Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa

  1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  2. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  6. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  7. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  8. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Eiza.

Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia. Anda dibenarkan untuk menyalin dan menerbitkan artikel ini, dan anda mesti mengiktiraf bahawa artikel ini adalah hak milik Tentang Cinta dengan meletakkan linkback ke artikel "Sekadar Nasihat Untuk Kaum Hawa" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

Artikel Berkaitan

No related posts.

Hantarkan Artikel

Sekiranya anda mempunyai artikel cinta yang menarik, sila hantarkan kepada kami untuk diterbitkan di laman Tentang Cinta ini.

Ungkapan Cinta

  1. Koyawa Kazhama says:

    itu bner sih, tapi bagi Q, jgn terlalu lah hati cwok selalu terbuka untuk cwek cantik slmanya

  2. dania areliana says:

    cwah…btl jgak arh..rupa luaran pnting jgk..kn3

  3. farz says:

    ni fact ke? betul ke statement ni?
    memg prnah dgar org ckp tpi mcm x prcye pule. jdi nk kpastian. hehe. :)

  4. chik says:

    dalam cari jodoh empat faktor harus kita pertimbangkan…………iaitu,agamanya,latar belakang keluarganya ,hartanya,rupanya

  5. chik says:

    cinta yang sebenar2nya ialah cinta dari ALLAH

Hantarkan Ungkapan Cinta Anda

*

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: