10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda

Peringatan: Tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi kepada anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda. Terima kasih kepada peminat Tentang Cinta yang prihatin dan mengingatkan kami mengenai perkara ini. :)

Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.

Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda.

1. Memusing kepala & menguak rambut

Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut

Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh

Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat

Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat

Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda

Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda

Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan

Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia

Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia

Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

Mr Teddy: Tips yang akhir sekali tu tak payah la ikut yer~ :)

Langgan Newsletter Kami!

Jom langgan newsletter kami dan dapatkan update terkini serta tips-tips cinta menarik di Tentang Cinta. Lagi?

* Alamat email anda tidak akan dikongsikan dengan pihak lain.

Comments

  1. mamasayangpapa4ever says

    wahh…
    mama mmg slaloo wat camni..but not at all spt di atas…
    menggode n menarik minat si dia perlu ade batasan gak….
    that mean, kite kene bijak menambah warna dlm hubungan…
    jgn kasi si dia berfikir mahu mncri yg lain..
    TITIK!

  2. INSAN says

    ni pehal ni??
    ajar nk buat maksiat pe???
    jgn jd lakhnat sgt la..
    mndedahkn pergelangan tgn tu kn aurat.

  3. ctzila says

    bg pendapat saya pula..
    setakat baca bole ler ttg perkara ini.. tetapi kalu d’amalkan jgn sesekali lah ye. ianya bole mendatangkan kemudaratan diri sendiri, ghairah & maksiat je.
    kita sebagai ppuan/wanita/gurl lebih baik kita chill & relax je bila berdpn dgn lelaki. tu yg lebih penting & lelaki paling suke dgn sikap & perangai kita. silap2 kalu kita terlalu mengikutkan sgt perkara2 tersebut di atas ini bole membuat lelaki kurang percaya atau mengatakan kita ni ppuan/wanita/gurl murahan pula. kita kan perlu menjaga diri & adap kita. barulah ramai orang memandang kita mulia & sedap mata memandang.. :D

    jadi kita semua just chill je yer.. jgn terlalu menghairahkan sgt. cukup lah dgn secara bersederhana shj.

  4. says

    Tp selalu nyer kita tak perasan pun tindakan kita tu sebenarnya membuatkan lelaki rasa kita seksi..

    Ada lar 1 or 2 tak sengaja buat…so lepas nie berhati2..

  5. sab says

    sapa suruh wat sbl kawin?..wat pas kwin la….biar suami sorng jer tergoda..ini adlh antara tips2 dlm bercinta..spy pas kawin pun perasaan cinta tu xberubah pada pasangan. terpulang pada individu bagaimana nk menerima tip2 ni.gunakan akal yg di anugerahi.

  6. saya says

    saya setuju dgn insan, insani dan sab…

    HARAM (sprtmana mkn khinzir, arak dsb) buat lelaki yg BUKAN SUAMI kita tertarik dgn tubuh wanita.
    ni tips lepas kawin boleh la..bukan untuk boyfren, tunang atau selainnya yg bukan suami.

    klu itu kesnya, org yg bg tips ni akan sentiasa dpt dosa (klu x diinform awal2 ttg hukum)… tp klu org buat utk suami, insha Allah isteri dan penulis dpt saham pahala… :)

  7. jasmine says

    mmm…tu lah bezanya antara 0wang yang sedang bercinta dengan 0wang yang dah kawin…time bercinta bukan main menggoda lgi…time dah nikah…hampir hilang semua keseksian wanita tu…huhu..mm…wanita mesti nmpak mengg0da setiap masa walaupun dah berumah tangga…

  8. ida says

    aduyaiii ni pesanan untuk sang isteri la… yg korang x kawin lagi ni pegi buat semua ni nape nye??? isteri ni tugas dia ape? keseronokkan suami pulak ape? aduhhh… sila la keluar dari kepompong…. tau tak… perceraian byk berlaku kerana kes isteri tak pandai amik hati suami macam ni la… nk ikat hari suami hanya dua je perkara penting… jaga perut dan jaga layanan batin dia… confirm!!!! tak carik lain… ni penting untuk isteri tau… trust me… tolong jgn jadik isteri yg malu sgt… sesekali kita kene layan extra sket pada suami… so that biler dia kuar… dia akan nampak benda lebih cantik dr isteri dia… tp kalau layanan isteri tip top… dia akan terkenangkan isteri nye dan balik ke umah… godaan sang suami ni kuat di luar umah… maklumla… zaman skang ni musuh wanita adalah wanita ok….

  9. masrofingatin says

    cinta… dimana kamu?
    hal yang terindah mungkin cinta tp gmn bg yng lagi patah hati?
    kan sakit bila trus dengar kata2 cinta …pa lagi yng bilang arjuna buaya widiih.. sakit bgt…udah di rayu habis2an eh,,, ternyata buaya,, waduh,,, tanpa benci diriku,,,mengucapkan klo cinta yg bener2 gak usah main2 klo gak yakin dg cinta mending gak usah bilang deh…

  10. arekill says

    “10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda” tajuk cmtu,x da plak aku tgk tajuk “10 Bahasa Tubuh Wanita islam Yang harus dilakukan untuk Membuat Lelaki Tergoda”… nak blame or bang sesuatu,paham tajuk dulu…kalo bodoh,jgan tunjuk pandai…malu jew nanti…

  11. FIKIR DULU says

    Come on, tips ni perlulah dipandang positif… Sy rasa isteri2 diluarsana perlu tahu juga tentang perkara ni…x maksiatkn kalau buat kat suami sendiri? Cuma yg couple tu la problemnye..Ada akal, ada agama…maka fikir2..

  12. says

    TAPI KLU CRI2 LELAKI YG MPUNYAI MINAT SPERTI INI TERHADAP PEREMPUAN..MKSDNYA..LELAKI INI HANYA MEMINATI KITA BERDASARKAN SEKS..SENAG KATA..JUST BE YOUR SELF..THTS MORE BEAUTIFUL..

  13. says

    kan ader bgtau tu..
    yang belum berkahwin jgn la ikut..

    ni khas utk yang dh berkahwin je..
    bagi untuk mempelbagaikan cara kehidupan bagi yang dh berkahwin..
    huuhu

  14. SAPER2 LA says

    TAK BACA KER ATAS TU TULIS APER…..

    Peringatan: Tips yang dikongsikan di sini adalah khusus untuk isteri kepada suaminya. Bagi kepada anda yang belum berkahwin, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan tips ini kepada pasangan anda. Terima kasih kepada peminat Tentang Cinta yang prihatin dan mengingatkan kami mengenai perkara ini.

    JANGAN MAIN TUDUH SEBARANGAN AJER ORG YANG POST KOMEN~ SI PENGARANG DAH SOUND AWAL2 DA….

  15. GTOKIDS says

    mslh kalo yg belum berkahwin buat mcm ni..ini boleh mendatangkan berlakunya zina.kalo suami isteri xpe la jugak..insaf2…dunia dah nak kiamat

  16. whitecat says

    sglntir lelaki akan cuba utk mndapatkan wanita lain slpas diorg dah dpt wanita idaman diorang~~
    -.-“….tp serius,kt aty diorng..cume sorng jew yg diorng betoi2 syg walaupun diorng ad skandal keliling pnggang .

    • arst says

      yeke.. tp slalunye lelaki akan tinggalkan perempuan yg lama setelah bertemu dgn perempuan yg lebih cantik n menggoda berbanding yg lama tu….

  17. says

    “Cinta satu perjuangan “,, kdang kala kita menang , dan kdg kala kita tewas ketika berjuang ,, tiada manusia yg berjaya dlam semua perkara yg dilakukan dan kewujudan kita sebenarnya mesti menempuh kegagalan . yang penting ,, jgn lah kita lemah dlm menempuh kegagaln itu ,, manusia sering takut bercinta kerana mungkin dsbb kn kisah bercinta lampau yg mnyedihkn ,, kegagalan dan kekecewaan satu perkara yg biasa ketika bercinta . hdapi dgn hati yg tabah ,, ” percintaan itu indah sebenranya walaupun disulami dgn keperitan ” ^_^

  18. says

    yang mencantikkan lukisan adalah warna,yang mengindahkan kehidupan adalah cinta..
    macam tu jugak dengan kehidupan,kalau hanya setakat hidup didunia,tanpa lakukan ibadah seperti solat 5 waktu,tak gunalah kita hidup didunia ini sebagai orang yang lengkap segala-galanya

  19. siti aisyah syafiqah says

    perempuan akan lebih cantik dan berseri pabila ia belajar ilmu agama dan pandai membaca alquran…..

    renung renungkanlah ye :p

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *