4 Cara Memujuk Lelaki Yang Merajuk

Rahsia Memahami Pasangan Anda

Biarkan sahaja si dia bersendirian – kredit, aerialist

Siapa di sini setuju jika kami katakan, lelaki adalah manusia yang paling kuat merajuk?

Kami bertanyakan soalan ini kerana beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah email yang masuk ke inbox Tentang Cinta yang dihantarkan oleh salah seorang pembaca Tentang Cinta. Pengirim email tersebut bertanyakan kepada kami tips untuk memujuk lelaki yang merajuk.

Tetapi, sebelum kami dapat berkongsikan tips bagaimana cara untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.

Mengapakah si dia merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.

Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 cara yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:

Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.

Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu. :)

Rahsia Sistem Diet Kamikaze

Ungkapan Cinta Pembaca

  1. biasanye lelaki kalo mrajuk mmg mcm tu.aku pnye stail,aku cuba pujuk dlu.x jln gak aku buat bodoh jer..ha nnt dia yg terhegeh-hegeh kat aku blk.hihihihi….

  2. Thanks ya for the tips. Suka sangat~ :)

  3. Harap tips yang kami kongsikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam membina percintaan yang bahagia.

  4. yang num dua tu , tips untuk hubby ngan wife ka ? hehe .

  5. thanx 4 the tips.i hope he x merajuk lame2. :(

  6. orkid perlu kn bantuan says:

    tp mcmna nak buat klu dia tak nak g kat ssorg tu??????tnpa bg pluang tuk betul kn????

  7. saye suke entry ni..suke sgt…sye nk copy kt blog saye la ye…=)

  8. Lelaki kalau dah merajuk memang payah nak pujuk..biar jek dia reda sendiri

  9. sy plig x ske klu die merjuk…klu jnis yg sng d pjuk xper gak, nie wt kn sy pn nk mrajuk sme…arghhhhhhhhhh!!!!

  10. merajuk heheh biasa la to saya pun mempunyai pasangan yang suke merajok dah pujuk tak lot hahah pe lagi buat tak tau jew la hehehe…

  11. afiq.offshore@ymail.com says:

    untuk memberi dia satu ruang bersendirian itu kurang bersetuju..berapa lama nak bagi si dia sendiri??sehari ke??dua hari ker??septutnya bile lelaki itu merajuk, bawak berbincang.dan insyaAllah ada jalan penyelesaiannya..

  12. my hubby kalau merajuk, xleh kene tinggal..kalau kite tgl(konon2 nk bg ruang) mesti die lgi merajuk…die kate “rase mcm org xamek berat”…hehehehe
    sebab die manje…..tips ni kene sesuaikan ikut perangai seseorang tuh dlu….hehehehe….

  13. bkpo g2 nyo??

  14. keempat2 ini membuatkan lelaki bertambah manjeler…
    seperti suami saya. terlalu manje bebenar sampai naik rimas d’buatnye jika dia merajuk. lebih baik biarkan jer dia pujuk hati dia sendiri & sejukan hati ye dgn menghidangkan mknan & minuman yg sedap2 utk ye.. tu pendapat.

    1 lagi, kita kaum hawa perlulah bertolak ansur & kena lah pandai tarik tolak. ibarat menarik benang d’dlm tepung & tepung tidak berselerak.. fhm kan.. kita byk2 lah bersabar.. jgn perkara kecik dperbesarkan.. :D

  15. umi fekry says:

    ya Allah, satukanlah hati2 kami…
    wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik

  16. lau laki panas baran cm mana lak??
    bab laki skrg ramai y panas baran..
    ssh nak bwk b’bncang..

  17. sy pujuk si dia dgn memasak nasi grg pataya kgemaran dia..then yg sos cili tu sy ukir kata2 “i’m sorry syg” trus je dia senyum n trik hidung sy..hihi ,sng je kn nk pjuk?

  18. kite kalu atann kite majok kan.. mase dye nga dok mrh2 tu kite plok je dye kuat2..mesti dye ok balik..hehe

  19. jiwa kacau says:

    kalo llki tuh dah mnta putus tuh mknanya di adah tak syg kat kiter larr? huhu sedihhhhh

  20. biasanya biarkn jer dulu.

    nti bru pujuk..

    =)

  21. tp,klu sy yg pjk deeeaaa..
    ihh!!!!..tia mo lyn pulakkkk!!..tp mnysl jga 2 deeeaaa..hekhek barrooouuu ttttttaaaaoooouuuuu….

  22. [Comment ID #33989 Will Be Quoted Here]

  23. jikalau laki i mrajuk,,i akn pegang tgn die n diam sampai die yg start ckp..hahaha..n give some coklat yg die suke.. smile always unttil hati die dah sejuk.. n than i say “sory syg” even e2 bukn slh i..

  24. stuju ngn tya lala..ikut orang gak..abg ckp lelaki x ske dpujuk..tp dia ske sgt dipujuk..klo x dipujuk mula la dia ckp bukan-bukan..kdang2 lelaki merajuk lebih truk dari perempuan kn?heheh…jgn marah..certain lelaki la..

  25. byla dah try buat ni smua .. tapi , dia still x nak contact byla .. and ada orang ke 3 yang ggu hubungan kami .. but , at the same time , dia layan that girl .. what should i do ?

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*