Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.
Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.






[Comment ID #10636 Will Be Quoted Here]
hye… urm, tu lar aisyah dh lame xnmpk cmment awak kat TC, ingatkan dh xsudi… huhuhuuu….
no la.is just dat, life is getting much2 more bz la.dush.kamu kan taw amek ape.suke last minute ini org…
[Comment ID #10628 Will Be Quoted Here]
mksudnya u org yg tak setia..kalau psngan jauh sikit dah nak cari yg baru….no goodd…ni takde kesetiaan..kalau dekat pun tak setia mmg sah kalau jauh cari pengganti….semuanya berbalik kepada hati…
:)>-
[Comment ID #10659 Will Be Quoted Here]
hehehe….. aisyah pn dh jrang mcuk TC nie… nie pn de prblem ngan kwan, xtaw nak luah kat sape, sbb tu mcuk Tc… heheee…
owh..bile ade problem je baru msok tc.:-?
so do i!haha.
yerp, wats ur prob?
u ni kaunselor eh?
[Comment ID #10663 Will Be Quoted Here]
eh,,, xlar… aisyah mne reti jdi kaunselor…
lgpn, kaunselor taw slasaikan prblem org, tp prblem sndiri xterkaunselor… hehehe…
haha. biasela tu.cakap senang.buat susah tu…adusss~
[Comment ID #10668 Will Be Quoted Here]
btul tu, rase nak clash, tp due2 xsnggup nk lepaskan… sbelah pihak tsiksa, sblah lgi merana…. huhuhuuu… tp wat pe nk terus kan…???? retak menanti belah….
itula yg paling susah…
xpe, maseh ade jalan penyelesaian…
doa adalah yg terbaek.
padaNya kita harus mengadu…
Allah pendengar setia…
mengadulah padaNya, sesungguhnya hati akan tenang…
kerna setiap perkara yg berlaku atas kehendakNya…
:):):):):):):):):)
[Comment ID #10674 Will Be Quoted Here]
urmmm… hehehe…
:):):):):):):):):):):):):):):):):):)
:((
bf ati selalu bz
mmg kitaorg jrang jmpe,jrang msg,apetah ag call
mle2 cinta jrak jauh ingt bolehlah handle
tp klu xde setiaan,kesabaran..
hubungan boleh putus di tengah jalan..:(
[Comment ID #10718 Will Be Quoted Here]
kalu cam tu ati la amek inisiatif tuk call dia,msg dia..mngalah takpekan..demi selamatkan percintaan korang tu:)>-
huhuhu..baru,memang banyk dugaan nyer cinta jarak jauh nie…kadang2 2 tak tahan dah…tp sabor jer ler….paper pun ak bahagia sngt ngan si dia…lelaki yg ak paling cintai skali dlm hidup ak….luv u so much honey……..hehheheh…:x:x:x:x:x:x:x:x
[Comment ID #11256 Will Be Quoted Here]
smoge sentiasa bahagia…
kisah cinta aku yg aku agung2 kan hampir2 musnah ditengah jalan,
aduh kenape sll terjadi begini kan..
tekanan demi tekanan la..
aku pon sdng mengalami percintaan jarak jauh…sudah 1 thn leby phubungan nie….aku di singapore dia lak di selangor…alhamdullilah buat masa nie..aper yg kita lakukan setiap hari..tk pernah berubah dan tk pernah jemu, dari hari pertama kita kenali hingga kehari ini..melepaskn rindu dgn kaedah phone calls,sms,even video chatting setiap malm..:D
walaupun kami sedar bahawa sgt tk mudah tuk kami bersama dihari yg bakal mendtng ..namun aku besyukur,sebab dia selalu memperingatkan pdku bahawasnya ..mmng dari ari pertama kita bertemu yg kisah kami tk akan mudah tuk ditemupuh…dan dia menasihati ” KITA” terus berusaha..cuba..sedaya upaya tuk menegakkan “KITA”,demi masa dpn dan kebahagian “KITA”.
:x:x
[Comment ID #11467 Will Be Quoted Here]
alhamdulillah… smoge sentiasa bahagia…
salam..
sy pon lbeh kurang mcm jauh gak ngan dia…
dia kat newzealand..sy msia…pnah setaun stengah tak jmpe…ni plak nak setaun dah tak jmpe…mkin lame mcm mkin susah nak truskan lg2 bila lama tak jmpe..dah 6 taun dah sbnrnye brkasih..skarang ni msh cari kekuatan utk truskan..smoga kami diberi petunjuk~
hurmmmmmmmmmmmmm…ak tgh rumit camane nak jernihkan ubungan aku dgan BF ak skg ni… /:)/:) die seolah2 da brbah sikap die thadap ak.ak serntiase arap dye akan brbah kmbali spt dulu..tapi aku xtau smpai ble ksbran aku ni blh btahan..ak brusaha untuk tak ptuskan ubungan aku dgn dye..sayang aku pada dye xsape pun tau..hnye tuhan dsane yg tau btape sayangnye aku pada dye..YA ALLAH JIKA INI JALAN TERAKHIR KAMI UNTUK BERSAMA AKU PAYAH UNTUK MERELAKANNYA PERGI.. SEGALENYE DAH BERUBAH aku xtau dmane silapnye ak pada dye ..die pnah ckap kat aku yg hidop dye skrg xsame mcm dlu..XDE LIVE.. APE MAKSUD DYE YG SBNAR??? AKU SEDEY BLE DIE SKRG JRG2 JUMPE AKU DSINI..msg n kol pun jarg sgt dah..kalau dye ade pompuan laen skalipun juz tell me the truth,,tp ak mcm xde pluang untuk baiki ubungan ktorag ni lagiii…
ape skalipun aku rase mcm dah putus arapan … :((:(( dye pon pnah kate yg aku n dye xserasi untuk basame lg..skg ni mcm2 masalah timbul .. n dye lbh senag anggap aku ni sbagai kwn dye jer..tapi nape dgan care cmni dye lukekan hati ak??? n aku ase ktorg mash ade pluang lagi utk bsame.so smpai skg ktorang still 2gether tapi xsehappy dulu coz dye xtunjuk kn any changes untuk kukuhkan lagi ubunagan ktora yg hmpir2 retak.. plzzzzz any1 hELP MEEE!!!PLZZZZZZZZZZZZZ…..:((:((:((
[Comment ID #11470 Will Be Quoted Here]
:x:x thnks jiha :x:x
[Comment ID #12286 Will Be Quoted Here]
welcome…. semoga semua yg berada di tc ni dapat cinta yang menggembirakan… indah… bahagia….
thanx all:x
‘if u love someone, let it go, if it come back to you then the love is yours..but if it won’t come back, the love isn’t for you..
dun afraid to loose sumting u love..because u never knw, who will cme to love u..:x
what u give, u get back…