
Biarkan sahaja si dia bersendirian – kredit, aerialist
Siapa di sini setuju jika kami katakan, lelaki adalah manusia yang paling kuat merajuk?
Kami bertanyakan soalan ini kerana beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah email yang masuk ke inbox Tentang Cinta yang dihantarkan oleh salah seorang pembaca Tentang Cinta. Pengirim email tersebut bertanyakan kepada kami tips untuk memujuk lelaki yang merajuk.
Tetapi, sebelum kami dapat berkongsikan tips bagaimana cara untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.
Mengapakah si dia merajuk?
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?
Terdapat 4 cara yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu.
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:
Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.
Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu.






cinta memang indah dn cinta juga leh wt kiter jadi mandi x basah,makan x kenyang dn tido x lena…ape yg kiter fham ape itu cinta? cinta tiada definisi nyer…cinta bukan hnya tuk kekasih tpi cinta ini luas…cinta yg kekal abadi hanyalah pd ALLAH S.W.T. cinta sesama manusia boleh berubah tpi cnta pada ALLAH S.W.T.tidak akn berubah…
dakap le . apa lagi tentu hile rajuk nya.
my hubby xpnh majuk lg wat masa ni…tp sy je yg asyik merajuk kn diri…klu sy yg majuk mmg mcm tu lah cara dia buat ( sama mcm tips yg diberikan )….hehehe
camne nak pujuk lelaki yang kecewa?camne nak dapatkan kepercayaan lelaki semula?plzzzz…..sgt memerlukan pndapat….
apalah arti jika tiada rasa di dalam jiwa,bagaikan daun yg jatuh tiada tujun melainkan menjadi debu,begitu juga tentang cinta .
tapi.. aku lak yg kena bg hint kat makwe..aku nga merajuk..arhh…
betul ke org lelaki ni susah merajuk? dn bile lelaki tu merajuk, brhari2 baru pulih? masuk ari ni da 4 ari miss n si dia tk berhubung, miss tau dia merajuk kaw2 ngan miss…salah miss jg dia jd cmtu…
terbaikkk!!!!!
terbaikk!!!!
thanks,
igtkan nk persuade guy ni same mcm persuade girl..
huh! susa gle makin di pjuk mkin mngade..
rupenye mcm ni carenye..
and i’ve tried the tips and guess wat, it worked out!!
superb.. saje 23 hours xmsj or even call him..
about 2 am he msj and call me back..
ha1000x! I win..
dia mrjuk ke tw btl2 x nak ngan aku?
klo laki mrjok pn… cpe nk pjok.. hahaha…
mohon share.
pakwe sye mrajuk nga sye sbb sye katew kat dye seseoraang menyukai sye..tapi dye seperti marah dan langsung tidak mahu bercakap ngan syeapew yg perlu sye lakukan untuk memujuk nyew..
adakah patut sy berpisah dgn owg yg sy cinta,sayang hanye krana si dia menyimpan gambar bekas kekasihnye dahulu….adakah ape yg sye lakukan e2 adalah betul….
IT’SO HELP ME
sya dah ehehe
Terima kasih. Tips yg sgt berguna. Harap my love xmerajuk lama2 pasal hal kecik dan remeh temeh mlm td.
thanxxx coo muchh!! =)
DLU AKU DAN BF AKU NI BAIK JEW TPI LPAZ SJA PERCINTAAN KAMI DH NK MASUK 4 THN TIBA2 DYE NK PTUZ…PLAK AKU CUBA TNYE KENAPA TPI DYE X JAWAD YANG AKU SDIH SGT2 BB KITA ORG DH KNL 4 THN TPI TIBA2 DYE PERGI TINGGALKAN SYE BEGITU SJA…
Menarik artikel ni. Mohon SHARE yea..
sya harap kita semua berjaya dlm mjalinkan hbugan cinta
ala…ngade2 je lelaki ni kalau merajuk.. sometime dy sgaja mncari alasan untuk minta lebih dihargai…cam ak..hahaha
kepada org2 nak memujuk..nah..kasi dia ayat2 nie http://doktorpuisi.blogspot.com/