5 Tanda Yang Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda

“Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada peminat dan pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian…” -Mr & Mrs Teddy.

Bagaimanakah caranya untuk anda tahu adakah seseorang itu menyukai anda? Mungkinkah dari gerak geri badannya? Mungkinkah dari cara si dia bercakap? Atau mungkinkah dari cara si dia melayan anda?

Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang, iaitu:

1. Orang itu akan berpeluh – Anda akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai anda.

2. Senyum sorang-sorang – Setiap kali bila anda lalu dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum sorang-sorang.

3. Sweet talker – Bila dia bercakap dengan anda, dia akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.

4. Jantung berdegup kencang – Jantung anda akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.

5. Mudah berangan – Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri anda.

So itulah di antara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai anda. Si dia akan berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet talker, jantung anda akan berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan berangan bila bercakap dengan anda.

Langgan Newsletter Kami!

Jom langgan newsletter kami dan dapatkan update terkini serta tips-tips cinta menarik di Tentang Cinta. Lagi?

* Alamat email anda tidak akan dikongsikan dengan pihak lain.

Comments

  1. hary says

    saya ada berkenalan dengan seorang perempuan ni…kami dah berkenalan 6 bulan…dia lawa,cantik,kawan2 dia selalu memangil dia amoi.sebab paras rupa seperti orang cina,dia tak bertudung,hanya free hair…..semenjak 6 bulan perkenalan kami,saya dah mula jatuh hati terhadap dia,saya cuba nak berkenalan lebih mendalam,tetapi,dia sering berkata sibuk…atas alasan dia selalu menolong kakak dia membuat bisnes sendiri….saya pun rase curiga di citu,,,,macam mana nak hiburkan hati dia…sebab saya kurang pndai nak hiburkan hati dia,ada kale menjadi..ada kala tidak…macam mana yee…??

  2. says

    tambah satu lagi tanda-tanda orang yang jatuh cinta, suka curi – curi pandang soalnya saya dulu juga gitu sama mantan pacar yang sekarang sudah jadi istri :D

  3. Nurul Jannah says

    kalau cm tuh, saya akan mengambil tanda-tanda nie, dan akan membiarkan tanda-tanda ini berkhidmat di dlm hati sye… terima kasih atas maklumat yg diberikan… <3

  4. says

    ada seseorang budak laki ini selalu saja pergi ke meja saya di sekolah(satu kelas lah katenyer)saya tak tau kenapa muka die jer yang datang tempat saya…saya rasa senang sangat bual ngan die…

  5. ctzie says

    para 4 tu selalu je terjadi tiap kali dia dtg jumpa saya. skg dia sudah menjadi suami saya.
    yg lain2 tu mungkin ada tapi saya kot yg x perasan.. hehe

    best ye dicintai & disayangi.

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *