Hanya Kamu

Puisi Cinta ini telah ditulis oleh Muzfirah Marha sebagai Guest Author di Tentang Cinta. Ingin menjadi Guest Author kami? Klik Sini untuk maklumat lanjut.

Kamu,
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.

Kamu,
Saya tidak suka melihat kerutan di dahi kamu.
Serius, ianya tidak sesuai untuk kamu.
Saya akan runsing bila kamu jadi begitu.
Seandainya saya bisa memberikan senyuman saya di wajah kamu.

Kamu,
Saya harap saya dapat menemui seseorang yang akan buatkan saya lupa tentang kamu.
Kerana kamu juga dah ada pengganti dia.
Saya senang bila kamu boleh kembali tersenyum,
Biarpun yang menjadi punca senyuman kamu adalah seseorang yang lain.
Saya faham dan memahami kenapa kamu memilih dia.
Kerana kehadiran dia lebih bermakna pada kamu.
Seperti kamu menyayangi dia, seperti saya menyayangi kamu.
Bezanya, dia juga menyayangi kamu.
Tapi saya, hanya saya, diri saya, dunia saya.
Yang menyayangi kamu.
Tidak di dunia kamu.

Saya sedih sangat kamu.
Tapi saya tak boleh turutkan hati saya untuk terus bersedih.
Saya kena faham.
Dan saya kena teruskan melangkah agar saya tak terus memikirkan bahawa di dunia ini, lelaki cuma hanya ada kamu seorang sahaja.
Saya kena bukakan mata saya ini untuk orang lain.
Paling penting saya perlukan untuk ruang dihati saya untuk seseorang yang lain jugak.
Saya kena belajar menghargai.

Kata teman saya,
Saya perlu lupakan orang itu sekiranya dia tidak tahu menghargai saya.
Saya tahu. Kamu bukan tidak menghargai saya.
Cuma kamu tiada apa-apa perasaan pada saya,
Sebab itu kamu tidak ambil kisah tentang kewujudan saya.

Kamu,
Maafkan saya sekiranya suatu hari nanti saya tidak mampu teruskan memendam rasa ini untuk kamu.
Saya tak nak terus berharap kerana saya bimbang saya akan terus kecewa.
Tapi sebelum saya jadi begitu.
Saya harap kamu akan mengetahui, betapa pentingnya kamu dalam hidup saya.
Cuma saya harap saya masih bisa untuk terus mendengar nyanyian kamu kerana dengan cara itu sahaja ia dapat mengubati rasa rindu ini.

Kamu. Kamu dan kamu.
Semoga kamu menemui kebahagiaan kamu.
Semoga sahaja saya juga terus tabah dan menemui kebahagiaan saya itu.
Saya pasti mendoakan kamu dan dia :)

Muzfirah Marha atau Nur Aidila Mohd Lokman merupakan pemilik blog http://mizdiela88.blogspot.com/. Merupakan seorang yang sangat ringkas dan sederhana. Serta sangat mencintai muzik. Bila sedih beliau suka menyanyi kerana itu caranya dapat meluahkan rasa hati beliau. Dan sangat suka berkawan.

Langgan Newsletter Kami!

Jom langgan newsletter kami dan dapatkan update terkini serta tips-tips cinta menarik di Tentang Cinta. Lagi?

* Alamat email anda tidak akan dikongsikan dengan pihak lain.

Comments

    • kecewaaa says

      sayaaa sgt2 kecewaa…bf yg sye syg yg sye anggap 2 jodoh saya blh pegi tglkan sye..dlm mse 1 hari sjaa sgalaa apay yg kami share besama 2thn 5bln hancur cm2 jaa..pedih!perit! bru 3minggu pts die da pengganti lain..semudah 2 die lupakan segala2nyaa antara kami..='(

  1. cinta says

    Sedihnyaaa..nie la apa yg aku rasakan skg..
    mgkin dia x sedar dia dah sakiti aku dgn bcrita ttg org lain..
    aku cuma blh tsnyum dan bg dia nasihat yg baik2 jek..sbb aku tau dia dah x syg aku lagi..
    aku harap dia akan bhagia dgn org yg dia plh..^^,

    • bukan yg dulu lagi says

      sedihkan bile mcm tu..berpura2 sperti kita tak terluka bile dia bercerita ttg org lain pada kita..ttg betapa hebatnya perempuan yg didambakannya itu..tapi kita cume bole mendengar je dan tunjukkan betapa gembiranya kita utk dia wlaupun mungkin hati kita hancur luluh..sbb mungkin kita hnya mampu jadi kwn dia..smpi bile2 hanya kwn baik dia..betapa bertuah nya gads yg menjadi pilihannya itu dan betapa sedihnya apabila selalu menjadi insan yg tak dipilih..

  2. kasih says

    Rintihan kesedihan….mmg perit dn sakit bila cinta tak dihargai…sma sperti diriku hingga kini luka lama masih berparut di wlaupn sdah hmpir 6 thn berlalu krna ia cinta pertama mmg sukar dipadamkan dn ditukar ganti …bersabarlah….doa kan kebahagian org ln walaupun kita dikecewakan…kelak pasti kita akn mdapt lg besar kebahagian yg mendatang….=)

  3. says

    Terima kasih atas respon semua. Saya masih lagi merasakan yang sama, walaupun dah berulangkali saya mengingatkan diri saya untuk terus melangkah tanpa menanti dia. Namun tiap kali itu, saya akan gagal. Kerana setiap kali saya cuba melangkah, berulangkali dia muncul menahan langkah saya. Lalu bagaimana? Sakit hati, tapi macam dah lali. Saya cuma mampu berdoa, jika benar dia untuk saya. Maka berikanlah kesabaran untuk saya terus menanti dan semoga dia akan sedar betapa saya sayangkan dia. Saya tahu, semuanya adalah dari DIA. Semoga DIA memberikan yang terbaik untuk saya dan dia.

    InsyaAllah.

  4. EIYA NOORAZ says

    kau dan aku…

    hanya kita yang ada dalam dunia ini,
    takkan ada insan lain di hati kita,
    apakah ada benarnya kata-kata orang,
    bahawa cinta kita adalah cinta dusta.

    aku bingung dalam kepayahan,
    kau tersenyum dalam kekecewaan,
    aku bukanlah insan yang mampu lindung perasaan hati,
    tapi kamu insan yang mudah melafazkan janji.

    janjimu kini membuat aku sakit,
    janjimu menghiris hatiku yang lemah,
    buatmu janji semanis gula-gula,
    yang mampu membuat orang jatuh cinta padanya.

    tanpa kamu sedar hatimu kini menjadi taruhan,
    dalam lembah dendam yang dibuat olehnya,
    dirimu terlalu naif untuk mengatakan yang sebenarnya,
    tapi aku cukup mengetahui segalanya.

    cinta untukmu takkan pernah hilang,
    kerna kau insan yang kudambakan,
    aku mengharapkan agar kau akan kembali,
    kembali ke sisi ku semula.

    ikrar ku kini akan ku penuhi,
    walau dalam susah sekalipun,
    aku akan tetap menunggumu sehingga akhir hayatku,
    walau pun waktu itu kau menyesal atas perbuatan mu,
    aku tetap di sini <3 iaitu di hatimu selamanya

  5. Amisya Sofea says

    ” Kehidupan selalunya apa yang dirancang tidak akan berlaku..mencari yang realiti memerlukan pengorbanan..hari-hari yang dilalui adalah perkara yang sama …mengapa mesti mengulanginya???sedangkan ia perlukan perubahan… yang berlalu biarkan ia berlalu seperti air yang mengalir laju..yang seterusnya perlu ditempuhi dengan penuh ketabahan dan yakin.. kerana ALLAH lebih mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA… Sabarlah mengharungi kehidupan..sesungguhnya DIA lebih mengetahui segalanya yang belum pasti…”

    Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setelus Zulaikha. TAk perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa didambakan teman hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada dirinya, bimbinglah dirinya dan terimalah itu sebgai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia adalah yg terbaik untukmu.. Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaanNya.. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-NYA.. Cukuplah cintaku hanya untuk mndapatkn keredhaanNYA…..

  6. says

    [Comment ID #36845 Will Be Quoted Here]

    Terima kasih. Melupakan seseorang yang tidak mahu dilupakan memang payah. Memang benar masa itu penyembuh. Tetapi bukan pada masa yang singkat :)

  7. iecha sEpi !! says

    sy slalu mnunggu bf sy msej or call sy . coz klau sy yG msej or call dy dulu, dy akn ckap dy nga bz lah.. soe x dnga ncet bnyi .. so skarang ni ,, sy cume bleh sbar je.. bf yg sy tngah couple ni adalh lLki yg sya syg . sy hrap dy x main kan perasaan sya ,, !! kdang2 sy gram dngan dy sbb dy x nk lyan sy. bla sy jmpa kwn baik dy.,, kwn baik dy akn ckap : dy tu mmang cm tu, ko x phm prasaan lLki.. huhhh…. ap yg sya ptot bwat ?? tloNg lah sya . :( B(

    • says

      Terkadang, pasangan kita tak nampak kepentingan kita dlm hidup mereka sehinggalah mereka kehilangan kita. Terpulang pada Ieca, kalau Ieca sanggup terus diperlakukan macam tu oleh pasangan. Sanggup bersabar, maka terus lah berdoa semoga hati dia tidak berubah. Tapi kalau dia benar2 sayang pada Ieca, dia takkan biarkan ieca menanti dia walau atas apa jua alasan. Pasangan kita ni kan Ieca, boleh berubah kerna 2 perkara. Satu, dia dah takde rasa apa2 pd kita, tapi sayang nak melepaskan kita. Kedua, dia rasa dia amat penting dlm hidup kita sampai dia tahu kita takkan tinggalkan dia.

      Jadi, renung-renungkanlah ye :)

  8. bow heron says

    cinta itu adl anugerah dr ALLAH SWT,tetapi hamba2NYA slah mengartikn arti cinta yg sesungguhnya,sehingga bnyk hamba2Nya melampaui btas kpd siapa ia brhak cintai?kpd siapa cinta yg hakiki itu?

    • says

      Ya, sememangnya cinta hakiki itu milik DIA. hanya DIA. Tapi, perasaan ini wujud jugak dgn izin DIA. InsyaALLAH, tiada salahnya untuk kita bercinta asalkan cinta kita terhadap hamba ciptaanNYA tidak melebihi cinta kita terhadap DIA.

  9. says

    i feel the same way as you do. peritkan rasanya? orang yang kita suka menyukai orang lain. sampai sekarang saya masih lagi tak dapat buang perasaan tu. setiap hari jumpa dalam kelas, tapi saya rasa jauh dengan dia. i miss the old him yang selalu lepak kat meja saya, mesej. tapi sekarang dah tak macam tu. saya selalu harap yang satu hari nanti, hati dia akan terbuka untuk saya.

    • says

      Sangat perit. Berpura-pura kita bahagia dan gembira untuk dia, sedangkan hakikat sebenarnya hati ini sedang berperang dengan ‘sakit’ yang amat sangat. Saya berada disisi dia dah hampir 4 tahun. Selama 4 tahun ini jugak, tiada sekali dia pernah nampak kepentingan saya. Selama 4 tahun ini jugak, saya menyaksikan dia dikecewakan dengan beberapa perempuan lain. Hati mana tak sedih? Hati mana tak menangis? Kita yang sentiasa disisi dia, tidak dia kisah. Lain pulak yang dipandangnya :(

  10. miesh ouh Haireen says

    dulu saya pernah merasakan cinta dari seseorang hingga saya terlupa siapa diri saya sendiri kerana dia membuat diri saya seperti didalam syurga..dia sayanggi saya, dia manjai saya, dia cintai saya..dia kata saya bidadari hidupnya..
    sedihnya…
    kini saya bukan lagi gadis pujaan hatinya..dia kata saya niyh perempuan murahan yang tidak sedarkan diri dan saya hanya bermimpi untuk sertai ahli keluarganya..sedangkan saya tidak pernah curang terhadapnya..tak mengapa jika saya yang bersalah, maafkan saya..kerana kita manusia biasa..
    Miesh Ouh Haireen..

    • says

      Awak, sekurang-kurangnya awak pernah disayangi dia. Dia pernah tahu betapa awak menyayangi dia. Cuma dia yang ‘buta’ dalam menilai ketulusan hati awak. Berdoalah awak, minta pada DIA. Andai cinta awak, cinta dgn izinNYA pasti si dia akan kembali pada awak.

  11. bawang putie bulat syazwani says

    kadang apa yang kita inginkan bukan suma kita dapatkan
    kadang hidup ini penuh dgn kadang2
    bosan banyak kadang2.. cinta ooo cinta… dimanakah cinta saya??
    bosan bosan bosan bosan cinta pun kdag2 aje bhgia… :( :(

  12. says

    salam. hai penulis. saya ada copy entry ni dekat blog saya. tapi saya dah credit kan penulisan saudara/saudari. minta halalkan ya. semoga berbahagia selalu. saya juga pernah rasakan persis seperti penulis. inshaAllah, apa yg kita hilang, akan diganti dengan yg lebih baik. itu janji Allah. InshaAllah dgn izin-Nya. :’)

  13. ikke widianti says

    Teruntuk kekasihku : Gilang Pandu Pratama
    cinta , aku t pernh temukan apa arti ssungguhnya dri cinta
    saling mencintai , nampaknya itu indah
    tlah lama sekali aku ta merasakannya
    dia berubah mnjd sangat dingin , diam dan pemarah
    aku ringkih mnahan sgala luka
    tapi aku ta dapat tuk berlalu
    cinta yg bgitu besar mnahan stiap langkahku tuk mninggalkannya
    Cinta , kini aku mrasa sendiri dan hilang arah
    Dimana ia letakkan cinta ny
    Entah masih pdaku , ataukah ..
    Entahlah .. Aku t tau apa2 , aku hnya bsa trdiam dan mnangis ..
    Oh , kekasih .. Pedih luka yg kau patrikan dlm jiwaku
    Dapatkah kau mnyadarinya ?
    Suratku , puisiku , ungkapan ku .. Padamu .. Kekasih , andai kau mampu tuk kenalkan aku lagi pda kbahagiaan yg smpat kau ukirkan dlm hari2 ku
    Aku ingin , aku ingin kau kembali mnjd cinta yg putih utk hatiku , hidupku , lahir dan batinku .
    beri tahu aku tntg satu arti cinta
    yaitu kebahagiaan dri mncintai psangan dan dicintai pasangan ..
    engkau , malam ini aku mnangis .. Brsendu d antara rindu yg memukul semakin sakit .

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *