Cerita Hati Sakina

Sakina (bukan nama sebenar) merupakan gadis belasan tahun yang masih berada di alam persekolahan. Seawal usia belasan tahun ini juga dia telah menutup pintu hatinya serapat-rapat yang mungkin bagi mana-mana lelaki. Hal sedemikian kerana detik hitam yang pernah hatinya lalui apabila terdetik rasa cinta.

Pada mulanya, perkenalan di alam siber iaitu Myspace hanya sekadar suka-suka. Selama sebulan, Sakina meluahkan rasa letih, rasa bingung dan pelbagai rasa kepada si dia. Detik hari demi hari, Sakina mula jatuh cinta kepada Nizam (bukan nama sebenar). Tetapi Sakina tidak pernah menyatakannya sehingga Nizam menyuarakan isi hatinya yang sebenar. Setelah beberapa minggu, secara rasminya Sakina menjadi kekasih Nizam.

Dalam sisa-sisa 3 bulan bersama Sakina terasa begitu bahagia bersama Nizam. Sakina akui, Nizam pandai mengambil hatinya. Namun, derita adalah pengakhirannya. Nizam telah menduakan cinta Sakina. Dan pada waktu yang sama, Nizam menjalin hubungan bersama gadis lain. Hancur luluh hati Sakina pada ketika itu kerana cinta pertamanya berakhir dengan pengalaman yang paling perit.

Teruskan membaca “Cerita Hati Sakina”…

Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

“Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman…”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Teruskan membaca “Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku”…

Rinduku Padamu

Kasihku,
Cintamu amat kekal di hatiku,
Dari dulu hinggalah kini kau tetap dihatiku,
Meskipun kita ada jurang pemisah,
Kau tetap kurindu kerana perpisahan kita,
Bukan kehendak diriku tetapi kerana,
Pinta keluargaku.

Sayangku,
Walaupun ku tangisi kerana cinta kita,
Masih belum dapat ku milikimu,
Hanya pada illahi ku panjatkan doa,
Semoga cintaku padamu kekal hingga akhir hayat aku.

Cintaku,
Dilubuk hati ini ingin ku katakan padamu,
Bahawa aku terlalu menyintai dirimu wahai sayangku,
Alangkah indahnya kalau kau disisi ku,
Tapi itu adalah mimpiku kerana kau,
Sudah temui jodohmu,

Teruskan membaca “Rinduku Padamu”…

Mencuri Artikel Cinta Kami

Kami tertarik untuk berkongsikan dengan isu ini kerana terdapat beberapa blogger yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog mula “mencuri” artikel-artikel yang diterbitkan di laman kami. Bukannya kami menghalang anda untuk menerbitkan artikel kami, tetapi apa yang kami minta adalah anda link-kan artikel tersebut ke laman blog kami sebagai tanda penghargaan.

Walaupun ada di antara artikel-artikel yang diterbitkan di sini dihantarkan oleh pembaca dan peminat Tentang Cinta tetapi itu tidak bermakna anda boleh “mencuri” artikel dari laman ini dengan sesuka hati. Itulah sebabnya kami meletakkan kredit nama-nama mereka yang menyumbangkan artikel tersebut sebagai tanda hormat dan berterima kasih.

Tidak sopanlah jika kami meletakkan URL blog-blog yang “mencuri” artikel itu di sini. Adalah lebih baik kami berikan peringatan dan nasihat sesama kita agar perkara ini tidak berulang lagi. Cukuplah bebelan kami ini sebagai pengajaran kepada blogger-blogger di luar sana bahawa dalam dunia blog, ada etikanya. Sudah 4 tahun Tentang Cinta berada dalam arena ini dan kami tahu kenapa dan mengapa anda berbuat demikian.

Dalam hidup, ada budi bahasanya. Begitu jugalah dalam dunia blog. Sama-samalah kita membentuk sebuah komuniti blog tanah air yang saling hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kami doakan semoga blogger-blogger di luar sana berjaya dengan apa yang mereka usahakan. :)

Tentang Cinta Di Rumah Baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian. Apa khabar semua? Harap anda semua sihat sejahtera di samping insan yang tersayang… :)

Seperti yang semua sedia maklum, laman Tentang Cinta dan Forum Tentang Cinta telah ditutup pada hujung minggu yang lalu disebabkan kami dalam proses untuk memindahkan laman ini ke server yang baru. Proses yang memakan masa lebih kurang 48 jam ini telah pun berakhir dan selesai sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah kerana tiada sebarang masalah besar yang berlaku sepanjang proses perpindahan ini.

Mudah-mudahan selepas ini tiada lagi masalah yang berlaku pada laman Tentang Cinta dan Forum Tentang Cinta yang kita sayangi ni (ye ke sayang eh?) Kalau tidak, dihujung-hujung bulan selalu je reached bandwidth limit dan kadang-kadang berlaku masalah pada database. Tak sanggup kami hendak melihatnya apabila berlaku masalah-masalah sebegitu. Itulah sebabnya kami mengambil keputusan untuk berpindah ke server yang baru dengan “halaman” yang lebih luas dan lebih selesa. ;)

Teruskan membaca “Tentang Cinta Di Rumah Baru”…

Dulu Dan Kini

Dulu,
Ku hanya punya kenangan masa kecil dengan mu,
mengingatimu pengubat derita hatiku,
Kau insan istimewa dalam hiudupku,
Kau lah sahabat, kau lah yang terindah.
Walau jarak dan masa memisahkan kita,
Kau tetap di hati meniti hariku.

Kini,
Bila kita sudah dewasa,
Ku ukir kenangan baru bersamamu,
Kenangan yang bisa menggetarkan hatiku,
baru kini ku sedar kau memang teristimewa,
Selama terpisah kau tetap dalam ingatan,
Kaulah permata yang memberi sinar dalam hidupku,
Kau lah jua cinta hatiku.

Teruskan membaca “Dulu Dan Kini”…

Tentang Cinta Menjemput Anda Sebagai Guest Author

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian. Seperti yang telah kami maklumkan di dalam entri awal tahun tempoh hari, kami sedang membuka peluang kepada anda dan para blogger di luar sana yang ingin menjadi Guest Author di laman Tentang Cinta kami.

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu apakah itu Guest Author. Guest Author adalah penulis jemputan yang kami pilih dikalangan blogger bagi menulis artikel-artikel cinta untuk diterbitkan di laman ini. Setiap artikel yang terpilih akan diterbitkan di laman Tentang Cinta dan akan dibaca oleh ribuan pembaca dan peminat Tentang Cinta setiap hari.

Namun begitu, ada beberapa syarat-syarat yang perlu Guest Author patuhi sebelum kami dapat menerbitkan artikel yang mereka hantarkan. Di antara syarat-syaratnya adalah:

Teruskan membaca “Tentang Cinta Menjemput Anda Sebagai Guest Author”…

Wanita Yang Indah

“Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya…”

Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Teruskan membaca “Wanita Yang Indah”…

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca-pembaca Tentang Cinta sekalian. Percaya atau tidak, kita kini sudah masuk ke dekad yang baru. Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan peluang oleh Allah swt untuk hidup dan bernafas di dunia ini. Sudah semestinya tahun 2010 tidak akan kita jumpa lagi kerana ia telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.

Pelbagai perkara yang telah berlaku pada laman Tentang Cinta di tahun 2010. Ianya pernah dihack, terpaksa ditutup, bandwidth yang habis, dan macam-macam perkara lagi. Segala yang berlaku pada laman ini banyak memberikan kesan ke atas saya dan mungkin kepada para pembaca sekalian. Namun begitu, ianya sudah pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang kami percaya telah banyak mematangkan kami dan membuatkan kami lebih bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

Teruskan membaca “Selamat Tahun Baru 2011″…

Tanda Lelaki Sayang…

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Teruskan membaca “Tanda Lelaki Sayang…”…