18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki

Pada minggu lepas, kami ada bertanyakan soalan kepada peminat Tentang Cinta di Facebook.

Sila Like! fanpage kami jika anda masih belum lakukannya di sini, https://www.facebook.com/tentangcintafc

Dan soalannya berbunyi begini,

Apakah yang perempuan inginkan dari seorang lelaki? Adakah duit, kasih sayang, perasaan, memahami, atau lain-lain? Kongsikan bersama kami di sini supaya orang lelaki faham apa yang sebenarnya perempuan inginkan dari mereka. -link

Tujuan kami bertanyakan soalan tersebut adalah untuk membantu anda (lelaki khususnya) dalam mengetahui apakah perkara yang diinginkan oleh perempuan dari seorang lelaki. Setelah dikumpul dan disaring komen-komen yang diberikan oleh peminat-peminat Tentang Cinta kami yang tersayang (sayang la sangat) :-P berikut merupakan 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan yang telah kami susun mengikut abjad.

1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.

3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.

4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.

Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.

Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.

Walau apapun, kami ingin mengucapkan semoga anda berdua bahagia selama-lamanya… Amin… :)

ps: Jangan lupa klik Like! dan Share artikel ini di Facebook untuk dibaca oleh pasangan anda ya… ^_^

Semua gambar adalah hak milik http://www.desainkawanimut.com

Langgan Newsletter Kami!

Jom langgan newsletter kami dan dapatkan update terkini serta tips-tips cinta menarik di Tentang Cinta. Lagi?

* Alamat email anda tidak akan dikongsikan dengan pihak lain.

Comments

  1. says

    cinta ni kadang2 bolih membuatkan kite sedih,menderite,tersekse,rase macam cinte itu tidak adil dan lain2 lagi..tp kamu semue silap..cinta yang telah mewujudkan cinta kite kepade seseorang..cinta sebenarnye indah sekali…tapi kamu masih tidak faham dengan kehadiran cinta itu kepade diri kamu..cinta perlu ade kepade kite semue..yes!!!kamu mengaku bahawe kamu tahu tentang cinte kerna sudah msak dengan cinte itu..kamu slah sebenarny..nak tahu lbih lanjut..sila dail 6ber tersebut..0104374591 dail klau sudi…gud nght..

  2. Iffah Aqjllah says

    Assalamualaikum.saya nk tanya.saya ade seorang teman lelaki yang ada sifat di atas.tetapi bila lelaki lain nk mintak saya menjadi teman wanita nya,saya terima dan saya putuskan hubungan saya teman lelaki saya.dlm mse 3 minggu saya rse saya nk blik dgn ex teman lelaki saya tu blik. adakah saya kena meluahkan perasaan saya selama ni kepada teman lelaki saya? Saya ingin kan ex teman lelaki saya blik.mcm mana saya nak buat?

    • says

      Wlaupn saye xknl awk .. tetapi pngalaman mcm ne mcm sye pnah lalui ..ko nk blik dgn ex ko . Sdangkn ko tinggalkn dia ? Cm ne kengkadang lelaki tidak smua sma .. kita manusia memang sama tpi sifat yg berlainan .. simpel sye nk bg tw .. klo ko ditinggalkn oleh bf ko .. stu hry nnti dia nk blik dgn ko .. ko rase nk trima x ? Mungkin sesetengah akan mnrima kmbali kdtangan ex2 ne . Tpy lgy bnyak yg menolak blik .. btl atw x ..

  3. nabilah says

    HYE ..someone say..”he love me” but ..i not love he…
    oneday..dia jadikan saya sebagai teman wanita..saya hanya boleh diam sahaja..karan yang lain minta saya terima dia..so..saya pon terima lah dengan hati yang tak terbuka..
    4bulan saya dengan dia..tapi masih tak ada perasaan apa2 dengan dia..tapi dia masih bersabat dengan saya..walaupun saya tak banyak layan dia..bila saya tanya dia kenapa awak selalu sabar dengan sikap saya..dia jawap”saya tak kisah semua tu..janji saya boleh meluarkan kata hati saya bahawa SAYA MENCINTAI AWAK DALAM HATI SAYA’ kata2 tu selalu ada dalam fikiran saya…saya cuba perbagai2 alasan ..klau saya jumpa lelaki..dia tak marah..but he say” ta marah sayang..tapi sayang”..
    sudah lama berlalu..saya cuba memahami dia dengan lebih dekat…setelah 1tahun saya bersama dia..saya boleh memahami cinta yang telah dia berikan pada saya…

    ada kah ini cinta..??
    adakah ini sayang??

    • are_u says

      cinta adalah bila kita tak bercakap/berjumpa kita akan rasa sesuatu yang hilang dalam diri ini. tapi bila kita dapat berjumpa/bercakap dgn orang yang kita sayang hati rasa berdebar2, kita jd pendiam, pemalu dll..itu adalah cinta..

      susah senang sentiasa bersama.jatuh bangun always together…sentiasa bercita2 untuk bercinta until jannah…

  4. ctzie says

    saya suka lelaki tlg masak, kemas rumah & tlg jaga anak apabila saya tiada di rumah tapi sayang suamiku bkn sedemikian rupa… hmmm

    xpelah dh jodoh dgn si dia jadi saya kenalah byk2 bersabar menempoh dugaan hidup. saya seronok juga kekdg tapi kekdg sedih juga. xpelah rencah kehidupan dlm rumah tangga katakan…

  5. Adnie Sofea says

    Tepat pada ciri-ciri lelaki idaman saya…….Memang saya inginkan lelaki sebegitu..kerana saya yakin sekali bahawa pendirian sebegitu akan membawa saya ke Alam Kebahagiaan….Terima Kasih

  6. Adnie Sofea says

    Tapi Tentang Cinta……saya hendak tahu apa yang disukai oleh lelaki daripada perempuan…Adakah rupa paras yang dipilih mereka?????

  7. Mr.Nunusaku says

    Banyak muslima inginkan dari lelaki setelah mereka menikah, tetapi jangan anda lupa bahwa dalam ajaran islam mereka bisa boligami kawin sirih…apakah muslimah mau dimadu…?

    Karena sunah nabi Muhammad leleki bisa kawin sampai empat dan bisa dicereikan bilah sang istri tidak dapat memenuhi kemaunan suaminya…? dalam islam kawin cerei itu hal biasa…karena wanita terlalu banyak didunia melebihi lelaki.

  8. says

    hi smua..maaf, nama saya NY.. ny nk menyampuk skejap.. ny tak nak jadi budak MANJA n NAKAL n PRIHATIN, sebab kesemua sifat ni selalu menderitakan hati ny.. hingga d satu saat, ny rasa macam nak buang jauh2 HATI ny.. ny cuma tahu menangis n terus menangis..tanpa ada siapa yang faham apa dalam hati ny..cukup la sekadar korang menyayangi ny n ny sanggup tanggung kesemua sengsara korang asalkan korang happy.. tp please, percaya n selalu jaga ny..sebab ny tak pandai mnjaga diri sendiri,,,

    • Pendita Gila says

      Don’t talk crap. Live in a real world. Perempuan mahu ini…. Perempuan mahu itu… Kalau diri bukan sebaik Siti Khadijah, jangan harapkan pasangan anda sebaik Nabi Muhamad SAW. Belajar menerima kelemahan pasangan masing-masing, dan insyaallah anda akan bahagia. Tiada manuasia yang sempurna….

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *