4 Cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk

Rahsia Memahami Pasangan Anda

Biarkan sahaja si dia bersendirian – kredit, aerialist

Siapa di sini setuju jika kami katakan, lelaki adalah manusia yang paling kuat merajuk?

Kami bertanyakan soalan ini kerana beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah email yang masuk ke inbox Tentang Cinta yang dihantarkan oleh salah seorang pembaca Tentang Cinta. Pengirim email tersebut bertanyakan kepada kami tips untuk memujuk lelaki yang merajuk.

Tetapi, sebelum kami dapat berkongsikan tips bagaimana cara untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.

Mengapakah si dia merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 cara yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:

Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu. :)

Rahsia Sistem Diet Kamikaze

Ungkapan Cinta Pembaca

  1. YeeLimSwift says:

    kalau mereka majuk , ayat ayat manis tu macam mane ye ? =)

  2. klu asyi gdh pas2 sy dia mjk ble dh pjk die x nk gk x lme uh dy mntk ptz blew aty da rde cebok nk mntk cple blk ……………. best er klu cple …asyik putz clpe}2 membosnkn

  3. Irda Nissa says:

    saya nak tanya 1 soalan…
    if kita tak tanya mereka.. if kita let them alone ja,,, nanti mereka tak tersinggung kerr??
    macam perempuan ni juga.. bila si lelaki tu dah start ignore-ignore kita… then bila kita majok tak reti nak pujok.. takda tanya pasal knapa kita merajuk.. mesti kita terkilan gak sedikit kan?? jadi,, dengan mereka ni,,mcammna?? tak kerr mereka akan rasa macamtu jugak kalau kita biar ja dia sendiri tanpa kita tanya apa problem mereka yang sebenarnyaa.. urmm~

    • eika_perda says:

      ntahhh… kdang what you say too btoi jak…
      kalu kta merajuk sapa plak nk pujuk kn???
      kalu cm toh kta cqik lens lhh .. ok ta???/

  4. Hi! si die merajuk@sedang mara sy pun xtau..die kate nk mase bersendiri..then i beri..mule2 i adela kacau2 jugak sbb xpuas hati..but now , i betul2 da lepaskn die pergi..hopefully i akan recover balik..tp mlm ni i tgh bz buat keje, i teringt kat die..rindu sgt der..tp malu la nk ckp kt die..so what can i do 2 make us kembali bersame seterusnye meneruskan langkah y halal di sisi agama….

  5. Saya tak bersetuju langsung dgn anda mengenai 4 Cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk.Saya pernah mengalami perasaan merajuk pada pasangan.Sebagai lelaki saya merasakan saya perlu di dekati pasangan wanita saya.Bersendirian tak mungkin, kalau pon nak bersendirian hanya perlukan seketika hanya 2-3 jam saja.Ketika merajuk saya perlu pasangan wanita saya datang kepada saya memberikan kasih sayang sepenuh nya.Berlaku jujur dan meminta maaf sekiranya ada melakukan kesalahan pada saya.Kemesraan dan kasih sayang kembali pulih sekiranya pasangan dapat memberikan tumpuan dan komitmen menjernih kan kembali hubungan seperti sediakala.

  6. ya allah aku btul2 bersalah dgn si dia…bila da sakit aty aku terlepas ckap smpai nak break…dgn dia tp hakikatnya aku x sanggup nk berpisah dgn si dia…sb aku telalu sygkan dia….tnpe aku sangke dia da telalu marah smpai lepaskan aku…mcm tu…tp aku da pujuk dye…dye xbls sms aku apatah lg call dye x jwb…aduh…besarnye dugaan yang perlu aku tanggung..tolong la kengkawan pe ptut aku buat…aku rasa sunyi tnpa diaaa… :(

  7. eika_perda says:

    hax3… mengarut ahh.. ak bd ap puns ta pnah jd pons cm toh jgk pnas baran dia….
    nma ja tip.. ayoyo….

  8. eika_perda says:

    ahhh merepek doeee

  9. Deasy alsafiani says:

    cinta tak harus memiliki………………….
    tapi cintailah apa yang kamu miliki………….
    memiliki cinta adalah hak smua insan……
    inti dari cinta itu adalah keyakinannnnn
    law kita yakin semuanya akan baik2 jha and saling percaya satu and yang lainx……….
    jadi buatlah pasangan anda percaya and yakin pada anda……..
    karna semua itu tidak semua orang yg memilikix
    jadi….. yakin and percayalah pda pasangan andaaaaaaaa
    Aku synk kmuuuuuuu

  10. Mona Revia says:

    cinta tidak hanya sekdar prsaan yang dungkapkan
    cinta tidk hnya prasaan yang membuat kita hancur
    cnta adalah hal yg mnyaktkan hati setiap yang mlakukannnya
    cnta itu hnya permainan yang mnyakitkan….

    I LOVE YOU, MY PRINCE

    • sy gurau dia anggap serius pastu siap off henfon lagi..lame pulak tu. majuk la katakan ! sakit hati sgt bila sy ckp sy guraw dia ckp dia takut jd betul2..bangang la
      pastu bila sy ckp nt cuti sem sy nak keje dia majop jugk.. kata xnak jupa dia laa. dah la cuti sem lama..pokai la sy kalau xkeje.. asyik sy je kena faham dia..
      sy nak keluar tgk bola ngan kekawan perempuan dia x bagi kata xelok la
      xmesej n xangkat dia col, dye majop jugak padahal dia xtahu sy kdg2 bz..aih meluat pun ada..
      time sy xpuas hati dan merajuk mane ade dia pujuk sy.. apa punya boifren la.mcm ni kata syg ? cinta ?
      so sy buat keputusan tggalkan dia.. kalau mcm ni la tiap2 hari mmg mkn hati..
      dia merayu2 kata xnak buat dh tp sory la dgn prangai awk yg mcm budak2 mmg sy x boleh nk syg aptah lg cinta.. so apa yg sy nk ckp sy meluat dgn lelaki mcm ni.. awak merajuk kita putus.. habis cerita

  11. bintang celaru says:

    Salam semua…

    dulu saya pernah bercinta…selama dua tahun saya bercinta dengan ex saya…skrg kami sudah berpisah,….sy mempunyai masa silam yg amat pahit dgn ex saya, dan saya harap dapat mulakan hidup yang baru…..

    di tempat kerja yang baru saya jalani hidup yang selesa…tidak lama kemudian, bos saya suka pada diri saya, mula2 dia akan msg sy menerusi telefon ofis, kemudian call….pada asalnya saya selesa dengan keadaan begini…sy hanya fikir kita hanya berkawan sahaja…..tidak lama kemudian, dia mengajak saya untuk berkahwin…perkenalan hanya 3 minggu, tetiba ajak untuk berkahwin…..sy tak dapat terima dan meminta masa kerana saya belum bersedia untuk berkahwin….mendengar jawapan saya, dia senyap n terasa hati dengan saya n kecewa dengan saya…..

    hubungan ini secara tak dirancang telah berlarutan sehingga 9 bulan…..dalam tempoh 9 bulan tersebut, byk suka duka…tp yang lebih sy ingat adalaha kita sentiasa gaduh disebabkan sy meminta masa untuk berkahwin….dia tidak fhm kenapa saya minta masa……dlm pergaduhan tersebut, byk kata2 yang menyakitkn di katakan kepada sy, mengutuk sy, mengata family saya, mengungkit hal sy n ex sy….walhal sy tak pernah menceritakan apa2 pasal sy dgn ex sy…….

    sekrg hubungan kami kejap ok n kejap tak ok….bila saya minta pisah, dia akan mengungkit mcm2 pada sy….lepas tue kami tak jd pisah…..semua berpunca dr saya kerana minta masa untuk berkahwin….pernah sekali bila sy gagal untuk memenuhi kehendak dia, dia naik angin n ingin memukul sy tp dikawal oleh nya……..

    saya tahu sy bersalah kerana meminta masa untuk berkahwin….tp perlu ke dia buat begini kepada sy?…walaupun sy dimarah oleh dia, di maki oleh dia, di ugut oleh dia, sy tetap bersabar dengan perangai baran dia…..saya mungkin tak dpt layan dia seperti sy layan ex saya….mungkin disebabkan fobia sy untuk mempercai lelaki yg menjadikan sy begini atau mungkin, sy takut untuk memberi komiten kepada dia atas apa yang berlaku antara ex saya n saya dan antara sy dengan dia….

    apa yang perlu sy buat?…adakah ia memang salah sy….

  12. Lelaki kalau merajuk sukar dipujuk tp bla sakitkan hati pmpuan lak lngsung x ingat tentang hati dan perasaan pmpuan yg mudah tsentuh.

  13. hehe,nsib baik die bkn jnis yg kuat mrajuk…cuma lau x than sngt ngn prangai sy je,die akn wt cm2…tp jarang sngt la..sbaliknya,sy yg kuat mrajuk,n cara 2 la die gne,die x pujuk pun…cdeh tol..ingt sy ni lelaki ke,bila mrajuk,tnggl sy sorang2…pujuk la,bru hati ni berbunga2 balik..adoiiii….haha

  14. gee emma says:

    kalau dia merajuk lama2 tak timbul2 macam mana?

  15. susah bila kte dha syg kat owg tu tpy dya plak x mcm dulu agi. .dn skank ne ntah sepa yg ptt d pcaya. .dya atau pepuan tu. .uh. .knapa lha sume nya jd cm ne. .dha byk p’gorbanan aku wat untuk dya. .dan aku tima dya ikhlas dri aty/wlupun dulu dya sush/ /cmpi dya senang sknk aku ttap tima dya apa ada nua diri dya. .tpy dya lnsg x fkir tntg tu sume ag

  16. aq suka fkir y bkn2 kt dya…tp aq tw y dya tetap syg kt aq wlwpon dya skit aty aq ckp y bkn2..aq xtw motivasi y patut aq pljari untu mmahaminya..

  17. azliana says:

    Ya Allah , srbut ngt ase , ummm .. ape hrus aq buat … bkpe aq bdo sgt r g cite dye .. ummm nysl ngt ase , ekgi ye nk exam , aq xthu nk wk gne , ye srbt sgt umm cian dye , aq ase sloh sgt … ad spe2 leh tolom aq x ??? aq xthu nk pjuk gne ag , aq syg dye sgt2 … bile aq skt aty p dye lgi skt aty , aq ase nk ptus jew , p aq xlh wk gtu , aq couple ngn ye lme da ekpom ummmm aq xlh idop tnpa dye p aq srbt sgt2 …. aq kne wk gne ag nk gmbira kn hati , ape lgi prgai gler yg hrus aq buat utk mgmbrakn hati , bila aq nak hapi , dye oyk aq glok jgn care dye …. ummmm aq sdh sgt , xdok sape leh fhm prsaan aq , k la assalamualaikum …. bia r aq 6gis sendirian …. ummm
    awk sume doa kn siti noor azliana dan mohd hasrul adziem ad jodoh ek … aminnnnn awk saya sayang kan awak sgt2 , maafkn sgla kslpn sya …. sya cnta awk sgt2 ummm

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*