Wah…kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tips-tips dan panduan yang saya gunakan apabila keluar dating dengan gadis-gadis Mrs Teddy. Mungkin ada sesetengah tips yang saya gunakan di sini tidak beberapa sesuai untuk anda. Tetapi diharapkan sedikit sebanyak tips yang saya catatkan di sini dapat diguna pakai ketika anda keluar dating dengan orang yang anda sayang… Phewit…!!!
Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan
Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya.
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak. Disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Hurm…bagi pendapat saya la kan, tak perlu la kita nak merajuk lama-lama. Bukannya kita dapat apa-apa pun nanti. Lagi bertambah sedih dan tak happy ada la. Even kalau kita merajuk lama-lama pun, tak takut ke nanti kalau si buah hati kita tu fed-up dan pergi kepada orang lain? Nanti kita juga yang rugi tau…
Saya cakap macam ni pun bukannya nak katakan tak boleh langsung kalau nak merajuk. Tetapi, biarlah berpada-pada. Cuba kita buangkan sedikit sikap ego kita itu. Cuba berikan sedikit ruang dalam hati kita untuk memaafkan kesilapan si dia. Cuba berikan sedikit hati kita untuk menerima kata-kata maaf dari si dia. Lagi pun, mungkin kesilapan yang dilakukan bukan disengajakan ataupun si dia hanya bergurau-gurau saja.
Tetapi, bagaimana untuk berhenti merajuk? Ha…itu terpulang kepada diri masing-masing. Ada sesetengah orang, dia merajuk mengada-ngada. Yang merajuk mengada-ngada macam ni yang saya tak gemar ni. Sikit-sikit nak merajuk. Sikit-sikit nak merajuk. Even kesilapan yang simple pun nak merajuk. Sebagai contoh, terlupa kejutkan dia dari tidur. Padahal, bukanlah lambat mana pun. Just terlewat kejut 15 minit je. Tu pun boleh jadi point. Kalau merajuk mengada-ngada macam ini selalunya diri sendiri yang akan rugi dan diri sendiri juga yang terpaksa pujuk sendiri.
Sudah ramai yang menggunakan Facebook. Boleh dikatakan setiap mereka yang pernah menggunakan Friendster ataupun My Space dan sebagainya sudah pasti turut mempunyai akaun di Facebook.
Oleh sebab itu, kami di Tentang Cinta mengambil kesempatan ini untuk membuka sebuah Fan Page khas buat pembaca, pengunjung dan peminat setia Tentang Cinta sekalian. Fan Page tersebut kami namakan sebagai Tentang Cinta FC atau pun singkatannya TCFC.
Jadi, sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Facebook, sila-silalah mendaftarkan diri anda untuk menjadi salah seorang ahli fan untuk Tentang Cinta ini. Bagi kepada mereka yang sudah pun menjadi ahli fan, bolehlah tolong mencadangkan Tentang Cinta FC ini kepada rakan-rakan Facebook yang lain.
“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
Di Forum Tentang Cinta, saya ada post sebuah undian, Adakah FTC load page sangat lambat?, bagi mendapatkan maklumbalas terhadap kelajuan load page FTC dan juga TC secara amnya. Ianya bertujuan untuk saya mendapatkan figure kelajuan load page FTC dan TC dari aspek pengguna.
Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik anda semua untuk login atau mendaftar ke FTC dan jawab soalan undian tersebut bagi membolehkan saya tahu adakah FTC benar-benar lambat atau tidak.
Tetapi diingatkan, undian ini akan ditutup 15 hari dari sekarang. Jadi diharapkan anda dapat memberikan undian anda sebelum 25 Oktober 2009.
Semoga dengan keputusan dari undian ini saya dapat mengetahui masalah yang dihadapi pengguna forum dan dapat saya perbaiki di mana yang perlu.
Saya dan Mrs Teddy ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca dan pengunjung laman Tentang Cinta sekalian. Diharapkan sinar syawal yang akan disambut pada esok hari akan menambahkan lagi kemeriahan suasana gembira bersama sanak saudara di kampung halaman.
Dan untuk pengetahuan anda semua, di Forum Tentang Cinta terdapat pengundian pemilihan lagu raya dan lagu yang menjadi pilihan adalah lagu Suasana Hari Raya yang dinyanyikan oleh Anuar Zain dan Ellina. Tepuk, tepuk, tepuk…
Dalam bergembira menyambut hari raya, jangan dilupakan pula untuk berkunjung rumah sanak saudara. Kalau makan tu, berpada-pada lah. Janganlah makan sampai perut penuh dan tak larat nak jalan. Kang jenuh pulak orang lain nak memikulnya. :p
Dan nanti lepas puas beraya jangan lupa pada laman Tentang Cinta, ok? Hehehe… Selamat hari raya, maaf zahir dan batin… -mr & mrs teddy.
“Next station, maluri,” kedengaran pengumuman destinasi yang bakal tiba. Beberapa pengguna star LRT sudah bersiap-siap untuk turun. Seorang gadis yg asyik membaca novel sambil mendengar lagu dari hpnya turut bersiap sedia. Menutup novelnya, memasukkn ke dalam beg sandang putihnya. Earphone masih di telinga. Tiba di stesyen Maluri, mereka turun. Matanya masih ralit memandang si gadis. Telefon bimbitnya berbunyi.
“Apa hal pagi-pagi kau dh kacau aku ni?,” soalnya sebaik terdengar suara Naim. Betul-betul mengganggu kosentrasi. Cuci mata pagi-pagi! Pagi yg indah seharusnya memandang sesuatu yg indah-indah jugak. Ceh!
“Sorry la kawan. Ni aku nak pesan kt hang ni Hafiz, tolong beli nasi lemak sebelum hang naik opis, aku tak sempat. Dok jam lg ni,” simpati pulak dengar suara Naim stress pagi ni.
“Ya lah,” talian di matikan. Dia pun selalu menerima nasib seperti Naim. Mujur keretanya rosak minggu lepas. Terpaksa la menapak naik LRT. Tapi terus pulak terlekat naik kenderaan awam itu. Tak payah nak pening kepala dia meredah sesak jalanraya yg sering menguji kesabarannya. Tetapi sebetulnya, dia suka sgt naik LRT pagi-pagi macam ni. Asyik tak sabar je nk tengok wajah gadis tadi. Setiap hari selama semingu ni dia asyik menatap wajah gadis yg asyik dengan novel dan earphonenya. Dia bagai disuntik semangat baru setiap pagi tatkala memandang wajah gadis itu.
“Amboi! Awat dok sengih sorang-sorang ni? Hang dh sewel ka? Satgi aku boh nama hang dalam senarai baru hang tau,” Naim muncul dari balik pintu. Merenung wajahnya yg tersengih-sengih macam orang tak cukup skru. Mamat ni selalu aja muncul saat hatinya sedang bergumbira.
“Kau ni, lain kali bagi la salam, main redah aja,” sengih sumbingnya macam kerang busuk tadi sudah hilang di bawa deru air cond. Matanya terarah pada skrin komputer lcd samsung.
“Sorry ,sorry. Ni aku nak bagitau hang ni, lepas lunch hour datuk Azmi nak mai. Dia ada discussion dengan kita. Aku segan nak suruh Lina buat memo. Lambat. Asyik dok ngadap cermin dari tengok skrin. Meluat aku,” bicaranya pekat dengan loghat utara yang tidak boleh di kikis lagi. Awal-awal perkenalan dulu, dia rasa macam nak tergelak dengan Naim. Lawak sangat loghatnya tu. Dia kata dia tak suka hipokrit. Herot mulutnya nk cakap loghat KL. Tetapi dia suka dengan Naim. Dia rajin walaupun mulutnya bising macam bertih jagung.
“Macam-macam la kau ni. Weh! Petang ni kau free tak?,” wajah hitam manis Naim di renungnya.
“Petang ni? Em… sat aku nak pikiaq,” dia buat-buat letak lengan di dahi. Konon la tu. Action lebih. Hafiz sekadar senyum sumbing.
“Hai.. cepat la. Lebih dari agenda datuk Najib la kau ni,” Hafiz menggesa. Rimas melihat aksi Naim yg sengaja di buat-buat.
“Ok! Aku free kot. Awat hang nak ajak aku p mana? Clubbing ka?,” senyumnya merekah.
“Please la. Mana aku clubbing macam hang!,” dia meningkah. Memang dia tidak suka dengan gaya hidup seperti itu. Biarpun dia lahir dan dibesarkan di kota besar ini, tetapi dia tidak gemar aktiviti macam mat saleh tu. Ibu dan ayah kan sudah memberikan bekalan yg cukup untuk dia. sudah diajarnya yg mana elok dan tak elok. Pernah sekali dia mengikut Naim ke kelab di Jalan P. Ramlee yg bercambah. Masuk ke dalam kelab yg lampu kelam-kelam pun sudah buat dia pening. Inikan pula nak terkinja-kinja menari. Naim ni nampak macam innocent, tapi punya lah teruk perangai dia. suka clubbing. Perempuan ni tak usah cerita. Stok girlfriend dia dah masuk tiga treler kot. Ayat dia memang power. Don Juan pun kalah. Kalau dia cakap sekali jer ngan pompuan, dah confirm pompuan tu akan ikut dia. ke mana tak pulak dia cerita. Ayat apa yg dia pakai entah lah. Tak kisah lah Naim. Asalkn kau tak kacau hidup aku yg tengah aman tenteram ni.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 kepada semua pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian. Hari ini merupakan hari cuti umum bagi kita semua. Jadi gunakanlah hari ini dengan sebaik-baiknya. Okey?
Namun begitu, dalam menyambut Hari Kemerdekaan, sudah semestinya mesti ada dikalangan kita yang turut menyambut ulang tahun percintaan mereka pada hari ini. Saya rasakan, mereka-mereka yang menyambut ulang tahun percintaan pada tarikh 31 Ogos ini merupakan orang yang bertuah. Tetapi, mengapa saya berkata demikian?
Mana tidaknya, disebabkan hari ini merupakan hari cuti umum, maka mereka tidak perlu risau untuk mengambil cuti atau pun sibuk dengan tugasan harian. Hari cuti, hari berehat dan hari untuk bersama-sama dengan orang yang kita sayang. Sudah pastilah pada hari sebegini mereka dapat keluar berjalan bersama-sama, pergi makan bersama-sama, menonton wayang, dan sebagainya. Tetapi ingat… 31 Ogos pada kali ini jatuh pada bulan puasa. So, jangan nak curi-curi makan di siang hari pula…
Lagu Cinta Pilihan untuk bulan ini (Ogos 2009) adalah, Faizal Tahir – BenCinta.
Lirik
Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?