Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

23 Feb 2009

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.

Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Yang Berkaitan

Anda mempunyai artikel-artikel cinta yang menarik? Ingin artikel anda diterbitkan di laman Tentang Cinta? Hantarkan segera kepada kami.

21 Ungkapan Cinta untuk “Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah”

  1. Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah | Isteri Puas 18SX Only

    [...] Go here to read the rest: Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah [...]

    February 24th, 2009 at 4:18 am | Quote
  2. happy

    fuh… susah lau dpt yg mcm nie…

    February 26th, 2009 at 12:52 am | Quote
  3. mama_aiman

    tunang sy memang sensitif n pemarah… kadang2 makan hati, kadang2 best gak dok melayan dia.. huhu

    March 11th, 2009 at 9:38 am | Quote
  4. yana

    aku x nak laki orang aku takut……..:):((:((:((
    [-([-([-([-(
    :)>-:)>-[-x
    [-x[-x[-x

    March 17th, 2009 at 3:04 pm | Quote
  5. Jelita Ain

    sebenarnya,mmg kalau si suami mrh si isteri kne diam.. dan bkn tu je..pas diam tu jgn la diam jee..
    si isteri knelah tnye die time dah nmpk cool sikit..
    pas suami tgh solat tu just bawak duk je dgn die..bg dia minum ke, masakkn mknn kegemaran die ke,picit2 die ke..
    [hehehe mcm berpengalaman pulak] :d then bincanglah baik2..klau ade yg die xpuas ht ke, si isteri kne lah ubah jgk.. kalau betul si isteri yg salah.. Jangan si isteri pun EGO TINGGI.. karang xpasal2 yg laki pegang tali pinggang yg perempuaan pulak pegang pisau.. hahaha.. [siapa menang eh?]:-?
    so spe yg takut tu just wat biase je..selagi tak naik tgn xpela..betul x?
    { pada pandangan saya :) }

    March 24th, 2009 at 11:51 pm | Quote
  6. takada yukiko

    sy memang dapat yang jenis mcm ni…pada awal perkenalan mmg susah gak la nak faham tp bila dah lama2 rasa seronok pulak:d apabila tengah marah, sy sabar je menunggu kemarahan dia abis..walaupun hati saya marah jugak…bila dah reda kemarahan dia sy mula guarau2 n tanya kenapa dia marah2 td:)

    April 9th, 2009 at 12:31 pm | Quote
  7. bintang hati.

    huhu…bf saye suke marah n panas baran jugak..kekadang mende kecik pon bole jadik besa..tp saye tau die syg sgt kat sy,.dats why kot die wat mcm tu kan sy..kan3x (juz think positive)=|
    i love u bucuk;);)

    April 20th, 2009 at 1:12 am | Quote
  8. lindapinky

    ermmm..mmg pun..kalo mcm lin bila bf marah..lin biarkan jew…pastu kebiaseannya dia dtg balik cr kita….kalo dia marah n tinggi sore..kita ckap lembut2..mesti dia jd kendur bila ckap…mmg makan hati bila ade pasangan pemarah nie..

    April 22nd, 2009 at 4:32 pm | Quote
  9. enalvin

    suami saya juga seorang yg panas baran tau.. tp tips saya bila berdepan dengan dia bila dia marah ialah saya diam saja n tundukkan wajah… bila dia marah dia akn cakap lepas jer.. tp saya x lawan dia.. n bila marah dia dah reda saya peluk dia n minta maaf.. wlupun bukan salah saya.. bagi saya sbgi isteri kita patut sentiasa mengalah n seentiasa meminta maaf pd suami.. kerana syurga isteri d tapak kaki suami.. betul tak… :D

    July 11th, 2009 at 10:24 pm | Quote
  10. Q

    huit…ermm..cmna erk?isyhhhkk..seram gak klu dpt suami yg sensetip n pemarah ni..adaohaiii..cmna ni?ermm..kena tuntut ilmu ni. :mrgreen:
    agak2nya sampi ke tua laa agaknya kena diam@senyap je klu suami hangin…Ya Allah..seramla plak..ermm..alam bercinta ngn alam berumahtangga adalah berbeza..erm..telan jerlaaa…huhuhu.. :mrgreen:

    July 11th, 2009 at 10:53 pm | Quote
  11. Shasha

    Tunang sy ni pula ego dia tinggi sgt.Klu dah marah semua ayat yg menghiris hati dia lemparkan kat saya wlaupun dgn benda kecil sahaja.Sudah byk kali sy mengalah dan pertahankan hubungan kami kerana sy tahu dia sayangkan sangat kat saya.Tp tiap kali sy cuba pujuk dia dia mesti berkata byk lagi lelaki yang blh memahami dan bagi saya kesenangan hidup.Sy tahu dia keluarga susah tp sy sudah cuba memahami dia..Sampai mengalah walaupun bkn salah saya.Perlu kah saya mengalah sudah sekarang andainya dia sudah hina sy didepan keluarganya hanya kerana saya balas kat dia kesakitan hati apabila saya sakit hati sgt kat dia.

    July 13th, 2009 at 11:23 am | Quote
  12. ct..

    sy sedey sgt..cme krana ckp die kwn pd sorg raka die marah sy smpi ari ni..pdhl sy wat cm2 tok cover die..die marah sampai jtuh air mata die..sy tau sy dh luka kn hati die tp sy btol2 xd niat nk wat cm2..
    skg s masih bsama die tp sy tau die x sayang sy cm dlu..sy tye die dn jwpn nye amat mengecewakan..someone..please bgtau pe yg ptut sy buat lg untuk kembali merebut hati bf sy yg terluka..

    July 28th, 2009 at 4:15 pm | Quote
  13. Fara

    Saya mempunyai seorang suami yang panas baran, cepat melenting dan mudah melatah dalam sesuatu hal… bukan dengan saya sahaja,dgn ibu suami saya sendiri dia berani menantang, begitu juga layan dgn adik2 dia, rakan2 juga ada yang pernah kecil hati dgn suami saya.

    Suami saya pernah memukul saya kerana saya buangkan kad hari jadi yang diberikan oleh bekas teman wanitanya. Saya diterajang dan kepala saya dihentak ke dinding dan saya jatuh dan lebam.

    Saya akhirnya mengambil keputusan untuk menceritakan kepada ibu mentua & ibubapa saya. Suami saya kata ini merupakan kali terakhir dia memukul saya. Masalahnya sekarang saya sudah mula berasa tawar hati… saya pujuk diri saya untuk terima dia semula… saya buntu dan perlukan pertolongan..

    Lagi satu yang saya sedih.. apabila barang2nya hilang.. dia marah2 suruh saya mencari barangnya, ye memang saya kemas tetapi saya kadang2 memang telupa dimana letaknya… tetapi.. dia juga akan memarahi saya jika dia sendiri yang menghilangkan barang itu dan apabila barang dia tak jumpa… dia sering berkata…”sejak i kawin dgn u.. barang i asyok je hilang” ayat dia seperti saya ini membawa sial..

    terlalu banyak perkara yang dia lakukan.. sampai satu tahap.. ibu mentua saya menjadi mangsa keadaan.. saya tak berniat begitu… bila ajar bincang wlaupun ada kala mood dia baik.. cuma tak sampai 30 minit… muka dia bertukar benci melihat saya..

    kadang2 rasa diri ni mahu saja dilepaskan

    August 28th, 2009 at 5:08 pm | Quote
  14. syah

    tkut nyee…hmm kalo pemarah tpi xnaek tgan xpe..yg xsdap 2 bile naek tgan jeala…cmner la kn prasaan nye mse kcik xpnah kne pkul ngan mak ngan ayh..tpi bile da bsar n da kwen..kne pkul ngan suami sndri yg sbnar nye kne mlindungi isteri…

    September 28th, 2009 at 12:28 pm | Quote
  15. razmaj

    renungan 2

    October 20th, 2009 at 1:00 pm | Quote
  16. zalina

    cinta sebelum kawin dan selepas kawin memang lain..bila dah kawin,aku rasa macam nak kembali solo je…

    October 29th, 2009 at 1:06 pm | Quote
  17. maria

    wanita sukakan belaian.bla suami nak seks,isteri kena beri..tp kalau isteri nak seks suami macam tk paham2..nape ye?? :mrgreen: :halo: :down: 8) :x :o 8O

    October 29th, 2009 at 1:11 pm | Quote
  18. norhaizan

    kita ada masalah hampir sama…baiknya suami awak tu..tak tanya nak bercerai ke tidak..
    suami sy dah banyak kali, asal gaduh aje nak bercerai…
    lama-lama saya fikir, memang dia nie…betul2 nak bercerai..

    November 12th, 2009 at 11:14 am | Quote
  19. DYA

    hellowwwwwwww…. lupakan segalah…..ceriakn hidup anda…..ok…

    December 1st, 2009 at 4:58 pm | Quote
  20. cinte

    ermmmm…ni la nasib kaum hawa…bile kite menegakkan kebenaran, dikatenye kite isteri derhaka…so lebih baik diam aje…bile dia tanye tu, jawab je..bile dia bagi pendapat, ikut je…yang penting dia bahagia…hehehe :D

    December 4th, 2009 at 9:40 am | Quote
  21. SL

    Terus terang, suami saya ni adakalanya memang la “the best” dan adakalanya bila dah baran gila, memang “the worst”. Kekadang saya rasa suami saya ni akan berbaik dengan saya, sebab saya la mesin ATM dia. Saya yang membayar kereta dan hutang-hutang lain, menyebabkan saya rasa tidak puas hati juga (sometimes). Tapi saya masih cuba bersabar dan tunggu sampai hilang baran dia. Kadang-kadang tak hilang juga baran dia. Huh, susah betul. Terima kasih kerana mendengar luahan saya.

    March 1st, 2010 at 1:17 pm | Quote
Proudly hosted by ServerFreak

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: