Cara Lelaki Menguji Wanita

Rahsia Memahami Pasangan Anda

Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.

Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.

Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.

Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara xxs di Forum Tentang Cinta.

ps: Pernahkah anda menguji pasangan anda dengan perkara-perkara di atas? Jika ya, apakah reaksi mereka?

Rahsia Sistem Diet Kamikaze

Ungkapan Cinta Pembaca

  1. btul…akma! saya skong!sy skong!awk hik3,,,,, jd girl2 smue hti2 k..zaman skrg rmai buaya drat,,, kite jgn jdi bodoh k…

  2. btul 2,,,akma n aida ckap.. sye dh serik dipermainkn,,,sgelintir llaki mmg gatal…!!!!!!!!!!!!eisH!!!!!!!!!!!

  3. shafika says:

    iskandar shah aku suka kan kau,kau suka kan aku tak.Klu kau suka aku.Aku pun suka kan kau juga.Harap -harap kau fhm aku ni siapa,aku tahu kau mesti kenal dia.Aku shafika,aku tahu kau dah tak suka kan aku kan.Tidak apa,klu kau tak suka aku tidak apa.Aku ikut kau aje kalau kau nak berpisah dengan aku blh.Aku tidak kisah.Aku redha aku tahu kau suka orang lain.Kau pergi je dekat dia,kau jangan cari aku lagi.Selamat tingga iskandar shah.I LOVE YOU sebagai kawan.

  4. shafika says:

    iskandar aku msh suka pd kau lg ttp kau sdh ada yg lain aku tahu.Aku nak lp kan kau ttp tdk blh aku td th mcm mn hdk lp kan kau.aku tdk mcm orang lain.Ialah kau pandai aku bodoh tp aku redha dgn kau.Kau sdh dpt makwa br aku cin … aku cintakan kau lg.Aku tk blh lpkan kau maafkan aku 2x.aku janji tdk buat lg,aku janji.Jd kita sebagai kawan .I LOVE YOU ISKANDAR SHAH SEBAGAI KAWAN.

  5. kau duduk disitu,diam tersipu malu,mahu mendekati aku,aku mula resah,hatiku jadi kebah,melihat dirimu aku rebah,tapi hati ini kuat menyatakan,kau terkini duduk di carta hati,lalu cinta kita bermula,dari mata turun ke jiwa,dari teman menjadi cinta,dan berjanji untuk setia,sehidup semati kita,menjanjikan bahagia,untuk kita berdua selamanya.Jangan engkau jangan pergi,jangan tinggal ku sendiri,jangan tinggalkan carta hati,kau janjikan bahagia,ku janji kau tak terluka,terusla berada di hati kita,lalu cinta kita bermula,dari mata turun kejiwa,dari teman menjadi cinta,dan berjanji utk setia,sehidu semati kita,menjanjikan bahagia,untuk kita berdua selama-lamanya,lala… .

  6. tpi bf xpnah pn uji i dgn cra yg brikut sprti di atas…

  7. bila sya tahan cemburu msti dia jawab ”kau xcemburu bermakna kau x syg aku”

  8. pngen jdian ma cwek yg saya sayank

  9. cwo aq jga sering ngetes aq, dia sering ngucapin kata PUTUS.
    dan aq bilang, kamu serius nich?
    trus dia bilang, aq cuma becnda, aq cuma mau ngetes qmu .
    Hufftt, aq nya dah khilngan pikiran.. @ _ @

  10. alice aleesya says:

    patut ke bcinta ngan org jauh n xpernah jumpa lagi???

  11. AKU CYNK SAMA KU CAYNK KU :-)

  12. Leo Cirrocumulus says:

    cinta??? no comment…..

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*