…
    Kerana kau telah pergi
    Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi
    Sampai saat itu
    Aku tahu segalanya tentang hidupku
    Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri
    Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku
    Kerana dirimu…
    Yang membuat aku tersenyum hari ini…

  45. impianque says:

    Pertemuan

    Diawal pertemuan terasa kedinginan
    Namun bila tiap masa bersama
    Rasa sayang mula menjalar disanubari
    Perpisahan tak diingini
    Kerana kita saling menyayangi
    Walaupun singkat kasih antara kita
    Namun ku bahagia bersama…
    Kita memang ingin bersama
    Untuk selamanya…
    Tapi perpisahan menjelma jua
    Tak daya kita tepis Semuanya…
    Hari ini kita berpisah
    Entah bila kita ‘kan bertemu kembali
    Air mata mengiringi perpisahan ini
    Terasa sepi tanpamu…
    Gelak tawa pun hilang
    Senyum kini entah dimana…
    Mampukah kita pertahankan
    Ikatan yang kita jalinkan bersama…!!!

  46. impianque says:

    Akhirnya Sebuah Cerita Cinta…

    Berakhirnya sebuah cerita
    Cerita aku
    Cerita dia
    Tiada lagi tawa
    Sunyi dari gelak ceria
    Berlalu…Bertemankan angin senja…

    Tak perlu lagi diukir kembali cerita itu
    Tayangnanya sudah berakhir
    Ribuan manusia sedia mengerti kesudahannya
    Dan aku diam membisu
    Tiada sebarang pengucapan mampu ku luahkan
    Diam tanpa kata…

    Kini
    Ukirkan kembali cerita baru
    Usah ditangisi lagi kesudahan
    Cerita nan lalu
    Biarkan ia sendirian…

    Tenung dan renungilah mata ini
    Yang bisa berkata-kata
    Yang mengerti episod cerita itu
    Yang memahami akan pahitnya kesudahan
    Cerita cinta itu…

  47. impianque says:

    aslm…impianque nak tanya apa nak buat kalau kita jatuh cinta dengan kawan baik kita tapi dalam masa yang sama dia dah berpunya…?

  48. missintrovert says:

    sy kaple dulu baru bercinta..
    bak kata org dulu2, kawin dulu baru bercinta..
    tapi hakikatnya, baru kita dapat tahu, utk dapatkan seseorg itu bkn senang jika kedua dua belah pihak mempunyai ego yg tinggi..
    sama sama tidak mahu luahkan perasaan masing2..
    mula lah nak sakit hati satu sama lain, bila jelez pun x nak gtau..
    dah tu berterusan hampir satu tahun, sepanjang tu la, hati memendam rasa.. aduhai…
    perit kan..??

  49. cyunk_gurlz says:

    awk blh kn tlng sy?
    ade poblem with my boy…

  50. Mizz_Lonely says:

    KEPUTUSAN MENYIKSA DIRIKU

    TIBA-TIBA DIKAU
    BERUBAH,
    TIADA LAGI SENYUMAN DAN
    TAWAMU,
    PEDIH HATI INI BILA KUTAHU,
    KAU MENYINTAI TEMAN KARIBKU

    Tiap kali kudengar lagu itu berkumandang, pasti air mataku jatuh bercucuran membasahi pipir. Entah kenapa harus terjadi dalam hidupku. Aku sendiri pun tidak mengerti. Tiap kali aku bersendirian pasti kenangan lama bermain dimata.

    Haikal,
    Maafkan aku kerana masih menyayangimu. Aku telah berbohong padamu. Dulu kukata tidak mahu hidup atau dibayngi dengan dirimu tetapi itu semua hanyalah kepalsuan belaka. Aku tidak boleh melakukan sesuatu jika tidak mengikati dirimu terlebih dahulu. Maaf sekali lagi ku pinta.

    Haikal,
    Suatu waktu dahulu kita pasti mengabiskan masa malam kita dengan bercerita tentang masa depan yang akan kita tempuhi. Banyak nasihat yang kau berikan. Tahukah kau sehingga kini aku masih keseorangan? Kadangkala aku iri melihat kawan-kawan sebaya sebaya berpegang tangan bersama teman lelaki mereka.

    Haikal,
    Rupa-rupanya ada udang disebalik batu. KAu menyimpan hati terhadap kawan karibku. Kau selalu menasihatkan aku supaya tidak seberani ‘dia’ berpakaian seksi dan bebas berkawan malah selalu bertukar pasangan. Tiba-tiba kau berubah di malam Tahun Baru. Selepas pulang menyambut Tahun Baru kau terus ke bilik. Puas kami mendesak, mengajak berbual bersama kami. Akhirnya kau terpaksa mengalah… Kau terus bertanya kawanku kemana ‘dia’ keluar hari ini. Sewaktu kau bertanya pada ‘dia’ aku dapat rasakan ada nada cemburu namun aku diamkan saja. Kemudian kau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamanmu kerana kecewa atas sikap ‘dia’ yang tidak menerima dirimu.

    Haikal,
    Tahukah kau bahawa keputusanmu telah mematikan semangatku untuk terus belajar? Kucuba untuk menjauhkan diri darimu sebelum kau meninggalkan aku. Namun aku tidak berdaya kerana sayangku semakin mendalam padamu. Apalagi bila aku terkenang kau pernah membelai manja rambut, pipi dan memeluk erat diriku.
    Kawan-kawan aku risau melihat perubahanku kerana sebelum ini aku adalah seorang yang periang dan becok, kini berubah pendiam. Tubuhku mula susut dan wajahku murung. Namun setelah didesak akhirnya aku menceritakan pada mereka. Alhamdulillah! segalanya dapat selesai dengan baik.

    Haikal,
    Kini aku benar-benar tenang. Setenang air di tad=sik. Terima kasih kerana sudi memberi aku kebahagiaan walaupun seketika. Aku sangat menghargainya dan bersyukur atas segala pengalaman lalu. Kini aku semakin matang untuk teruskan hidup ini.

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*